Tuesday, August 25, 2020

sYuKuR dAN rEDha

 

hari ini selasa 25hb ogos 2020 Bersamaan 6 muharam 1442h

4 hari lagi menuju hari asyura, 6 hari lagi menuju ke hari ulang tahun kemerdekaan tanah melayu. benar-benar sudah merdeka kah kita? bersediakah anak-anak kita mengambil alih sebuah kemerdekaan yang diwarisi ini, dan terus mengekalkan nya?

 

Jika hidup ini tidak berjalan seperti yang kita rencanakan, maka berjalanlah mengikut apa yang Allah aturkan. Bersangka baiklah kepada Tuhan yang Esa. Kerana setiap ketetapan yang telah diaturkan itu adalah yang terbaik buatmu.



Wednesday, August 19, 2020

kiSAH sERam : aDik pErEMpuAn aKu meMakAi kaSuT aNAk paTuNG


Hari ni rabu. hari terakhir dalam tahun 1441 hijrah

tarikh 19 ogos 2020 bersamaan 30 zulhijjah 1441 hijrah. esok khamis bersamaan 1 muharam 1441H. jadi petang ni kita sama-sama bacakan do'a akhir dan awal tahun.

 

beberapa hari kebelakangan ni aku dilanda kebosanan tahap gaban. Jadi bagi mengurangkan kadar kebosanan yang telah mencapai tahap AMARAN tu, aku pun sesaje la merayau-rayau di alam maya. Sudah pastinya youtube lah menjadi pilihan untuk aku merayau. Yelah kalau nak merayau di mall dah semestinya memerlukan modal. Kalau tak shoping sekali pun, minyak kereta mesti nak kena isi, ye tak?

 

Tapi walaupun merayau-rayau di youtube tidak memerlukan modal, kita masih memerlukan genre apa yang kita nak lawati. Kalau tak nanti bukannya kebosanan yang dapat dikurangkan, malah ke’strees’an pulak datang melanda. (hahaha, bukan sama ke bosan dengan strees tu)

 

Macam biasa aku melayan vlog-vlog berkaitan permotoran, sebab itu memang minat aku. Beralih ke vlog pengembaraan, itu juga adalah hobi aku. Bertukar pulak ke vlog fakta dan isu semasa.. Tetiba aku terlayan pulak 1 vlog genre seram.. layan je la, sebab nak hilangkan kebosanan kan. lagipun vlog tu menceritakan kisah dari kejadian sebenar. Ok jugak, sebab pada aku kalau kisah-kisah seram ni macam susah nak dibuktikan kesahihannya oleh ‘si pencerita’. So oleh kerana susah nak dibuktikan, maka melambaklah cerita-cerita seram yang kebanyakkannya direka oleh ‘si pencerita’ mahupun ‘si pembawa cerita’..

 

Pada penghujung video, pemilik vlog offer sesapa yang ada pengalaman seram boleh ‘share’kan di ruang komen. Pada mulanya terlintas juga difikiran aku nak kongsikan beberapa pengalaman seram aku. Tapi bila aku fikirkan semula, baik aku kongsikan kisah-kisah aku di blog aku sendiri. Dah tentu aku sendiri yang mengalami, aku sendiri yang merasakan dan aku sendiri yang meluahkan. Barulah original. Betul tak?.. berbanding dengan aku kongsikan dengan vlogger tersebut, dan dia ceritakan semula melalui vlog nye (itu pun kalau cerita aku terpilih la). Mungkin feeling dia dah berbeza. Lagipun, secara tak langsung aku dah ada content baru dalam blog aku ni.

 

Ye la bukannya senang nak hasilkan sesuatu entry dengan hanya menaip, segala luahan perasaan dan emosi perlu disampaikan hanya melalui penulisan… berbanding dengan vlogger di youtube. Mereka lebih mudah menceritakan sesuatu entry dengan hanya berkata-kata malah boleh dibantu dengan nada penyampaian. Bagi menggambarkan emosi jalan cerita tersebut.

 

So jangan buang masa… jom kita bermula…

 

Masa umur aku sekitar dari 2 tahun hingga 8 tahun, keluarga aku tinggal di sebuah perkampungan melayu. Atau lebih dikenali sebagai kampung oren, ulu tiram di dalam daerah johor bahru. Ini adalah sebuah perkampungan lama yang diteroka oleh penduduk tempatan sekitar pertengahan tahun 70’an. Kehidupan kami disana tiada kemudahan asas seperti elektrik dan air. Kebiasaannya penduduk disana hanya menerangi rumah mereka pada waktu malam dengan menggunakan lampu pam atau lampu pelita minyak tanah. Bagi yang berkemampuan pula, mereka akan menggunakan bateri kenderaan terpakai yang dicaj kuasanya dari kedai-kedai sekitar pekan ulu tiram. Pada waktu itu banyak kedai-kedai menawarkan perkhidmatan mengecaj bateri. Ye lah itu saje sumber kuasa elektrik yang boleh didapati pada zaman tersebut. Selain dari digunakan untuk menyalakan mentol lampu, bateri itu juga digunakan untuk menghidupkan tv… bercerita tentang tv, pada zaman itu kebanyakkan rumah penduduk tidak mempunyai tv. Seingat aku hanya seorang jiran  aku, bernama pak Salleh yang mempunyai tv. Itu pun tv hitam putih yang besar dan tebalnya menyerupai sebuah almari. Haha.. selalu juga aku dan adik beradik aku akan menumpang menonton tv di rumah pak salleh. Terutamanya pada hujung minggu kalau ada cerita best.

 


Mandi dan membasuh pula kami akan pergi ke sungai. Kebetulan sungai tersebut terletak bersebelahan dengan rumah pak salleh. Jarak rumah aku dengan sungai tersebut kira-kira 200 meter. Setiap kali hendak mandi kami akan ke sungai beramai-ramai. Masing-masing akan membawa baldi yang dikitar semula dari tin biskut, tin cat atau sebagainya. Masa pulang kami akan membawa air untuk dikumpulkan ke dalm tong drum di tepi rumah. Tujuannya, air inilah yang akan kami gunakan untuk mengambil wudhuk, kegunaan di tandas, dan sebagainya.

 

Pada cuti sekolah hujung minggu kebiasaannya abang-abang aku akan berkubang beramai-ramai dengan kawan-kawan nya di sungai tersebut. Tapi jarang sekali la aku dapat join, sebab masa tu aku masih kecik lagi. Mereka akan berkubang, bermandi dan bermain dalam tempoh yang panjang, kadang kala sampai ke tengahari.

 

Nak dijadikan cerita, pada satu pagi jumaat, lepas sarapan, aku terlelap di ruang tamu rumah bertemankan abang dan abah ku... setelah beberapa jam tertidur, aku tersedar sebab terasa panas dan berpeluh. maklumlah rumah kampung berdindingkan papan dan beratap zink, tidak bersiling. Korang pun boleh bayangkan macamana garingnya rasa bila waktu panas terik… bila celik je mata aku dapati rumah aku sunyi sepi. Pada fikiran ku mesti abah ku dah ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Tapi yang menjadi pertanyaan kepala otak aku yang tak berapa nak hempok pada masa tu. Abang aku ikut sekali ke masjid atau mereka sedang bermain dengan kawan-kawanya di sungai?.... naluri aku berkata, mungkin mereka di sungai. Kerana pada masa tu mereka pun jarang-jarang mengikut abah ke masjid.

 

Dalam keadaan separuh sedar itu aku berjalan kaki menuju ke sungai sambil memimpin basikal roda tiga yang abah belikan. Jarang sekali aku mengayuh basikal ni di luar rumah. Kerana keadaan jalan tanah merah yang tak rata dan berbukit, hanya memenatkan badan saje kalau aku ingin berkayuh.

 



Untuk ke sungai, perlu melalui kawasan kebun ubi sejauh berpuluh meter tanaman mak aku. Kemudian aku akan memasuki sempadan kebun milik cik bani, yang dikelilingi pokok buah-buahan, dan sedikit belukar, kerana sudah lama ditinggalkan, sebelum melintasi rumahnya yang terbiar usang, kemudian aku perlu mendaki sedikit bukit memasuki kebun Nyaie, disebelah kanan nya ada sebuah rumah kampung berkembar, rumah wak kasmuri dan sebelahnya rumah cik dollah. Kemudian aku perlu merestasi jalan semak beberapa meter, lalu aku akan melintasi rumah wak jenal. Dan beberapa meter kemudian barulah aku akan sampai ke sungai.

 

Berjalan sambil memimpin basikal dibawah terik matahari pukul satu, pada waktu itu bukan lah sesuatu yang memenatkan, kerana aku dikelilingi kehijauan pokok dan sedikit semak samun. setelah berpuluh meter melepasi kebun ubi mak, kini aku memasuki kebun cik bani. Pada fikiran aku hanya tiga suku perjalanan saje lagi aku akan sampai ke sungai. Dah alang-alang sampai kesungai nanti, tambahan pulak mak aku tak tahu, boleh lah aku join berkubang, mandi dan bermain dengan abang-abang aku. Kalau mak atau abah tau, mesti diorang tak benarkan. Maklumlah pada masa tu umur aku baru 5 tahun. Jarang sekali mak dan abah benarkan aku bermain dengan kawan-kawan abang. Apa yang boleh bagi aku pada tu hanyalah bermain anak patung bersama adik perempuan aku.

 


Anak patung ini adalah anak patung ‘budak perempuan’. Mamakai baju gaun berskirt pendek di atas paras lutut. Dan memakai kasut berwarna putih. Baju dan kasutnya boleh ditanggalkan. tangan dan kakinya boleh digerak atau dibengkokkan. Manakala rambutnya adalah binaan plastik sepertimana bahagian badan yang lain. Apa yang istimewa tentang anak patung ini ialah, apabila dia berdiri atau didudukkan matanya akan terbuka, sambil bibirnya tersenyum. Namun apabila ia dibaringkan matanya akan tertutup, seolah-olah ia sedang tidur.

 

Sedang aku berjalan dan berangan-angan membayangkan keseronokkan dapat bermain dengan abang-abangku dan kawan-kawannya di sungai nanti. Tiba-tiba langkah ku terkunci. Dengan jelas aku terlihat di satu sudut rumah usang peninggalan cik bani, adik perempuan aku, ita sedang berdiri dan memerhatikan aku dengan senyuman yang menakutkan. Aku jadi buntu, timbul persoalan, “kenapa ita berdiri disitu seorang diri?” sambil memakai baju melayu aku berwarna biru kain sekolah menengah dan memakai kasut anak patung budak perempuan mainan kami…

 

Jarak antara ‘Ita’ denganku hanyalah sekitar 20 meter sahaja. aku semakin kelu terpaku, nak bertanya kenapa dia berada di situ, tapi mulut ku seakan terkunci. Kaki ku seakan-akan tertanam didalam tanah, berat untuk diangkat. Mataku pula seolah-olah tidak mampu untuk dialihkan memandang ke tempat lain. Seluruh anggota badan semakin menjadi lemah tak berdaya kerana semakin lama, senyuman ‘ita’ semakin menyeramkan malah mengerikan… aku terpaku membeku… beberapa ketika kemudian dengan pantas ‘ita’ berlari menghampiriku lalu melintas didepanku. Sambil berlari itu matanya merenung tepat kearah ku sambil mulutnya senyum mengerikan. Sedangkan mataku pula seolah dipukau agar sentiasa melihat ke wajahnya. Beberapa langkah setelah ‘ita’melepasi ku, kepala nya berpusing kearah belakang badannya  tetap memerhatikan dan menghadiahkan senyuman yang mengerikan kepada ku.. sepertimana kalian bayangkan jarum kompas yang sentiasa menghala kearah utara, meskipun dialihkan pada kedudukan yang berbeza.

 

Setelah beberapa meter lintasannya menjauhi ku, aku dapati badan ‘ita’ hilang sedikit demi sedikit. Bermula dari bahagian rambutnya, dahi, matanya, turun kebawah lagi. Hilang sedikit demi sedikit hinggalah akhirnya hanya tinggal sepasang kaki yang berlari tanpa anggota badan yang lain. Larian kaki ‘ita’ terus memanjat batang pokok jambu air dengan hanya memijak batang pokok tersebut seolah-olah bumi ini tiada gravity yang membolehkan ia jatuh ke bumi. Dan hinggalah keakhirnya sepasang kasut anak patung itu menghilang di tengah-tengah batang tunjang pokok tersebut.

 

Setelah jelmaan ‘ita’ menghilang barulah aku terlepas dari satu kuasa pukau. Barulah kerongkong ku dapat mengeluarkan suara jeritan..”Maakkkk !!”.. barulah badanku yang tadinya membeku terasa ringan, dan barulah kaki ku terlepas dari kunci lalu mampu berlari pulang meninggalkan basikal ku. Aku berlari sekuat hati sambil mulut aku tak henti-henti bertiak memangil mak ku…

 

Meskipun pada perasaan aku telah berlari sekuat hati tanpa perlu memimpin basikal, namun aku rasa jarak untuk sampai kerumah teramatlah jauh. Dan seolah-olah larian itu tidak membawa aku kemana-mana…

 

Alhamdulillah, setelah berlari merentasi kebun ubi berpuluh meter, akhirnya aku sampai ke perkarangan rumah. Tanpa berlengah aku terus melompat anak tangga batu di depan pintu rumah, memasukki ruang tamu, dan terus mencari mak. Aku tidak mencari mak di dalam bilik, kerana aku tau pada waktu siang begini mak dan adik beradik ku tidak akan berehat di dalam bilik. Maklumlah bagi mengelakkan kepanasan atap zink tidak bersiling, sebaliknya pasti mereka akan berehat ataupun tidur di ruangan dapur makan. Kerana lantai simen dan atap yang tinggi dapat mengurangkan kepanasan dari teriknya matahari.

 

beberapa langkah sebelum menuruni tangga kayu ke dapur. Aku dapati anak patung mainan ku sedang terduduk di atas almari hiasan sambil matanya terbeliak memerhatikan ku dan mulutnya seakan-akan tersenyum menyindir kepada ku akan perkara menakutkan yang baru saje aku lalui tadi…

 

Aku gagahkan kaki melangkah dengan laju melintasi anak patung itu sambil tidak mahu menoleh kearahnya dan menuruni tangga ke dapur. benar sangkaan ku, sedang aku melangkah menuruni anak tangga aku dapati kak ngah, kak uda dan ita adikku sedang tidur di atas lantai simen dalam pelukkan mak ku. Aku semakin melajukan langkah kearah mak, lalu berbaring di belakangnya. Sambil memeluknya dalam keadaan ketakutan. Dapat peluk mak aku dari belakang pun jadilah. Untuk aku mengumpul semula kekuatan dalam diri yang telah hilang beberapa detik yang lalu.

 

Tak berani aku baring bersebelahan ita adik ku, meskupin itulah situasi terbaik boleh berada dalam dakapan mak ku. Kerana aku masih terbayang-bayang ngerinya senyuman ‘ita’ yang aku temui tadi. Sambil memejamkan mata aku tidak berani menoleh kearah almari hiasan di tepi tangga kerana kasut yang ‘ita’ pakai tadi adalah kasut anak patung itu.

 

Beberapa ketika kemudian mak aku terjaga dan membangunkan semua kakak ku untuk menunaikan solat zohor. Aku yang masih trauma, sentiasa mengikuti kemana saje langkah mak ku. Selesai menunaikan solat zohor aku ceritakan apa yang dah berlaku tadi kepada mak dan kakak ku. Sedangkan ita adik ku masih lena dalam tidurnya. Dengan selamba mak aku cakap “mungkin anak bunian nak ajak kau bermain. Ye la kau xde kawan nak main. Adik kau masih nyenyak tidur tu.” Sambil dimuncungkan mulut nya menghala kearah adik ku. Dalam hati aku berkata, “takpelah, aku lebih rela takde kawan bermain, dari aku bermain dengan ‘ita’ yang bukan adik aku”. Senyumannya saje boleh membuatkan aku mengigau, malah tolehan kepalanya yang boleh berpusing 180 darjah kebelakang dah boleh buat aku sawan. Mak aku sambung membebel lagi, “tu la, lain kali tengah-tengahari jangan berani-berani merayap sorang-sorang, tidur sini dengan mak. Nasib baik tak diculik bunian. Kalau tak,… tak tau lah kat mana dah disorokkan agaknya”…

 

Sedang aku mendengar bebelan mak aku, walaupun tak berapa ikhlas nak dengar sebenarnya. Aku terdengar suara abang aku shah dan lan diluar rumah baru balik dari sungai. Aku segera berlari kedepan rumah. Niat dihati nak tanya diorang ada nampak tak basikal yang aku tingglkan depan rumah cik bani… rupanya diorang dah tolong bawakkan balik, sambil abangku lan bertanya, “kenapa basikal ko ada kat depan rumah cik bani?”

 

Aku dah tak daya nak jawab, sebaliknya  mak aku yang ceritakan apa yang dah berlaku sambil memberi hadiah bebelan kepada kedua-dua abang aku, sebab main sampai tengahari, “abah nak ajak g masjid pun korang tak balik-balik lagi…”

 

Setelah abah balik dari solat jumaat mak ceritakan apa yang berlaku. Kesudahannya abah tak benarkan kami bermain dengan anak patung budak perempuan tu lagi. abah simpan dalam tong kayu tepi dapur. untuk pengetahuan korang, zaman dulu, orang yang pernah merantau jauh naik kapal laut, akan ada tong kayu di rumah mereka. Tong kayu ni kiranya macam beg la. Sebab zaman tu susah nak cari beg kembara. So bila depa merantau. Segala khazanah depa akan dimasukkan dalam tong kayu tu. dan dimasukkan dalam ruangan kargo kapal laut. Setelah abis merantau, tong kayu itu akan di jadikan seolah-olah stor ataupun almari. Segala khazanah yang jarang-jarang digunakan akan disimpan didalamnya, seperti Periuk, belanga, langsir yang setahun sekali baru dikeluarkan dan berbagai khazanah lagilah… 


#kotak kayu abah aku berukuran 5’x 3’x 2 setengah kaki tinggi. Ada 3 kotak kesemuanya.

#kotak kayu tu kami panggil ‘glodog’, aku tak tau dari mana asal panggilan tu dan apa maksudnya.

 

#perkampungan kami telah dimajukan pada akhir tahun 80’an menjadi taman perumahan, dan kini semuanya hanya tinggal kenangan.

 

#masa aku menaip entry ni beberapa kali bulu tengkuk aku meremang.

 


mUKjizAt yANg di tiNggALkAn

 

surat Al-Fatehah sebagai ubat dan antibiotic.

 

Amalkan mambaca surah Al-fatehah setiap kali selepas menunaikan solat fardhu. Dah alang-alang baca tu niatkanlah pahalanya disedekahkan kepada kedua ibu bapa juga saudara mara yang telah mendahului kita

 

Al-Quran itu perlu diamalkan, agar ia sebati dengan diri kita. Semakin sering membaca dan mengamalkannya, semakin dekat dan berkat dia dengan kita.

 


Kali ni aku nak syer kaedah menjadikan surah Al-Fatehah ni sebagai ubat dan juga antibiotic.

 

Ulang 7 kali pada ayat ke-5 (Engkau sahaja (ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami meminta pertolongan) sambil usapkan tapak tangan kanan pada bahagian yang sakit. Sambil mengulang 7 kali bacaan tu, sambil niatkan dalam hati semoga Allah sembuhkan sakit yang dialami. Lalu habiskan bacaan.

 

Boleh juga sambil mengulangi 7 kali bacaan itu, setiap bacaan ditiupkan pada bahagian yang sakit sehingga habis nafas sambil memohon kesembuhan dari Allah.. Lalu habiskan bacaan.

 

Seandainya kita tiada sakit, ulangi 7 kali bacaan itu sambil meletakkan tapak tangan kanan di atas jantung / hati, sambil niatkan lah semoga Allah berikan kesihatan yang baik.

 

WallAllahu aklam…

Thursday, August 13, 2020

oTak mAsUK aiR, jANTunG bERdEgUp kEncAnG

 

hari ni khamis, 13 ogos 2020 bersamaan 22 zulhijjah 1441hijrah

 

entry kali ni aku nak berkongsi tentang satu masalah exora. Masalah ni mungkin berlaku kepada sesetengah pemilik exora tapi, lain pula tindakan yang diambil oleh mekanik. Aku tak bermaksud hendak meremahkan atau mengkondem mana-mana mekanik, sebaliknya aku sekadar nak berkongsi apa yang telah terjadi kepada exora aku. Jom kita layan story kat bawah ni. Korang kena rajinkan diri membaca la ye, sebab aku bukan seorang youtuber, boleh syer sesuatu entry dengan hanya bercakap dan disertakan video. Aku hanyalah seorang blogger.. hihi

 

aku akan ceritakan kisah ni dari mula exora aku diserang virus.

 

Pertama:

Lebih kurang setahun yang lalu exora aku ada sintom-sintom pelik mula berlaku iaitu, sedang aku memandu, panel meter akan berkelip. Dia lebih kurang macamana korang nak usya awex la gitu. Kelip sebelah mata.. haha.. kelip kejap dan bukak mata… alah macam kenyit la gitu.. kenyit tau, bukan kunyit.. macam tu la juga panel meter exora aku.. dia akan mati dalam 1 saat kemudian hidup semula. Korang bayangkan panel meter mati tu seolah-olah dalam keadaan korang switch off key. Lampu dan indication pada panel meter semua padam, meter RPM dan Odometer akan jatuh sesaat dua kembali pada kedudukan switch off. Kemudian dia on semula dan berkerja seperti biasa. Apa yang peliknya, hanya panel meter yang akan ter’off’ seketika. manakala system selainnya seperti radio, aircond, lampu, wiper malah enjin berjalan seperti biasa. Keadaan ni kerap berlaku terutamanya bila keadaan jalan tak rata, atau semasa aku langgar line kuning.

 


Maka aku pun try-try survey dari ‘pakcik google’ dan forum-forum berkaitan exora. Malangnya tiada yang memberikan jawapan yang menyakinkan.

 


1. Ada yang kata “mungkin clip socket meter longgar.” Ada logiknya pandangan ni. Sebab bila melalui jalan tak rata kelipan panel meter tu semakin kerap berlaku.

 

2. Ada yang kata “itu tanda-tanda meter ko dah nak kong, standby je la duit beli meter baru.”… mungkin juga kot, tapi kalau betul la pandangan tu, pada aku biarkan je lah dulu sampai meter tu betul-betul kong nanti baru tukar. Barang masih boleh guna buat apa nak tukar. Betul tak?

 

3. Ada yang kata “fius ko dah blow tu. Tukar je fius, tak payah beli meter baru, fius baru 5 posen. Meter dah berapa mahal bro…tukar je fius, sattle masalah” pada aku inilah pendapat yang langsung takde akal. Bukan tak masuk akal lagi, ini memang dah kategori takde akal terus… atau mungkin macam abang koroy (youtuber channel koroy tv) “otak tinggal kat mana dik?”… haha..

 

Aku rasa tak payah la aku ulas pasal fius blow ni. Sebab aku rasa korang pun taukan apa kesan kalau fius dah putus…? Ni satu contoh je pandangan yang tak berakal, sebenarnya banyak lagi pandangan-pandangan yang menunjukkan sel-sel otak kurang berhubung. Tapi takpelah aku meraikan semua pandangan.

 

So dipendekkan cerita, (sebab korang pun malas nak membaca banyak-banyak kan.. haha). Aku ignore je masalah panel meter yang rajin mati-mati tu. As long semua system wiring, enjin, aircond takde effect apa-apa. Masih boleh bergerak macam biasa. Lagipun exora aku ni lebih banyak parking je dari bergerak. Purata kegunaan sebulan tak sampai 400km.

 

Kedua :

Hujung minggu lepas aku balik ke kampung, batu pahat. Masa kat kampung tu sempat la hantar sepupu aku gi pasar, cuaca memang panas terik, aku tunggu dalam exora je sambil sejukkan badan pekena aircond. Balik dari pasar, parking exora bawah pokok kelapa, kasi dia berteduh sikit. Dah lock alarm semua, tetiba dalam 3 atau 4 minit kemudian kipas radiator aku boleh on sendiri. Korang pun tau la kan fan radiator exora ni kalau dia tengah running memang kuat berdengung bunyinya. Dari dalam rumah pun boleh dengar… Aku dah hairan. Padahal kunci dah lama cabut, malah dah activated alarm pun, camana kipas radiator boleh on dengan sendirinya???... takkan tengah-tengahari buta ada hantu kacau exora aku kot. haha

 

Aku deactivated alarm, cucuk kunci, ‘on’kan switch, ‘off’kan semula switch. selang 15 -20 saat, aku buat lagi perkara yang sama. setelah 2 atau 3 kali percubaan baru radiator fan tu berhenti..

 

Ketiga :

Sebelum asar aku bertolak balik ke JB. Semuanya Nampak macam biasa-biasa je. Cuaca masih panas membahang. Beberapa meter sebelum melepasi pondok tol keluar senai utara, dalam keadaan exora meluncur sendiri tanpa menekan pedal minyak, tetiba tayar depan seakan-akan terkunci dan dilepaskan semula. Lock and release. Wife aku kat sebelah tenung muka aku sambil cakap, “jangan main-main, kalau ada kereta kat belakang, tak pasal-pasal kena rempuh”.. aku jawab, “siapa main-main, tayar ni lock sendiri la”.. lepas touch N go aku menekan semula pedal minyak untuk meneruskan perjalanan, tapi malangnya selepas beberapa meter, keadaan lock and release tadi terjadi lagi. Kami mula terdiam dan memandang sesama sendiri, kedua-dua anak aku di kerusi belakang dah mula terhantuk kepala ke depan. Sambil bertanya, “kenapa bah?”. Aku jawab “tak tau lah”.. beberapa meter kedepan, keadaan yang sama terjadi lagi, malah lebih teruk, semasa lock tyre tu sampai berkokok tayar dan tergoncang lebih kuat. Aku buat keputusan berhenti di emergency lane. Matikan enjin beberapa minit. Kemudian hidupkan semula. Dengan harapan, konon-kononnya cara matikan switch tu boleh reset semula apa-apa masalah yang ada.


setelah hampir 2 minit aku switch on semula, nampak panel meter berfungsi seperti biasa.... cuba hidupkan semula enjin pula, enjin pun hidup seperti biasa, takde masalah. Aku pun cuba sambung semula perjalanan. Tapi malangnya beberapa meter bergerak kedepan keadaan lock and release tadi jadi lagi. jantung aku semakin berdegup kencang, macam-macam persoalan bermain didalam otak. kenapa ni? apa masalah ni?. camana kami nak balik ni? nak mintak tolong siapa ni?.. hari semakin gelap ni, jalan didepan semakin sesak ni.. time orang balik kerja.. aduhh. isteri dan anak-anak aku dah semakin trauma, aku lagilah, tak payah cakap. melihatkan riak muka meraka, semakin menambahkan keserabutan didalam kepala otak aku... aku cuba gagahkan juga memandu exora yang bermasalah tu perlahan-lahan... Walaupun dalam keadaan pucat dan seram, kali ni aku cuba perhatikan waktu bila masalah tu akan berlaku… sebab bila dah capai satu tahap kelajuan, masalah tu terus hilang. Bila exora aku perlahan, masalah itu akan jadi semula. So aku suspect, mungkin masalah cluth plate atau pun gear box. Sebab kejadian lock and release tu akn berlaku semasa auto pertukaran gear. So aku pun try alihkan gear secara manual. Bila berhenti di traffic light aku akan mulakan perjalanan dengan menggunakan gear 1, bila keadaan dah sedia baru aku alihkan ke gear 2. dan tentulah semasa pertukaran gear tu akan terjadi lagi lock and release. semakin naik gear, semakin kuat kejadian lock and release tu. sampai berkokok tayar. apa yang aku takutkan semasa lock tu kenderaan di belakang aku secara tak sengaja ter'rempuh' aku.. dah lain pulak ceritanya nanti.


Aku gagahkan juga bergerak selaju mana yang boleh hanya sehingga ke gear 3 saje. sebab aku khuatir seandainya masuk ke gear D nanti lock akan menjadi lebih kuat, tambahan pula perjalanan aku yang seterusnya banyak mendaki dan menuruni bukit. seandainya gear pada kedudukan D, mestilah banyak kali ia perlu bertukar ke gear 3 ataupun gear 2. semakin kerap pertukaran gear berlaku, semakin banyaklah lock and release yang terpaksa kami alami. silap haribulan boleh gugur jantung kami nanti...

 

Korang pun paham la, kalau dah guna gear 3 sepanjang jalan maknanya aku tak boleh speed laju. Sehabis maksima kelajuan aku hanyalah 50-60km/j je. Bila intai ke cermin pandang belakang, memang bersusun la kenderaan di belakang aku. mana taknya, masih berbaki 20-25km tu jauh nya perjalanan kami untuk smpai ke rumah. Mintak maaf la bebanyak. Nak buat macamana. Nak towing, lagi mahal kos. Nak tunggu sampai jalan kosong, rasanya pukul 12 malam pun jalan area JB ni memang susah nak kosong. Apa yang aku boleh buat nyalakan hazard je la, dan keluarkan tangan sebagai isyarat suruh mereka memotong, bila keadaan jalan didepan mengizinkan, sekurang-kurangnya orang lain faham, aku sedang dalam masalah.

 

Dengan perasaan yang penuh ketakutan dan muka dah semakin pucat, takut-takut masalah makin jadi lebih berat, sepanjang jalan berdoa je la, semoga Allah permudahkan kami selamat sampai kerumah…. Alhamdulillah azan maghrib kami sampai ke rumah. Parking dulu elok-elok. Tenangkan fikiran. Nanti baru cari source, macamana nak sattle masalah ni.

 

Sekali lagi aku try usya-usya dari ‘uncle google’, selak-selak dari forum-forum pemilik exora, tapi seolah-olak takde satu topik pun yang mengetengahkan masalah seperti yang aku alami. Apa yang aku jumpa kebanyakkannya bersembang tentang gearbox exora bermasalah. Kos untuk gearbox sahaja mencecah 6k hingga 10k. ada yang membandingkan exora dengan velfire. Ada yang kata, nasib baik aku dah jual exora aku. Dah la tak laju, minyak kuat. dan bermacam-macam lagilah kerenah yang aku jumpa, bukannya menyelesaikan masalah, sebaliknya merapu entah kemana.. boleh ke membandingkan exora dengan velfire. ada juga yang menyamakan exora dengan lori sampah.. haha.. sabar jelah kepada pemilik exora semua.. Tapi tak kurang juga yang kata dah pakai 8 tahun exora, takde apa-apa masalah.

 

Namun akhirnya aku terpaksa mencari source dari sudut lain, sebab forum-forum yang ada di ‘uncle google’ langsung tidak membantu. malah ada seorang forumer yang aku rasanya akal dia tertinggal kat dapur kot. Sebab dengan yakin tahap superman boleh terbang, dia memberikan nasihat, jangan terlalu suka menukar gear auto D pada kedudukan N, bila berhenti di trafic light, memadai dengan menekan pedal brek aje. Dia mencadangkan lagi “kalau nak jangka hayat gearbox boleh tahan lama, sebaik memulakan perjalanan dengan gear pada kedudukan D, jangan diubah-ubah hinggalah sampai ke destinasi baru alihkan pada kedudukan N. gear P pun seeloknya jangan di gunakan, semasa parking kenderaan. Hanya gunakan R, N dan D sahaja. alasannya kalau selalu tukar gear, itulah punca gearbox cepat rosak. Sebab gear itu telah direkakan auto, taulah dia nak buat kerjanya…”

 

Sebelum otak aku pun tercicir ntah kemana nanti, baik aku left dari forum ni… haha… bersabar hingga hari isnin, tunggu workshop kereta buka. Akhirnya aku pergi ke workshop seorang kawan yang biasa servis exora aku ni dengan menaikki motor je. Nak bawak exora terus, seram dengan keadaanya.. setelah menceritakan apa masalah aku, Adi menasihatkan aku pergi ke kedai wiring yang mempunyai alat untuk memeriksa system ECU ataupun orang biasa sebut computer box. Adi siap rekmenkan kedai mana yang boleh dipercayai. Walaupun formen tersebut berbangsa chinese.

 

Alhamdulillah selamat sampai ke bengkel. Tanpa terima ‘hadiah hon maki’ dari pengguna jalan raya yang lain..


Setelah aku menelefon formen tersebut dan membuat temujanji. Akhirnya aku gagahkan juga memandu exora ke sana. Sekali lagi episod seram terpaksa aku lalui. Memandu exora dengan masalah penukaran gear… sampai di kedai tersebut, Asin cek menggunakan alatan elektroniknya, namun no found defect. Setelah 3 kali percubaan, namun masih gagal. Lalu dia membuka ECU exora, ternyata…. Disinilah punca segalanya... Kotak ECU telah dibanjiri dengan air pepeluhan dari hose aircond. Asin memberitahu aku, memang ada beberapa kes exora yang mana kotak ECUnya ditenggelami air dari hose aircond, ini kerana kedudukan kotak ECU itu betul-betul berada dibawah hos laluan blower aircond ke grill di dashboard. wap pepeluhan aircond itu sepatutnya disalurkan keluar melalui drain paip dibawah enjin, tapi disebabkan keadaan aircond yang terlalu sejuk telah menghasilkan pemeluapan wap air pada dinding luar hos. Dan wap air tersebut lah yang menitik ke atas wayar ECU, dan seterusnya mengalir melalui wayar tersebut singgah di socket ECU dan terus bertakung di dalam kotak ECU. Dengan caj sebanyak RM350 Asin menggunakan kepakarannya membaiki ECU tersebut. 

 

Kesan hijau macam air liur basi.. eee


Menurut Asin masalah ECU exora ni telah lama berlaku, kerana kesan air pada socket penyambung telah bertukar menjadi hijau seakan lumut. Ini adalah kesan tindakbalas air terhadap caj elektrik. Namun sikap ignore aku telah menyebabkan takungan air didalam kotak ECU semakin lama semakin banyak, Cuma, mungkin masih belum menenggelamkan papan PCB, sebab tu bila aku melalui jalan tidak rata, air didalam kotak ECU akan berkocak dan merecik mengenai bahagian-bahagian tertentu dan menyebabkan panel meter exora sering mati, tapi disebabkan setiap aliran elektrik akan menghasilkan haba, secara tak langsung haba tadi mengeringkan litar pada papan PCB, dan panel meter dapat berfungi semula. Begitulah keadaannya berulang setiap kali aku memandu dalam keadaan jalan yang tak rata.

 

Air yang bertakung boleh bela ikan. Kalau dari awal aku bela benih tilapia, sekarang ni dah boleh goreng 3 rasa kot… hihi..


Sehinggalah bila mana wap air pepeluhan aircond semakin banyak terkumpul didalam kotak ECU, mungkin hingga menenggelamkan bahagian yang mengawal pertukaran gear, maka masalah yang terjadi seakan-akan berpunca pada gearbox. Asin kata “nasib baik Adi suruh u mari sini cek dulu ECU (electronic Control Unit), kalau Adi jahat dia sudah caj u gearbox loo, itu gearbox bukan murah-murah, manyak ribu woo, sudah ramai exora kena tipu. Tapi itu Adi, baik punya budak”. Alhamdulillah, pada aku bukan Adi je baik, “kau pun baik, Asin” sebab kalau kau nak tipu aku, boleh je kau cakap ECU aku dah kong sebab terendam air, boleh je ko cakap kena beli ECU baru yang harganya mencecah ribuan ringgit. Tapi atas kebaikkan kau tu, kau keringkan dan repair mana-mana yang perlu. Dan apa yang aku merasakan Asin ni betul-betul baik, beberapa hari kemudian aku terfikir untuk membungkus atau lindungi kotak ECU dengan plastic supaya wap pepeluhan aircond tu tak termasuk lagi kedalam ECU. Sebaik aku terbongkok-bongkok nak membuka kotak ECU dibawah dashboard, aku dapati Asin dah terlebih dahulu melindungi kotak ECU tu dengan plastic… Alhamdullillah, Allah temukan aku dengan orang yang baik-baik. Semoga Allah memberikan hidayah pada kau Asin.. selesai masalah Pertama: dan Ketiga :

 

Siap dah cover dengan plastic


Dengan rasa bersyukur dan senang hati aku kembali ke kedai Adi untuk mengucapkan terima kasih dan menyelesaikan masalah Kedua : Menurut Adi bukannya radiotor fan aku yang berpusing dengan sendirinya, sebaliknya itu adalah backup fan untuk aircond. Disebabkan main radioator fan aku telah kong, maka backup fan pun berpusing sendiri, walaupun aku dah parking exora. Ini kerana backup fan agak kecil sedikit berbanding main radioator fan dan sudah tentulah ia mengambil masa yang lebih panjang bagi memastikan suhu enjin dalam keadaan terkawal. Menurut Adi lagi ini adalah system elektronik yang dilengkapkan kepada exora bagi mengurangkan kepanasan didalam enjin seterusnya dapat mengelakkan gasket pada enjin terbakar. Korang pun tentu tau kalau gasket enjin dah terbakar, kos untuk membaik pulih mencecah ribuan ringgit, kerana enjin mesti dicabut keluar. Alhamdulillah aku Cuma perlu modalkan RM245 saje untuk menggantikan motor fan tersebut.

  

Motor fan ni boleh buat gasing kot. Main petang-petang belakang rumah


Ada jiran aku bertanya, “kenapa tak buat radiator fan tu kat kedai Asin terus. Dia kan workshop elektrik, mesti dia boleh buat. Kenapa balik ke workshop Adi, padahal kan dia workshop enjin?”… Aku Cuma diam dan tersenyum seolah-olah takde jawapan. Sebaliknya dalam hati aku ada jawapan yang sengaja tak nak aku luahkan… tapi untuk korang yang terbaca entry ni. Aku nak kongsikan jawapan dalam hati aku tu. ‘salah ke kalau aku kongsikan rezeki dari Allah kepada mereka berdua. Meskipun Asin berbangsa chinese tapi dengan sikap jujurnya itu menyebabkan aku ikhlas untuk berurusniaga dengannya, manakala Adi yang seagama denganku juga mempunyai sikap jujur seperti Asin dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai mekanik.’

Inilah yang aku maksudkan otak masuk air, jantung berdegup kencang


 

Aku tinggalkan alamat dan no hp diorang kalau-kalau korang menghadapi masalah seperti aku. Mudah-mudahan ia boleh membantu. Tidaklah seperti di forum yang mengarut lagi kelaut itu.. haha…. bagi korang yang tinggal jauh dari ulu tiram. boleh je kemana-mana workshop yang menyediakan perkhidmatan yang sama. cuma pesan aku, janganlah sampai korang tertipu dengan sikap segelintir formen yang tidak jujur. bila pertukaran gear bermasalah, terus caj gearbox. sebab masalah tu memang memerlukan kos ribuan ringgit... atlease dengan cerita aku ni boleh la dijadikan panduan.

WaAllahuaklam..

Sunday, August 9, 2020

pEsaNaN daRi ProFesOR Dr. HaMKa

 Hari ni ahad. 9 ogos 2020

Bersamaan 19 zulhijjah 1441 hijrah

 

Tugas kita bukanlah untuk berhasil, Tugas kita hanyalah mencuba.

Kerana dalam mencuba itulah kita menemukan pelajaran bagaimana mengusahakan sesuatu kesempatan untuk berhasil.

 

Sering kali aku tertanya-tanya kenapa usaha-usaha aku kebanyakkannya menemui kegagalan. Baik dari berjinak-jinak dengan MLM dulu sampailah ke kisah terkini mengusahakan tanah kebun… akhirnya aku temukan jawapannya dari kata-kata Profesor Dr. Hamka ini..

 

Monday, August 3, 2020

mUKjizAt yANg di tiNggALkAn

Doa melembutkan hati Nabi Sulaiman A.S.


Hari ni 3 Ogos 2020

Bulan kemerdekaan

Bersamaan 13 zulhijjah 1441H

Bulan terakhir dalam kalender islam.

 


Aku nak mulakan entry bulan ogos ni dengan petikan surat utusan dari Nabi Sulaiman AlaihSalam kepada Puteri Balqis. Yang Allah SWT rakamkan didalam Al Quran melalui surah An-Naml (semut. Mengandungi 93 ayat. Diturunkan di Mekah)

 

Amalkanlah potongan ayat ke 30 dan 31 untuk melembutkan hati seseorang. Anak, suami, isteri atau sesiapa saje. Agar patuh kepada seruan Allah.

 

Seperti entry-entry aku sebelum ni dalam bab doa, suka aku pesankan, ayat Quran ni kurang mujarab kalau time nak guna baru nak baca. Dia kena amalkan dan jadikan zikir harian, barulah dia sebati dengan diri. Sepertimana Al-Quran itu sendiri akan menjadi teman kita di dalam kubur nanti. Maka Ia perlulah dijinakkan. Maksud aku bukan Al-Quran itu perlu dijinakkan dengan hati kita, tapi sebaliknya hati dan diri kita yang perlu dijinakkan supaya mencintai Al-Quran.

 

Barulah Al-Quran itu sudi berkawan dengan kita dan seterusnya memberi syafaat di akhirat nanti. Tidak la nanti kita hanya digelar kawan waktu susah. Bila ada masalah baru nak cari Al-Quran, bila kena kacau dengan kak pon baru nak carik Al-Quran. Aku rasa kalau dalam istilah manusia, kita pun tak suka berkawan dengan orang jenis kawan waktu susah. Apatah lagi Al-Quran.. jadi, renung-renungkan lah, hadam-hadamkan lah..

 

Beruntunglah bagi mereka yang hidup sentiasa memandang Al-Quran, memegang Al-Quran, mendengar bacaan Al-Quran atau lebih baik membaca Al-Quran. Kerana Al-Quran itu adalah satu mukjizat. Walaupun sekadar memandangnya kita akan dikurniakan pahala.. WAllahuaklam