cuti
hujung minggu lepas saje cari-cari aktiviti
outdoor bersama isteri dan anak-anak. Kemas kebun kecil sekangkang kera di
belakang rumah. Alhamdulillah 3 rumpun pokok pisang nipah masing-masing meriah
beranak pinak. Ingatkan statistic KKM, musim PKP kadar ibu mengandung je meningkat. Rupanya pokok pisang pun tak terkecuali. Haha…
pindahkanlah
separuh anak-anak pokok pisang ni ke simpang renggam. Penuh sangat kat belakang
rumah ni nanti crouded pulak. Takde
penjarakkan social.. haha.. sambil-sambil tu boleh la aku cuba alat permainan
baru.
Mesin
rumput dah ada. Tong racun pun baru je sampai order online, lepas ni nak beli mainan
apa pulak
“Cepatlah
membesar, simanjaku sayang, minumlah susu cap”…. Tuttt
(lagu tema iklan susu tahun 80’an)
sebenarnya aku pun tak tau apa perancangan aku dengan tanah ni untuk masa akan datang. cuma setakat ni apa yang aku fikir... layankan je.. ada masa kita datang, kerjakan apa yang patut, kalau tak cukup masa kita abaikan je.
sebab segala-galanya memerlukan modal, nak berulang alik memerlukan modal, nak masukkan air SAJ dan TNB pun modal. nak bina rumah pun modal. malah kalau dibiarkan bersemak samun pun nanti akhirnya dia meminta modal.. jadi setelah berbincang sesama sendiri keputusannya adalah... KITA LAYANKAN AJE... kerana apa yang pasti aku telah kehabisan modal...
No comments:
Post a Comment