Wednesday, October 14, 2020

joM mAsAk mEe bAnduNG

 

hari ni  rabu 14 oktober 2020 bersamaan 27 safar 1442H.

 

hari ni malas nak makan nasi, terasa macam nak makan ringan-ringan je. Tapi apa yang ringan ek?... takkan gula kapas pulak… herrmm

 

bukak peti sejuk, selak-selak apa yang ada… terjumpa lak mee kuning, minggu lepas beli kat mydin, produk muslim ni, dari terengganu.. ok lah dapat idea nak makan yang berat sikt, tapi bukan nasi. Ala-ala makanan ringan gitu, tapi bukan super ring… haha..

 


aku rasa nak masak mee bandung ikut suka hati aku. Haha.. rare tak tajuk resipi aku kali ni?.. Kalau buat mee goreng tu dah macam biasa sangat. Ok jom kita start memasak.

 

Mula-mula, panaskan minyak dalam kuali, terus goreng tauhu dulu, tauhu aku dapat produk muslim kat pasar awam pekan nanas. ( tak sempat nak amek gambar, dah abis kena makan, haha ) Ada makcik jual, tapi harganya mahal sikit la. Kalau tauhu cina singget 4, tauhu melayu singgit dapat 2 je. Separuh ngkau beza dia. Tapi tak pe, jiwa aku kental dalam bab makan ni. Bio mahal, aku lebih rela, asalkan dia produk muslim.

 

Sambil-sambil tunggu tauhu tu masak, ko sediakan bahan-bahan kat bawah ni.

 

Bawang merah besar 2 bijik

Bawang merah kecik 3 bijik

Bawang putih 3 ulas

Halia sikit je dalam 2 hiris gitu.

Udang kering / geragau dalam 3 sudu besar

 

Blender semua bahan-bahan ni.

 

Bila tauhu dah masak, tos kan, keluarkan minyak gorengan tadi, tinggalkan dalam 1 senduk je, masukkan bahan-bahan blender pulak. Masukkan lada kisar dalam 2 sudu makan gitu. Kalau malas nak buat stok lada kisar, beli je lah kat kedai. Cuma nasihat aku, carilah keluaran muslim. Bukan ke makanan itu akan menjadi darah daging kita. Jadi pilihlah yang halalan toyiban.

 

Tumis sampai naik bau. Masukkan udang. Aku letak 4 ekor je. Sebab untuk makan berdua je kan. Kalau korang ada air rebusan daging, lagi elok, masukkan dalam 3 cawan. Kalau takde masuk je la air biasa. Asalkan jangan korang letak air battery kereta dah la. Hihi… Bila dah mendidih air tu. Masukkan kacang tanah tumbuk, agak-agak la, dalam dua sudu makan gitu. Tujuannya untuk memekatkan kuah dan menambahkan rasa lemak mee bandung kita nanti. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula sebagai pengimbang rasa. Macam biasa, aku memang memasak tak menggunakan bahan perasa.

 

Oleh kerana aku terus nak makan sebaik je siap masak mee bandung ni, so aku terus campurkan mee kuning. Agak-agak la untuk 2 orang makan. kacau perlahan-lahan sampai mee nampak dah lembut sikit. Tapi jangan sampai lembik sangat. Kembang tekak nak makan nanti.


kalau korang tak nak terus makan, nak hidangkan untuk tetamu, jangan campurkan mee terus. sebaliknya celur je mee tu,


Kemudian, pecahkan telur sebijik. Syer berdua. Kalau tak nak gaduh dengan pasangan korang. Pecahkan la 2 bijik. Masa dah masukkan telur ni, jangan kacau sangat, sebab kita nak texture telur tu masih boleh dilihat. Satu lagi nak pesan, sebelum korang pecahkan telur tu, peratikan kuah mee kita tu cukup tak?. Kalau nampak macam nak kering tambahkan air sikit, sebab nanti lepas masukkan telur, kuah akan jadi pekat. Kita tak nak pekat sangat, biar dia ada kuah gitu.

 

Bila putih telur dah masak, matikan api, masukkan sawi. Timbus-timbus sikit sawi tu dibawah mee, insyaAllah masak la dia nanti. Sawi pun jangan lunyai sangat. Agak-agak la masa kunyah masih ada rasa krap krup nye.

 

Ok dah siap, boleh hidangkan. Tambahlah, hirisan lada merah, bawang goreng, limau kasturi dan tauhu yang dah goreng tadi. Sebenarnya kalau takde tauhu pun tak pe. Aku saje je letak, sebab dah beli lama kan, takut nanti busuk pulak tauhu nya kalau simpan lama-lama.


Ada juga orang letak tepung jagung untuk memekatkan kuahnya, tapi aku lebih suka guna kacang tumbuk. Ia lebih lemak. Kalau mee bandung special muo, diorang lebihkan udang geragau. Terpulang pada korang suka yang mana. Makanan ni pada aku, kalau kita rasa tak serasi dengan tekak kita, jangan kita menghina, sebab ia rezeki dari Allah. Satu lagi, citarasa tekak kita tak mungkin sama dengan tekak orang lain. Mungkin pada kita tak sedap, tapi pada orang lain mantop. 


wAllahuaklam.. selamat mencuba. Kalau sedap korng tinggalkan komen tak bawah. Kalau tak sedap, korang diam-diam je tau… hahaha

 

 


# tadaa, dah siap… stok bawang goreng aku abis pulak. Huhu.. mee bandung ni rasa dia manis-manis pedas. Tapi bukan manis gula semata-mata. Manis dari bawang dan udang ataupun daging. Ada lemak-lemak sikit, dari kacang dan udang geragau.



No comments:

Post a Comment