Hari
ini hari selasa terakhir dalam bulan Jun. 30 haribulan bersamaan 9 zulkaedah
1441 hijrah. Bermakna telah lebih seminggu syawal meninggalkan kita. Tidak seperti
lazimnya setiap tahun apabila telah masuk kebulan zulkaedah, maka umat islam
akan sibuk dengan cerita tentang ibadah haji pula. Namun tahun ini, kerajaan
Malaysia membatalkan hasrat untuk menghantar Jemaah haji. Kerana mengambil
berat tentang masalah yang belum habis melanda dunia, iaitu virus covid-19.
Diantara
2 orang Jemaah bakal haji yang terkandas pada tahun ini adalah kakak ku aishah
dan suaminya pakya… herrmm bersabarlah ye, kita merancang Allah jua merancang,
dan perancangan Allah itu adalah yang terbaik.
Masih
menjalani hidup PKPP sehingga 31 ogos nanti. Semoga Allah segera menghapuskan
virus ini dari bumi Malaysia. Mudah-mudahan kita dapat menjalani kehidupan
seperti sediakala… Amiin.. bagi
menghilangkan kebosanan aku saje penuhi hari dengan aktiviti bersama anak-anak.
Hari ni aku ajak anak lelakiku ke dapur memasak. Mudah-mudahan bila dewasa
nanti dia ada sedikit asas membuat kerja didapur. Hihi.
Kambing masak stew merah.
Simpan sini buat
rujukan akan datang.
Bahan
utama.
Sekilo
daging kambing dan 8 ketul gearbox kambing. kalau taknak campur gearbox pun boleh. letak je daging semuanya, tapi xde thrill la. kata orang kalau makan daging kambing, seronok bahagian yang ada tulang-tulang sikit. tidak kesemuanya daging, seperti makan daging lembu atau kerbau.
Basuh
menggunakan air dicampur tepung bagi membuang hanyir nya. Kalau ikan nak mengelakkan bau hanyir kita akan lumurkan dengan kunyitkan…?
Bilas
hingga bersih. Kemudian rebuskan bersama 2 batang serai diketuk, 2 inci halia
dan 5 ulas bawang putih (campak dengan
kulitnya sekali, gaya ala-ala chef gitu).
Setelah
daging kambing agak lembut. Matikan api dan buangkan lemak-lemak yang timbul.
Ingat, daging jangan terlalu lembut, kerana ini bukan untuk memasak sup, bagi
ada pejal-pejal sikit. Buangkan lemak yang berlebihan utk kesihatan… hihi
Bahan
tumis
Tumiskan
bahan-bahan yang telah dikisar. 2 ulas bawang besar, 4 ulas bawang merah kecil.
6 ulas bawang putih. 1 inci halia, 1 sudu kecil ketumbar dan 1 sudu kecil
jintan manis. Kalau malas nak cari bawang merah kecil, gunakan 3 ulas bawang
besar pun boleh je.. Memasak ni bukan ada SOP ketat macam nak menangani
covid-19 tu.. semuanya bergantung pada bahan asas dan keselesaan kita. Yang
penting masa masak tu jangan suka nak menyanyi atau membebel perkara yang tak
berfaedah, lebih baik semasa memasak tu, ikhlaskan hati nak cari pahala bagi
orang makan, sambil-sambil tu berselawat la, tak pun berzikir ke.. cheewah,
berceramah plak aku.. nak masak ke nak ceramah ni?. Chef ke ustaz? onXon?… haha
Ok
sambung, Tumis sehingga naik baunya dalam periuk berasingan dengan minyak
kira-kira setengah cawan. Masukkan 3 kuntum lawang, sepotong kayu manis dan 10
biji buah pelaga. kemudian masukkan tomato puri 2 atau 3 senduk. Sos tomato dan
kicap manis 2 sudu besar, Kacau lagi sehingga naik bau harumnya, masukkan 2
helai daun limau purut.
Setelah
mendidih, pindahkan gearbox dan daging kambing tadi kedalam periuk menumis
sedikit demi sedikit. Gaul rata, kemudian, masukkan air rebusan daging tadi
sedikit demi sedikit sehingga berapa bayak kadar yang diinginkan.. seeloknya
kuah masakan ni hanyalah setengah ataupun tiga per empat dari keseluruhan
daging dan gearbox. Jangan sampai tenggelam semua daging dan gearbox
sepertimana memasak sup.
Kalau
nak pekatkan kuah, boleh la campurkan 2 sudu tepung jagung dilarutkan dalam
setengah cawan air rebusan tadi . bila telah mendidih, ataupun telah mendapat
kepekatan kuah yang diinginkan. Masukkan 1 sudu lada hitam yang telah ditumbuk.
Kalau nak lebih pedas boleh letakkan lada hitam lebih lagi. Matikan api.
Masukkan garam 2 sudu kecil atau secukup rasa, gula 2 sudu besar atau boleh
juga digantikan dengan gula Melaka. Supaya rasa stew kita nanti tidak sekadar
manis tapi manis berlemak… Ok dah siap..
Baki
air rebusan tadi jangan la di buang, boleh la nanti gunakan semasa masak sayur,
membazirkan amalan syaitoon.. atleast dapat la makan sayur rasa air rebusan
daging.
#Boleh dimakan
bersama nasi atau juga cicah dengan roti putih gardenia (haha promote terus
produk islam). gardenia kena byr aku royalty ni…
#Aku telah
membiasakan diri, dengan mematikan api terlebih dahulu sebelum memasukkan garam.
Kerana aku pernah terbaca satu fakta, garam yang dimasak pada suhu yang tinggi
boleh berubah sifat menjadi toksid.
# aku juga tidak
memasak menggunakan bahan perasa, pak aji takde moto ke, atau ayam yang telah
dipetakkan, sebaliknya hanya menggunakan sedikit gula sebagai mengimbangi rasa.
#resipi
ni aku pelajari dari seorang makcik sama-sama umrah dengan ku, cik pah namanya.
Tq ea cik pah sebab baik hati berkongsi resepi dengan saya… saya budak baru
belajar. Tapi makan tak payah diajar… haha..
No comments:
Post a Comment