Tuesday, November 3, 2020

kiSAH sERam aKu bUDaK hOsTEL

 

sambungan kisah seram.

 

Hari ni 3 november 2020, hari selasa bersamaan 17 rabuilawal 1442H

 

Sejak dari kejadian diusik oleh adik aku ‘ita’ yang memakai kasut anak patung, sehinggalah kealam remaja. Aku tidak lagi diganggu oleh makhlus halus ataupun jin.

 

Cuma seingat aku, semasa di asrama sekolah vokasional kota tinggi dulu, aku pernah study over night. Masa tu konon-kononnya membuat persediaan akhir sebelum menghadapi SPM(V) la. Tapi pada aku kisah tu tak seram mana pun. Besye-besye je.. walaupun selalu yang kita dengar kisah-kisah seram asrama, tapi Alhamdulillah, selama 2 tahun aku duduk diasrama SMVKT takde apa-apa yang seram untuk dikongsikan. Walaupun ada juga la dengar dihujung-hujung telinga, beberapa kisah yang didakwa seram. Tapi aku anggap semua tu sebagai cerita yang direka-reka, atau ditambah bahan perasa oleh sipembawa cerita. Macam yang aku dah tegaskan dalam content kisah seram sebelum ni. Kisah hantu ni, susah nak dibuktikan. maka dari susah nak dibuktikan itulah, timbul pelbagai kisah seram dengan pelbagai versi dan variasi.

 

dari kiri : as (pakai topi) GI rosman, salehudin sokran,

dan yang paling tuff xde baju, akula tu.. haha


Ok cerita sikit pada kisah aku study over night tu. Aku duduk di katil tingkat atas tepi dinding bersebelahan dengan omar. Seorang pelajar kursus Penyamanan udara. So pada malam tu kami acah-acah mengulangkaji pelajaran la, sambil berbaring dikatil masing-masing.  Sebenarnya bagi pelajar yang ingin mengulangkaji sehingga lewat malam, bilik bacaan ada disediakan di bawah blok asrama. Cuma kami lebih selesa mengulangkaji pelajaran diatas katil. maklum la, kami tinggal di tingkat 4. Kalau dah penat atau mengantuk, kami terpaksa mendaki puluhan anak tangga. Kompem, elok sampai dorm nanti, dah hilang rasa mengantuk. Sebab penat menaiki tangga.

 

Satu lagi sebab, kadang kala bilik bacaan ni penuh. Biasalah, bila dah ramai tu, ada je yang bersembang, bukan nak study. Menggangu konsentrasi pelajar yang lain satu hal. Kalau dah riuh sangat nanti tak pasal-pasal kena halau dengan warder. Sebab bilik bacaan tu betul-betul berhadapan rumah warden. Itulah antara sebab aku dan omar memilih untuk study diatas katil je. Kalau dah mengantuk pun senang, tutup buku, letak tepi bantal, terus tidur.

 

Seperti kebiasaannya, lampu asrama mesti dimatikan pada jam sebelas malam. Maka kami hanya mengharapkan tempias cahaya lampu jalan yang menerobos ke dalam bilik melalui celah-celah cermin tingkap nako.

 

Dalam kesunyian jam 2 pagi yang pastinya semua pelajar sedang lena dibuai mimpi, tetiba aku terdengar macam bunyi tapak kasut orang melangkah menaiki anak tangga. Tok…tok…tok… perlahan-lahan aku toleh kearah omar, omar pun menurunkan buku yang di baca ke atas dadanya, kami sama-sama menghayati dan memastikan bunyi tersebut. Ye, memang kompom bunyi seperti kasut tumit wanita yang keras menghantuk lantai… bunyi langkah itu semakin kuat dan menghampiri kaki katil kami. Tapi kami takut untuk memandang kearah nya. Setelah beberapa ketika, dan menyakini tiada sesiapa, barulah perlahan-lahan kami menoleh kearah kaki, selamat… tiada sesiapa.. Omar angkat semula bukunya dan sambung membaca.

 

Belum sempat aku membaca sebaris ayat dari dalam buku teks, tiba-tiba kami terbau colok sembahan orang cina yang sangat kuat. Dalam samar-samar cahaya lampu jalan aku toleh kearah omar sekali lagi sambil bertanya dengan nada suara seakan berbisik “kau bau tak mar”. omar jawab “haah, kuat ek”.. kami terdiam seketika, sambil memandang antara satu sama lain. lepas beberapa saat kami mematikan diri, bau itu semakin menghilang. Omar sambung cakap dalam nada berbisik, ”jom la tido dah kul 2 lebih ni”

 

Aku yang dari mula tertendar bunyi kasut tadi dah rasa kurang sedap, terus setuju dengan cadangan omar. aku pun membaca doa tidur dan ayat-ayat yang perlu, terus tertidur.. keesokkannya selepas solat subuh, sambil bersiap untuk ke kelas, aku bersembang dengan omar tentang kejadian malam tadi, maklumlah katil dia kan sebelah je dengan katil aku, locker dia pun selang sebuah je dari locker aku. Tapi kami sengaja tak nak kecoh-kecoh la sehingga boleh diketahui oleh pelajar lain. Sebab bagi kami, pengalaman itu macam tak berapa seram, tapi misterinya masih tetap ada,

 

Apa yang menghairankan pada waktu itu asrama kami dikelilingi oleh pokok kelapa sawit. Warden-warden semua beragama islam. mana mungkin mereka membakar colok. kalau nak kata bau tu datangnya dari rumah taman berhampiran. Agak susah juga dipercayai kerana rumah yang terdekat dengan asrama kami, terletak kira-kira 400 meter jaraknya, macamana bau tu sangat kuat seolah-olah datang dari dalam dorm kami sendiri.

 

Tapi aku tak anggap serius la perkara ni, kerana macam yang aku dah katakan tadi, kisah seram ni, kebanyakkannya telah ditambah ‘bahan perasa’ oleh ‘si pencerita’ atau ‘si pembawa cerita’. Kejadian asal nya singkat dan ringkas je. Macam kejadian yang kami alami tadi, Tapi ‘bahan perasa’ lah yang telah menjadikan jalan cerita tersebut bertukar menjadi panjang.

 

Kenapa aku kata, kejadian tu pada aku besye-besye je? Sebab, kejadian tu terlalu singkat untuk dihayati. Tak sampai pun seminit. Kalau nak dijadikan cerita pun, penat nak letak nama pelakon watak utama sehinggalah kepada pelakon pembantu. Tu belum lagi nak letak lokasi kejadian, prop dan sebagainya. Haha.. takde lah kata, lepas dengar bunyi tapak kasut melangkah tu, tetiba ada hantu sergah kami ke, katil kami kena goncang ke. Buku yang kami baca kena rampas oleh hantu ke, atau mungkin tetiba ada juon di bawah katil.. takde. semua tu tak berlaku. dan lepas baca doa tidur aku pun senang je terlelap. Tak de macam kebiasaan kisah yang kita dengar, semasa tidur tu selimut kami kena tarik ke, atau mungkin sadar dari tidur, kami telah dipindahkan ke tanah perkuburan ke…. Tak de, semua tu tak berlaku.

 

So pada aku, itu bukan kategori gangguan dan ianya tak menyeramkan sangat… boleh je kalau aku nak tambah ’bahan perasa’ dalam kisah ni untuk menjadikan ianya lebih seram. Tapi untuk apa?.. untuk meraih tontonan, atau mungkin juga untuk menakut-nakutkan rakan seasrama?... nonsense.. lupakanlah… semua tu tak berfaedah bagi aku.

  

wAllahuaklam….




# google map kawasan vokay aku dulu. Dah ada penbangunan kawasan

sekitarnya. Dropped pin tu asrama aku, blok A. (dalam screenshot ni semuanya

 adalah sebahagian dari kawasan sekolah dan asrama)

Untungla anak-anak sekarang vokay dah naik taraf kolej.


No comments:

Post a Comment