Sunday, September 6, 2020

cHE buKAn cHaiR

 

hari ni ahad 6 sept 2020 bersamaan 18 muharam 1442H

 

hari ni genab seminggu aku menjalani hidup seperti kebiasaannya bersama isteri. Setelah kebiasaan itu berubah akibat virus covid-19.

 

Apa maksud menjalani hidup seperti kebiasaannya?

 

Maksudnya hanya aku berdua saja dirumah. Anak-anak telah kembali ke asrama. Setelah berehat dirumah selama 5 bulan. Inilah cuti pengajian mereka paling lama dalam sejarah kehidupan kami. Selama 5 bulan itu aku sentiasa berteman. Meracun rumput bersama anak-anak. Berkebun bersama anak-anak. Mengecat rumah bersama anak-anak. Shopping bersama anak-anak. Bermain dan bergaduh juga bersama anak-anak.

 

Perkara yang biasa dalam sebuah keluarga, bila berdepan mata, ada je yang tak kena. Ada je benda yang tak sedap dirasa. Bila semua dah tiada, terasa sunyi pula.

 

Maklumlah anak aku yang bongsu seawal usianya 10 tahun, dia telah memilih untuk tinggal di asrama. Dan kini usianya telah mencecah 14 tahun. Bermakna telah 4 tahun kami berjauhan. Manakala anak aku yang perempuan dan yang sulong pula lewat sikit. mereka berjauhan dari kami pada usia mereka 12 tahun. Tiada ibu bapa yang tidak bersedih apabila berjauhan dari anak-anak. Tapi semua ini kami lakukan demi kebaikkan masa depan dan perjalanan di alam akhirat mereka nanti.

 

Jiran aku seorang cikgu menegur, “dah tinggal berdua semula la bang?”.. haah jawabku ringkas. Dah jadi tuk dengan che semula. Korang mungkin biasa dengar panggilan tuk, tapi mungkin korang jarang dengar, atau mungkin terus tak pernah tau dengan panggilan che… betul tak?

 

Ini panggilan bagi segelintir masyarakat tua di baling. Kalau nenek di johor, sebaliknya tuk adalah nenek perempuan bagi mereka. Manakala atok di johor mengambarkan atok lelaki, tapi bagi mereka pula adalah che. Ini panggilan bagi masyarakat-masyarakat lama di sana. Kebanyakkan sekarang telah berubah dengan panggilan tok wan. Mungkin lebih sedap didengar kot. Tapi pada aku panggilan che itu lebih unik dan mempunyai nilai sentimental value tersendiri.. cheewah.. hihi

 

Pada mula aku mengahwini isteri kira-kira 20 tahun yang lalu, aku merasa hairan dengan panggilan che. Kerana pada masa itu aku menyangkakan che itu adalah ‘chair’… kenapa isteri aku memanggil atok lelakinya kerusi?


 

#berusahalah wahai anak untuk menghafal segala kalam Allah. Mudah-mudahan  usahamu itu akan menjadi pendinding dan pembela kita diakhirat nanti. Semoga Allah merahmati dan memelihara kalian di dunia hingga ke akhirat. Abah dan umi hanya menumpang dari setiap usaha yang kalian juangkan.

 

#anggaplah perpisahan ini hanyalah untuk sementara waktu sahaja. berdoalah semoga Allah akan satukan kita di dalam syurga nanti dalam keadaan yang kekal abadi.



No comments:

Post a Comment