hari
ini 15 oktober 2020, Khamis, bersamaan 28 safar 1442H
setahun telah berlalu, namun semuanya masih segar dalam ingatanku. Pada tarikh keramat ini, aku bersama isteri tersayang dan beberapa jemaah lain telah diterbangkan ke tanah haram Madinatul munawarah dan Makatul mukaromah.
Kami
menyertai pakej umrah bersama El-Izzah travel. Alhamdulillah dengan bertemankan
seorang mutawif dan seorang mutawifah yang sangat baik hati dan terlalu mengambil
berat urusan kami. Walaupun ini adalah kali pertama aku dan isteri menunaikan ibadah
umrah, namun kami tidak terasa janggal asbab kepakaran bimbingan dari mereka
berdua.
Terima
kasih kepada ustaz Hizam dan ustazah Hasnah atas kebaikkan dan bimbingan yang
kalian curahkan. Terima kasih juga kepada para Jemaah, kerana kalian adalah
ayah, ibu dan adik beradik bagi kami berdua. Kebaikkan dan ukhwah dari kalian
semua telah melakarkan kesan yang amat bermakna dalam sejarah perjalanan hidup
kami. Semoga silaturrahim ini akan berkekalan hingga ke jannah. Amiinn
Syukur
dan Alhamdulillah aku ucapkan kepada Mu ya Allah atas nikmat dan undangan Mu
kepada kami. Semoga Kau memilih kami lagi, sebelum hembusan nafas terakhir ini kembali
mengadap Mu… Amin ya Robb…
#
sunset di hadapan Masjid Nabawi jauh lebih indah dari tempat selainnya
#
jangan xcaye, hanya kami bertujuh je berada di depan maqam Nabi SAW.. hihi…
#
keluarga sebenar Hassan dan anis
#
keluarga angkat Siti bersama mak dan abah
# bakal mutawif, (kanan sekali) membawa jemaahnya tawaf sunat
seawal jam 2 pagi
#
Isma dari Ganu, sangat baik hati
#
Miqat pertama kami dari Madinah di Masjid Bir Ali
# “nak kemana lagi tu zainab? Xabis-abis nak borong kurna ke, xnmpk
ustazah dah marah tu,siap pegang besi ngan cekak pinggang”
#
tapak kelahiran rumah Nabi SAW..
Allahumma
solliala saidina Muhammad….
# kesian pakcik Juli sampai teleng kepala nak tengok tapak tinggalan
rumah Saidina Abu Bakar, tak perihatin betul Hazman ni..
# Ya Allah, pilihlah kami ke sini lagi, sebelum Kau menjemput
kami pulang mengadap Mu..
No comments:
Post a Comment