Hari ini hari khamis, 17 september 2020 bersamaan 29 muharam 1442H. esok dah masuk bulan safar.
Berbuat
baik kepada orang tidak semestinya akan dipandang baik,
namun
yakinlah Allah maha melihat dan pasti akan membalas kebaikkan itu.
Menghormati
orang tidak semestinya kita akan dihormati,
Tetapi
pasti Allah memuliakan perbuatan itu
Buat
kebaikkan tidak semestinya dibalas baik, maka buatlah baiklah bukan kerana
orangnya tapi buatlah kerana Nya
Buat
baik bukan kerana kita merasakan diri kita baik, tetapi kerana kita berusaha
menjadi orang baik.
Melalui
kata-kata hikmah ni, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada abang aku
hazla. Sebab dari kecik sampai la dah tua bangka ni, dia la yang banyak
membantu aku dalam pelbagai urusan. Dari membuat ‘basikal kongkot’ masa zaman sekolah rendah dulu, sampai la ke
urusan punggah bengkel Zaman Senireka Perabot dari Dato’ Bentara ke simpang
renggam. Sebenarnya banyak lagi hal-hal dan urusan aku yang dibantu,
terutamanya dalam bab tenaga….
Jazakallahu
Khoiron khatsiro
No comments:
Post a Comment