hari
ni ahad terakhir sebelum kita semua akan bertemu hari raya aidiladha pada hari
jumaat nanti. 26 Julai 2020 bersamaan 5 Zulhijjah 1441 hijrah
berbeza
dengan sambutan raya aidilfitri 2 bulan yang lalu. Walaupun tak lah terlalu
berbeza, sebab kedua-duanya masih dalam PKP. Semalam pengarah kesihatan dato
norhisham telah mengumumkan cluster baru covid-19, iaitu cluster bukit tiram..
ada 2 kes positif.. alamak dekat sangat dengan rumah aku ni.. semoga Allah
melindungi kami semua.. janganlah sampai kawasan ulu tiram jadi PKPD pula
sepertimana Ibrahim majid di simpang renggam.
Menjalani
PKPP sejak sebulan yang lalu. Aku masih belum ada aktiviti fulltime. Dalam kebosanan menjalani rutin harian. Anak aku si
belalang ajak aku cat rumah. Ok jugak tu, sebab pada pengiraan aku dah
7 tahun aku tak mengecat dalam rumah. Luar rumah pun last cat dah 3 tahun yang lalu.
sampai tangga pun dicat oleh si belalang
Bermodalkan
lebih kurang RM200 beli cat paling murah maxilite dapatlah 4 tong cat 7 liter. cukuplah
untuk ruang tamu dan dapur. bilik tak kotor lagi dindingnya. Gunalah dulu
setahun dua lagi. Hihi…
Alhamdulillah
buat kerja mengecat santai-santai, 5 hari dah siap. Bolehla beraya haji dengan
wajah baru rumah aku nanti… hihi..
bila sebut pasal raya haji ni teringat nak balik Baling, sebab dah lama sangat tak balik ni. Last balik bulan december tahun lepas. Rindu pada sanak saudara, rindu pada suasana kampung, rindu nak melawat kubur mak mertua. tapi kalau nak balik sekarang, anak-anak dah nak masuk madrasah hari sabtu nanti. kalau nak balik berdua lepas raya haji nanti macam tak seronok pulak... tengok lah nanti masa yang sesuai...
No comments:
Post a Comment