Belajarlah
merendah diri
Sehingga
tiada sesiapa yang mampu merendahkan mu
Belajarlah
mengalah
Sehingga
tiada seorang pun yang mampu mengalahkanmu
sekadar . coretan . biasa
penat
otak ku, kerana asyik dikejar oleh pelbagai persoalan, memikirkan keadaan
bangsal ku yang masih belum disiapkan sepenuhnya, memikirkan pembeli tanah yang
sentiasa membanyangiku untuk membawa masuk barangannya..
setelah
kian lama ku tinggalkan, akhirnya hari ini aku kembali semula kesini untuk
mengemas semua peralatan ku sebelum boleh aku mencucapkan selamat tinggal kepada tanah yang penuh besejarah ini. Terpaksa aku
lakukan begini kerana tanah yang dipijak ini sudah menjadi milik orang. Kemanakah
langkah aku seterusnya nanti..? ku serahkan segalanya kepada pencipta ku yang
menentukan…