pada
28hb ogos 2020 hari jumaat bersamaan 9 muharan 1442H, kami sekeluarga bercuti
ke muar. atau lebih disebut sebagai muo bagi orang johor. Kalau pekan adalah
bandar diraja bagi negeri pahang. Manakala kuala kangsar merupakan bandar
diraja bagi negeri perak. Muar pula adalah bandar diraja bagi negeri johor.
Pada
mulanya kami merancang untuk bercuti ke tg sedili, satu mukim di pinggir laut
china selatan dalam daerah kota tinggi. Namun perancangan tersebut berubah
setelah kami ‘terrr’tonton satu rancangan jelajah
tebrau yang disiarkan di rtm1. Banyak info-info yang dikongsikan berkenaan
setiap daerah di negeri johor. Kebetulan semasa kami menonton rancangan tu,
mereka sedang menjelajah daerah muo.. “Wow
banyak juga tempat-tempat menarik di muo”, gerak hati ku.
Sebenarnya
muo bukanlah asing bagi kami. Kerana beberapa tahun lepas anak sulong aku
belajar di SMA muo. Jadi memang setiap 2 minggu sekali kami akan berulang ke
muo. Namun mungkin ulang alik kami pada waktu itu hanyalah bertujuan menghantar
atau mengambil anak dari asrama sahaja. bukan bertujuan percutian. Tambahan
pula kami di selatan johor bersebelahan dengan singapura manakala muar terletak
diutara berjiran dengan jasin Melaka, maka memang agak jauh la untuk saje-saje
berjalan kesana.
28/8/2020
Selepas
solat subuh memulakan perjalanan. Melalui lebuhraya PLUS, aku sengaja keluar di
plaza tol yong peng utara, melalui pt yaani, pekan pt sulong dan terus ke
bakri. Singgah sarapan di warung ‘lempeng
pekak kambing semalam’ lebih kurang jam 9.30 pagi. Nama warung ni agak
rare. Menu yang kami pesan adalah sama dengan nama warung ni. Boleh tahan la
rasa kari kambing nya. Tapi harga agak mahal berbanding di jb. Untuk sekeping
lempeng yang agak nipis berharga seringgit. Kalau di jb RM2 boleh dapat 3
keping lempeng.
10:15
pagi
Meneruskan
perjalanan ke Bandar muo. Berhenti sekejap di bulatan jalan arab untuk
bergambar dengan lukisan mural terbesar di Malaysia. ‘the loving sisters’ hasil lukisan Julia volchkova. Lukisan mural
yang menelan belanja sebanyak RM100k. mahal tu. So jangan bazirkan RM100k tu
begitu saje di mamah masa. Jom kita bergambar untuk menghargai nilai RM100k tu.
11:00 pagi
Bersiar-siar
di tg emas. Melihat keindahan sungai muo berlatarbelakangkan masjid sultan
ismail di tg agas. Bertentangan dengan masjid sultan Ibrahim di tg emas. Inilah
salah satu keunikkan yang ada di muo.
12:00
tengahari perut dah lapar. Kami menyeberangi jambatan muar menuju ke kesang.
Makan tengahari mee bandung muo di restoran ‘mee
bandung muar’. Pelik tak ayat aku? Haha.. special menu restoran ni adalah
original mee bandung muar. So untuk memudahkan para pelanggan kot, sebab tu dia
menamakan restoran nya ‘mee bandung muar’. Selain dari restoran ni sebenarnya
banyak je restoran lain yang menghidangkan menu mee bandung muar. Salah
satunya. ‘Mee bandung udang galah muo ori’. Sebaris je dengan restoran yang aku
pilih tadi. Di medan selera berhampiran pun ada juga ‘mee bandung hjh milah
muar’. Tapi untuk trip kali ni aku memilih untuk menikmani rasa mee bandung muo
yang ori. insyaAllah mungkin trip akan datang boleh kot try yang lain pulak.
Bagi korang yang tak pernah merasai mee bandung muo, seeloknya korang kena
cuba. Sebab mee bandung mua di jauh berbeza dengan mee bandung di tempat lain.
Rasa mee bandung muo ni istimewa kerana ia menggunakan udang geragau untuk
memekatkan kuah, berbanding dengan mee bandung selainnya yang menggunakan
tepung jagung. Dan yang paling malang sekali aku pernah makan mee bandung yang
didakwa sebagai mee bandung muar oleh
pemilik sebuah warung di baling. Kenapa aku kata malang?... sebab mee bandung
yang didakwa muar itu seakan-akan mee goreng banjir… boleh bayangkan? Ok,
kalau roti canai, kena makan cicah kuah kari, tapi ada penggemar yang mintak
roti canai banjir, iaitu roti canai di siram dengan kuah dal dan kuah kari.
Betul tak? So bila aku kata mee goreng
banjir korang pikir la sendiri camana !!...
12:45.
aku parking kereta di sekitar jalan meriam. Dan berjalan kaki di sepanjang
lorong belakang deretan kedai untuk bergambar dan menikmati lukisan mural,
‘muar culture walk’. Kalau lukisan mural ‘the loving sister’ tadi menelan
belanja sehingga RM100k, di sini aku tak tau berapa pula kos nya… menghabiskan
masa sekitar 45 minit disini untuk bergambar dan berehat. Mungkin korang
tertanya-tanya. “tak gi solat jumaat ke aku ni, dah nak zohor ni?” jawapannya…
jeng..jeng..jeng.. memang tidak. Sebab masih dalam PKPP, dan SOP di johor ni,
hanya penduduk tempatan sahaja yang dibenarkan bersolat jumaat. Tambahan pula
kami sedang bermusafir.
13:30
petang. Terik matahari menyengat kepala. Terdengar anak lelaki aku berkata
“panasnya, macam nak minum air sejuk la bah”. Aku pun google cari mana-mana
warung yang ada menjual abc atau cendol… terjumpa warung ‘Cendol de’raje muar
royal town’ jalan meriam. Selorong dengan tempat aku parking kereta, Cuma
kedudukan yang lebih tepat bersebelahan sekolah tinggi muar. Berbagai perisa
cendol ditawarkan. Bagi penggemar durian, cendol durian musang king pun ada.
Sediakan sajelah lah pengerasnya ye… hihi. Kami tapau cendol besye2 aje. cendol
pulut. Berbaloi rasa dengan harga.
14:00
petang. Meninggalkan bandar muar lebih kurang 15 minit perjalanan, akhirnya
kami sampai ke chalet yang telah aku booking awal. ‘desa keroma eco resort’.
Harga sangat murah bagi sebuah chalet dengan katil queen saiz dan keluasan
lantai boleh menghamparkan sebuah lagi toto untuk anak-anak. hanya RM100 bilik
dilengkapkan dengan aircond, pemanas air, juga iron board dan seterika.
Kemudahan persekitaran pula terdapat kolam renang, basikal secara percuma,
restoran dan pelbagai lagi kemudahan. Sungguh berbaloi.
Mandi,
solat jamak zohor dan asar, rehatkan badan seketika. Pukul 16:20 petang kami
minum merangkap makan petang di ‘burger d’raja western and grill’ yang terletak
di pt tengah. Hanya 10 minit perjalanan dari chalet kami. Memandangkan kami
kesana pada waktu petang maka tak perlulah menempah tempat duduk, menurut
pekerja kedai tersebut kalau nak datang waktu malam, seeloknya booking dulu,
sebab waktu malam memang ramai pengunjung. Errmm, mungkin sedap sangat kot.
Kami memesan burger ayam, chiken chop dan lambchop grill. Boleh tahan harganya.
Mengalahkan di jb, tapi saiz chiken nya agak kecik. Terpampang di pintu masuk
kedainya discount sehingga hari merdeka. Berapa % diskaun aku tak perasan, wife
aku yang cakap. Tapi bila bayar, sama je macam harga biasa. Aku tak perasan ada
tertera perkataan discount. Dah sattle dah balik chalet. Malam sebelum tidur
saje kira-kira berapa kerugian untuk hari ni. Baru wife Tanya, “tak dapat discount
ke kat d’raja burger tadi?” saje aku melawak. “umi ingat tu warung bapak abah
ke?”.. anak aku pulak menyampuk. “apalah abah ni, kan dia ada tulis discount
sehingga hari merdeka, kat menu atas meja kita duduk tu pun ada tulis?”.. owh
yeke !! takpelah bukan kami rezeki kot.
17:30
petang. Aktiviti mandi di kolam, berendam dengan anak lelaki aku sampai pukul
18:45. Air kolam nya takde la sejuk, suam-suam je, sebab kolam nya terdedah
kepada matahari, tu yang kami boleh berendam sejam lebih.
Selepas
solat jamak maghrib dan isya’, kami keluar kebandar muo semula dengan tujuan
nak isi minyak kereta, nak isi perut di ‘esah best shellout’ dan berjalan
menghabiskan masa di uptown muo. Tapi malangnya, Cuma dapat isi minyak je.
Macam biasa, gunakan waze menuju ke ‘esah best shellout’, tapi… makcik esah
nye takde.. best pun bertukar jadi tak best… haha… warungnya macam dah
bertahun tak dibuka. Yang tinggal hanya papan tanda warung nya aje. Rumput dah
sama tinggi separas lutut. Mungkin tak dibuka bermula dari PKP kot. Cuba
cari-cari shellout yang lain. Tapi malangnya waze ataupun google tak
menunjukkan ada harapan di kawasan berdekatan. Anak-anak aku cakap “g
jalan-jalan dulu la abah, warungnya dah tutup ni, lagipun belum lapar sangat”…
ok la aku buat keputusan terus ke uptown dulu, sebelum balik nanti baru makan
malam. Tapi tak elok sebenarnya makan terlalu lewat malam…. Takpe la sesekali…
hihi… malang sekali lagi. Kawasan uptown lengang. Tiada peniaga. Mungkin norma
baru selepas PKP kot. Patut la cari parking senang je, banyak kosong.
Aku
cadangkan pada anak-anak “jomla kita g tg emas semula, tengok lampu-lampu,
santai-santai di dataran, boleh main kereta atau basikal lampu-lampu”.. wife
aku mencelah, “entah-entah tak bukak jugak, ni kan tengah PKP”… boleh jadi juga.
So anak-anak aku ajak balik ke chalet je. Dalam perjalanan balik ke chalet tu
kami tinjau-tinjau juga kot-kot ada restoran yang best untuk disinggah. Tapi
nampaknya takde yang menarik. Akhirnya kami makan malan lebih kurang jam 21:45
di café desa keroma. Harga berbaloi, ikan bakarnya memang terbaik. Sambil makan
tu terperasan di meja sebelah pelakon sharifah amani bersama krew-krew
pengambaran pun sedang menikmati juadah mereka. Dengar khabarnya baru selesai
membuat pengambaran di resort yang kami menginap. Ramai yang yang berselfie,
tapi aku segan lak nak gi. Takpe la kita usya dari jauh je.. hehe
29/8/2020
Selepas
solat subuh, ronda-ronda sekitar kawasan chalet, sambil temankan anak-anak
mandi kolam. Berkayuh basikal meninjau kawasan sekitar kampung. Sarapan pagi
nasi lemak, dibelanja oleh pihak chalet. Alhamdulillah, terima kasih…
sebenarnya kami bercadang nak sarapan sate. Ini satu lagi keunikkan sekiranya
anda datang ke muo. Kalau ditempat lain, sate adalah hidangan makan malam, tapi
di muo ni sebaliknya, sate adalah menu sarapan pagi… takpe lah dulu semasa
berulang hantar anak balik asrama, menu sarapan pagi kami adalah sate. Dah puas
makan sate. Tapi awas, bukan semua sate di muo ni sedap. Kami pernah makan di
satu restoran yang terletak ditengah Bandar muo, dengan nama kedai yang Nampak
gah, tapi bila makan, hampeh. Wife aku gelar sate asap. Bau arang kuat dan rasa
tawar, macam kedekut rempah. Sama macam kes mee bandung tadi. Tapi tak payah
lah aku nyatakan kat sini. Tutup periuk
kuah sate org lak nanti.. haha… kalau korang pm aku pun aku tak kan cakap
restoran mana tu. Tak baik kacau rezeki orang kan. Sebab prinsip aku, ‘kalau sedap aku rekmen kat orang, kalau tak
sedap aku telan sorang-sorang’… haha…
10:15
pagi bersiap untuk checkout. Aku terus meninggalkan muo memandu melalui jalan
pagoh untuk ke ‘taman herba nasuha’. Sedang elok kami sampai pada jam 11:50.
Masa untuk makan tengahari. Kami pesan nasi biryani herba, asam pedas ayam
organik dan mee sup herba. Alhamdulillah, dah kenyang perut, meneruskan
perjalanan ke selatan. Aku tidak memilih untuk masuk ke tol pagoh, sebaliknya
aku memilih melalui jalan lama pagoh – pt sulong, kerana aku nak singgah ke
kilang ‘pau mira’ di kg tanah merah. Untuk pengetahuan korang, pau mira ni kira
famous la di area muo, batu pahat. Kalau di jb ni, pau roslan yang famous. Aku
abiskan Rm100++ untuk memborong pelbagai perisa pau mira. Amek kau… wife aku
cakap “kolestrol aku dah tinggi, tak boleh makan berminyak-minyak. So kena
makan pau je..” haha
13:05
petang kami sampai di kilang kerepek pt lapis laman. Tumpang solat zohor jamak
dengan asar. Beli sikit je kerepek. Terus ke selatan lagi. Singgah di ‘taman
botani johor’ seri medan. Ingat nak berjalan-jalan menikmati pepohonan dan
tumbuhan menghijau, sebab di taman herba nasuha tadi menurut pekerja disana,
lawatan ke ladang masih tidak dibenarkan kerana PKP. Tapi lebih malang di sini.
Taman botani terus tak dibuka.. so terpaksalah kami membatalkan hasrat dan
terus balik ke jb.
Alhamdulillah,
setelah menempuh jalan yang sedikit sesak terutamanya dari sedenak hingga ke
tol senai utara, akhirnya kami selamat sampai di rumah pada jam 17:30 petang.
Maklum lah ramai yang cuti hujung minggu esok bersambung dengan cuti merdeka
pada hari isnin.
Berakhirlah
satu episod jelajah muo versi PKP. Haha.. banyak tempat masih belum buka. Aku
sengaja merancang trip pendek kali ni bagi menutup aktiviti kebosanan anak-anak
yang dah selama 5 bulan betapa di rumah kerana PKP. Lagipun 2 hari lagi diorang
dah nak kena balik ke asrama. So boleh la dijadikan trip ni sebagai penutup
kenangan percutian PKP mereka. Niat hati pada awalnya nak bawak mereka balik
kampung di kedah, tapi takut sangkut di kedah pulak nanti, sebab cluster
sivagangga. Lagipun nak booking tiket kapal terbang awal, takut madrasah dah
buka semula, sebab dah dua kali penguguman untuk kembali semula ke asrama
dipanggil dan dibatalkan semula. Nak order tiket on the spot, mahal pulak. Nak
balik dengan memandu exora, exora masih dalam kuarantin dan dibawah pengawasan pulak. Bagi korang yang mengikuti
kisah “otak masuk air, jantung berdegup kencang” pasti tau apa masalah exora
aku.
wAllahuaklam…
#amek kau, bila boleh habis ni. Betul-betul tak makan menu berminyak ni. Ini nak makan sendiri ke nak niaga???
# saje aku pilih tajuk ‘pencarian harta karun’ sebab travel kali ni lebih banyak mencari makan dan makan dan makan.. tak pernah travel kami sebelum ni focus pasal makan, tapi kali ni lain macam la dia punya bab makan..
No comments:
Post a Comment