hari
ni jumaat 18 sept 2020 bersamaan 1 safar 1442H. dah masuk bulan baru. semakin bertambahlah usia aku, dan semakin dekatlah dengan hari kematianku.
dah
beberapa hari aku menghadap laptop bagi menyiapkan sedikit kerja rutin aku.
Biasalah bila duduk depan laptop ni tak terasa masa yang berlalu begitu pantas.
Lebih-lebih lagi kalau idea tengah datang mencurah-curah. Tiba-tiba je terasa haus,
terasa lapar, rupanya dah 3 atau 4 jam aku membeku di depat laptop. Patut la…
melangkah
ke dapur bukak peti sejuk, bukak cabinet, mencari bahan-bahan makanan ringan
yang boleh dikunyah-kunyah. Tapi malangnya dah tak de apa yang boleh dikunyah..
haha… dah lama tak shopping. Maklum la sejak duduk berdua ni, dah jarang masak,
makan apa yang ada je. Jadi stok makanan pun lambat habis. Maka lambat la nak
bershopping.
Masa
bukak pintu cabinet ternampak tepung kacang kuda. Oh ya… dah lama aku tak buat
muruku kacang kuda. Sehingga aku menaip content masakan ni, sebenarnya aku
masih tak tau, maruku itu di buat dari kacang dhal atau kacang kuda? Aku ada
membelek tepung maruku di pasaraya, tapi apa yang aku peratikan kandungannya
ditulis, tepung kacang kuda, manakala tajuk didepan bungkusan pula di tulis ‘tepung
maruku’ dan di bawahnya tertulis kecil ‘tepung dhal’.
Mana
satu yang betul ni, tepung kacang dhal atau tepung kacang kuda..? kompius aku.
Tapi sebenarnya aku tak nak beli pun, kerana rata-rata pengeluar tepung maruku
ni adalah dari syarikat bukan islam. puas aku mencari keluaran produk dari
syarikat muslim. Tapi setakat ni memang tak pernah jumpa. Jadi aku nak
mengajukan satu soalan, bila adabi atau faeza nak keluarkan produk tepung
maruku ni? Please la… aku nak makan maruku niiiii…. Lapaq baq hang.. Haha
Akhirnya
aku beli kacang kuda, rendam semalaman, esoknya blender. Tapi masalahnya doh akan
jadi lembik, sebab guna blender basah. Hasilnya nanti, maruku jadi tak garing.
Setelah 3 atau 4 kali percubaan, aku terjumpa tepung kacang kuda, ini sudah
bagus, Cuma harga nya agak mahal sedikit. Tak pe lah, mahal pun mahal la,
asalkan jangan produk keluaran non muslim.
Jadi,
jom layan maruku
kacang kuda olahan idea sesuka hati aku sendiri. Haha.. panjang tak
tajuk resipi aku kali ni..?
Mula-mula,
ambil besen yang dah basuh dan dah kering. Elakkan dari besen rendam baju
kotor, ataupun besen lama yang dah bocor dan dibuat tanam pokok bunga. Hahaha…
saje gurau hilangkan strees…jom mula..
Bahan A
Tepung
pulut 300 gram
Tepung
kacang kuda 200 gram
Serbuk
cili 1 sudu
besar
Serbuk
kari 2 sudu
(pastikan faeza, baru beli, haha)
Marjerin 1 sudu besar
cairkan
Bahan B. blender kering.
Udang
geragau 2 genggam
agak-agak je
Jintan
manis 1 sudu besar
Jintan
putih 1 sudu
besar
Daun
kari agak-agak
4 @ 5 tangkai
Bahan C. blender basah
Garam 1 sudu makan
Gula setengah
sudu je (sebagai pengimbang rasa)
Telur 2 biji
(jangan telur puyuh plak, kecik sangat)
Santan 1 kotak @
250ml
Caranya.
Campurkan semua sekali A & B. dah sebati baru masukkan bahan C, sikit demi sikit sampai menjadi doh. Kalau dah abis bahan C, tapi tak jadi doh atau peroi, tuangkan air sikit demi sikit. Doh mesti boleh di kepal, bukan lembik masam nak buat cekodok yang takde kodoknya tu… paham?
Dah sattle. Panaskan minyak, masukkan doh dalam tiub pembuat maruku tu (aku tak tau apa nama dia sebenarnya) dan putaqkan atas minyak yang panas. Goreng agak-agak separuh garing, terbalikkan. Biarkan seketika, lps tu…!!.. mestilah angkat dan tos kan, ye tak? Takkan dah masak biar hangus dalam kuali plak.
#biasanya aku buat maruku
menggunakan cetak yang petak tu, tapi saje je kali ni aku nak try cetak bulat
kurus ni pula, disebabkan bukan untuk niaga, just untuk selera tekak sendiri
je, so aku tak putaqkan dulu atas plastic atau kertas minyak, lepas tu baru
masukkan dalam minyak panas. Sebalik aku terus putaq atas minyak panas,
hasilnya tak la jadi bulatan, secantik orang niaga.
#ada orang tak
blender daun kari, sebaliknya dia akan masukkan daun kari kedalam minyak semasa
menggoreng, boleh juga. Tapi pada aku cara ni agak membazirkan daun kari, sebab
nanti daun karinya bukan di makan, just sebagai bau-bau je. Kalau kita blender
sekali so dia dah larut dengan tepung. Tapi jangan letak daun kari banyak
sangat, takut nanti pahit.
Ok
dah siap, dah boleh makan. Lepas abis goreng semua sekali, jangan lupa kemas
dapur, basuh semua peralatan. Dah sattle semua baru boleh makan. Selagi tak
sattle jangan makan… haha…
#part yang paling aku
malas, nak kemas dapur. tp kena sattle kan jugak la, sebab sebelum ni anak-anak
ada diorang tolng kemaskan. Terutamanya anak dara aku, rajin betul kalau suruh
basuh pinggan, asalkan jangan suruh masak. Takut tak sedap katanya.
No comments:
Post a Comment