Mengislah
diri setelah 1 dekad perjalanan merentasi waktu. Apa yang aku perolehi?... dah
kaya kah aku?... dah bukak syarikat design plan ke aku?... dah menimbun kah
harta aku?... dah banyak akaun bank kah aku?... dah menggunung kah harta
aku?...
Semua
soalan itu aku boleh jawab dengan hanya 1 jawapan… iaitu “belum, dan aku tidak
perlukan semua itu”
Setiap
insan yang bernyawa pastinya mempunyai matlamat dan tujuan hidup yang
berbeza-beza. Ada yang ingin menjadi kaya, ada yang ingin membina empayar, ada
yang ingin menaikki tahta dan ada yang sekadar menginginkan bahagia. Ye,
bahagialah yang aku cari. Terdapat berbagai definisi tentang bahagia. Ada yang
mengatakan bahagia bila memperolehi banyak harta. Ada yang mengatakan bahagia
apabila memperoleh wang berjuta. Ada pula yang berasa bahagia apabila bebas
membuat apa sahaja.
Alhamdulillah
aku tidak meletakkan matlamat hidup ku terlalu tinggi. Agar aku mudah melatih
jiwa mensyukuri semua nikmat yang diberi dan merasa bahagia.
Setelah
menamatkan kerja dari syarikat kontraktor. Aku lebih menumpukan perhatian
kepada freelance draughtsman. Sama
seperti seorang peniaga, ada kala banyak job, kadang kala sekadar yang perlu
sahaja. begitu juga dengan pendapatan ku, sesekali melebihi keperluan, kadang
kala mendapat sekadar yang perlu saje. Alhamdulillah,
Allah tidak pernah melupakan aku dalam mengagihkan harta kekayaan dan rahmat
Nya.. Namun dari sudut masa, aku lebih mempunyai masa yang berkualiti
bersama keluarga. Anak-anak tidak lagi aku hantar ke taska, sebaliknya aku
menguruskan sendiri keperluan mereka. Menyediakan sarapan pagi dan makan
tengahari.
Setelah
mereka semua ke sekolah barulah aku mulakan kerja. Sebelum mereka pulang, aku
menyiapkan makan tengahari dan menyediakan baju untuk mereka ke sekolah agama.
Seandainya ada jiran yang tidak mengenali ku, pasti mereka akan menyangkakan
akulah suri rumah manakala isteriku keluar berkerja. Biarlah apa mereka kata, asalkan
aku bahagia.
Menyedari
pendapatan freelance yang tidak
menentu, aku perlu lebih tegas dalam menguruskan hal kewangan. Seandainya pendapatanku
melebihi keperluan, aku akan menabung, apabila bila datang musim kemarau, aku
akan mengorek tabung sekadar yang perlu… haha..
Bagi
memenuhi masa yang kadang kala banyak terluang, aku menyertai Sukarelawan Pertahanan
Awam. Boleh la memanfaatkan masa yang berlebihan dan menjadi sumber pendapatan
kedua bagi ku. Maklumlah hidup di bandaraya. Aku memperolehi pendapatan extra
sekitar seribu lebih sebulan. Lagipun penugasan di Pertahanan Awam tidak
mengikat aku dengan masa. Bila aku berkelapangan, semua pelan telah disiapkan,
barulah aku ke Pertahanan Awam. Hampir
setahun aku bersama Pertahanan Awam, aku telah ditawarkan untuk Menjadi
Sukaralawan Simpanan Polis (SPJPAM).
Ahamdulillah,
ini memudahkan lagi pengurusan masa bagiku, kerana semasa bersama Pertahanan
Awam aku perlu berulang alik sejauh 25km, manakala bersama SP pula aku hanya
perlu ke balai polis berdekatan saje. Dan balai pilihan bagi ku adalah balai
polis Ulu Tiram. Hanya 7 minit perjalanan dan ia terletak diluar kawasan
perumahan ku. Secara tidak langsung ini dapat mengelakkan aku dari menjadi seorang
yang double standart. Maklumlah bila
menjalankan amanah ditempat sendiri, pastinya aku akan bertemu dengan rakan-rakan
mahupun orang-orang yang aku kenali. Seandainya mereka melakukan kesalahan
pastinya aku kan serba salah untuk mengambil tindakan. Pada fikiranku ini akan
melatih aku menjadi orang yang mengambil ringan kepada amanah yang
dipertanggungjawabkan.
3
perkara yang aku lakukan berbeza dalam 1 masa. Melukis pelan. Menjadi paramedic
di Pertahanan Awam dan menjaga ketenterawan bersama Polis. Mungkin sukar untuk
kalian membayangkan bagaimana aku membahagikan masa… senang je sebenarnya. Aku
akan mengutamakan keperluan mengikut keselesaan dan kelapangan masa ku. Walaupun
terpaksa berkerja tidak menentu masa, namun, Alhamdulillah, aku
rasa bahagia.
Hampir
4 tahun aku bergelar manusia bionik 3 dalam 1, haha.. akhirnya aku mendaftarkan
sebuah syarikat pembuatan perabot… Dari mana datangnya idea menubuhkan Zaman
senireka perabot ni?... Mana datang pengetahuan dalam bidang pembuatan ni?... Dan
aku korek modal memulakan perniagaan ni?... akan aku ceritakan dalam entry yang
lain… insyaAllah..
Kini
setelah sedekat aku merentasi waktu, aku tidaklah menjadi kaya raya seperti
yang mereka sangka, aku bukanlah jutawan yang mengumpul kekayaan, malah, aku
bukan hartawan yang mempunyai asset berkoyan-koyan. Aku masih kekal sebagai
insan biasa. Perlu berkerja untuk menyara keluarga, perlu menabung untuk hari
tua.
Namun,
bahagia yang aku cari itu telah lama aku nikmati. Aku tidak perlu memikikan bil
kad kredit panjang berjela, tidak perlu keluar masuk bank menjelaskan hutang
rumah mahupun hutang kereta. jauh sekali melarikan diri dari hutang ceti.. Alhamdulillah. syukur ke hadrat Illahi kerana
tidak pernah melupakan aku dalam mengagihkan harta kekayaan dan rahmat Nya.
Mungkin
ada yang mengimpikan sebuah Ferrari sebagai identity diri. Mungkin ada yang
mengangankan sebuah banglo di tepi pantai. Mungkin juga ada yang mendigamkan
sebuah rumah agam seluas taj mahal. Malah ramai juga yang sedang membina
empayar untuk diwariskan kepada keluarga.
Biarkan
lah mereka terus berusaha dan memburu impian mereka. Kerana bagiku memadailah
sekadar apa yang aku perlu sahaja. Kerana aku yakin Allah tidak pernah melupakan aku dalam mengagihkan harta kekayaan dan
rahmat Nya. Kerana ukuran bahagia bagi ku adalah bebas menjalani kehidupan
tanpa bebanan hutang dan mempunyai masa secukupnya untuk mengumpul bekalan kesana…
Untuk
anak-anak bagaimana?... aku menyakini kata-kata bahawa setiap insan yang lahir di dunia ini Allah telah menuliskan
rezeki, jodoh malahan ajal bagi mereka. Bukan kah telah banyak pengajaran
yang kita dengar, seringkali harta yang ditinggalkan bukanlah menjadi pembela
kepada simati sebaliknya hanya menjadi perebutan dan perkelahian anak-anak…
Teringat
aku pada pesan tuan guru dato hj ismail bin kamus, “kita hidup ni kena banyak beramal, kena cari masa, jangan asyik sibuk
dengan urusan dunia. Esok kita mati baru terpikir nak beramal. Dah terlambat. Anak-anak
sibuk buatkan tahlil mengharapkan mak bapak dia masuk syurga. Aik..! kita sendiri
masa hidup tak nak beramal untuk masuk syurga. Bila dah mati sibuk pulak
mengharapkan anak-anak kirim pahala untuk masuk syurga… itu kalau anak-anak
ingat pada kita. Kalau anak-anak sibuk berebutkan harta?… abis laa.. ini saya
nak pesankan selagi hidup kita beramal untuk diri kita. Ada duit lebih,
sedekahkan, wakafkan untuk diri sendiri dan ibubapa kita. Semoga pahalanya berterusan
bila kita dah mati esok… jangan terlalu berharap kepada anak-anak. Alhamdulillah
kalau mereka ingat kirimkan pahala pada kita. kalau mereka sibuk..? haa jadi
masa kita hidup ni beramallah untuk diri kita”
diantara ceramah dari Allahyarham tuan guru
berkaitan dengan persiapan menghadapi mati
No comments:
Post a Comment