aTOk
vS jEmAn
sepanjang
tempoh PKP yang lalu aku banyak menghabiskan masa di depan laptop usangku. Menaip dan
meluahkan perasaan melalui sebuah penulisan. sedang aku memerah otak menyusun
bait-bait perkataan. Tiba-tiba anak perempuan ku bertanya, “abah, kenapa abah tulis nama abah jeman?” lama aku merenung
mukanya dalam mod loading, lalu aku
sekadar tersenyum kerana soalannya telah mengingatkan aku pada seseorang kawan
ketika zaman kanak-kanak dulu. Ye, seorang kawan, sebaya dengan ku, sekelas dengan
ku semasa di sekolah kebangsaan ulu tiram dulu, malah duduk bersebelah dengan
ku. Mohd Nizam bin Shamat namanya. Orangnya kurus tinggi. Tinggal di sg tiram.
Hobinya adalah melukis. Setiap kali cikgu tidak masuk kelas mengajar atau pada
masa-masa terluang dia akan melukis. Baik lukisan kartun mahupun lukisan
pemandangan.
Disebabkan
aku duduk bersebelahan dengannya, aku selalu menjadi penonton setia setiap kali
dia meluahkan hasil nukilannya. Tak cukup di atas kertas lukisan, abis
buku-buku sekolah dilukis. Begitu seninya jiwa anak muda ini. Seandainya
disalurkan kearah yang betul mungkin suatu masa nanti beliau boleh menjadi seorang
artis yang berjaya. Pernah juga beberapa keping lukisannya diberikan kepadaku.
Setiap kali selesai melukis dia akan menandatangani lukisan tersebut dengan
nama pena nizam arjuna.
Tapi
ini kisah tentang kawan aku, nizam arjuna.
Mana jawapan dari soalan anak ke2 ku tadi..? sebenarnya dialah yang suka
memangil namaku jeman, atau kadang
kala ditambahnya menjadi jeman poklat.
Aku sendiri tak tau apa makna poklat tu. Jeman
itu memang sudah biasa bagi ku, kerana dikampung ibu ku, aku dipanggil jeman oleh mak long ku.. mak long ?..
teringat pula aku pada maklong yang kami panggil namanya wak.
Pernah
sekali semasa zaman remaja, aku sampai ke kampung lewat malam. Kerana perlu
manghabiskan kerja syif petang. Selepas aku meletakkan kereta disuatu sudut
halaman rumah, bersebelahan pokok kelapa, aku berjalan terhendap-hendap dalam
kegelapan malam menuju ke pintu dapur untuk memberi salam, sebab bilik sepupuku
bersebelahan dapur, jadi senanglah dia hendak mendengar salam ku. Maklumlah dah
pukul 2 pagi. Pasti semua sedang lena
diulit intan...
Dalam
kegelapan malam itu aku berjalan teraba-raba dan memastikan langkah supaya
tidak tersepak tunggul kayu. semasa melintasi bilik wak, aku semakin
berhati-hati menyusun langkah kerana, tidak mahu mengganggu wak yang sedang
tidur pada sangkaan ku, secara tiba-tiba…. kriekk
tingkap kayu bilik wak terbuka luas dan terpacul sekujur tubuh benar-benar
berada bersebelahan kepala ku..
kuss
semangat!! terperanjat aku, dah la suasana kampung gelap gelita hanya disirami
samar-samar cahaya bulan. Boleh tiba-tiba wak membuka tingkap, sambil tangannya
kiri dan kanan terkangkang memegang daun tingkap, dengan rambutnya yang telah putih dan
mengerbang. Sekali pandang tak ubah seperti nenek hantu yang sedang terbang. Tambahan
pula bilik wak ditingkat atas rumah, manakala aku pula sedang berjalan dibawah.
Bila mendongak keatas, kelihatan seperti dia sedang terbang…. Nasib baik tak
gugur jantung aku. Dalam pada aku sedang kalut menyusun kembali degupan jantung
yang telah naik mendadak, selamba wak
menyapa “jeman rupanya, wak ingatkan
hantu”.. perrgh, boleh dia sangkakan aku hantu, padahal aku yang
separuh mati keras, darah dah turun kekaki, terperanjat melihat dia yang macam
hantu.. kini wak dah tiada lagi. dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir
pada tahun kedua aku mendirikan rumahtangga.
Berbalik
pada kisah zaman sekolah, teringat pula pada kawan-kawanku. Dimanakah mereka
semua sekarang berada. Apa yang sedang mereka lakukan. Seorang sahabat baik ku
bernama Zulkibri bin Mohd Asli. Kami terpisah selepas tamat darjah 6, kerana
beliau meneruskan pelajaran ke Maktab Tentera Diraja, mungkinkah dia telah
menjadi pegawai kanan tentera dikala ini.. Salimin bin Kasiran dan abang nya
Malek. Dua beradik yang membesar hanya bersama seorang ayah, mereka tinggal
berhampiran PULADA ketika itu… Kemana pula perginya Husairi, dari Kebun Baru
estet ulu tiram. kami terpisah semasa tingkatan 4, aku berpindah ke vokasaional
kota tinggi, manakala Husairi masuk ke vokasional Batu Pahat. kemana pula Abdul
Razak bin Maniso, Aris bin Kassim dan ramai lagi. Doa dan harapan ku, walau
dimanapun kalian berada, semoga sentiasa sukses menjalani alam dewasa bersama
keluarga masing-masing. Al-Fatehah ku kirimkan kepada seorang sahabat baik ku
semasa bersekolah rendah, Norizan bin Abu Bakar dari sg tiram. Semoga kau
tenang disana bersama rahmat dan kasih sayang dari Allah. Berita kematiannya
hanya aku terima selepas beberapa tahun pemergiannya. Kemalangan semasa
menunggang motorsikal.
Atok?
Aku
mendapat gelaran atok pula semasa aku berkerja kilang. Ada seorang rakan
bernama Imran, tinggal bersama neneknya di felda ulu tebrau. tapi kami
memanggil nya Toim. Aku sendiri tak tau dari mana dia dapat idea memanggil aku dengan
gelaran atok. Yang pasti nama tu
masih lekat sampai sekarang.. walaupun Toim telah berhijrah ke kuala berang,
Terengganu mengikut isterinya. Kami masih berhubung melalui wasap grup ex-rakan
sekerja. Sehingga kini mereka masih memanggil aku dengan gelaran atok dan aku selesa dengan nama itu.
Sebenarnya
banyak lagi gelaran aku yang diberikan oleh kawan-kawan. Salah satunya
kawan-kawan abang ku Syah, memanggil aku engge,
ringkasan dari perkataan kerengge. Kenapa
kerengga? Mungkin jawapannya ada pada mereka. Tapi nama ni tak terlalu lekat
denganku, kerana jarang sekali, aku berjumpa dengan rakan-rakan abangku
melainkan semasa berkonvoi motosikal, sewaktu remaja dahulu.
Biar
apa pun gelaran dan panggilan orang terhadapku, namun itu semua hanyalah
istilah dari sebuah memori sehingga terciptanya gelaran tersebut. Dan aku
berbangga dengan setiap gelaran yang diberikan, kerana bagi ku gelaran itulah
yang membuatkan mereka mudah mengingatiku...
harimau
mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama. Dan pastinya nama yang
ditinggalkan itu tidak kekal malah akan pudar lalu hilang ditelan masa…
Aku
yang bergelar
SAWF YAMUT
bakal jenazah.
No comments:
Post a Comment