Tuesday, March 24, 2020

sETiaP yAnG bErLakU pAsTi aDa HiKmAh diSeBaLiknYa

hari ni 24 mac 2020 bersamaan 28 Rejab 1441H

telah seminggu rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakkan..
berbagai persepsi dan berbagai keluhan lahir dalam diri masing-masing. Bagaimana nantinya selepas tarikh 31 mac? Adakah Malaysia akan kembali aman dari serangan virus ini, adakah nanti anak-anak akan selamat untuk kembali ke madrasah, adakah nanti ketua keluarga dapat meneruskan kembali rutin harian, mencari secebis rezeki utk santapan keluarga?... semua persoalan ini memenuhi benak fikiran ku, dan munggin juga kamu…

namun sebagai hamba yang merdeka ini, bersyukurlah kita ke hadrat Illahi, kerana pasti ada hikmah nya di atas segala ketentuan ini… dengan kejadian yang tidak disenangi ini,  tanpa kita sadari, ibu bapa dan anak-anak dapat berkumpul bersama di rumah. Menontot tv bersama, solat berjemaah setiap waktu, tadarus alquran bersama. Malah, dikesempatan akhir-akhir rejab ini dapatlah juga melakukan puasa sunat besama-sama…. Alhamdulillah.. terima kasih ku ucapkan kepada Mu Ya Robb atas nikmat yang Kau berikan ini…


Saturday, March 21, 2020

aNDai dApaT kU UnduRkAn mAsa (terkuburnya sebuah cita-cita)


mengimbau kembali kenangan lalu.
Untuk apa…?
Untuk dijadikan hamparan dan panduan didalam sebuah perjalanan yang dinamakan kehidupan.

Sedari kecil minat dan cita-cita ku lebih cenderung kearah memberi khidmat kepada masyarakat.. namun kini setelah dewasa.. akihir nya aku menyedari malah terpaksa akur dan meredhai segala ketentuan dari Illahi..

Apa yang aku pelajari kini adalah, tidak semua yang kita inginkan di atas muka bumi yang fana ini boleh menjadi kenyataan… berusaha dan berjuanglah untuk memiliki apa yang kau cari. Namun ketentuan dan kurniaan itu adalah milik muklak oleh pencipta ku.. pun begitu, aku amat bersyukur di atas segala Kurniaan dari Illahi…

Simpan disini buat kenangan…


Wednesday, March 18, 2020

sEmUA yANg BeRLaku aDaLaH dEnGaN iZin ALLAH jua

Hari ini 18 Mac 2020 bersamaan 24 Rejab 1441H

hari ini merupakan hari pertama perintah kerajaan agar rakyat malaysia mengurangkan pergerakkan.. sehinggaa 31 Mac 2020 nanti.. ini adalah langkah bijak kerajaan bagi membendung kes covid-19 yang sedang berleluasa menyerang dunia.. tidak terkecuali jua Tanah air ku.. Malaysia..

sebagai manusia yang beriman kita patut menerima dan mengakui, malah mengimani rukun iman yang ke-6. percaya pada qadho dan qadar.. meskipun permasalah ini adalah berpunca dari sebuah negara luar, namun pasti dan pasti apa yang berlaku itu adalah dengan keizinan dari Allah SWT jua....

sebagai hamba kita hanya mampu berusaha untuk mencegahnya dengan disertakan doa dan pengharapan agar segala permasalahan ini akan berakhir.. dan bertawakkal lah hanya kepada Allah, Maha pencipta.. Hasbunallah wanikmal wakil, Nikmal maula wanik mannasir

Tuesday, March 3, 2020

aNDai dApaT kU UnduRkAn mAsa (kerjaya)


perjalanan hidup ini begitu pantas meninggalkan kita. Suka duka hilai tawa air mata semuanya menjadi teman sepanjang perjalanan ini… hari berganti hari, tarikh berganti tarikh, bulan berganti bulan… minggu hadapan akan datang semula hari yang sama pada sebutannya, namun hari yang datang itu bukanlah hari yang sama dengan hari ini…



begitu jua perjalanan hidup ku. Suatu masa dahulu, aku adalah seorang juruteknik di sektor industri, kemudian bertukar menjadi seorang pelukis pelan di bidang pembinaan. Kemudian bertukar pula menjadi seorang sukarelawan. Lalu bertukar pula menjadi seorang peniaga, di bidang pembuatan..



kini… sendiri disini, mencari mu tak tahu dimana… apakah yang aku cari sebenarnya di dalam kehidupan ini… aku sendiri pun tak tahu arah tujuanku.. yang pasti perjalanan ini perlu diteruskan menuju ke tujuan sebenarnya di sana

aPAkaH pULa nAnTi

zaman senireka perabot
hari ini 3 mac 2020 bersamaan 8 rejab 1441H

pengakhiran perjalanan sebuah perniagaan yang telah lama tenat dan koma terlantar di kamar sepi…



setelah kian lama ku tinggalkan, akhirnya hari ini aku kembali semula kesini untuk mengemas semua peralatan ku sebelum boleh aku mencucapkan selamat tinggal kepada tanah yang penuh besejarah ini. Terpaksa aku lakukan begini kerana tanah yang dipijak ini sudah menjadi milik orang. Kemanakah langkah aku seterusnya nanti..? ku serahkan segalanya kepada pencipta ku yang menentukan…

Zaman Senireka Perabot 
dalam kenangan.. (2011 - 2018)

Friday, February 28, 2020

MaSa tErLaLu cEPaT bErLaLU...?

dengan lafaz Bismillahirrohmannirrohhim..

hari ini 28hb feb 2020 bersamaan 4 Rejab 1441H
ini adalah hari ke 4 dalam bulan rejab
ini adalah hari jumaat pertama dalam bulan rejab

Allah humma bariklana fi rojabba wassya'ban, wabarikna romadhan.. amiin

5 hari yang lalu Malaysia telah di gemparkan dengan perletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri oleh Tun M.
4 hari yang lalu DYMM Tuanku telah melantik Tun M sebagai Perdana Menteri Interim.
2 hari yang lalu seluruh Ahli Parlimen telah mengadap Tuanku...
hari ini.... kita do'akan semoga allah tentukan sesuatu yang terbaik untuk tanah air ku ini... Malaysia... 

aku sendiri....
telah lama aku membiarkan blog ini bersawang dan mereput di mamah masa dan usia... kenapa?... aku sendiri tiada jawapan yang tepat dan padat... logik kah kalau aku memberikan alasan... MaSa tErLaLu cEPaT bErLaLU...?

namun semua itu hanyalah kekal sebagai alasan... permulaan hari jumaat yang berkat ini, aku menaruh azam akan meluahkan kembali segala isi yang membeku di dalam benak fikiran ku ke sini, sebagai tatapan ku dan waris-warisku pada masa hadapan... adakah ia akan berjaya... atau mungkin jua sebaliknya...

wallahuaklam bissawab...hanya allah jua Maha mengetahui

Wednesday, January 8, 2014

LaMa di TinGGaLkaN....

Assalammualaikum wbr

dah lama xmasuk blog ni. ini bukan dah bersawang lg, ini dah kira mcm masuk ke muzium. haha. 

pagi yg damai ni ada banyak kelapangan masa. mklumlah keje smua dah sattle, tetiba teringat pd seorang 'pengembara dibumi gersang'... tu yg saja tinjau2. rupanye masih ada.....

ingat nk sambung smula mematuk cam dulu2. walahhuaklam.....