Hari
ini isnin 2 jun 2020 bersamaan 10
syawal 1441H
Entry
kali ni aku nak bercerita tentang 10
tahun genab aku berhenti kerja dari sebuah syarikat kontraktor.
Pada
12-12-95 adalah merupakan hari pertama aku menjalankan tugas sebagai seorang
pelukis pelan. Berberkalkan sedikit pengetahuan dalam bidang lukisan
kejuruteraan aku telah membuat u-turn sebanyak 180 darjah. Kerana sebaik tamat dari
zaman persekolahan aku lebih berminat berkerja kilang. Kerja yang mengeluarkan
banyak tenaga dan kurang memerah otak. Bila sebut kilang, pastinya ramai
kawan-kawan. Tapi bermula dari detik tersebut aku telah mengubah haluan kerjaya,
cara berpakaian mahupun pergaulan.
Bermula
dengan hanya melukis sesebuah projek di atas drawing table seluas AO saiz. Terbongkok-bongkok
diatasnya sampai sakit pinggang aku seharian begitu. untuk menyiapkan lukisan
sesebuah bangunan aku mengambil masa lebih dari seminggu. Maklumlah aku seorang
je yang menjawat sebagai draughtsman
di situ. Sebelum kemasukkan aku disitu, semua kerja melukis dilakukan oleh
seorang Engineer bernama sahari, dan projek tidak lah begitu banyak. Sebulan
hanya 1 atau 2 projek sahaja katanya.
Hari
berlalu bulan berganti, bos aku dah semakin mengambil banyak job, biasalah tu
strategi bisness, makin bertambah pekerja mestilah makin bertambah projeknya.
Kalau tak, mana nak cari kos bayar gaji perkerja. Dengan hanya aku seorang dah
tak boleh mengejar masa menyiapkan semua projek. Mujurlah masa tu penggunaan autocad dah makin meluas. Kerja-kerja
melukis akan jadi mudah dan lebih pantas dengan menggunakannya. Tapi ia
tidaklah semudah menggunakan calculator.
Perlu ada basic dalam mekanikal drawing
dan perlu mengikuti Kursus mengendalikannya. Seingat aku pada masa tu kursus
mempelajari autocad selama 2 bulan,
kos nya boleh mencecah sehingga 3 ribu ringgit… manalah aku mampu. Gaji sebulan
pun baru RM750 je. Harapkan company hantar aku kursus, haram, mati hidup semula
sepuluh kali pun, belum tentu. Padahalkan itu merupakan satu aset bagi syarikat
seandainya aku boleh menguasai autocad.
Dah tentu boleh mempercepatkan proses mendesign,
melukis dan boleh mengambil lebih banyak projek baru. Dah la tambah pelukis
pelan baru pun tak mau, hantar aku mengikuti kursus lagi la, kelaut…Tapi
biasalah tu, orang dah kaya ni kebiasaannya nak lagi kaya. 5 sen dah macam 5
ribu ringgit kedekutnya.
Dengan
inisiatif lain, engineer aku belikan sebuah buku panduan penggunaan autocad. Amek kau, buku setebal 3” dalam
bahasa english, mau 18 tahun baru khatam. Basic yang sama dengan lukisan
kejuruteraan manual, Cuma kaedah saja yang berbeza. Merangkak-rangkak, sikit
demi sedikit, try and error. Akhirnya
Berjaya juga aku menggunakan autocad.
Semuanya aku study dan praktikkan bersendirian selepas waktu pejabat. Maklumlah
waktu kerja, aku ditimbuni oleh drawing-drawing
yang dah semakin melambak. Maka terpaksalah korbankan waktu sendiri utk
mempelajari autocad ini. aku akan
terperap dalam bilik pejabat sehingga jam 9 atau 10 malam, seringkali juga sehingga mencecah jam 12
malam baru aku pulang kerumah. Maklumlah, masa itu aku masih bujang, balik
lambat pun takde siapa yang cari. Dari aku melepak tak tentu hala, baik aku
majukan diri sendiri.
Sambil
aku mempraktikkan autocad pada waktu itu,
aku mula melukis projek-projek yang bertimbun atas meja aku. Kira serampang dua
mata la. Dengan cara ni aku lebih cepat mempelajari dan menguasai autocad. Pelan dah semakin cepat aku
siapkan. Tidak ada lagi yang melepasi due
date. Namun sedihnya aku tidak dibayar satu sen pun elaun kerja lebih masa.
Padahal kan aku sedang mempelajari sesuatu untuk kebaikkan masa depan pihak
syarikat.. xpelah ikhlaskan sahaja sebab aku menyedari aku berkerja dengan
orang yang tamakkan harta dunia. Malah bangsa ni kalau boleh, dia nak jadikan
seluruh dunia ni milik dia, bangsa aku hanya layak diperhambakan sahaja.
Bulan
berubah, tahun berganti, aku semakin dihujani dengan projek-projek baru yang
tak berkesudahan. Berbanding pada permulaan aku melangkahkan kaki menyertai
syarikat ini, sebulan hanya 2 atau tiga projek sahaja, tapi sekarang telah jauh
berbeza, dalam seminggu aku perlu menyiapkan 3 atau 4 projek. Aku pernah
menyuarakan untuk mengambil pembantu, tapi alasan yang aku terima, “kerja tak banyak maa.” Bila aku tunjuk, atas meja aku tu ada melambak lagi pelan
yang belum design dan dilukis. Mereka menjawab “aiya itu bukan selalu maa..” disebabkan aku ni jenis malas nak
bertekak, sekali lagi aku berkata dalam hati “ala ikhlaskan ajelah”
Gaji
aku pula hanya akan naik selepas 2 atau 3 tahun sekali, itu pun jauh lebih
murah berbanding mereka yang sebangsa dengan boss, tak hairan lah jika aku
nyatakan bermula dengan gaji RM750 selepas 15 tahun gaji aku hanyalah RM1,850
sahaja. Bayangkan pada usia 36 tahun, mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak,
bolehkah aku menampung keperluan mereka….?
Pun
begitu bebanan kerja sentiasa meningkat. Sudah menjadi perkara biasa andainya
aku bawa balik pelan, design dan melukis dirumah. Malah pernah beberapa kali
aku bercuti, tapi membawa bersama plan untuk disiapkan dikampung. Bukan
isteriku tidak pernah membebel.tapi sekali lagi lintasan dalam hati aku berkata
“ala
takpelah, ikhlaskan saje.”
Aku
bukan tak nak berenti dan mencari syarikat lain yang boleh memberikan aku
ganjaran yang lebih baik, tapi aku khuatiri ditempat lain mungkin keadaannya
sama saje, atau mungkin lebih parah lagi andainya aku tidak diterima berkerja
dimana-mana. Apa akan jadi dengan keluarga aku, sedangkan anak-anak dalam
proses pembesaran. Mereka memerlukan kos yang banyak, susu, lampin, yuran
sekolah, upah pengasuh dan berbagai lagi. Bila mengenangkan semua permasalah
itulah yang membantutkan niat aku untuk bertukar kerja.
Menyedari
syarikat ini tidak membela nasib ku sekeluarga, aku mula berusaha mengambil job
freelance. Alhamdulillah kadangkala sebulan pendapatan freelance ku
mencecah 2k, lebih mahal dari gaji berkerja tetap. Cuma masalah yang timbul aku
kesuntukkan masa, ye lah, waktu siang telah diabiskan dengan berkerja di
pejabat. Balik dari kerja, baru bermula design dan melukis job sendiri.
Sedangkan job freelance perlu cepat
disiapkan. Kalau lambat-lambat nanti, consultant
kurang berminat dengan perkhidmatan kita dan beralih kepada freelancer lain. Kadang kala aku
mengadap laptop dirumah sehingga ke jam 2 atau 3 pagi bagi memastikan drawing
dapat disiapkan ontime. Ngantuk,
penat sudah semestinya. Tapi aku lebih berpuashati, kerana setiap keringat ku
yang mengalir memberikan hasil yang berbaloi… Berhenti dari makan gaji !!.. aku
masih tak berani, kerana kerja freelance
ni tidak menjamin job sentiasa ada.. andainya tetiba job takde. Apa aku nak
sara keluarga ku makan. Tapi takkan aku mahu berterusan begitu, tak dapat rehat
dan tidur secukupnya.
Setelah
hampir setahun berlalu aku memberanikan diri menyuarakan hasrat untuk membuat
kerja dari rumah. Aku juga menawarkan kepada syarikat beberapa keistimewaan,
iaitu mereka boleh membayar gaji aku separuh dari biasa. Mereka tak perlu
membayar kos elektrik mahupun maintenance
laptop ku. Malah aku menguatkan hujah dengan menjelaskan “selama berkerja disini pun I selalu siapkan
kerja dari rumah, sebab kalau ikutkan masa berkerja, dengan takde pembantu,
mustahil semua kerja boleh siap.” Tapi cadanganku ditolak mentah-mentah,
malah ditambah dengan kata-kata yang cukup memeritkan telinga. “U mau kerja u datang office, kalau tak mau,
u boleh pegi..” “ok fine” jawab ku dalam hati ala-ala mat saleh gitu. Sebenarnya itu je la bahasa english yang aku tau
sebut… haha..
Disebabkan
tiada titik pertemuan yang baik, malah cabaran yang diberikan akhirnya, dengan
sokongan kuat dari isteriku dan selepas melakukan solat istikharah , aku akhiri
perjalanan selama 15 tahun dengan meletakkan surat berhenti kerja. Sekali lagi
keperitan dan pangabdian aku selama 15 tahun ditampar hebat. Bila mana surat
perletakkan jawatanku dicampak oleh orang yang bergelar bos, setelah dia
menandatangani menerima surat perletakkan jawatan ku. “Tq bos..” itu saje ayat yang terkeluar dari mulut ku. Sambil
mengambil pendua surat tersebut, agar tiada dakwa-dakwi dikemudian hari.
Ketidak
puasan hati ku terhadap seorang bergelar bos kerana sikapnya yang tidak pernah
menghargai aku, aku luahkan kepada beberapa orang teman sekerja. Tapi sedihnya
mereka menyalahkan aku, malah ada yang dengan sinis mengatakan aku adalah orang
yang tidak mengnang jasa. “Dulu kau
datang sini dengan tak tau buat kerja. Kat sinilah kau belajar guna autocad.
Tapi bila kau dah pandai, ko tinggalkan syarikat macam tu je..” bukan
simpati yang aku dapat. Aku menjadi semakin hairan. Betul ke aku tinggalkan
syarikat begitu aje, bukan aku dah memberi cadangan yang menguntungkan
kedua-dua belah pihak ke?. Salah ke kalau aku ingin mencari rezeki yang tau menilai setiap titik
peluh ku. Berbanding syarikat ni.
Salah ke kalau aku cuba meningkatkan pendapatan keluarga ku. Atau
mungkin kah aku perlu menjadi hamba sampai mati sebagai mengenang jasa syarikat
yang telah menerima aku berkerja dahulu ?.. untuk terakhir kalinya aku berkata
lagi dalam hati. “Ala lupakanlah…”
Pada
petang jumaat tanggal 21 may 2010 merupakan hari terakhir aku melangkahkan kaki
keluar dari pejabat tersebut dengan seribu satu kenangan, pahit, manis, suka,
duka. Aku sempat membuat satu entry pada blog ini sebagai kenangan berjudul “berakhirnya sebuah mahakarya kerja”..
Hampir
setahun aku tidak mendengar khabar tentang syarikat mahupun rakan-rakan yang
aku tinggalkan. Ye lah, buat apa aku nak ambil tahu tentang mereka, bukan ke
rata-rata mereka menghukum aku sebagai orang tak tau mengenang jasa… Tiba-tiba
pada suatu pagi, handphone ku berdering. “Siapa
call ni?” Tak ada dalam contact list,
tapi nombor ni macam familier. Bila
aku jawab, terdengar suara yang sangat aku cam. “Woi man ea?.”. ye aku cam sangat suara ni, sebab berbelas tahun
lamanya setiap hari aku mendengar suara ni.. suara bekas kerani aku.. “ye ana, apa cite. Lama tak dengar suara ko,
tetiba pagi-pagi buta dah call aku”. “Sorry la bukan aku tak ingat ko, tapi nak
call ko pun bukan ada topic.” “ abis tu pagi ni ko call, ada topic la?”
Tanya aku selamba.. dia menjawab “ada la,
sbb tu aku call ko. Mr ooi offer ko masuk semula kerja, dia kata, dia boleh
bagi gaji ikut gaji lama ko, tak payah ikut gaji ko masuk dulu.”
Mendengarkan tawaran tu, aku seakan nak ketawa.
Ana
ni merupakan seorang kerani yang boleh dikirakan baik dengan aku, masa aku
berenti dulu pun dia la sorang yang mengucapkan “good luck jeman”, pada aku. Dah terlanjur dia call, aku pun Tanya
la apa kisah setelah aku berhenti, siapa yang menggantikan tempatku? Panjang
lebar ana bercerita. “Ramai yang
menggantikan tempat ko. Tapi semuanya tak boleh bertahan lama. Semua nya
mengeluh, kerja banyak, takde assinstance, gaji ciput. Paling lama pun bertahan
hanya 3 bulan malah ada seminggu je dah lari.” Kerja makin melambak,
tension, itu nak cepat, ini nak cepat. Bukan setakat tu, malah bos pernah
masukkan menantunya lepasan university luar negara, tapi lagi teruk, tak boleh
buat kerja, bila ditanya pasal pelan, dia menengking semula, “ingat wa robot ka, semua kerja wa kena kasi
sattle. Angkat orang tolong la..” Aku hanya tersenyum mendengarkan cerita
dari ana. Hampir setengah jam kami bersembang akhirnya ana bertanya “Camne ko setuju ke?” Dengan ringkas aku
menjawab “suruh ooi sendiri call aku.”
Ana menamatkan perbualan kami dengan perkataan “ok lah.”
Keesokkannya
aku aku terima panggilan dari adik bos, steven. Suaranya mesra menyapaku “hi aman, how are u.” biasalah tu, orang
berhajat, pastinya akan melantunkan suara yang lunak dan merdu bagi menambat
hati simangsa. Diringkas kan cerita samalah apa yang telah ana sampaikan pada
aku semalam. Dengan nada perlahan dan tidak mahu membanggakan diri aku
menjawab. “Sorry la steven, I pun busy,
dulu I dah offer pada ooi but he reject my suggestion.” Steven menjawab, “aiya itu ooi manyak bodo lah, dia mana tau pasal kerja, dia tau kira
wang saja. Sekarang u tak da, semua orang tak boleh kasi sattle plan. Manyak
job sudah lepas woo, sudah manyak lugi lo. Itu pasal la ooi panggil u masuk
semula, u ok ka?” sekali lagi aku menolak lembut tawaran steven “I’m so sorry, steven. What for i do
have to rush back there every morning, when I'm comfortable with my job .. free
to start working hours, and free go to everywhere, without having to apply
leave and deduct my income.”.. sorry la steven, bukan I tak suka u, tapi I
really frust dengan ooi. U see, fifteen years I sattle my job, I tak de pun
mintak OT claim. Not enough office hour, i bring back that things sattle at my
home, But when i give him suggestion, he reject me and cakap he don’t want to
know itu semua.”..
“aiya aman u jangan simpan hati la, I
told u already what, itu ooi manyak bodo dia tau kira wang saja, ini orang
kerja dia tak mau tau punya..” bagi memujuk hati steven agar dia tidak
kecewa dengan keputusan ku, aku cakap “ok
la steven, give me time to think about it..” suara steven kembali ceria, sambil
dia berkata “u jangan fikel lama-lama
aman, plan sudah manyak woo. Tak da olang mau lukis.”
Aku
cerita apa yang berlaku kepada isteriku, dengan senyuman sinis isteriku
berkata, “dah susah baru nak cari semula.
Dulu 15 tahun abg kerja kat sana kenapa tak de yang nampak macamana abang buat
kerja. Tiap-tiap tahun bonus diorang mencecah belasan ribu, kononnya ada
komisyen job. Tiap tiap tahun gaji diorang naik. abang, 2 3 tahun sekali baru
naik, itu pun bukan standing kenaikkan gaji diorang. Sudahlah zai dah muak
dengar cerita FNP ni. Suruh la steven bayar gaji yang dia offer pada abang tu
pada orang yang dulu cakap abang ni tak
kenang jasa. Suruh orang tu pulak tunjukkan jasa”..
tersentap
aku dengan kata-kata isteriku, memang betullah tu. Selama kerja disitu, bonus
tahunan mereka mencecah belasan ribu. Malah seorang kerani lepasan SPM gred 3 sebangsa dengan
mereka, mendapat bonus sehingga sepuluh ribu,ditambah lagi dengan kanaikkan
gaji tahunan. Malah pergi dan balik kerja disediakan kereta. Alasan untuk
menjaga keselamatannya. Tak cukup dengan itu, dibekalkan handphone dengan bil
nya ditanggung oleh syarikat. Sedangkan aku yang dah berkerja lebih lama.
Sesekali perlu keluar melawat tapak binaan, hanya menggunakan kereta dan handphone
sendiri.
Sekali
lagi. Ah lupakan lah semua itu. Kan semua nya sudah berlalu. Beberapa
hari kemudian steven menelefon aku semula, bertanyakan keputusan ku. Kali ini
aku tak perlu berdalih lagi. Aku perlu berterus terang menegaskan pendirian ku.
Dengan nada kecewa dan penuh harapan dia cuba memujuk ku menggunakan cara
berbeza mengatakan “ooi accept ur punya
offer, dia kata u boleh buat plan dari rumah, everymonth dia kan bayar u one
thousand. And kita tak perlu ambik
job manyak-manyak, just follow u, kalau u ada free, u kata boleh lukis, baru
kita amek job, than kalau u busy, tak pa loo, tak payah amek itu job.” Kali
ni aku terpaksa bertegas, supaya steven tahu berapa pendapatan aku sebulan,
berbanding tawaran dari abangnya yang disangkakan sudah cukup besar itu. “Again i mintak sorry dari u steven. i tak
boleh buat FNP punya job. Bcos i dah cukup sebulan 2 atau 3 job. Every job consultant
pay me 3 thousand. more than enough for me. What for i nak peningkan kepala
dengan ooi punya job. Seminggu dua minggu i sattle my job, the rest i boleh
relax maa, i bukan mau kaya, pakai mers S class like ooi, i bukan mau duduk
rumah banglo 8 bilik punya. i pun bukan mau every month on vacation in oversea
maa... apa i dapat, i belanja sikit, balance i saving sudah cukup la. Kita
bukan mau kaya sampai sakit kepala. i just want my really life. Ada masa kerja,
ada time for my family.” Dengan nada hampa steven menamatkan perbualan. “Ok la aman, if u change ur mind, just give
me a call.”
sehingga
ke hari ini aku tidak pernah return call
kepada steven. Hanya beberapa bulan dari tawaran itu, ana ada menelefon aku,
saje bersembang kosong dan mungkin mengingati aku sebagai kawan lama. Cerita dari
ana. Orang yang dulu menuduh aku tidak mengenang jasa juga telah
berhenti, aku malas nak ceritakan disini kenapa dia berhenti. Cuma aku bersangka
baik, mungkin dia telah selesai mengenang jasa bos nya kot. Haha... Malah
kerani yang baik dengan orang yang pandai
mengenag jasa juga turut berhenti. Sekali lagi aku tak nak ceritakan disini
kenapa dia berhenti. Memadailah aku beri satu soalan, “Dimanakah sikap
kesetiaan dan pandai mengenang jasa kalian, bukankah bertahun-tahun lamanya kalian
diberikan berbagai keistimewaan, sudah lupakah kalian dengan kesenangan yang
telah bos kalian berikan. Janganlah kerana ketamakkan, kalian sanggup
membiarkan bos kalian terkontang kanting membuat kerja sendirian. Bukankah bos
itu telah membelanjakan wang yang banyak untuk menyara keluarga kalian?…” Sungguh, kalian bukan sekadar MENGENANG
jasa, malah kalian sangat pandai MEMBALAS jasa…
#bersambungpart2