hari
ini 10 jun 2020, bersamaan 18 syawal 1441H
hari
ini bersambung lagi perintah kawalan pergerakkan. Cuma bezanya mulai hari ini
PKPB telah bertukar menjadi PKPP (pemulihan). Berkuatkuasa dari hari ini
sehingga 31 ogos 2020 nanti.
Alhamdulillah,
satu petanda positif virus ini dapat dibendung. Dengan pengistiharan PKPP ini, kerajaan
telah membenarkan merentasi daerah dan juga negeri. Banyak sektor perniagaan
dan perkilangan boleh beroperasi seperti sediakala. Hanya perlu mamatuhi SOP
yang telah ditetapkan. Masjid dan surau juga telah dibuka kepada 40 jemaah
sahaja. Tidak lama lagi insyaAllah sekolah-sekolah akan dibuka semula. Dapatlah
anak-anakku meneruskan hafazan mereka di madrasah.
Mudah
mudahan aku pun dapat menyambung semula aktiviti mengusahakan tanah kebun di
simpang renggam. 3 bulan tidak kesana dan hanya bertapa dirumah menjadikan
urat-urat seakan kejang dan minda seolah-olah terpenjara. Bagaimana dengan
tanaman-tanaman? Sedikit hari lagi kita pergi bersama-sama untuk melihat apakah
hasilnya…
Hari
ini juga kereta waja aku telah siap menjalani pembedahan. Beberapa hari sebelum
PKP fasa 1, aku kemalangan di KM33.6 lebuhraya PLUS. 2 bulan tersadai dirumah
kerana semua perniagaan dibekukan. Menjelang fasa PKPB, waja ku masuk ke operation
theatre. Setelah 2 minggu, sebaik bertukar dari fasa PKPB ke PKPP dia pun siap.
Alhamdulillah. Macam tau-tau je aku dah gian nak ke simpang renggam. Hihi… Perancangan
Allah adalah yang terbaik. Mungkin Allah nak mengelakkan aku dari menyeludup ke
simpang renggam sepanjang tempoh PKP yang lalu. Dengan ketiadaan kenderaan
pastinya terbantutlah niat aku untuk menyeludup kesana.. haha
No comments:
Post a Comment