dikala susah, waktu itulah kamu akan
kenal siapa yang bersama denganmu.
Hari
ni 1 oktober 2020, hari khamis Bersamaan 14 safar 1442H
Berdasarkan
dari tag line kat atas tu, aku saje
nak kenang-kenang semula kisah silam aku. Meskipun takde la silam sangat pun. Sebenarnnya
aku takde idea sangat nak menulis dalam bab ni. Sebab bagi aku sesuatu perkara
yang tak berapa best untuk didengar tu aku malas nak simpan dalam-dalam disudut
kepala otak aku yang dah kematu ni. Tapi kalau tak simpan langsung pun tak
boleh juga. Bukan ke pengalaman tu adalah guru yang terbaik.
(jawapan kepada tajuk entry kali ni) Jadi, kita simpan-simpan la di tepi-tepi
sudut otak yang ada space sikit tu.
Ingat !! jangan simpan dalam-dalam, simpan kat tepi-tepi je.. jadi kalau space dah penuh, senang kita nak remove kisah tak best tu ke folder recycle bin.. haha…
Sekali
lagi aku ulangi, sebenarnya tag line ni tak berapa bagus untuk mendidik hati
menjadi sufi, walau bagaimanapun kena juga disimpan sikit untuk dijadikan
panduan pada masa depan. Seeloknya sesiapa yang terbaca entry kali ni, ambil
lah yg positif, tinggalkan yang bersikap negatif.
Aku
teringat pada beberapa orang kawan aku, yang mana kawan ni boleh la dikategorikan
kawan waktu susah. Maksud aku bukan
waktu aku susah, tapi sebaliknya waktu mereka susah, barulah mereka muncul.
Tapi bila senang, hampeh, bukan kata call tanya khabar, wasap pun langsung takde. Padahal kalau setakat wasap tu bukan kena caj pun… tapi inilah
sikap manusia yang aku katakan tadi. Berkawan sekadar waktu memerlukan saje. Aku
rasa korang pun mungkin pernah mempunyai kawan seperti itu kan?.
Kisah pertama,
seorang jiran meskipun tidak bersebelahan dengan rumahku, tapi masih tinggal
setaman denganku. Dia hanya bertandang ke rumahku apabila mermerlukan sesuatu
pertolongan. Andainya tiada apa yang dia perlukan, lalu didepan rumahku pun
buat tak nampak je. Padahal aku sedang menyapu daun kering didepan rumah.
Pelikkan? Pernah sekali dia minta aku menaipkan surat berhenti kerja. Aku pun
bertanya, sudah fikir masak-masak ke nak berhenti kerja, zaman sekarang ni
susah nak cari kerja. Lagipun usia kita dah agak lanjut, tanggungan pun dah
makin bertambah, susah nanti kalau tak dapat kerja
Jawapannya
dia dah nekad ingin berhenti. Akhirnya aku taipkan lah juga surat berhenti
kerja yang diminta tu. Selang beberapa hari dia datang semula kerumah ku,
bercerita bahawa dia tak jadi berhenti kerja, kerana bos telah manaikkan
gajinya. Alhamdulillah, bagus la tu. Cuma apa yang tak bagus nya, dia boleh
cakap, “nasib baik aku tak hantar surat yang kau buat tu, kalau tak, melepas
aku”.. (aik !! Aku pulak yang disalahkan
kerana menaipkan surat berhenti kerja untuk dia, aku yang suruh dia berhenti
ke, atau dia yang mintak tolong aku taipkan?.. kompius aku). Lepas tu dia
terus berlalu dengan reaksi seolah-olah marah kepada aku.
bukan
sakadar kisah surat berhenti kerja je, banyak lagi keadaan yang mana bila dia
memerlukan bantuan, dia kan muncul dalam hidup aku, bila tiada apa-apa
keperluan, hilang tanpa jejak. Termasuklah ketika dia hendak membuat kenduri.
Aku lah yang mengambilkan barang-barang keperluan masakkan dari kampungnya.
Kebetulan pada masa tu aku memiliki sebuah van yang cukup luas untuk membawa
segala bagai barangan, kuali, periuk belanga dapur gas, tungku, besen, tong
tadahan air dan sebagainya. Yang lebih malang, duit minyak pun tak hulur. Bukan
dekat. Lebih kurang 60km sehala tu.
Kisah kedua.
Seorang
kawan yang memang aku dah kenal dari zaman sekolah rendah lagi. Cuma tidaklah
rapat sehingga menjadi sahabat baik. Sekadar kawan biasa sahaja. bila terjumpa
menyapa. Bila tiada, tidak mengapa. Bila dah dewasa, juga menjadi seorang jiran
setaman dengan ku. Hubungan kami besye
besye je. Sama seperti masa zaman kanak-kanak dulu. Pernah suatu malam.
Sekitar jam 2 pagi loceng rumah ku berbunyi…. Aku yang baru abis duty sukarelawan polis jam
12, baru je nak melelapkan mata. Kebetulan pula esok aku duty jam 8 pagi.
Diringkas
kan cerita, rupanya kereta milik beliau yang telah dijual setahun yang lalu kepada
seorang kenalan, tanpa melalui proses tukar nama, hanya sambung bayar, telah
dijual kepada pihak ketiga. Yang lebih malang pihak ketiga tersebut tidak
pernah menjelaskan bayaran bank. Dan yang lebih membuatkan malang
berganda-ganda ialah, pihak ketiga itu adalah seorang bonzer sebuah disco.
Pecacai penarik kereta wakil bank pun tak berani nak tarik. Sudahnya ‘kawan yang tak berapa serupa kawan’ itu
lah yang terpaksa berdepan tindakan mahkamah. Dan hampir di senarai hitam.
Di
pendekkan lagi cerita, pihak bank setuju menangguhkan senarai hitam tersebut
dengan syarat dia menyerahkan semula kereta tersebut kepada pihak bank. Tidak
menyakini diri sendiri untuk berdepan dengan seorang bonzer, maka akulah yang
diajak untuk mengambil kereta tersebut.
Di
pendekkan lagi cerita. Malam keesokkannya aku bersama ‘kawan yang tak berapa serupa kawan’ tu berdepan dengan bonzer tersebut di disco
tempat dia berkerja... kalau nak tiru cakap zul kapan. “lu banyak sailing wo, lu belani datang wa punya kawasan, mau talik wa
punya keleta, jangan sampai wa kasi senggat sama lu”…
Alhamdulillah,
berbekalkan sedikit doa dan beberapa petikan dari Al-Quran, dengan senang
bonzer tersebut menyerahkan kunci kereta tersebut kepada aku. Malah bonzer tu
ingin belanja aku minum di disco tempat dia berkerja. Dengan ringkas dan sopan
aku menolak, “tq, sorry I’am not drink.”
Dengan rasa bersalah bonzer tersebut menjawab “owh sorry”.. “it’s ok” jawab ku mesra. (Sebenarnya bukan mesra pun, tapi seram gak, abang kawasan ni yang aku
gegar)
Inilah
satu bukti kehebatan Qalamullah
mengatasi segalanya. Dan hebat juga
aku katakan kepada bonzer tersebut, kerana walaupun kereta nya aku dah ambil,
dia tak berniat nak memusuhi aku, sebaliknya hendak belanja aku minum. Dan lebih
hebat lagi ‘kawan yang tak berapa serupa kawan’
tu, langsung tak de offer aku minum. Dengan selamba dia cakap “dah nak subuh la man, esok pagi aku kerja,
lain kali lah kita minum.” .. aik! Aku tak perlu kerja ke esok?
Sattle
je dapat kereta dia semula, terus hilang ingatan agaknya. Haha.. terus tak
kenal aku lagi. Berselisih dalam masjid pun, pandang macam tak kenal. sehingga
ke saat aku manaip entry ni pun dia tak pernah menelefon aku atau ajak aku
minum.
Sebenarnya
aku tak mengharap pun belanja dari dia, atau upah, atau bayaran atas bantuan
yang dah aku lakukan. Jauh sekali mengharapkan penghargaan. Cuma aku
tertanya-tanya “begini ke sikap seorang kenalan dari kecil, bila dewasa berjiran
dengan aku?” mencari aku hanya bila dalam kesusahan saje. Tak terpikirkah dia 2
malam tidur aku terganggu, malah mengadaikan keselamatan diri, berdepan dengan
bonzer di dalam disco bonzer itu sendiri semata-mata menguruskan masalahnya.
Kisah ketiga.
Paling tragis. Dan betul-betul meninggalkan beban dalam hidup aku, malah masa
aku menulis entry ni, bebanan yang aku maksudkan tu masih belum sattle. Juga kisah seorang jiran.
Berusia
tua setahun dari aku, berkerja dikilang membuat pintu kayu nyato, mempunyai anak
seramai 5 orang, semua masih kecil. Rumah yang didiami adalah rumah sewa.
Mempunyai sebuah kereta wira atas nama abangnya. Kenapa usia sudah mencecah
30’an masih tiada rumah sendiri dan tiada kenderaan yang bebas hutang?..
jawapannya kerana kesilapan lalu. Hidup berlandaskan kehendak nafsu. Orang
perak kata “ bio pape asal bergaye”.. penghujungnya suami isteri blacklist.
Diringkaskan
cerita. (dalam entry kali ni terpaksa
banyak ringkasan cerita, sebab macam yang aku dah tegaskan dari awal tadi,
cerita yang tak berapa elok ni, tak payah dikenang-kenang sangat. Cukuplah
sekadar dijadikan panduan masa depan, so kita pun cerita ringkas-ringkas je)
hampir setiap bulan aku lah tempat mengadu. “Susu anak abis, kereta belum
bayar, sewa rumah tangguh tengah bulan, beras tinggal sikit, malam makan
lempeng je, anak sakit perut, takde bekal bawak kesekolah, jauh sekali duit
belanja.” Dan berbagai lagilah.
Korang
pun paham, kalau ‘ayat-ayat killer’ ni
melintasi telinga korang, apa sebenarnya yang dia perlukan….?...............
yess… betul. Ayat sambungannya adalah “pinjam
dulu bro, gaji bulan depan kawan bayar. Bulan ni teruk sangat sebab kilang
takde OT”
Sebagai
seorang jiran menurut tuntutan agama, apakah tindakan korang?.... yess… betul
sekali lagi.. siasat alakadar kebenarannya, jangan banyak sangat soal, tak
payah timbulkan masalah birokrasi, bantu…
Sebulan,
dua bulan.
setahun,
dua tahun.
cerita
yang sama masih berulang lagi.
hutang
yang diberi masih berbaki.
Pinjam
dua ratus, bayar lima puluh putus-putus.
bulan
ni bayar, bulan depan belayar.
awal
bulan sendu, hujung bulan mengadu.
Bukan
sekadar cap kepala agong, kadang kala
kereta buruk aku pun kena payung. Alasannya kereta dia roadtax mati, Pernah sekali tu aku pun sengaja tak nak renew roadtax kereta aku supaya dia tak
pinjam, tapi hebatnya, dia pinjam kesemua 4 bijik tayar kereta aku pulak.
Alasannya kereta dia dah hidupkan roadtax,
tapi duit dah takde nak tukar tayar. Nak balik kampung bahaya jalan jauh, tayar
dah nampak benang.
Sebagai
seorang jiran, dan memikirkan keselamatan anak-anaknya yang masih kecil, apa
tindakan korang?.... yess… betul.. sekali lagi, dan lagi, dan lagi.. aku pun
dah tak kira berapa kali dan lagi… Mungkin terlintas
difikiran korang, “kenapa aku mesti membantu dia, suruh la dia mintak tolong
dari adik beradik dia”. Betulkan?... ye betul, aku dah suarakan pendapat yang
sama. Tapi jawapannya, adik beradik dia pun bermasalah. Terbukti dengan satu
kejadian, abang dia sendiri pernah meminjam duit aku sebanyak RM600, katanya
nak bayar duit kereta. Tapi ok la, bulan depannya dia sattle abis, walaupun agak susah juga la nak menagih duit sendiri,
dah mengalahkan pengemis aku dibuatnya.
Dipendekkan
cerita sekali lagi. Akhirnya aku bersuara pada dia, “sampai bila bro, awak asyik
nak berhutang?, belum abis hutang lama, nanti awak pinjam lagi. Abis bayar
semua hutang selang sebulan dua awak pinjam semula. Kalau macam ni kat mana
kesudahannya?” Mendengar soalan tu, aku nampak riak mukanya berubah, menahan
malu dan rasa bersalah.
Untuk
meng’cover line’ aku saje buat lawak,
“kalau kawan jadi along dah lama kawan kaya makan bunga dari awak.”. aku nampak
muka dia sedikit tersenyum walaupun masih kelat, kesan tamparan soalan aku
tadi. Dia menjawab, “nak buat camane bro, dah memang kawan tak cukup, nk harapkan
orang rumah, orang rumah pun blacklist, Kalau clear, boleh buat fast loan dari
bank, pastu bulan-bulan kawan boleh bayar sikit-sikit. Hutang awak pun selama
ni kawan bayar, Cuma sikit-sikit la, nak one shoot memang tak mampu. Kalau
kawan tak terdesak, takkan kawan nak tebalkan muka pinjam dari awak.” Dia menyambung lagi “orang rumah kawan
nak bantu, kerja, tapi awak tengok la, anak kawan berderet macam anak pokok
pisang, sapa nak jaga, hantar taska, upah taska lebih mahal dari gaji yang
dapat”. Betullah tu.
Aku
mencadangkan dia supaya buat kerja partime.
Dia menjawab. “Tak payah partime bro, kalau kilang kawan banyak order, memang
kawan OT sampai kul 7 atau 9 malam. Memang cukup untuk kegunaan sebulan, Tapi
kadang kala sebulan dua kilang takde OT, harapkan gaji pokok je, tu yang kawan
sangap. Lagipun kalau kawan keje partime
mana boleh dapat banyak macam kawan OT”.. sekali lagi aku jawab, betullah tu. “tapi sampai bila awak nak
hidup macam ni, anak-anak makin membesar, esok lusa masing-masing nak sekolah,
perbelanjaan makin meningkat. Kalau awak takde saving dari sekarang, macamana nak servive?.” Dia jawab “tak tau la
bro,mungkin Allah tengah uji kawan sekarang ni”. Sebenarnya aku pun terfikir
juga, “bukan ko je yang Allah uji, aku pun mungkin Allah sedang uji, menghadapi
kawan yang bermasalah macam ko ni”.
Dalam
pada aku melayan apa yang terlintas dikepala tu, dia meluahkan, “kalau tak
balcklist kawan dah lama pinjam bank, kawan nak bukak company buat perabot
sendiri, kawan boleh buat perabot, kawan pun dah ada customer, tapi disebabkan
makan gaji, awak pun paham la bro, yang
keje separuh mati kita, yang kaya cina. Mungkin dengan ada company sendiri baru
hidup kawan boleh berubah… Dah lama kawan fikir bro, apa yang awak cakap,
sampai bila nak hidup macam ni?, tapi apa boleh kawan buat. Kawan dah takde
sumber”. Aku cadangkan dia mintak tolong dari adik beradik untuk buat pinjaman.
Tapi sepertimana yang aku tau adik beradik dia pun bermasalah.
Dipendekkan
lagi cerita, aku cuba nak jadi founder
kepada syarikat yang dia nak tubuhkan tu, dia ada ilmu, tapi takde modal, aku
pula takde ilmu dan modal, tapi boleh try buat personal loan. Dengan sokongan statement
bank dan elaun bulanan aku sebagai sukarelawan polis dan sukarelawan pertahanan
awam, ditambah lagi simpanan aku dari pendapatan kerja hakiki, melukis plan, insyaAllah
boleh lepas kot.
5
perkara kenapa aku sanggup menjadi founder.
Pertama.
Dia dah lama berkerja dan banyak pengalaman dalam bidang perkayuan, ok la tu, kata
orang dah tau pahit, manis dan selok beloknya.
Ke-2.
Dia dah bentangkan kira-kira, insyaAllah dalam masa kurang, atau
selewat-lewatnya 5 tahun hutang bank boleh diselesaikan katanya.
Ke-3.
Selesai hutang bank, syarikat tu nanti akan menjadi milik kami bersama.
Ke-4.
Mudah-mudahan inilah cara aku dapat membantu dia. Macam orang cakap, sampai
bila kau nak suap dia dengan ikan, bukan ke lebih baik kau belikan dia joran
dan ajarkan dia cara memancing ikan.
Ke-5.
aku sendiri, sampai bila nak kerja dengan cara orang muda, meronda, mengadai
nyawa. Bergelut dengan penjenayah. Sampai satu masa pasti kerjaya ni akan tak
sesuai dengan usia dan fizikal aku. Aku perlu mencari ilmu dan kerjaya baru
yang lebih relax dan santai dalam usaha
menyara keluarga. Betul la setakat ni aku ada job melukis plan, tapi ia masih
bergantung pada kesudian consultant
engage kita.
Sekali
lagi dipendekkan cerita. sebulan kemudian aku lulus membuat pinjaman bank,
progress kami membina sebuah bengkel diatas tanah peninggalan arwah bapa aku
mengambil masa lebih kurang 2 bulan. (tapi
aku meletakkan diri aku sebagai penyewa tanah tersebut, sewa bulanan aku bayar
kepada mak aku) Pada bulan ke-4 kami mula memasukkan mesin-mesin pembuatan
perabot. Abis licin RM35 ribu. Sambil-sambil kami membina bengkel kami telah
mula mempromosikan pada kawan-kawan dan media sosial berkenaan syarikat itu.
HIJRAH INTERIOR DESIGN. Ye, itulah nama yang kami pilih.
Tapi
malangnya pada bulan ke-5 satu berita mengejutkan terjadi. Dengan selamba dia
cakap, “sorry la bro, kawan tak boleh
teruskan buat job dengan awak, sebab company kawan dah tau, kawan setup company
sendiri. So boss panggil kawan berbincang, dan dia dah naikkan gaji kawan”. Aku
cuba memujuk dengan berkata, “Alhamdulillah, bagus la tu, dapat juga awak naik
gaji, kalau tak kerana boss takut awak lari, mesti dia tak naikkan gaji, tapi
takpelah itu rezeki awak, kan sebelum ni awak yang cakap. Tak perlu berhenti
kerja, teruskan kerja macam biasa, Cuma kita cari job dan siapkan selepas waktu
berkerja, anggap je macam kita OT, lama-lama nanti bila job kita dah banyak,
dah tak sempat nk buat waktu malam, kita pun dah ramai customer, baru kita
fokus pada company sendiri, masa tu
barulah kita berhenti kerja”.
Dia
menjawab, “tak boleh bro, kalau kawan OT dah tentu-tentu kawan ada extra income, tambah lagi dengan
gaji kawan dah naik, kalau buat job sendiri dengan awak, mana nak bayar hutang
bengkel, mana nak bayar sewa tanah. Lagipun
bukan senang bro nak berniaga ni, lebih senang makan gaji, dah tentu-tentu tiap
bulan ada gaji”. aku terkedu dan rasa seolah-olah aku dah kena checkmate.
Berbagai
persoalan berputar dikepala otak aku, Siapa nak bayar hutang bank yang mencecah
70k termasuk interest, siapa nak
bayar sewa tanah, apa aku nak buat dengan bengkel dan mesin-mesin ni semua, aku
bukannya tau bidang perkayuan.
Dipendekkan
lagi cerita, akhirnya aku terpaksa menyewakan bengkel tersebut. Tapi malang
terus melanda, sewa entah kemana, peralatan dan mesin sering rosak. Biasalah
tu, sikap segelintir penyewa yang tak bertanggungjawab. Belum lagi cerita mesin
yang hilang tanpa jejak. Seolah-olah telah kecewa dengan peristiwa yang
berlaku, aku malas nak menguruskan bengkel tersebut. Rosak, biarkanlah. Hilang,
lantaklah… Keluar penyewa lama, masuk penyewa baru, namun ceritanya masih sama.
Dipendekkan
lagi cerita, setelah hampir 3 tahun aku berhempas pulas, potong sana, tampung
sini, korek sana tampal sana. Akhirnya ada seorang penyewa yang baik dan
bertanggungjawab. Bukan sekadar menyewa bengkel aku, malah dia mengambil aku sebagai perkerja. Alasannya aku
dapat belajar tentang pembuatan cabinet.
Mudah-mudahan satu masa nanti aku boleh menjadi seorang pembuat cabinet seperti yang aku angan-angankan
dulu. Nama je pekerja, tapi gaji yang paling mahal pernah aku terima hanyalah
RM300, sedangkan kebiasaannya seratus lebih saje. Aku bersyukur dan redha
dengan ketentuan Illahi, dan aku setkan
di minda seratus itu bukanlah gaji, sebaliknya elaun pembelajaran ku.
Alhamdulillah
hampir setengah tahun aku menjadi pekerja kepada penyewa bengkel aku sendiri.
Dan selama itu jugalah bergelumang dengan plywood, formeca skrew, gam, tak
kurang juga habuk kayu. Malah melayan kerenah pelanggan yang berbagai ragam dan
selera. Setiap ilmu yang aku temui, aku hadamkan sebaiknya. Akhirnya aku telah
mula berani mencari pelanggan sendiri.
Walaupun
masih rasa takut-takut, tapi Sulaiman banyak menjadi pencetus semangat
kepadaku. Aku masih ingat kata-katanya “sampai
bila ko nak mengharapkan orang, ko dah terjun sebelah kaki ni, modal dah
berpuluh ribu hangus, jangan terus tambah kerugian, ko mesti ingat, kerana
mengharapkan orang la ko jadi macam ni.” Sekali lagi aku bersuara dalam
hati, betullah tu.
Satu
demi satu, sepuluh demi sepuluh, namun taklah sampai seratus demi seratus job
datang kepadaku. Alhamdulillah, dari situlah ZAMAN SENIREKA PERABOT di
daftarkan dibawah SSM. (ringkasan nama
wife dan nama aku)
Berbalik
kepada kisah jiran aku tadi, dan diringkaskan cerita untuk kali terakhirnya
dalam entry aku kali ni. Dia masih dengan cerita lama, “kereta belum bayar,
sewa rumah tangguh tengah bulan, beras tinggal sikit, malam makan lempeng je,
anak sakit perut, takde bekal bawak kesekolah, jauh sekali duit belanja.” Cuma
bezanya susu anak dah tak diperlukan, kerana anak-anaknya dah bersekolah. Tapi diganti
pulak dengan kereta yang asyik meragam.
Dan
untuk terakhir kalinya aku nak tanya korang seperti permulaan kisah ketiga ni.
bila ayat killer melintasi cuping
telinga korang, apa tindakan korang kali ni?..... yess,,, betullah tu. Aku jawab, “dah la bro, kawan memang dari dulu kesian
kan awak, tapi yang sedihnya takde orang nak kesiankan kawan. Sekarang ni kalau
awak cakap takde beras, berapa ringgit je harga beras sekilo? Macamana pulak
kalau kawan tanya siapa nak bayarkan hutang 70k tu. Bukan sekadar beras,
bendang pun boleh beli rasanya dengan duit sebanyak tu. Kalau tak bayar nanti,
tak pasal-pasal kawan pulak yang blacklist.”
Seperti
awalnya juga, aku perasan riak mukanya berubah. Tapi kali ni aku dah tak meng’cover’ line lagi. Sebaliknya hati aku
bersuara, “lantak pi kat hang la… Masa suasah hang carik aku, la ni aku susah, aku
nak cari siapa?”
**perkara
sebenar dari sebalik kebenaran.

Sebenarnya
entry ni bukan lah nak menceritakan tentang perangai buruk seseorang.
Sepertimana yang aku dah tegaskan pada awal-awal penulisan. Sebaliknya aku nak
mengingatkan diri sendiri dan korang yang terbaca entry ni bahawa kehebatan
Qalamullah dalam kisah ke-2 dan kegagalan aku kesan dari meninggalkan istikharah
dalam kisah ke-3. Rasulullah SAW
bersabda: “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih)
daripada Allah Taala dalam segala urusannya. Dan di antaranya kecelakaan anak
Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
wAllahuaklam…
# kata nak buat entry
pendek je, tapi panjang berjela juga kisah ni, maklumlah sekali lumpsum 3
kisah.
# dalam pada
mengusahakan zaman senireka perabot tu, beberapa kali juga dia datang meminjam,
tapi aku tak bagi wang sebaliknya aku bagi dia kerja partime dan bayar gaji.
# nama je partime,
tapi aku membayar gajinya sehari bermula dari RM80 hinggalah RM100, namun dia
masih mengatakan tak cukup, akhirnya dia minta sehari RM150. Dan itulah job
terakhir aku mengambil dia sebagai pekerja partime.
# sulaiman berhijrah
ke Selangor kerana mengikuti isterinya, setelah beberapa bulan aku melahirkan zaman
senireka. Sebab itu ikhlas aku katakan kehadiran sulaiman adalah benar-benar
dihantarkan olah Allah kepadaku.