Hari
ini 20 julai 2020 bersamaan 28 zulkaedah 1441 hijrah
Hari
isnin.. masih dalam PKPP..
Teringat
pula aku, sejak perintah PKP bermula sehingga la ke hari ini kami sekeluarga
sudah tidak ke pasar malam. Walaupun pada saat PKPP ini pasar malam, pasar
tani, pasar pagi, dan segala bagai pasar telah dibuka semula. Dan sudah
pastinya lama kami tidak membeli rojak singapore.
Bila sebut pasal rojak singapore teringat
pula pada cucur udang, salah satu bahan yang wajib ada dalam rojak singapore.
Terlintas
pula pada fikiranku nak menyedapkan tekak dengan makan cucur udang yang rangup
diluar, gebu didalam macam yang biasa kami beli dari pasar malam. Alhamdulillah
isteriku seorang yang pantang aku cakap nak makan itu atau ini, dia tidak
pernah mengecewakan, pasti dia akan menyediakan kalau dia tau menu yang aku nak
tu, atau dia akan berusaha mencari resipinya dari pelbagai sumber… Alhamdulillah,
terima kasih Allah atas nikmat Mu ini.. Jadi jom kita review resipi membuat
cucur udang.
cucur
udang pasar malam (nama ni wife aku
yang bagi)
simpan
sini buat rujukan masa depan.
2
cawan tepung gandum. Seeloknya belilah tepung gandum Islam brand. Kita sokong produk muslim disamping mengelakkan makan
tepung yang telah diklorox bagi menampakkan warna putih, sedangkan ianya
memudaratkan kesihatan. Aku sendiri menggunakan produk jenama Faezah. Cheewah promote
produk faezah. Hajah Faezah Bawumi kena bayar aku royalty ni… haha… merapu
pulak aku ni.. nak masak ke nak buat iklan… ok jom mula semula..
2
cawan tepung gandum
1
sudu makan tepung beras
1
sudu makan yis (mauripan)
1
sudu kecil serbuk kunyit
bancuhan tak terlalu pekat mahupun cair
Gaul
semua bahan diatas tu dengan air tapis biasa je. Tak payah guna air panas atau
air sejuk dari dalam peti sejuk. Gaul jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Yang
sedang-sedang saja.. hihi.. kemudian perapkan dibawah tudung saji paling kurang
45 minit gitu. Kalau lambat lagi nak digoreng, selepas 2 3 jam. atau bila dia
dah mengembang, bolehlah simpan dulu dalam peti sejuk. Kalau dibiarkan lama diluar
nanti, takut masam pulak. Maklumlah kan ada yis…
setelah direhatkan 45 minit
Bila
dah ready nak goreng barulah sediakan bawang merah besar dihiris. Daun kucai
dipotong, taugeh, udang geragau (kalau
ada la, supaya ada lebih rasa udang) kalau nak letak ikan bilis pun boleh
je. Kan aku dah kata dalam entry kambing stew dulu. Memasak ni bagi aku, hanya
perlu enjoy, ikhlaskan niat nak bagi orang makan. tak perlu nak terikat dengan
SOP yang ketat seperti nak menangani covid-19 tu… yang penting masa memasak tu,
mulut jangan suka nak merapu, sumpah seranah,
bibir muncung sampai boleh sangkut hanger
baju, sebaliknya memasaklah dengan penuh kasih sayang sambil berzikir ataupun
berselawat. Mudah-mudahan makanan yang dimasak akan jadi lebih berkhasiat dan berkat.
Ni sekali lagi nak Tanya, chef ke ustaz? nak masak ke nak ceramah? On x on? Haha..
Ok
sambung. Dah masukkan bawang merah yg dihiris, udang geragau, taugeh, daun
kucai, masukkan sekali garam sekitar 1 sudu kecil. Agak-agak sendiri la. Macam yang
chef kat tv selalu kata, “garam secukup
rasa…” ingat tau, jangan masukkan garam masa proses pertama tadi, sebab garam
boleh membantutkan pengembangan yis.. dan last
sekali bahan paling penting sekali dalam menu ni,… UDANG. Mestilah nak ada udang. Sebab tajuk
pun cucur udang. Bukan cucur badak. Kalau cucur badak naya jugak tu, mana nak
tangkap badaknye. Hihi…
Last
sekali, ceduk gunakan senduk dan goreng mengunakan api sederhana. Agak-agak dah
berubah warna perang keemasan angkat la. Tos kan minyak atas tisu.. dah sedia
untuk dimakan. Tapi jangan makan banyak sangat, sebab cucur ni meresap minyak,
kalau makan banyak, nanti boleh rasa kembang tekak. Orang utara kata ‘mengalong’… betul ke tak betul aku eja
ni..
Bahan
cicah pula terpulang la, kalau rajin buat sambal kacang, kalau malas bancuh aje
sos cili dengan gula dan air panas, sedap jugak. Tapi kalau betul-betul malas,
tak payah buat sambal kacang, tak payah bancuh sos cair manis dan tak payah
buat apa-apa.. TIDUR JE. Sebelum tido tu doa lah, mudah-mudahan dalam tido
nanti mimpi makan cucur udang.. hahaha…
Ok
lah, bye.. jumpa lagi dalam entry masakan yang lainnya nanti. Ingat.. makanlah
makanan yang halal kerana, yang tak halal tu tempatnya adalah didalam api
neraka.
waAllahuaklam..
No comments:
Post a Comment