Sunday, November 15, 2020

pEnuTuP TaHUn kEReTa tERbANg 2020

 

hari ini 15 november 2020 ahad, bersamaan 29 rabiulawal 1442H

 

Genab seminggu hari ini semua jenis sekolah, termasuk sekolah swasta juga madrasah tahfiz di tutup di seluruh Negara. Tidak terkecuali institut pengajian tinggi  kolej dan university. Ini kerana jumlah positif harian covid-19 telah melebihi angka 1000 setiap hari.

 

Bila dan bagaimana pengakhiran wabak ini nanti?.. wAllahuaklam. Hanya Allah yang maha mengetahui.

 

Bagi aku pula walaupun tahun 2020 ini masih berbaki 45 hari lagi, tapi aku telah menutup akaun tabung darah dengan catatan tidak mencapai target. Iaitu 60 kali dalam tahun kereta terbang ini… haha.. (58 kali dalam buku + sekali buku tak bawak, pada 1/10/2019. Temankan wife cuci gigi, bosan menunggu, dari buang masa baik g derma darah.. hihi.. boleh gitu?)

 


insyaAllah ada rezeki (andainya Allah masih memilih aku lagi) dan dipanjangkan umur, tahun depan kita sambung lagi. Kalau mengikut perkiraan 12/02/2021 nanti. Atau mungkin lebih awal sebulan, andainya ada yang memerlukan sel darah putih saje.. kita tunggu dan lihat…

 

 


# pernah pitam masa kali kedua menderma darah (04/04/2000) di Hosp Sultanah Aminah. Alasannya,  over confident. Aku rasa derma  mudah je, tak sakit, tak pening. So pergi dengan tak cukup tidur dan rehat, malah langsung tak bersarapan. akibatnya.. amek kau, nyaris pengsan, berejam aku kena tahan atas katil dalam keadaan separuh sedar.. haha, padan muka..

 

# itu semua berlaku sebab kali pertama aku menderma darah di temankan oleh isteri aku (masa tu baru berkenalan). Selesai menderma buat kali pertama, aku rasa macam tak mencabar pun derma darah ni, takde la macam seperuh orang kata, kalau derma darah nanti pening la, boleh pengsan la, darah kita nanti tak cukup la.. dan bermacam2 lagi kepercayaan mitos yang aku dengar.



No comments:

Post a Comment