Tuesday, July 20, 2010

LAtiHaN yaNG meLeTihKan

pada 2/3/4hb yang lalu. Jpam Jb menganjurkan latihan menyelamat di Kem Dayang Pekan Nanas Pontian. aku adalah salah seorang yang terlibat dari 78 anggota.

berkumpul di Jpam Jb selepas solat Jumaat, bertolak ke Kem Dayang pada 18:00, sampai sana dah nak masuk Isya'. taklimat ringkas. terus naikkan khemah. suasana hujan renyai2 dalam suasana hutan yang gelap adalah satu keadaan yang sukar untuk melangkah. tp apa pun keadaan mesti dirikan khemah dalam masa yang singkat kot x mlm ni nak tido mana?

lepas makan malam, terus jalani latihan simulasi. aku lak kena jadi mangsa. mulanya rasa best la, tp bila difikir2 kan xbest, mmg xbest, sbb aku nak berlatih untuk jd penyelamat bukannya mangsa. bestnya sbb kena angkat, dilayan mengikut kehendak diri. tp hakikatnya aku kan anggota Jpam yg sepatutnya didedahkan dengan tugasan menyelamat....

mlm tu aktiviti tamat jam 1:45pagi. mandi, solat isya dan maghrib. 2:40 rest jap. pukul 4:00 duty kawalan, sampai kul 5:00

aktiviti hari kedua. pagi cam biasa dengan perut yg kosong, senaman pagi dari jam 6:30 sampai 8:30 fuh mengigil perut. senaman kalau lembut2 cam taichi tu xpe la, ini dah mengalahkan senamrobik....

lepas sarapan dalam kawad semua sekali kena denda berguling kat lumpur. chis kuang ajo nye jurulatih. masa tu terasa mcm nak balik je, tp ingat kata2 tn Hidayat "awk mesti tabah bukan rebah, dlm hati jgn ada taman, jgn hati tisu, tekanan yg awk terima tu utk memantapkan mental n fizikal awk". so tahan jelah.

latihan terus bersambung dari turun bangunan menggunakan tali(A&D) menyelamat di air(water confident) sampailah ke junggle tracking. fuh... padat aktiviti, kalau cam ni sebulan kurus kering aku jadinya. dah la makan cukup sekadar alas perut je. suasana hujan renyai2 lak tu, teringat kl dok kat rumah pekena kopi ngan celup biskut sedap ni..... adusss bilakah latihan ini akan berakhir.....

mlm ke2 sekali lagi kumpulan aku kena denda guling kat lumpur, gara2 kwn yg sepatutnya duty kawalan syok membuta, hasilnya semua kena baring dalam lumpur sejam. dah la sejuk hujan, tambah lagi berendam dlm becak..... sbb tu agaknya kerbau yg kat kampung org rumah aku tu suka berendam dalam bendang ek, sejuk je?

latihan hari seterusnya dah xterlarat nak aku luahkan, memadailah rasanya kalau aku katakan dengan makanan yg bercatu tu xcukup untuk dijadikan tenaga kena lanyak. bukan sekadar bumping, tepuk lalat 90kali tu dah biasa, star jump, mcm2 lagi la. hukuman paling ringan sebijik gula2 kongsi makan 16 org..... ramai yang injured dan lebih ramai yg 'hati koyak'.....

balik hari ke3, mcm perasaan bermain dalam fikiran, penat dah xpyh cakap, yg lebih teruk hati bukan sekadar'koyak' tp dah sampai tahap 'rabak'. kalau ikutkan hati rasa mcm xnk terlibat lagi dgn JPAM, tp memandangkan ini je satu2nya jalan utk aku mencapai matlamat menjadi SPDRM, tahankan jelah...... sekurang2nya dpt mendedahkan aku dgn aktiviti luar, setelah penat mengadap laptop membuat pelan......

smua keletihan, xcukup tido, xcukp rehat, xcukp makan

hari nak balik baru semua ceria, baru nmpak sinar matahari (slh sorg rakan retak pergelangan tangan)

xsabar nak balik, tgk is3, anak2, makan, tido yg selesa, tgk laptop,

ahli kumpulan 2, diantaranya, aku....

siSpA uTHm

imbas kembali pada 13hb jun yg lalu. aku terlibat dengan majlis perasmian SISPA UTHM (siswa Pertahanan Awam). berkumpul di pej JPAM JB seawal 9:30 pagi. bertolak ke UTHM BP jam 10:30

sampai UTHM BP lebih kurang jam 13:00 makan tghari sempat solat jamak zohor dan asar. dapat jumpa rakan2 Jpam dari setiap daerah dalam Johor. majlis bermula jam 14:30. ni lah kali pertama aku tengok dato' Hishamuddin bin Tun Hussin On. tinggi dan suka tersenyum orangnya. oleh kerana ramai sgt peminat xsempat aku nak bergambar bersama. tp xpelah dapat shoot sekeping gambar pun jadilah buat kenangan.

majlis selesai 18:00 bertolak balik ke JB. dalam perjalanan tayar bas meletup. so sume anggota kena transfer naik truck. fuh.... 1 majlis tp dapat naik 2 kenderaan. fresh air tu naik truck.....

sampai JPAM JB dah kul 21:30. terus balik rumah. badan letih sehari terikat dengan protokol beruniform...









cAtAtAN hAri iNi

salam.

hari ni dah 20hb july 2010 bermakna dah 2 bulan aku memulakan keje sendiri. tanpa perlu mengharap dari syarikat yang 15 tahun aku bersamanya.

alhamdulillah dalam 2 bulan ni kehidupan lebih tenang dan xperlu rasa sakit hati, xperlu rasa iri hati, xperlu rasa makan hati. malam tadi semak2 kembali hp terjumpa sms dari isteri masa aku notis perletakan jawatan dan sms dari member baik masa hari akhir aku bertugas di sykt tersebut.....






Wednesday, July 14, 2010

kErjA kErJa peMBerSihAN saWAnG


salam
dah lama xberblogging. bersawang ruangan ni, nasib baik xjadi rumah berhantu....hehe

maklumlah selagi belum tutup mata, keje,keje,keje. anyway alhamdulillah, ada keje ada rezeki. kot xde keje nak makan apa? kalau solo ok lagi ni dah ada tanggungan.

selain bz dengan keje, aktiviti dengan JPAM agak penuh, tu yang menambahkan lagi kesibukkan rutin harian. baru-baru ni berkesempatan ikut latihan luar kat 'kem dayang'. perrrghhh cukup mencabar fizikal dan mental. 3 hari perkhemahan hujan, x nampak matahari langsung. abis luar dalam khemah becak. hari last latihan baru la sang suria menampakkan sinarnya.

Friday, June 25, 2010

jAsA mU dikEnAnG

12 jun 2010 yang lalu
satu majlis jamuan makan malam 'jasamu dikenang' untuk salah seorang pegawai JPAM yang dah berkhidmat secara sukarela lebih dari 25 tahun...... fuh lama tu..... bersara pada awal 2010 yg lalu pun sbb faktor usia.
terharu sungguh aku dengan sikap-sikap manusia sebegini. sanggup menabur bakti pada negara dan bangsa tanpa menuntut apa-apa jua bentuk imbuhan.....
majlis malam tu berlangsung dengan agak syahdu, ye la jamuan perpisahan lah katakan. tp yg lebih mengharukan bila mana Tn salim sendiri memberi ucap akhirnya. menceritakan pengalaman pahit manis suka duka beliau, sambil mengalirkan airmata..... sambil membakar semangat anggota2 baru seperti aku untuk terus berbakti pd tanahair.
dalam majlis tu dimainkan lagu selingan dari saleem iklim. tu yg pepagi ni merayap kat youtube teringat balik kisah malam tu.......


Tuesday, June 22, 2010

tAk kEnAL maKA tAK ciNTa

sepetimana perancangan awalnya. aku menceburkan diri dalam JPAM ni hanya sebagai batu loncatan menuju ke SPDRM. tp semakin hari bersama semakin mendalam perasaan jatuh cinta. walaupun baru hanya 2 bulan berkenalan dan disahkan keanggotaan, dah berbagai pengalaman manis suka duka aku rasai.

kalau dalam kursus asas 3 bulan yg lalu aku hanya sebagai anggota biasa. kini tetiba je aku dilantik menjadi ketua skuad. kalau dulu hanya menerima arahan, kini terpaksa memberi arahan. dari bodoh, kepala otak ngkau, sampailah bangang puas aku telan dari pegawai atasan...... tp xpe aku tau mereka2 itu dulunya pun menerima sama seperti aku. kesalahan anak buah, kita yg terima, kesalahan pihak atasan pun kita juga yg menadahnya..... walaupun kasar bahasanya namun aku mesti kebal, bukan bebal. aku mesti tabah bukan patah, dan aku mesti teguh bukan rapuh. sbb pegawai yg menghukum aku seringkali menyampaikan kata harapan untuk aku terus maju....

"saya nampak awak berpotensi, awak memang ada bakat, cuma satu saya minta awak jangan patah semangat, awak anggaplah apa yg saya kata sebagai satu ujian ketahanan untuk diri awak. saya tau punca kesalahan bukan datang dari awak, tp kenapa saya denda awak? sbb awak adalah ketua skuad, dan sebab awak mengaku kesalahan anak buah awak datang dari kelemahan awak. so tak salahkan saya denda awak? saya tau pengakuan awak tak ikhlas depan saya, tp sebagai seorang ketua, saya nampak sikap bertanggungjawab awak ada disitu. awak berani mengaku depan saya itu adalah kesalahan awak. saya bangga dan puji sikap kepimpinan awak. sbb tu saya lantik awak jadi ketua.... saya bukan sekadar nak awak bertanggjungjawab, tapi saya nak mental awak kuat. saya nak satu hari nanti awak akan jadi salah seorang dari pegawai saya"

ayat yg cukup berbisa dan bermakna dari tuan aku....... sebenarnya tak mampu nak aku luahkan satu persatu pengalaman dalam JPAM ni. tp cukuplah sikit untuk aku jadikan sejarah bila dah tua nanti. (tu pun kalau blog ni xkena block)......


pErJaLAnAN mEnGhArUnGi mAsA

salam kembali kpd yang sudi singgah. terima kasih kerana masih menjengguk walaupun dah bersawang kerana sebulan ditinggalkan..... bukan dah xaktif dari dunia blogging tp kerana pengejaran masa yang terlalu pantas.......

hari ni 22 Jun 2010.
bererti genab sebulan aku dah menjalankan operasi mencari nafkah menyara keluarga dari rumah.. selama tempoh itu, hanya ucapan alhamdulillah yang dapat aku ungkapkan. kerana dengan kurniaan Nya yang xdisangka-sangka. dari celik mata hingga ke awal pagi laptop ni xputus2 melakarkan lukisan2 bangunan. tiada peluang dan ruang langsung untuk online ke blog.

jadual harian tentunya telah berubah dari sediakala. kalau dulu bergegas ke pejabat, sekarang hanya perlu beberapa langkah ke meja kerja. namun perbezaan amat ketara dari segi penyusunan masa.

selain dari kerjaya melukis, ditambah sibuk lagi dengan aktiviti luar....... itulah salah satu penymbang kepada kesibukkan yg ketara..... dah tentunya aku menyebukkan diri dengan Pertahanan Awam. yelah sejak angkat sumpah pada 25 april yg lalu. aku dah berazam akan menaburkan bakti setakat terdaya kepada bangsa dan negara. memang secara dasarnya aku hanya menumpang lalu dari JPAM menuju ke PDRM. tp benarlah kata org2 lama "xkenal maka xcinta". banyak ilmu yg boleh dipelajari dari JPAM. lagipun sementara menunggu peluang ke PDRM apa salahnya aku berjinak2 dulu dengan medic. bukankah itu pun satu usaha 'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'.

berkhidmat untuk keluarga pn satu perkara yang perlu dipandang serius. Alhamdulillah sejak beroperasi dari rumah ni aku dapat rasakan kesegaran pada diri dan minda. xperlu sakit hati, xperlu makan hati, xperlu busuk hati. segala yang aku lakukan semuanya untuk keluarga, bukan untuk kepentingan pihak tertentu...... aku dapat rasakan kemanisan dan kebahagiaan melayan kerenah anak2. kalau dulu bila anak2 bermanja tentu mood akan mempengaruhi tindakan aku, tp kini bila diri dan minda adalah milik aku sendiri, aku mampu mempersembahkan diri aku yg sebenar sebagai seorang ayah kepada anak2. kalau dulu makan malam akan ada 5 pinggan, kini kebiasaannya hanya tinggal 2 pinggan diperlukan. bukan sebab kekurangan bahan makanan, tp anak2 lebih manja dan minta disuapkan...... semoga kebahagiaan yang telah aku dambakan selama 15 tahun ini akan Allah kekalkan hingga ke akhir hayat.....

waAllahu aklam.......