masa
berlalu begitu pantas, diam tak diam (gaya cakap orang-orang lama) hari ni dah
25 febuary 2021 bersamaan 13 rejab 1442.
Sebulan
lebih aku tak menjenguk langsung ke blog tempat aku melepak ni. Sebab akhir-akhir ni memang lepak, tak de masa terluang
langsung.. ramai orang kata, “PKP ni ramai yang hilang kerja.” tak kurang juga
yang dibuang kerja, malah ada juga yang terlebih kerja, contohnya syarikat
penghantaran.
Aku
sendiri, macamana?
Kerja
hakiki memang terus takde, tapi kerja merapu
semakin banyak pulak. aku lah nak menyapu rumah, aku lah nak menyiram
pokok-pokok tanaman, aku lah nak beri ikan makan, cuci penapis kolam. Hahaha…
tu lom lagi cerita, akulah jadi tukang paip, akulah jadi tukang pecahkan rumah,
aku lah juru welding.. haii, kenapa jadi banyak pulak kerja aku ni…? Itulah namanya
kerja merapu. Kerja ada, gaji takde, hihi..
Merapu
sangat sampai tak de masa nak melepak dalam blog bumi yang gersang ni… bila
bercakap pasal bumi yang gersang ni. Kat tempat aku ni dah lebih sebulan tak
turun hujan. Pokok-pokok kekeringan, daun berguguran, tanah merekah. Kata jab meteorology
tengah monsun sekarang ni.
cukup ke sebotol air je tu? kalau tak cukup terjun terus dalam kolam mata air tu
Hari
ni khamis, aku ubah jadual kebiasaannya melayan pokok-pokok dan ikan di kolam,
sebaliknya lebih membuat kerja-kerja dalam rumah. Sebab cuaca panas sangat
diluar sana, takut dihyderation pulak aku nanti, xsempat nak bertahan sampai ke
azan maghrib.
Doa
yang biasa kita dengan dalam bulan rejab.. “Ya
allah berkatilah kami dalam bulan rejab dan syaaban, dan temukan lah kami dengan
ramadhan..”
Hari
ni 12 january 2021 bersamaan 28 jamadilawal 1442 hijrah. 11 hari berlalu dalam
tahun 2021 purata kebanyakkan harinya adalah musin hujan. Baju melambak basuh
tak kering. Sesetengah kawasan telah dilanda banjir, terutamanya negeri
disebelah pantai timur. Tak terkecuali bahagian johor timur.
Berita
perdana mahupun media social, semuanya sibuk bercerita kisah-kisah banjir. Kesian
kepada mangsa yang terjejas. Semoga Allah menggantikan mereka dengan sesuatu
yang lebih baik. Amiinn..
Esok
13/1/2021, 6 negeri termasuk johor akan menjalani PKP. Berkurung semula la kat
rumah gamaknya. Tapi ini memang perlu dilakukan, kerana sejak akhir-akhir ni
kes positif covid telah mencecah 3000 lebih setiap hari.. apalagi yang boleh
dilakukan? Kalau bukan PKP semula..
Apa-apa
pun semoga Allah permudahkan segala urusan. Setiap apa yang berlaku adalah atas
kehendak Allah jua. Sebagai seorang hamba kita hanyalah perlu redha dan
bersabar atas segala ketentuan Nya..
Bermulanya
tahun 2021 ni aku sesaje mencuba job baru. Ternak ikan tilapia. Ye la dah puas
terkurung kat rumah sepanjang tahun 2020 kan.. tunggu-tunggu tak nampak pun
kereta terbang, makin kapal terbang kurang kelihatan melintasi atas rumah aku ade la. Sebab penangan
covid ni semua industry terjejas, tak terkecuali industri pelancongan dan penerbangan.
Sebenarnya
aku tak de ilmu pun dalam ternakan ikan tilapia ni jauh sekali mengetahui marketnya .tapi saje je aku ternak, try and error. Ye la kan, aku
berangan nak usahakan kolam ikan air tawar suatu masa nanti, so mula dari
sekarang kita kena cari ilmu dulu la gamaknya.
#
siap kerja. Kita lepak bawah pondok, dalam hammock, sambil melayan terapi minda
air terjun.. haha
Hari
ni 4 january 2021 bersamaan 20 jamadilawal 1442 hijrah. Dah 3 hari berlalu dalam tahun baru 2021. takde apa yang menarik sangat pun, cuma bermula dari 1 haribulan tempohari, jatuh pada hari jumaat. hujan turun berterusan tanpa henti hingga lah ke malam tadi. beberapa daerah sudah dinaikki air. semoga Allah menjadikan hujan ini sebagai satu rahmat kepada kita semua.. amminnn
Tak
sempat nak buat ending untuk tahun 2020. Bz sikit sejak akhir-akhir ni… tp tak
pe lah tak meyesal pun tak buat ending 2020, bukannya ada kereta terbang pun,
bukannya ada kereta kapal selam pun. Yang ada Cuma cerita pasal covid-19…
sepanjang tahun hanya berkisah pasal covid je.
Jadi
tak payah pening-pening. Kita berdoa je mudah-mudahan tahun 2021 ni banyak
perkembangan positif dalam hidup kita. Semoga Allah masih kurniakan kesihatan
yang baik untuk kita.. Aminn ya Rob…
wassalam
#
banyak juga entry aku untuk tahun 2020. 72 entry. Kalau buat youtube, agak-agak
dah boleh dapat silver play button kot. haha
# nanti dah ada masa kita review semula, perkara-perkara yang dah tercapai dan yang masih kiv sepanjang tahun 2020 ek..
sempena
cuti PKPB ni anak-anak ada kat rumah, aku pun ada la mood nk men’try’ resipi
baru. Tajuk asal resipi aku baru nak cuba ni simple je, putu bambu. Makanan
peberet aku ni. Nak beli kat pasar
malam, harga agak yahudi dah sekarang ni. Rm3.50 dapat 5 ketul. Tapi kisah
masak apa tak jadi hari ni betul-betul menjadi kenyataan, dari nak buat putu
bambu akhir bertukar menjadi….. jeng, jeng, jeng… korang nak tau jadi apa, kena
baca sampai abis entry ni
bila
tajuk resipi pun dah butu bambu, mestilah aku kena ada bambunye, ye tak…?
Persoalannya, mana aku nak cari bambu nya.. dok tengah bandaraya kot bukan kat
kampung, apa jenis buluh ko nak semua ada… senang je, kita cari bambunya kt
youtube.. kat youtube? Mesti korang hairan kan?...
tak
yah heran sangat lah, sebab aku bukan betul-betul nak cari buluh kat youtube.
Aku Cuma nak cari idea, apa yang boleh menggantikan buluh untuk membuat putu
bambu. Mesti ada idea kreatif dari orang-orang yang lebih awal dari aku. Kalau
nak gantikan dengan paip pvc boleh je, tapi takut la side effect kemudian hari, sebab paip tu direka bukan untuk
dikukus. Takut keracunan la pulak nanti.
Cari
punya cari, banyaklah aku jumpa yang mana diorang menggantikan buluh dengan
cetak apam. Mula-mula tengok bahan-bahannya dulu. Lepastu tengok cara-cara
membuatnya, sambil-sambil tu baca komen dari viewer… alamak banyak komen negatif, sungguh meragukan ni.. herrmmm
camne ni. Nak buat ke tak?.. nak cuba tapi memang tak menyakinkan langsung bila
baca komen orang ramai. Tapi kalau tak cuba, memang tak kan berjaya (falsafah orang cemerlang ni, hihi).
Lagipun kelapa parut asing kan hitam dan putihnya dah 2 hari membeku dalam
peti…
Lastly aku buat juga, tapi dalam otak dah setting, kita try and error. Kalau berjaya Alhamdulillah, dapat ilmu baru, kalau gagal pun tak pe, dapat pengalaman baru.
Aku
pun mula mengukus tepung beras, seperti yang diajarkan dalam youtube tu, dah
siap kukus selama 20 minit, bancuh dengan air suam sampai tepung berasnya
berubah jadi macam bread crump. Try
kepalkan dah tak berterabur sama macam dalam youtube tu, aku pun mula mengukus
dalam cetak apam.
15
minit pertama kukus, intai sikit. Macam tak berubah jadi putu pun. Masih nampak
putih tepung beras je. sambung lagi mengukus selama 10 minit. Masih takde
perubahan jugak. Aku dah nampak bunga-bunga kegagalan ni.. takpe jangan giveup, aku fikir sejenak, mungkin
tepungnya kena sangai dulu kot, sebab dari channel
lain aku tengok ada yang sangaikan tepung berasnya terlebih dulu.
Apalagi
aku pun sangaikan semua adunan tadi dalam kuali. Makin sangai, makin kering dan
jadi tepung semula adunan seakan bread
crump aku tadi. Tak pe, teruskan sangai macam yang diajarkan. Lepas 20
minit menyangai, tepung pun dah sejuk, aku bancuh semula dengan air seperti step kedua tadi. Sambil tu aku berfikir,
mungkin cetak apam tak punyai lubang atas dan bawah macam buluh. Jadi dengan kompiden separuh yakin (haha, bahasa apa ni)
aku pun suruh anak aku lubangkan bahagian bawah cetak apam tadi. Dalam hati aku
berkata, ni kalau tak jadi gak, naya aku kena bebel dengan isteri aku, abis
cetak apam dia aku kerjakan.. haha
Seterusnya
percubaan kedua mengukus. 20 minit berlalu, keadaan adunan seakan bread crump tadi masih tak berubah pun
menjadi putu. Dalam pada aku intai dalam pengukus tu, aku terfikir sesuatu.
Lubang-lubang pengukus di rumah ada banyak, sedangkan lubang pengukus peniaga
putu bambu biasanya terhad dan akan ditutup oleh putu itu sendiri. Jadi mungkin
wap panas banyak terbazir keluar melalui lubang-lubang pengukus tu, wap tidak
fokus melalui lubang yang telah diletakkan putu bambu diatasnya.
Yess,, maka tercetus la idea baru yang lebih
inovatif dalam kepala otak aku yang tak hempuk ni. Iaitu aku tutupkan semua
lubang-lubang pengukus tu dengan aluminium
foil. Hanya lubang yang aku nak letakkan acuan apam je aku bocorkan. Dengan
harapan yang tak berapa nak menaruh harapan tu, aku pun mencuba lagi untuk
kesekian kalinya..
10
minit berlalu, 15 minit berlalu, 20 minit berlalu, akhirnya dah 35 minit
berlalu.. penantian penuh debaran aku tetap tak membuahkan hasil… adoyaii… baru
aku perasan dari mula aku mengukus tepung sebelum zohor tadi, elok lepas solat,
tepung pun dah sejuk, aku bancuh dengan air…. Bla.. bla… bla… sampai la
sekarang ni dah masuk waktu asar rupanya. 4 jam dah berlalu namun sebijik putu bambu klon cetak apam pun tak menjadi.
Ini memang dah tak boleh jadi ni. Stop
la. Maka lengkap lah setting dalam
kepala otak aku dari awal tadi, try
dah bermacam kaedah try, dan hasilnya
semua error..
Jangan
buang masa lagi, simpan adunan dalam tupperware,
kiv dulu dalam peti sejuk, kemas
dapur, solat asar. Esok-esok la baru kita fikirkan apa nak buat dengan adunan
yang tak bertukar menjadi putu bambu tu… Cuma skrg ni standby je la telinga untuk mendengar ucapan tahniah yang
berprestij dari mem atas kejayaan aku
membocorkan cetak apam dia. haha
#
esok paginya.. aku bancuh adunan semalam dengan santan. Masukkan dalam Loyang,
taburkan gula kabung yang dah di hancurkan sebagai inti putu bambu semalam.
kukus. Jadilah kueh tak tau apa nama nak bagi untuk sarapan pagi. nak kata
lengkong, tapi tak lembut macam lengkong, nak kata apam, jauh sekali. Haha..
Sattle separuh adunan.separuh adunan lagi nanti petang kita buat bubur sumsum
kot. Tu la buat adunan tamak-tamak, macam dah pandai, mengalahkan orang nak
niaga. Amek kau…
#
petang harinya.. adunan semalam aku masukkan dalam periuk, campurkan santan
kotak. Taburkan kepala parut (yang konon-kononnya nak buat golekkan putu
bambu). Secubit garam. Panaskan dengan api kecil, sambil kacau. Agak-agak dah
likat matikan api, teruskan kacau sehingga likat. Hidangkan dalam pinggan.
Sementara panas, taburkan gula kabung… sattle. Sampai tak sempat nak shoot
gambar. Anak aku cakap, huhh, buat macam ni lagi sedap, kenapa dari semlam abah
tak terus buat camni. Buang masa je buat putu bambu tak jadik.. chiss bertuah
punya budak, dah sedap makan, bukan nak puji aku, makin kena bebel pulak..
Hari
ni 14 december 2020, hari isnin bersamaan 29 rabiulakhir 1442H
Kisah
ni berlaku pada tahun 2004. Aku masih boleh ingat tahunnya kerana masa itu
isteri aku sedang mengandungkan anak kedua kami. Yang mana pada awal tahun
berikutnya, 2005 isteriku melahirkan.
Semasa
kejadian kami dalam perjalanan balik ke JB setelah menghabiskan cuti raya di
kampung isteriku, kedah. Kami bertolak meninggalkan kampung isteriku selepas
solat asar. Memang inilah waktu kebiasaannya kami memulakan perjalanan dari kampung.
Kerana ia dapat memanfaatkan cuti yang terhad semaksima mungkin.Kenapa lepas asar?... pertama. Dari pagi
hingga ke waktu asar, kami masih dapat meluangkan masa bersama mak dan saudara
mara untuk hari terakhir itu. Kedua, kerana keesokkan paginya aku akan mula
berkerja. Tanpa perlu menambah cuti sehari lagi untuk merehatkan badan setelah
menempuh perjalanan jauh. Ketiga, kami mesti keluar dari jalan baling – kuala
kangsar dan memasuki lebuhraya PLUS sebelum waktu maghrib.
Sedikit
info untuk korang yang tak pernah atau jarang melalui jalan ini. Perjalanan nya
mengambil masa 3 jam lebih. Maklumlah masa itu aku hanya memandu sebuah iswara
buruk. Ditambah dengan perjalanan sejauh lebih kurang 180 kilometer, merentasi
banjaran gunung titiwangsa, mendaki dan menuruni bukit yang curam, dengan
dikelilingi hutan tebal dan perkampungan orang asli dikiri dan kanan jalan.
Bukan
kata nak mencari hentian rehat, siaran radio pun susah untuk menerima pancarannya,
jauh sekali line handphone. Dengan
keadaan jalan seperti itu cerita-cerita seram sudah pasti menjadi teman sepanjang
mengharunginya. Waktu itu jalan pintas tasek raban masih belum wujud. Jauh
sekali RnR tasek raban, yang menjadi aktiviti paranormal sekarang ini. Aku
sering mengelak dari menggunakan jalan ini pada waktu malam. (kami pernah kena
kacau juga di hentian ini, nanti aku ceritakan dalam entry yang lain).
Ok
berbalik pada kisah seram aku kali ni. Alhamdulillah perjalanan kami petang itu
berjalan lancar. Kami sampai di plaza tol kuala kangsar diantara waktu maghrib
dan isya’. Ramai juga warga kota seperti kami yang berpusu-pusu ingin pulang ke
rumah masing-masing. Selepas jamak solat, kami makan bekal yang dibawakan oleh
mak mertua aku dan menyambung perjalanan.
Perjalanan
seterusnya akan meredah waktu malam, kebiasaanya isteri aku dah hamparkan toto dan
bantal kecil di kerusi belakang untuk anak sulong aku tidur bersendirian bila
dia mengantuk nanti. Manakala isteri aku pula akan tidur dengan menumbangkan
kerusi disebelah driver.
Kesesakan
kenderaan sedikit demi sedikit beransur lega. Plaza tol demi plaza tol kami
lalui. Daerah demi daerah kami lintasi. Keadaan lebuhraya semakin lengang dan
kadang kala kosong tiada kenderaan, terutamanya selepas kami melewati tol
seremban.
Hanya
disebelah lebuhraya yang bertentangan kelihatan masih ada beberapa kenderaan.
Maklumlah dari utara ramai yang menuju pulang ke ibu kota. Begitu juga dari
selatan menuju ke kuala lumpur, sebaliknya bagi kami, dari utara meredah perjalanan
sejauh lebih kurang 800 kilometer menuju ke tanah paling selatan di semenanjung.
Cukup mengantuk dan meletihkan. Isteri dan anak aku dah lama dibuai mimpi.
Dalam
pada aku meredah keheningan malam bersendirian, hanya sesekali berselisih
dengan kenderaan lain, terlintas difikiran, “kalau la aku dok KL dah lama
agaknya aku boleh tidur di atas katil empuk.” Sambil melayan perasaan sesekali
terfikir “kalau la baling tu cuma 2 atau 3 jam saje perjalanan kan best”. Lebih
dasyat lagi aku berangan “kalau aku ada helicopter
peribadi, kan best, JB ke baling 2
jam dah sampai, parking tekde
masalah, boleh park tengah sawah, kebetulan
rumah mak mertua aku betul-betul di tepi sawah. Fuhh mesti gempak gila kalau
aku balik kampung bawak heli, mesti
raya ramai jiran-jiran datang nak tengok heli
aku.. mesti riak gila aku”.
Jauh
sungguh aku mengelamun, berangan dan melayan perasaan. Maklumlah bila memandu berteman,
aku jarang mendengar radio, aku lebih suka menggunakan masa tersebut dengan
lebih bermanfaat. berbual dengan isteri. Apa-apa saje topic yang boleh kami
sembangkan. Tapi dah malam ni aku nak bersembang dengan siapa? Isteri aku dah
tidur, nak buka radio takut mengganggu isteri dan anak aku pula. Jadi,
mengelamun dan berangan je la sorang-sorang.
walaupun
mengelamun aku tetap fokus pada jalanraya, maklumlah nyawa ahli keluarga aku
terletak pada tangan aku sekarang ni. Aku perhatikan jam di dashboard iswara menunjukkan waktu 2:15
pagi.
sedang
aku meredah kegelapan malam di lebuhraya bersendirian,dari jauh lampu iswara ku menyuluh papan
tanda sempadan negeri, yang memisahkan antara negeri Sembilan dan Melaka. “Wahh,
dah tak jauh lagi perjalanan, hanya tinggal satu je lagi negeri, sebelum
memasuki nageri ku sendiri”. Walaupun masih jauh lebih kurang pada jarak 150M
tapi aku yakin itulah papan tanda pemisah diantara negeri, kerana aku sangat familia dengan lokasi-lokasi di lebuhraya.
Maklumlah lebuhraya utara selatan ni memang dah menjadi mainan aku dari zaman
bujang, hinggalah berumahtangga. Cuma bezanya dulu aku bujang, bermotorsikal,
kini aku ditemani isteri dan anak, berkereta.
Semakin
hampir jarak aku dengan papan tanda tersebut, lebih kurang dalam 30 meter.
Tiba-tiba lamunan aku tersentap dengan satu pandangan luar biasa di sebelah
papan tanda ‘SEMPADAN NEGERI MELAKA’ itu. Aku terperanjat, tanpa sengaja tangan
ku terpaut sreteng kekanan. Tasbih hiasan yang aku gantungkan dicermin pandang
belakang terhoyong hayang ke kiri dan kekanan. Isteriku yang sedang lena di
kerusi sebelah terhantuk kepalanya ke pintu. Lantas bangun sambil beristighfar
dan memegang tanganku. “kenapa bang?” soalan yang keluar dari mulutnya.
Tidak
menjawab soalannya, Aku terus beristigfar lalu membaca ayat kursi. Aku toleh ke
cermin sisi kiri, namun keadaan gelap menghalang pandangan aku kearah papan tanda
tersebut. Aku nyalakan cabin lamp dan
menoleh kerusi dibelakang. Alhamdulillah anak sulong aku masih ada, dan masih
lena ditempatnya. Isteri aku yang dari tadi masih kebingungan asyik
memerhatikan gelagat aku, lantas berkata, “kalau ngantuk berenti la, tidur
dulu, kalau tak sempat sampai rumah esok pagi, halfday petang je”.
Bila dah
rasa selamat dan lega baru aku menjawab, “abang bukan ngantuk, ada benda
yang besar dan hitam berbulu tadi kat signboard tu”. (aku sengaja cakap benda,tak
berani nak cakap direct, hantu. Sebab perjalanan kami masih jauh
lagi ni, meredah kegelapan malam lak tu.)
“Astagfirullahah azim” isteri ku menjawab
sambil dia mengintai cermin sisi kiri.
“besar
mana bang” soalnya lagi.
“xtau
nak kata, tapi memang besar, lebih tinggi dari signboard tu, tangan dia je
boleh diletakkan atas signboard tu, macam orang tengah menyandar pada signboard
tu”.
“masyaAllah,
besarnya. Muka nampak tak?”.
“tak
nampak, sebab tinggi, lampu kete, tersuluh sampai paras leher dia kebawah je.
Separuh badan dia kat atas lane
kecemasan, tu yang abang terperanjat, tak sengaja terus terelak kekanan”
sambung ku lagi. “nasib baik cuma kita je atas jalanraya. Kalau ada kenderaan
dari belakang tadi kat lane kanan,
memang dah berdentum la”
Korang
bayangkan la, dengan kelajuan 120km/j, mengelak ke kanan sikit je dah
bergoncang satu kereta, bagaimana pula kalau ada kenderaan disebelah kanan?..
Memang melambung la gamaknya. Tapi Alhamdulillah, Allah masih melindungi kami. Sepanjang
perjalanan tu sengaja aku tak matikan cabin
lamp, supaya tak terasa seram sangat, sambil sesekali isteri ku mengawasi anak
kami yang sedang lena tidur dibelakang.
Diringkaskan
cerita, Alhamdulillah, azan subuh kami selamat sampai di rumah, selesai solat
aku mengemas barang lebih kurang dan terus bersiap ke tempat kerja. Begitulah
keadaan aku dulu. Cuti susah nak dapat, dan terpaksa berjimat cuti tahun, sebab
gaji dah la ciput. Kena tolak cuti tanpa gaji, memang tak cukup la gamaknya nak
menyara keluarga. Ngantuk dah semestinya, tapi masa rehat nanti aku tidur la.
Moral of the story, hantu tak boleh
mencederakan kita, namun dengan sikap dia yang suka menerjah tu menyebabkan
kita sering terperanjat lalu terbabas. Itulah salah satu punca kemalangan.
Kisah
ni aku kategorikan tak terlalu seram, lebih kurang macam kisah aku budak hostel tu je,
sebab ia berlaku terlalu pantas. Dan takde unsur seram sangat sampai kereta
menjadi berat, sesat kealam lain, atau ada yang menumpang di kerusi belakang
sambil mendodoikan anak kami yang sedang tidur. Alhamdulillah, semua tu tak berlaku. Cuma
kejadian ni pada aku sangat berbahaya, boleh mengakibatkan kemalangan dan
mungkin boleh mencabut nyawa.
wAllahuaklam..
# dahulunya lebuhraya
ni masih mempunyai 2 lane saje. Lane yang paling kanan sekali tu, masih ditanam
pokok bunga.
# korang bayangkan
sendirilah betapa besar dan tingginya makhluk tu.
hari
ini isnin terakhir dalam bulan November. 30 haribulan. Esok dah masuk 1
december 2020. Bersamaan 15 rabiul akhir 1442 hijrah. Kebiasaannya zaman aku
sekolah dulu bila sebut bulan nov dan dec, kompem, ia adalah bulan cuti sekolah.
Dan kisah ni berlaku masa aku baru habis sekolah. Aku sekolah tak tinggi, Cuma sampai
SPMV je. Bangunan sekolah pun Cuma 2 tingkat je yang paling tinggi… haha
habis
SPMV takde kata rehat dok rumah lama-lama, terus cari kerja. Maklumlah aku
bukannya dibesarkan dalam keluarga berada. Aku masih ingat zaman persekolahan
aku dulu takdelah sesenang anak-anak zaman sekarang. Cuti sekolah dok rumah,
main game online ataupun sibuk dengan media sosial, twitter, instagram.
Facebook dan bermacam-macam lagi yang aku pun tak tau ntah apa namanya..
Zaman
aku sekolah dulu setiap kali cuti hujung tahun semestinya aku dan abang-abangku
akan melakukan berbagai kerja, tak kira apa pun kerja, asalkan boleh mendatangkan
duit. Baik dari kerja membantu nyonya penoreh getah dibelakang rumah, sampailah
kepada kerja di kedai perabot, dan pernah juga aku kerja di kilang basikal.
hasil gaji dari kerja-kerja yang kami lakukan tu nanti untuk membayar yuran persekolahan, atau membeli barang-barang keperluan sekolah.
Selesai
periksa SPMV tanpa perlu menunggu keputusannya diumumkan, aku bersama seorang
kawan dari felda semenchu, namanya Rome, kami berkerja di sebuah syarikat
elektronik. Wang elektronik. terletak di jalan nilam taman yahya shaaban, ulu
tiram. Tapi kami tak kerja lama, sempat sebulan lebih je. Masuk bulan
seterusnya syarikat tersebut tutup. Aduhh.. kerja dah kira senang, cuma perlu
solder earphone je, tapi gaji yang ditawarkan pun murah sangat.
Kami
mencuba nasib pula di kawasan perindustrian pasir gudang. Disana lebih banyak
kilang-kilang yang memerlukan pekerja dan ada juga kilang yang menyediakan asrama.
Setelah menghabiskan masa sehari suntuk kami meredah dari satu kilang ke satu
kilang untuk ditemuduga. Akhirnya kami membuat keputusan untuk berkerja di
kilang menyadur timah. PERSTIMA di jalan timah 3. Pada permulaan perjalanan
kami berkerja disana cukup teratur. Kerana kami menumpang dirumah kak ngah ku.
Tumpang makan, tumpang pergi balik kerja, tumpang menyusahkan mereka, haha…
sebab
masa tu jadual kerja kami masih mengikut waktu pejabat. Kira macam dalam kursus
lagi la gitu. Selepas seminggu berlalu, kami dah mula di jadualkan mengikut
syif masing-masing. Jadi kami terpaksa tinggal di asrama kerana dah tak boleh
menumpang abang ipar aku lagi. Sebab dia berkerja waktu pejabat saje.
Disinilah
bermula kisah aku dan rome menjalani hidup berdikari di asrama. Semasa di vokay
kami memang tinggal diasrama bersama, tapi keadaannya adalah jauh berbeza
dengan asrama kerja. Kerana kami terpaksa menguruskan hidup sepenuhnya sendiri.
Masak, makan, minum, apatah lagi membeli keperluan harian, semuanya kena
uruskan sendiri. berbanding asrama sekolah, makan dan minum telah disediakan.
Dengan
berbekalkan duit lima ringgit yang diberikan oleh kak ngah, aku memulakan hidup
sebagai orang bujang yang tinggal diasrama kilang. Aku dan Rome ditempatkan di
sebuah rumah pangsa tingkat ke 4, dalam sebuah bilik kosong, tiada kipas. Hanya
masing-masing disediakan bantal dan tilam bujang. Disinlah kisah sedih kami bermula.
Untuk
bayangan korang. Rumah ni flat tingkat ke 4. Ada 3 bilik, 1 bilik air, 1
tandas. Ruang tamu kosong, takde kipas, hanya ada 1 lampu. Lebih dijadikan
tempat letak kasut dan barang-barang motor abang-abang senior juga tempat
menyidai pakaian. langsung tak
menyerupai namanya, ‘ruang tamu’… haha. Tv dan radio semuanya hak milik
peribadi. Diorang letakkan dalam bilik masing-masing. Biasalah kan, nama pun rumah
bujang.
Waktu
malam, susah nak tidur, kerana diserang nyamuk. Tidur dalam kepanasan. Tiada kipas siling. Jauh sekali nak membeli kipas meja. Duit nak makan pun tak de. Mujurlah
di kilang ada menyediakan buku tiga 5 (555). Orang lama mesti tau, buku apa
ni…. Ye, buku hutang. Makan dan minum tulis dulu, cukup bulan dapat gaji baru
bayar. Tapi itu hanya dikilang. Di asrama kami tiada sebarang makanan. Dapur
gas ada, brader senior yang beli kot. kami pun tak kenal sangat kawan-kawan
serumah, sebab jarang-jarang berjumpa. Bila cuti, diorang akan balik ke kampung
atau berkurung dalam bilik je.
Seingat
aku, pernah sekali je kami berjumpa. Tu pun masa kami baru masuk ke rumah
tersebut. Kira salam perkenalan la gitu. Dia pesan, “pandai-pandai la nak
hidup. Kat dapur tu ada dapur gas. Kalau nak jimat, jangan asyik makan kedai,
masak, guna je dapur aku tu.” Kami sempat mengucapkan terima kasih pada brader
senior tu, yang sampai sekarang pun sebenarnya aku tak tau siapa nama diorang,
yang pasti orang pantai timur.
Di
kilang, Rome diletakkan dalam group betta didepan group aku iaitu gamma, maka
dia akan berkerja awal 1 syif dari aku. Maknanya kalau Rome kerja syif pukul 7
pagi, aku akan berkerja pada syif berikutnya jam 3 petang. Kalau dia berkerja
petang, aku akan berkerja malam. Begitulah turutannya. Untuk ke kilang kami
hanya berjalan kaki sejauh 1.5 kilometer. Kadang kala terserempak dengan
rakan-rakan sekilang, diorang tumpangkan naik motor. Namun jarang
perkara ni berlaku. Perstima ni besar kilangnya, untuk mengenali semua
perkerjanya agak susah. satu je perkara yang membolehkan kami kenal bila berada
diluar kilang ialah, uniform, baju dan seluar warna kelabu.
Kalau
syif aku jam 3 petang, kebiasaannya lepas zohor aku dah mula menapak ke kilang.
perjalanan yang mengambil masa dalam 20 – 30 minit. korang tau kenapa aku pergi
awal ? Sebab aku nak ke kantin. Sampai je kilang aku akan terus makan. Sedia
maklum dah jam 2 petang, nasib la lauk apa-apa je yang tinggal. Tak payah nak
memilih sangat. Macam biasa, masuk buku 555. kerana itu je lah sumber makanan yang
aku boleh dapati. Mungkin korang tertanya-tanya, kenapa tak beli beras dan
masak dirumah, kan itu lebih menjimatkan?
Sebenarnya
bukan kami tak nak beli beras. Tapi jujur kami katakan waktu tu kami tiada duit
langsung. Bekal lima ringgit yang kak ngah aku bagi dengan modal aku sendiri
tak sampai sepuluh ringgit, dah lama abis, ye la dengan modal sebegitu apa yang
boleh di buat?. Boleh la buat makan 2 atau 3 hari. Sedangkan kami dah lebih seminggu
tinggal diasrama. Mungkin korang teringat kata-kata brader senior,” masak, guna je dapur aku tu”. Tapi apa yang kami
nak masak? Beras pun takde. Yang ada Cuma sepeket teh boh, dengan gula yang dah mencair dalam baling plastik, tak tau stok bila.
Untuk
bulan pertama ni aku dan Rome terpaksa makan dikantin dahulu. memang tak boleh
nak jimat. Sebab kami tiada modal nak beli keperluan dapur. insyaAllah, dapat
gaji nanti, baru kami nak mula buat persiapan segala keperluan dapur.
Walaupun
kami dah merancang untuk bulan pertama ni kami tidak memasak, dan hanya makan
dikantin, tapi masalah masih tetap terjadi. Apa masalahnya?... Kalau nak makan
di kantin, waktu berkerja boleh la. Macamana pulak kalau waktu cuti, atau hari
ahad? kantin tutup….
Kami
dapat idea, waktu Rome syif pagi, dia akan sarapan dan makan tengahari macam
biasa di kilang. manakala aku akan kerja petang. Jadi, seperti kebiasaannya aku
akan makan dikantin sebaik saje sampai dikilang... sebelum jam 7, Aku akan ke
kantin semula dan membungkus 2 makanan. Kebiasaannya bukan nasi, hanya makanan
ringan, seperti mee ataupun kuih muih.. sebab kantin tak beroperasi pada waktu
malam. Jadi mereka tidak menjual nasi mahupun lauk pauk. Aku akan bawa balik
jam 11 malam nanti. Abis waktu syif aku. Dan makan bersama Rome di asrama.
Andainya
Rome kerja petang, sekitar waktu yang sama, iaitu sebelum jam 7 malam. Dia akan
makan malam dikantin. Dan membungkus apa saje makanan yang ada untuk aku. Seperti
kebiasaannya lepas solat isya’ aku mula menapak ke kilang. dan pastinya tujuan
pertama aku bukanlah nak memulakan kerja, kerana syif aku akan bermula jam 11
malam nanti. Sebaliknya tujuan aku adalah berjumpa Rome, untuk mengambil
makanan.
Andainya
Rome berkerja syif malam pula, dia terpaksa berlapar hingga ke esok pagi. sebab
kantin hanya akan dibuka pada jam 6.30 pagi esok. abis kerja jam 7 pagi dia akan
bersarapan dikantin terlebih dahulu, sebelum menapak balik ke asrama. dan
pastinya aku akan menyusul syif selepas Rome. Iaitu syif jam 7 pagi. tiada
masalah bagi ku kerana kantin beroperasi sepanjang waktu syif itu. Hanya selesai
waktu kerja jam 3 petang nanti aku akan membungkus 2 makanan untuk dibawa balik
sebagai makanan tengahari jamak bersama makan malam aku dan Rome.
Pernah
juga beberapa kali, jam 6 petang aku ke kantin, tapi malangnya kantin dah
tutup, mungkin makanan dah abis terjual kot. Alamatnya berlapar lah aku , bukan
sekadar untuk malam ni. Malah kelaparan tu aku terpaksa tanggung sehingga waktu
aku berkerja semula jam 3 petang esok. Rome pun terpaksa berlapar juga, tapi
hanya untuk malam tu saje, kerana keesokkan paginya dia akan berkerja syif pagi
semula. Seringkali juga jam 6 petang aku ke kantin, tapi semua makanan dah abis.
Terpaksalah aku melalui peristiwa kelaparan lagi.
Kejadian
yang amat menyedihkan berlaku pada suatu ketika. Aku tak ingat sangat macamana
rotation syif masa tu. Yang pasti, aku abis syif malam jam 7 pagi, Rome offday. Kebetulan hari tu adalah hari
ahad. Jadi kantin tak buka. Tanpa bersarapan, aku terus menapak balik ke
asrama. Dalam kelaparan dan mengantuk yang teramat sangat. Mengharapkan satu
keajaiban ada di rumah. Manalah tau ada jiran-jiran hantar sarapan ke, tak pun
ada makcik jual nasi lemak tepi jalan sedekah sebungkus dua nasi ke… padahal
takde pun, Cuma perassan aku je mendorong semangat aku untuk melangkah balik keasrama.
Walaupun lapar aku gagahkan juga melangkah, yela takkan nak tidur tepi jalan
pulak kot.
Sampai
rumah, mandi terus tidur. Sebab nak mengelak dari rasa lapar yang teramat
sangat. Tapi tidur aku tak lena, mana taknya, perut lapar, macamana nak tidur
lena. Lepas zohor aku bersembang dengan Rome, apalah nasib kita ni ek?.. Rome
kata “sabar, bulan ni je kita susah. Dapat gaji nanti, bayar hutang kantin,
terus kita beli beras, sardin, telur. Standby
untuk waktu-waktu camni, time kantin tak bukak, time offday.” Aku saje melawak walaupun dalam hati tengah sayu dan
kelaparan sebenarnya waktu tu. “Itu cite lepas gaji nanti, sekarang ni aku dah
lapar sangat ni, apa cite dari semalam tak makan?”.
Untuk
mengelakkan rasa lapar yang dah sampai tahap kritikal. Kami cuba untuk tidur. Memang tak boleh la gamaknya.
Lepas asar aku dan Rome saje turun ke bawah blok asrama, kami merayau-rayau
disekitar kedai-kedai bawah blok, taman permainan kanak-kanak, melihat kerenah
orang, dengan harapan dapat melupakan rasa lapar yang dah sampai tahap gaban tu.
Lepas
solat maghrib aku dah tak tanah sangat, perut dah pedih, dari pagi harapkan
minum air masak je. Nak tunggu masuk kerja semula supaya boleh makan di kantin,
syif aku jam 3 petang esok. Lama lagi tu. Boleh mati kelaparan aku gamaknya.
Aku bertanya Rome,
“ko
takde duit langsung ke?”
“Kalau
aku ada duit dah lama aku ajak ko g makan man.”
“Abis
camne ni, aku dah lapar sangat ni. Kalau siang aku sanggup je menapak ke
kilang, makan kat kantin, dari kelaparan camni.”
“ko
nak gi kilang pun hari ni ahad, mana kantin bukak.malam pulak tu, lagi la tak bukak.”
“tu
la pasal, abis camane ni?” Tanya aku lagi
Tanpa
jawapan dari Rome, dia hanya mengeluh sambil riak mukanya menampakkan
kekecewaan. Rome ajak aku pinjam duit dari sesiapa je, aku jawab “nak pinjam
duit pun, kita nak pinjam dari siapa mie”. Brader
bilik sebelah balik kampung, kalau diorang ada pun, nak ke diorang bagi pinjam,
diorang pun baru je kenal kita”
Sambil
termenung di koridor rumah flat bersama Rome, memerhatikan orang-orang
bersiar-siar di bawah, sambil aku mengenang nasib, apalah nasib aku ni. Aku nak
kerja, nak berdikari sambil bantu mak abah aku, tapi kenapa dugaan seberat ni
yang aku terima.
Tiba-tiba
Rome bersuara, “man, ni je ada satu jalan, jom kita cari-cari duit syiling yang
orang tak guna. Aku nampak dalam bilik air ada seposen dua posen atas rak sabun
tu, jom kita kumpul, berapa dapat nanti, kita beli roti. Teh dengan gula dah
ada, kita beli makanan apa yang dapat, minum air teh, kalau kita tak usaha ni.
Sampai esok pun memang takde makanan la, perut aku pun dah sakit ni.”
Tanpa
berlengah kami pun menyelongkar 1 rumah, abis dalam kasut, bawah rak kasut,
bilik air, dapur, bawah barangan motor brader bilik sebelah, tepi jenang
tingkap, sampai ke tangga flat, semua kami tinjau. Asal jumpa kutip, tak kira
dari 5 sen karat ataupun sepuluh sen. Akhirnya kami dapat kumpulkan 95 sen.
Rome cakap “ko gi turun, beli roti tawar, aku masak air dan buat air teh.”
Sebenarnya aku tak tau lagi dengan 95 ni apa yang aku boleh dapat.
Dengan
penuh pengharapan aku melangkah ke kedai runcit berhampiran... Tinjau-tinjau, ada
roti tawar harga 85. Nak beli roti bun 6 ketul tak cukup. Harganya RM1.20. “alah
boleh la ni, dari takde makanan langsung.” Bisik hati aku. Aku pun ambil
sebungkus roti tawar. Masa nak bayar tu ramai pulak pelanggan di kaunter. Dengan
sabar aku tunggu giliran. bila dah sampai giliran aku, tuan kedai Tanya, “ye
nak apa?.”. aku tunjuk tapak tangan tanda ‘takpe, bagi orang lain dulu’.
Sebenarnya bukan sabar pun, mau je aku cepat-cepat bayar dan balik ke rumah.
Makan bersama Rome, tapi aku malu, sebab aku nak bayar menggunakan duit siling
kebanyakkan 5 sen, malah ada yang dah berkarat pulak tu. Mesti tuan kedai ni
tau aku beli roti gunakan duit kutip. aduhh malunya...
Dari
bawah blok aku nampak Rome sedang menunggu di koridor tingkat 4, sambil
berjalan dengan rasa bersyukur, aku angkat roti tunjuk pada Rome. Inilah
sebungkus roti yang amat berharga dibeli menggunakan duit siling yang orang dah
tak nak.
Sampai
dirumah, kami terus masuk kedalam bilik. Sebelum makan Rome bahagikan roti
tersebut kepada 2. “ini 4 keping kita makan malam ni, sorang 2. Lagi 4 keping
ni untuk esok pagi buat sarapan.” Aku angguk je sebagai tanda setuju. Sambil
makan tu aku perasan, air mata Rome bergenang. Aku cuba tenangkan perasaan
sendiri, walaupun pada dasarnya fikiran aku berkecamuk pada masa tu.
Tiba-tiba
Rome bersuara, aku tak pernah rasa hidup macam ni. Susah-susah aku kat felda
pun tak pernah sampai sehari tak makan. Aku cuba menengkan dia, “sabar la mie,
kan ko dah cakap tuari, bulan ni je kita susah, dapat gaji nanti, kita standby
la beli barang-barang dapur.”. sebenarnya dengan 2 keping roti tu masih tak
cukup nak mengalas perut aku. Tapi aku dah takde pilihan lain. Selain dari
bertahan menunggu sehingga petang esok. Maklumlah semalam aku kerja malam,
manakala Rome offday jadi takdelah
orang nak ambilkan makanan untuk aku pada waktu petang, pagi tadi pulak aku
abis kerja dah masuk ke pagi ahad, kantin tak buka.
Walaupun
malam masih awal, selesai menunaikan solat isya’ kami terus tidur. Padahal
suasana diluar masih riuh rendah kedengaran suara manusia manjalankan aktiviti
masing-masing. Korang paham-paham je la riuh rendah kalau tinggal di rumah flat.
Aku
cuba melelapkan mata, tapi tak lena. Aku rasa Rome pun sama, Cuma bezanya dia
perlu bertahan sehingga ke pagi esok. Kerana dia kerja syif pagi, manakala aku terpaksa
menunggu sehingga ke waktu petang. Tapi aku dah nekad, andainya esok aku
kelaparan, aku akan ke kantin kilang walaupun sekadar untuk makan berhutang.
Padahal perjalanan sejauh 1.5 km tu boleh membuatkan perut lapar semula. Tapi
hanya itulah pilihan yang aku ada.
Malam
tu aku hanya tertidur-tidur ayam sambil karam dalam linganan air mata sendiri.
Mengenangkan nasib. Aku tak nak Rome perasan keadaan aku, sebab aku tak nak dia
patah semangat. dah beberapa kali dia menyatakan, nak berhenti kerja,
tolong bapa nya menyawit di felda. Dia ok la, ada felda, aku ada apa?, kalau
dia berhenti, bagaimana dengan aku, aku perlu berkerja untuk menyara diri
sendiri dan membantu keluarga. Kalau bukan dikilang ni, dimana lagi aku boleh
mencari kerja. Sebab tu lah aku mengharap sangat agar rome boleh bertahan
dengan semua dugaan ni dan terus kekal berkerja bersama-sama aku.
selesai
solat subuh rome bersiap ke kilang. dia pesan kepada aku “ko makan la man, roti
tu, buat la air teh, aku takpe, aku dah nak gi kerja ni, boleh sarapan kat
kantin.” Tinggallah aku diasrama keseorangan. Masak air teh, dan sarapan baki
roti 4 keping malam tadi.
Diringkaskan
cerita, beberapa hari kemudian kami mendapat gaji pertama. Alhamdulillah
aku bayar semua hutang kantin seratus lebih. Masih berbaki seratus lebih je
lagi. Pada anggaran aku, kongsi sorang 50 ringgit untuk beli keperluan dapur,
masih ada lagi bakinya untuk aku hulur pada mak dan bah aku, selebihnya boleh
la aku jadikan duit poket. Tak perlulah asyik nak berhutang dikantin je,
sesekali kalau tak sempat nak masak, baru hutang di kantin.
Tapi
malangnya, abis kerja syif petang, sampai di asrama aku dapati rome telah
mengemas semua pakaiannya ke dalam beg. Dengan hairan aku bertanya.
“ko
nak kemana mie?”
“Aku
nak berhentilah man.” Jawab rome ringkas.
“aduhh…
kenapa? Kan kita dah gaji, boleh la beli keperluan dapur. dah tak takut
kelaparan lagi”
“tak
bolehlah man, aku tak boleh la hidup macam ni. Memang la dah gaji, tapi dengan
gaji 300 lebih je, mana cukup. Hutang kantin, nak beli barang dapur, nak bagi
mak aku lagi. Sudahnya cukup bulan abis semua gaji, langsung takde simpanan”
jawab rome panjang berjela.
“sabar
la me, sekarang ni memang la gaji kita 300 lebih je, nanti dah confirm, naik
la. Semua orang pun camtu. Lagipun keje kat sini dah cukup senangkan. dah banyak kilang kita interview tuari kan, ni je la kilang yang bagi starting gaji paling besar”
“memang
keje kita senang, tapi sampai kebuluran tak makan, kalau aku dok felda, tolong
bapak aku pun boleh je aku dapat sebulan 300 lebih, lagi senang, makan minum
semua mak aku dah sediakan” sambung rome lagi.
“abis
tu ko dah bagitau encik Badar ke ko nak berenti ni?”
“dah,
siang tadi, lepas amek gaji aku terus cakap nak brenti”
“aduhh..
abis aku camne ni? Takkan nak dok sini sorang-sorang?” keluh aku. Rome hanya
mendiamkan diri..
“Abis
ko nak gerak bila ni?” Tanya aku dengan nada kecewa.
“patutnya
aku nak gerak tadi lagi. Sebab bapak aku bawak bas kilang dai hwa ulang alik
dari semenchu syif kul 11 tadi, tapi kesian lak aku nak tinggalkan nota pada
ko, tu yang aku tunggu ko balik dulu. Jadi esok pagi bapak aku hantar budak
dai hwa syif pagi, aku terus tumpang balik la”
Malam
tu tidur aku semakin jadi tak lena. Tapi bukan sebab kelaparan lagi, sebaliknya
aku makin tertekan memikirkan kemanakah hala tuju aku seterusnya… nak teruskan
kerja, takde kawan, lagipun siapa yang nak tolong bungkuskan nasi untuk aku?
nak berhenti kerja, dimana lagi kau nak mencari kerja. Siapa lagi yang nak
bantu mak abah aku? Bermacam-macam persoalan timbul dalam kepala otak aku yang
tak berapa nak hempuk tu..
Keesokkan
paginya lepas solat subuh aku bersalaman dengan rome sebagai tanda perpisahan.
Aku perhatikan je dari koridor tingkat 4 blok asrama rome menaikki bas kilang
yang dipandu oleh bapanya. Tinggallah aku sorang-sorang, masih terpinga-pinga
memikirkan hala tuju aku untuk seterusnya.
Seperti
hari-hari sebelumnya aku menapak ke kilang sebaik selesai menunaikan solat
zohor. Makan tengahari dikantin. Tapi hari ni aku tak berhutang lagi,
sebaliknya aku bayar tunai menggunakan bagi gaji aku, dan terus ke pejabat.
Berjumpa penyelia encik Badar. Aku rasa korang pun dah tau apa yang aku nak
katanya kepada encik badar… ye betul, aku berhenti kerja. Terlihat riah
kemarahan dari wajah encik badar. Sempat dia berkata “lepas ni kalau awak dan
kawan-kawan awak mintak kerja disini lagi, saya takkan terima, awak mempunyai
masa depan yang cerah berkerja disini, awak tau kan Perstima ni anak syarikat hak
milik kerajaan?. Ramai orang yang mintak kerja disini, sebab keistimewaan yang
syarikat sediakan, tapi kami memilih orang-orang muda seperti awak, supaya awak
boleh berkerja lama dan membina masa depan disini.”
Apa
yang boleh aku katakan, “maafkan saya encik Badar, saya suka kerja disini, tapi
saya dah takde kawan sebilik, susah saya nak uruskan keperluan harian, nak beli
kipas, nak beli keperluan makanan.” Aku ceritakan semua kesusahan yang kami
tanggung selama sebulan tinggal diasrama. Mungkin encik Badar memahami masalah
aku, dia hanya diam lalu membayar gaji aku yang berbaki seminggu dalam bulan
tersebut. Sebelum kami bersalaman dan berpisah.
Aku
menapak balik ke asrama dan singgah ke rumah kawan satu department. Abang bodel. Dia tinggal di blok bersebelahan dengan
blok aku. Untuk pengetahuan korang abang bodel ni, mukanya sebijik macam Halim,
vokalis kumpulan kris. berasal dari felda taib andak. Aku ceritakan hasrat aku
untuk berhenti dan menceritakan segala masalah yang telah aku dan rome lalui.
Dia hanya mendengar dan berkata, “kenapa selama ni kau tak bagitau abang?, kalau setakat makan, kau datang je rumah abang. abang paham budak-budak baru nak hidup macam korang, takde modal nak mulakan kerja. bila ko tak bagitau abang, abang ingat ko ok je”
Bukan aku tak nak bagitahu, tapi aku malu.
Diringkaskan
cerita, aku meninggalkan asrama, memikul beg pakaian, menaikki bas dari pasir
gudang balik ke ulu tiram. duit yang aku dah asingkan untuk beli keperluan dapur bersama rome, akhirnya aku gunakan sebagai tambang balik kerumah dan sebagai modal untuk mencari kerja lain...
# berita yang aku
terima, lepas berhenti dari Perstima, rome berkerja di kilang dai hwa, secara
berulang alik dari felda semenchu menaikki bas kilang yang dipandu oleh
bapaknya.
# beberapa bulan
kemudian rome telah berkahwin, mungkin dengan awek kilang dai hwa tempat dia
berkerja kot. Sebab dai hwa ni kilang elektronik, ramai marka. Aku sempat
menghadiri majlis persandingan rome. Sekarang aku dan rome dah lama terpisah,
sebab aku lost nombor telefon dan alamat rumah dia.
# aku pula,
menganggur beberapa bulan sebelum berkerja kilang di kawasan perindustrian sg
tiram. dekat dengan rumah aku, berulang alik naik motor yang abang aku hazla tinggalkan, sebab dia dok asrama dan d sediakan pengangkutan.
# kenapa encik badar
cakap” lepas ni kalau awak atau kawan-kawan awak mintak kerja disini lagi, saya
takkan terima?” kawan-kawan tu menunjukkan lebih dari satu. Ye betul kami
berlima sebenarnya, masuk serentak ke Perstima, semuanya bekas pekerja wang elektronik yang bankrupt tu. Lagi 3 tu, Mus, naim dan sorang lagi aku tak ingat
namanya. Mereka semua dari Kelantan. Tapi mereka dah berhenti awal dari kami.
# selain dari cabaran
kelaparan, sebenarnya setiap malam kami diserang oleh nyamuk, tambahan pula
bilik takde kipas. Segala macam nyamuk masuk menyerang, nyamuk tiruk, nyamuk
aedes, nyamuk gajah, nyamuk gila, macam-macam lagi jenis nyamuk…pernah satu
malam dalam kepanasan dan diserang nyamuk… aku tersadar dari tidur, aku toleh
kearah rome dia sedang tido, tapi tangan nya memusingkan kain pelikat yang
dijadikan selimut.… dah macam helicopter aku tgok… haha
Masa tu sedih sangat,
tapi sekarang dah jadi kelakar la pulak.. pengalaman itu tak boleh di beli
dengan wang ringgit
hari
ni23 november 2020, isnin, bersamaan 8
rabuilakhir 1442H. PKPB baru je ditamatkan dibeberapa negeri. covid-19 masih mengganas dibeberapa daerah dalam negeri johor. Kota
tinggi dan mersing masih zon merah. purata kes positif setiap hati mencecah angka
ratusan dan tekadang melebihi seribu. Ya Allah selamatkan kami dari bencana
ini. Teguhkan lah iman kami meningkatkan amal mendekati mu.
oleh
kerana semalam tak makan nasi. Pagi-pagi perut aku dah kriak kriuk, kriak kriuk, kelaparan. Nak buat sarapan malas. Kejap
lagi kena masak nasik jugak. Alah, kita lumpsum je la. Masak nasi terus, kita
jamak sarapan pagi dengan makan tengahari. Lagipun dah pukul 10 ni. Tak perasan
lak aku dah 2 jam aku menghadap laptop
menyiapkan pelan-pelan yang tak tau bila nak siap ni…
tinggallah
dulu keje. Jom kita ke dapur, tengok apa yang ada… Banyak sebenarnya bahan yang
ada. Cuma aku je malas nak masak. Haha… ye la kalau masak pun aku makan
sorang-sorang je. Wife dah makan kt
tempat kerja. Tinggallah aku keseorangan. Huhu…
selak-selak
peti sejuk ternampak ikan siakap separuh bahagian kepala. fikir sejenak. Apa
aku nak buat dengan kepala ikan ni ek…. Nk goreng nanti kena buat kuah pulak.
Nak masak sejenis lauk pun dah rajin,
haha… lagi nak masak macam-macam…lagipun kalau goreng ikan bahagian ekor ok la.
Ini bahagian kepala, sayang pulak. kalau buat masakan berkuah bermanfaat sikit
manisan-manisan pada bahagian otak ikan tu… haha… sekalilagi alasan bergeliga dari otak orang rajin memasak.
dah
alang-alang kita jamak sarapan pagi dengan makan tengahari, apakata kita qasar
kan sekali lauk dengan kuah… idea yang bernas tu. Bukan solat je ada jamak dan
qasar tau. Masak pun ada. Haha… nampk sangat rajin nye. Ye tak?...
ok
jom kita masak. Dah lapar ni. Sambil masak nasi aku buat lauk menu jamak dan
qasar untuk hari ni.. tajuknya, kari kepala ikan siakap ala dapur bujang. Tapi
bukan aku yang berstatus bujang, jauh sekali nama aku bujang bin senang. Hahaha
mula-mula,
blender bawang merah besar sebijik, bawang putih 3 ulas dan halia, agak-agak
la, dalam 3 hirisan gitu.
Panaskan
minyak agak-agak dalam 2 senduk. Masukkan. Kayu manis separuh jari kelingking,
bunga lawang sekuntum, buah pelaga dalam 3, 4 bijik. Bila bau dah naik masukkan
setangkai daun kari. Oleh kerana dibelakang rumah aku ada pokok kari sebesar
pokok durian, maka aku masukkan la 2 tangkai. Haha.. nasib baik aku tak
masukkan satu dahan tau..
kan
aku dah cakap, memasak ni tak payah nak strees
sangat, terikat dengan SOP yang ketat
macam nak mencegah covid-19 tu. Kita santai-santai je, sambil berselawat.
insyaAllah sedap la makanan tu nanti. Kalau tak sedap pun, buat-buat sedap je
la.. aku teringat masa zaman sekolah dulu ada rancangan masakan cina di tv.
Tajuk rancangan tu Wok with yan.
Kalau diterjemahkan maksudnya Yan bersama
kuali.
Apa
yang menarik minat aku menonton rancangan masakan tu?. Pertama Yan tu berbangsa
cina. Aku tak tau la dia chef ataupun bukan. Penontonnya mat saleh. Ia macam rancangan
reality tv dalam sebuah studio.
Pengacara sediakan bahan-bahan masakan yang terhad. Manakala Yan tadi kena
masak menggunakan apa aja yang ada. Bila dah siap memasak nanti, mat saleh yang
ramai sebagai audience tu akan merasa
masakan yan. Rancangan tu berbahasa english, aku pun tak paham sangat apa yang
diorang cakap. Tapi dari gaya dan body
language diorang bolehla difahami mat saleh tu kata sedap. Dan yang mencuit
hati aku, masa yan tu memasak, dia seolah-olah xde buku resipi. Dia
campak-campak je apa yang dia rasakan sesuai. Kadang kala, bahan yang
disediakan tu macam pelik bagi dia, tapi dia balun je semua.
Ditambah
dengan gaya dan celoteh dia yang tersendiri masa memasak. Tu la yang menjadi
inspirasi aku masa memasak. Enjoy,
ikut suka. Cuma sebagai seorang islam aku tambahkan enjoy aku dengan berselawat. Ye la bila solat berjemaah dimasjid
atau surau, dah selalu sangat kita wirid beristigfar, bertasbih, bertahmid, mengikut
imam, tapi jarang sangat kita jumpa imam yang wirid, beristigfar, bertasbih,
bertahmid dan ditambah dengan berselawat. Bukan ke Allah memerintahkan kita
berselawat juga. Dalam khutbah jumaah selalu khatib dah ingatkan. Sampai
berbuih-buih mulut khatib. Tapi kita tak buat juga. Bukan ke dengan banyak
berselawat itu akan mendekat kan kita dengan Rasullah. Macamana kita nak
mendapat syafaat dari baginda kalau selawat pun jarang-jarang…
Eh,
melalut pulak aku ni. nak cerita rangangan reality
tv, nak berceramah ke, nak masak ni?... hahaha terlari channel pulak. Ok jom
sambung masak. Dah hangit rempah aku dalam kuali tu.. adoyai..
Ok
bila bau rempah tadi dah naik, kita masukkan bahan blender. Masukkan sedikit serbuk lada, ataupun lada kisar. Tumis
lagi sampai bahan tu semua agak-agak hampir masak. Masukkan serbuk kari
agak-agak dalam 3 sudu besar. Tambah air sikit, kacau bagi semua bahan larut
sebati. Tunggu hingga mendidih.
Kemudian
masukkan ikan, kacau sikit bagi ramuan tadi menyaluti badan ikan. Masukkan asam
keeping, sekeping je. Kalau betul-betul rajin bancuh air asam jawa. Lagi bagus.
Ada rasa manis asam jawa tu. Tapi kalau dah jenis
rajin macam aku ni, campak je la asam keping. Haha… shortcut ye tak?...
Bila
mendidih, tambahkan air hingga tenggelam ikan tadi. Masukkan kacang bendi sekor-sekor(tak payah potong-potong) dan tomato yang dah dibelah-belah. Tutup
kuali, tunggu hingga mendidih dan kacang bendi kita lembut….
Matikan
api, masukkan garam dan sedikit gula sebagai bahan perasa. Dah siap… mungkin
korang tertanya-tanya. “tak letak santan ke?”. Untuk masak kari kali ni aku tak
guna santan. Semata-mata guna serbuk kari je. Hasilnya rasa kari tu pekat dan
pedas sikit.
Kalau
korang nak letak santan pun boleh, tapi kari korang akan cari sikit la. dan
rasa berlemak dari santan tu. Bagi aku kalau masak kari ikan, aku tak suka
tambahkan santan, memadai manis dari ikan tu sendiri. Berlainan kalau aku masak
ayam ataupun daging. Memang akan aku tambahkan santan. Terpulang pada tekak dan
selera korang. Selamat mencuba. WAllahuaklam
#
tingg !!, dah siap… dalam peti sejuk aku takde stok kacang bendi, jadi dalam
gambar ni de la kacang bendinya. Hihi. Tapi aku ada terjumpa daun ketumbar 2
tangkai, belance dari wife aku masak nasik arab minggu lepas. Apalagi.. kita
ikut style Yan, campak sekali.. hihi… insyaAllah tak mabuk, ini bukan daun
ketum.. hahaha
segala coretan disini lebih bersifat peribadi.
kerana aku bukanlah seorang cendikiawan yg mampu mendidik beribu insan.
tidak juga seorang sasterawan, yang berkebolehan mengungkapkan kata-kata hikmah.
jauh sekali seorang hartawan, yang boleh menarik perhatian ramai melalui ketidakikhlasan.
malah aku juga bukan seorang politikan yang pandai berhujah dengan penuh corak-corak kebungaan.
aku hanyalah seorang insan biasa dengan sekadar' coretan' biasa...