tERcipTa sAtU LeMBaRaN sEjARah, di TaNAh sUci kOTa mEKaH
Hari
ni 1 november 2020, ahad. Hari pertama seluruh sekolah daerah johor bahru di
cutikan, kerana johor bahru telah di isytihar zon merah. Gelombang ke 3 covid-19
ni nampaknya lebih dasyat dari yang pertama dulu. Lahawla wala kuwata illah
billah… sesungguhnya segala sesuatu itu adalah mahluk yang didatangkan oleh
Allah swt. Dan hanya dengan izin dari Allah jua semua itu akan berakhir.
Hari
ni 15 rabiul awal 1442H, 3 hari yang lalu merupakan hari ulang tahun kelahiran
nabi saw. Sempena hari yang penuh bersejarah itu, marilah kita menjadikannya sebagai
titik tolak bermulanya kita memperbanyakkan selawat.. kerana sesungguhnya Allah
dan malaikat berselawat ke atas nabi Muhammad saw..
Allah
memerintahkan manusia bersolat, namun Allah tidak perlu bersolat, Allah
memerintahkan manusia berpuasa, namun Allah tidak perlu berpuasa… tapi atas
kecintaan dan kasih sayang Allah kepada nabi junjungan kita, Allah sendiri
berselawat ke atas nabi dan memerintahkan malaikat serta manusia juga
berselawat.
Semoga
kita beroleh segala kebaikkan dari Allah dan mendapat syafaat dari Nabi Muhammad
saw di akhirat nanti.. amiinn ya Robb..
segala coretan disini lebih bersifat peribadi.
kerana aku bukanlah seorang cendikiawan yg mampu mendidik beribu insan.
tidak juga seorang sasterawan, yang berkebolehan mengungkapkan kata-kata hikmah.
jauh sekali seorang hartawan, yang boleh menarik perhatian ramai melalui ketidakikhlasan.
malah aku juga bukan seorang politikan yang pandai berhujah dengan penuh corak-corak kebungaan.
aku hanyalah seorang insan biasa dengan sekadar' coretan' biasa...
No comments:
Post a Comment