Tuesday, September 15, 2009

kePeriBADiaN RasULLaH SAW

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.Kalau orang kita : Nak tampal sendiri- jangan harap.Suruh bini jahitkan dan kalau bini pun tak pandai jahit - hantar kedai, silap-silap simpan jer dalam almari untuk dibuang.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.Kalau orang kita: Membebel sambil buka astro atau baca surat khabar menunggu bini masak.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'Kalau orang kita : Balik masjid lepak-lepak dulu di warung kopi sambil bersembang.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan yaKhumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda. Kalau orang kita : Start motor/kereta terus ngeteh kat kedai mamak sambil pekena roti canai.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.''Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? 'Kalau orang kita: Degil eh? Nah amik kau dish dish..

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat. Kalau orang kita : Semakin ada pangkat mula nak cari perempuan lain, bini kat rumah dah mula nak lupa.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?''Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.''Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkanbunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan inisebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'Kalau orang kita : Lagi tinggi pangkat lagi power, cakap jer nak makan apa.

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor. Kalau orang kita : Sure geli dan tak lalu makan.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. Kalau orang kita: mahu berparang jadinya.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.Kalau orang kita : Lagi berkuasa makin lupa Allah. Kalau dulu tak pandai pergi disko kini dah pandai, kalau dulu tak pandai main golf sekarang sarapan pun kat tepi padang golf.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Kalau orang kita: beribadah sikit, dah mula nak menjatuhkan hukum orang lain sume salah. sehinggakan terlupa kekuatan dia beribadah itu atas pilihan Allah SWT jua.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'Kalau orang kita : Lupa diri adalah hamba. Tingginya darjat Rasullullah SAW, kisah ini sebagai renungan sahaja memang tidak boleh dibandingkan kita ni umat Baginda berbanding dengan Rasulullah SAW sendiri tapi cuba sama-sama muhasabah diri kita.

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT

artikel ni aku copy paste dari isuhangat.blogspot. tertarik dengan kenyataannya. dan berniat nak 'menyebarkan' maka aku pun meng'copy pastekan kat blog aku ni. beberapa potong ayat telah aku ubah kerana dikhuatiri menyentuh sensetiviti individu.

xtau kenapa, tapi aku suka baca sirah Rasullah saw. dan setiap kali terbaca bab zuhud Rasullah saw, hati yang Allah pinjamkan pada aku ni macam xtertanggung sebaknya membayangkan sikap baginda yang cukup cukup terpuji. secara tak langsung sebak di hati itu mengarahkan empangan kecil dimata melimpahkan airnya...............

semoga hati yang Allah pinjamkan kepada ku ini, dapat melembutkan nafsu yang sering kali cuba merajai diri...... Amin

KiAn jAuH


hari ini, 25 Ramadhan 1430H.
bermakna hanya tinggal 4 atau 5 hari saja lagi kita berada didalam bulan yang penuh keberkatan ini. sedih, pilu, terharu, bercelaru dan bermacam lagi perasaan yang bermain dalam hati setiap insan.

sudahkah kita penuhi malam2 terakhir ini dengan ibadah2 sunat? atau mungkinkah kita masih terleka dengan persiapan menghadapi raya? atau mungkin juga tiada perasaan berbeza yang lahir dari hati kita terhadap keberkatan pada malam2 akhir ini?

aidilfitri akan menjema.
hari kemenangan umat islam. hari kegembiraan bagi semua, hari keceriaan bagi yang kuasa. namun pernahkah kita limpahkan sedikit kerlingan atau jelingan ke kiri dan kanan, kepada mereka yang kurang berupaya. dalam pada kita bergembira tanpa kita sedari pada hari yang sama menjadi kesedihan kepada mereka.

pernahkah kita terfikir bagaimana keadaanya andaikata kita berada ditempat mereka?....................


Friday, September 4, 2009

tekA tEKi iMAm AL GhazALi

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang
Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Murid 4 : Laut
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Murid 4 : Unta
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri.

Petikan ni aku copy dari satu artikel, yang tak sengaja aku lawati. oleh kerana tertarik dengan semua pesanan secara spontan tersebut. aku pun copykan utk renungan rakan-rakan yang berkunjung ke blog ini.

Saturday, August 29, 2009

kEnaNGaN yANg BeRULanG

salam sume
hari ni, 8 ramadhan. bermakna telah selamat seminggu perjalanan ramadhan ini. dan ini juga bermakna hanya tinggal 22 @ 23 hari saje lagi ramadhan ini akan pergi meninggalkan kita.

bila aku kenang kenangkan kembali satu persatu ramadhan datang mengunjungi aku dan satu persatu juga ramadhan itu pergi meninggalkan aku dan kamu semua. bertanya aku pada diri sendiri, apakah setiap kunjungan dan perginya ramadhan itu amalan aku semakin meningkat?............... jawabnya, amat sukar untuk aku nyatakan baik melalui perkataan mahupun perbuatan. nak dikatakan TIDAK, pun tidak..... nak dikatakan YA, juga tidak.

yang pasti aku akan sentiasa berazam manjadikan ramadhan pada setiap tahun adalah ramadhan yang terbaik dari tahun tahun sebelumnya.

mengenang kembali ramadhan melalui zahirnya :-

teringat aku pada zaman kanak kanak dahulu..........
dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan, namun masih berpegang teguh pada ajaran agama,
aku telah mula berpuasa seawal usiaku 6 tahun.
faktor kemiskinan menyumbang kepada banyak hari hariku dan keluarga dihabiskan dengan berpuasa sunat.

ramadhan di alam persekolahan.............
bila cuti sekolah hujung minggu aku dengan abang abangku (shah & Lan) serta kawan kawan sepermainan sering merayau rayau sekitar kampung. mancari apa apa jua yang boleh dijadikan santapan masa berbuka. zaman dulu banyak pokok buah buahan yang hidup liar tidak bertuan, bukan macam zaman sekarang, pondok kotak bawah jembatan pun 'bertuan'...... kebiasaanya kunjungan kami ke 'rumah drakula' akan menjanjikan banyak hasil, seperti jambu batu, jambu air pada musimnya, kangkong, keladi, pucuk ubi, nangka muda untuk dijadikan sayur dan pelbagai lagi. walaupun dalam keletihan tapi diantara kami tidak ada yang curi makan...... dan saat yang paling menyeronokkan, apabila tiba waktu berbuka aku akan susun semua 'hasil tangkapan' pada hari tersebut, baik dari jambu batu, buah gajus yang masih kelat dan sebagainya.... waktu itu sekiranya kami dapat berbuka bubur kacang dengan air suam, itu dah dikirakan menu yang cukup mewah. berbanding kebiasaanya hanya nasi ataupun ubi kayu dengan lauk ikan masin. kalau ada sayur pun kebiasaannya pucuk ubi atau nangka masak lemak, kulat yang tumbuh pada kayu getah reput dimasak sambal. kadang kala pucuk paku ditumis air. agaknya kalau zaman itu dibawa ke masa kini keluarga aku dah layak menyertai bersamamu TV3. tapi oleh kerana zaman itu tetap kekal begitu, maka tak layaklah untuk kami menyertai program reality tersebut, kerana mereka yang hidup sezaman dengan ku juga malalui nasib yang sama..........

ramadhan di alam sekolah menengah............
dalam tingkatan 4 & 5 aku telah tinggal di asrama. segalanya menjadi lebih teratur dan kurang kenangan yang manyentuh kalbu. walaupun masih berbuka dengan nasi, namun disertakan dengan lauk pauk yang lazat. sesekali terlintas dihatiku seandainya semua kelazatan ini dapat aku kongsikan dengan adik adik dan keluargaku, alangkah bahagianya. tapi sayang semua itu mustahil buat masa ini. kerana makan dan tempat tinggalku sendiri dibiayai oleh kerajaan.

ramadhan dalam alam remaja............
tinggal dengan rakan rakan yang menyewa sebuah rumah, sudah tentunya waktu berbuka aku tidak dikelilingi ahli keluarga sendiri. sebaliknya hanya rakan rakan yang menjadi teman berbuka. itupun kalau mereka tidak membuat kerja lebih masa. menu berbuka kebiasaannya aku perolehi dari tempat yang paling mudah, iaitu 'bazar ramadhan'. namun sesekali bila cuti hujung minggu aku sering habiskan masa dikampung bersama keluarga tercinta.

ramadhan apabila telah berumah tangga............
kini aku telah mempunyai 3 cahaya mata. putera sulong ku telah mencecah usia 7 tahun, sudah tentunya ini adalah tahun kedua baginya menjalani ibadah puasa. Isya' dan terawih pula, aku telah mula jarang kesurau seperti kebiasaan sebelum sebelumnya. sebaliknya aku lebih senang lakukan jemaah dirumah, disertai oleh putera sulong ku dengan kedua dua adiknya..... ye, mungkin aku kerugian didalam pahala iktiqaf, tp aku masih untung didalam mentarbiah dan melatih jiwa isteri dan anak anak ku menghayati erti ramadhan yang sebenarnya.
berbalik pada berbuka, apa yang aku perhatikan sikap putera sulong ku saling tak tumpah dengan tabiat aku dulu, iaitu menyusun semua 'hasil tangkapan' di kelilingnya . cuma bezanya aku dulu hanya ada jambu batu, sebaliknya dia kini dengan coklat, gula gula, keropok dan sebagainya....... mungkinkah sikap itu akan berterusan pada generasiku seterusnya.......?

Ramadhan esok............
aku masih tak tau sempatkah aku bertemu dengan Nya......?
mungkinkah pada waktu itu aku masih dalam keadaan sebegini dikelilingi isteri dan anak anak tercinta? atau sebaliknya telah jatuh hukum tidak perlu lagi aku beribadah kepada penciptanya............. Waallahhu aklam bissawab.....

Saturday, August 22, 2009

rAmADHan iNI dATang lAgi

Alhamdulillah hari ini 1 Ramadhan,

Allah telah memilih aku satu diantara jutaan dari kalangan hamba Nya yang dapat bersama menikmati Ramadhan ini.......
kenapa menikmati...............?
sebab Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan Rahmat dan fadhilat. sepanjang malamnya dipenuhi dengan ganjaran-ganjaran Nikmat dari Pencipta kepada hambanya. manakala pada siang harinya diselubungi pula dengan keinsafan dari seorang hamba kepada Pencitpanya.

Dihadiahkan pula kepada hambanya satu malam yang mana sekiranya dilakukan amal kebajikan, ganjarannya menandingi amalan umat2 terdahulu. sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi bijaksana. Telah menetapkan Dia, bahawa usia umat akhir zaman ini hanyalah beberapa saat sahaje jika dibandingkan dengan umat terdahulu, nescaya mustahil umat akhir zaman ini dapat menyamai amalan umat terdahulu... namun kurniaan Malam Lailatulkadar kepada umat akhir zaman ini merupakan satu bukti betapa Maha Adilnya Dia.

dikesempatan ini......
bersamalah kita berusaha mencari keredhaan Illahi sempena dalam bulan yang berkat ini. kerana amat dikhuatiri Ramadhan ini adalah yang terakhir buat aku mahupun kamu..........

salam perantuan buat sanak saudara yang berada jauh dimata.......

Friday, August 21, 2009

AL Asr'

"Demi masa,
sesunguhnya manusia itu di dalam kerugian
kecuali mereka yang berpesan pesan dengan kebenaran
dan mereka yang berpesan pesan dengan kesabaran".

pagi jumaat ini.....................
hari ni adalah hari terakhir dalam bulan Syaaban.
bersyukurlah sesiapa yang banyak melakukan ibadah sunat di sepanjang Syaaban ini.
mudah mudahan segala amalan perbuatan baik kita diterima oleh Nya.
kita masih tak tau adakah kita masih berkesempatan untuk menemui Syaaban lagi pada tahun tahun mendatang. namun sebagai seorang 'tunang kepada kematian', berdo'alah dan berharaplah semoga tarikh ijabkabul itu, akan melepasi Syaaban tahun depan.

esok Ramadhan datang lagi....................

mudah mudahan Allah memilih aku dan kamu menjadi sebahagian dari hambanya yang dapat melaksanakan Rukun Islam ke-3 ini dengan penuh khusyuk, tawadduk dan penuh kesempurnaan.
mudah mudahan Ramadhan ini dapat membentuk jiwa, dan mentarbiah diri kita menjadi insan yang sedar akan keujudan ini hanyalah sebagai hamba kepada Penciptanya.
mudah mudahan Ramadhan ini dapat mengingat dan menyedarkan kita akan kesengsaraan dan kelaparan yang ditanggung oleh mereka yang kekurangan lagi daif.
dekatkan lah hati dan diri kepada 'rumah Allah', mudah mudahan itu akan menjadi amalan dan ikutan kita seterusnya sehingga kehadiran sakaratulmaut...................



Thursday, August 13, 2009

ApabILa tErTUtuP mATa

salam sume dah hampir setengah bulan tak sempat masuk kedalam blog ni..........
kenapa dan mengapa?..................
jawapan yang dah terlalu rutin dengan masyarakat zaman IT ni, iaitu 'bz'.
sehingga terkadang tu jawapan 'bz' ni boleh digunakan sebagai alasan utk mengelak dari melaksanakan yang fardhu.....

apa yg aku 'bz'kan?
aku pun xpasti...... nak kata xtau agak keterlaluan.
yang pasti peruntukan masa untuk aku dan kamu hanya ada 24 jam, sedangkan waktu berkerja aku seringkali mecabuli masa peribadi ku.................
bagaimana dan caramana ianya terjadi, sukar nak aku nyatakan disini, cuma yang pasti, semuanya demi sesuap nasi. (macam bermadah la plak).

tapi berbaloikah semua itu aku lakukan? untuk siapa dan siapa-siapa semua tu?
bukan ke masih banyak tuntutan yang belum aku laksanakan.......... entah lah........ jelaslah inilah kelemahan yang ada pada diri aku dan mungkin juga kamu..... kita sering berusaha mendapatkan ganjaran yang xseberapa, lalu terlupa pada ganjaran hakiki yang telah ditawarkan disana........

hidup ini satu perjuangan, dan perjuangan itu akan hanya terhenti aPAbILa terTUtUP MatA..........

dari :
aku yang tertekan dengan bebanan kerja.