hari ni 12 julai 2020, ahad, bersamaan 21 zulkaedah 1441 hijrah. 9 hari lagi menuju ke bulan zulhijjah dan 19 hari lagi menujuk ke hari raya aidiladha.
#tiada apa yang penting untuk di memorikan.
#badan penat memesen rumput di simpang renggam, namun tetap seronok dengan aktiviti berkebun...
Janganlah
kamu berburuk sangka dengan ucapan yang tidak baik dari mulut saudaramu, sebaliknya tafsirlah menjadi maksud yang baik dari ucapannya buruknya itu.
Aku
tidak pernah sekalipun menyesali diamku, tetapi berkali-kali aku menyesali
bicaraku
Jangan
melupakan diri sendiri saat menyampaikan nasihat kepada orang lain.
Bila
engkau menemukan cela pada seseorang sehingga engkau hendak mencacinya, maka cacilah dirimu, kerana cacimu akan lebih
buruk dari celanya.
Orang
yang paling aku sukai adalah orang yang mahu menegur kesalahan ku. Kerana orang
yang sanggup menegur kesalahanku itu adalah teman bagi ku, sedangkan mereka
yang sering memuji dan menampu mu itu tidak lebih dari hanya mendorong diri
kepada kebinasaan.
Barangsiapa
yang bersangka buruk terhadap orang lain, maka jangan menyesal kalau orang juga
bersangka buruk terhadapnya.
No comments:
Post a Comment