Jumaat
minggu pertama menjalani PKPP. Alhamdulillah aku sekeluarga serta ibu dan
abangku shah ke tanah kebun di simpang renggam. Setelah hampir 3 bulan aku
tidak mengunjungi tanah ini.
Rumput
dah mula tumbuh diatas tanah yang kering. Ini menandakan asid dan alkali dalam
tanah telah mula menghilang. Agaknya la. Aku bukan mahir dalam bidang berkebun
ni. Cuma pernah terbaca dari uncle google..
katanya “kalau rumput telah mula tumbuh
di atas tanah yang telah ditolak atau ditambak, itu menandakan asid dalam tanah
telah hilang.. maka inilah masa yang sesuai memulakan usaha tanaman”.
Sejauhmana
kesahihannya aku sendiri pun tak pasti, namun apa yang pasti aku perlu membeli
mesin rumput untuk mentrim semua
rumput-rumput tu. haha... Kenapa aku memilih untuk memotong rumput berbanding meracun
sahaja? sekali lagi... aku pernah bersembang dengan seorang pengusaha dusun
buah-buahan, abang Rashid. Dia membersihkan dusun nya seluas 3 ekar dengan
hanya memotong rumput, kerana katanya “meracun
akan merosakkan tanah dalam jangkamasa yang panjang..”
Sekali
lagi aku tak pasti sejauhmana kesahihannya, tapi berpandukan pengalaman mereka,
apa salahnya kalau aku mengambil positif dari pandangan tersebut. Bukankah
orang bijak pandai pernah berkata, pengalaman
adalah guru yang paling berharga.
Hasil dari pokok
durian asal, yang tak ditebang. Boleh la, buat bau-bau durian. Nak makan sedap,
takde la..
Alhamdulillah pokok
bunga kantan made in kg Bandar baling kedah dah naik. Pakaian tu langsung tak
melambangkan orang berkebun. Haha. Newbie la katakan.. xpe, lepas ni kita
lengkapkan
segala persenjataan dan aksesori yang patut.
Tanam 6 pokok serai,
Alhamdulillah hidup 4 rumpun. Juga made in Baling
Pokok durian belanda,
Nampak macam nak naik, tapi kurang sihat. Mungkin kekurangan kasih sayang kot.
Hihi. insyaAllah berikan perhatian dan belaian lebih cikit, boleh hidup ni..
kalau pokok durian
made in Tg Pari baling ni berbuah esok, ia boleh menjadi killer produk aku
nanti.
”cepatlah membesar, simanja ku sayang, minum lah susu cap….” Hihi
(
xboleh abis kan liriknya, sbb xde royalty..iklan susu tahun 90’an)
Persiapan menjalankan misi ke-2
Senjata pemusnah terbaru. OGAWA 430. Mudah-mudahan berkat dan bermanfaat. Harga pasaran RM480. Promosi RM375 siap free gift. (simpan sini buat rujukan masa depan)
big boss memerhatikan
je anak buah buat keje. Haha.. mudah-mudahan Allah memberi aku peluang
berkhidmat dan menunaikan hajat nya nak tinggal di kawasan kampung.. Amiinn..
No comments:
Post a Comment