hari
ni isnin 28 sepetember 2020. bersamaan 11 safar 1442H.
sejak
anak-anak dah balik asrama ni aku pun dah kurang memasak. Maklumla takde kawan
nak makan. Makan sorang-sorang malas nak masak betul-betul. Masak salah-salah
je. Haha. Masak alakadar je.
Hari ni aku cuma masak nasi dengan lauk ikan stim je. Jom kita kongsikan resepinya. Mula-mula, kena tangkap ikan dulu. start enjin bot, turun ke laut.. haha.. Ikan masin tak mau, ikan sardine dalam tin pun tak mau. Ikan bilis pun tak mau. Jauh sekali ikan buntal. Kena pastikan ikan yang segar, yang ditangkap dari laut atau ikan yang dibeli dari pasar mengunakan duit yang halal… hahaha… merapu dah aku… kalau ikan kerapu ok la jugak.
Ok
la untuk kali ni aku Cuma gunakan separuh je ikan bawal hitam. Sebab aku makan
sorang je, silap-silap separuh ni pun tak abis. Tak payah siang ikan,
bilas-bilas je, sebab aku dah siang ikan ni masa balik dari pasar tuari. Hihi.. tapi kalau korang beli ikan yang belum siang kena la siang sendiri ye.
Oleh
kerana aku menggunkan ikan bawah hitam, jadi kita bagi tajuk masakkan ni ikan bawal separuh je masak stim.
Bahan-bahan
A.
yang
pertama mestilah ada ikan bawal
Serai
sebatang di ketuk atau tumbuk bagi pecah umbinya
Halia
dalam seinci, potong mayang, kalau malas, potong nipis-nipis je pun boleh. Ikut
suka dan kreativiti korang sendiri. Kan aku dah cakap dalan content masakan
yang lalu, masak ni tak payah nak ikut SOP sangat. Kita santai-santai je, yang
penting ikhlas kan hati semasa memasak. insyaAllah sedap, halalan toiyiba. Hihi
Bawang
putih 2 ulas, diketuk jugak
Cili
padi 3 biji,sama jugak, dikutuk.
Daun
limau purut 2 helai, koyakkan, tapi disebabkan aku dah pegang pisau, maka aku
pun hiris-hiriskan sekali.
Sos
ikan 2 sudu makan
Bahan
B
Limau
kasturi 2 biji, kalau budget lebih, style
orang ada-ada, nak guna lemon pun boleh, tapi paham-paham la harga sebiji
lemon dah berapa ringgit.
Garam
dan gula, secubit je.
Daun
ketumbar serumpun masukkann dengan tungulnya sekali, tapi pastikan korang dah cuci bersih la
Caranya,
sediakan semua bahan A letak dalam piring. Okey kukus dulu, agak-agak la, kalau
ikannya tebal dan besar kukus la lama sikit, kalau setekat separuh je ikan
bawal macam aku masak ni, 4 minit cukup dah. Sambil tu korang sediakan bahan B. perahkan
limau kasturi dalam cawan. Buang bijiknya, masukkan secubit garam dan gula,
ikut selera tekak korang. Kacau bagi garam dan gula larut. Potong daun ketumbar
pun ikut selera mata korang memandang. Kemudian tuangkan atas ikan yang sedang
dikukus tadi. Tutup semula pengukus. tunggu dalam seminit lagi. Cek ikan dah
masak ke belum. Cucuk ikan tu dengan garfu, kalau lembut je maknanya dah masak
la tu.
Selepas
masukkan bahan B tadi jangan kukus lama sangat, ini bagi mengelakkan daun
ketumbar lunyai pulak. Atau boleh juga korang masukkan bahan B tanpa daun
ketumbar. Agak-agak, ikan dah hampir masak matikan api. Baru masukkan daun
ketumbar, tunggu dalam seminit gitu bagi daun ketumbar layu sikit baru angkat.
Pun boleh juga. Ikut suka korang la. Kan aku dah cakap masak ni tak payah nk
ikot SOP sangat.
#korang kena jadi pakar forensic untuk cari sendiri bahan-bahan yang aku dah campurkan ni. Disebabkan belakang rumah aku ada tanam pokok limau purut sebesar pokok balak, maka aku sengaje letak daun limau purut 1 dahan. haha
Tapi
tips yang aku nak bagi, daun ketumbar ni sedap kalau kita makan, semasa
mengunyah tu masih terasa sedikit rangup. Baru juicy rasa daun ketumbar tu pecah dalam mulut. Kalau dia dah luncai
sebab kita over cook. Dah hilang rasa
daun ketumbar tu. Dah tak sedap. Tapi tak boleh juga kalau dia tak layu
langsung, segar tak dimasak. pelik pulak nanti rasanya kat lidah. So
pandai-pandai korang la nak mengagak.
Dan
kalau ikan korang lebih besar dari ukuran yang aku masak ni, pandai-pandai
korang la berapa kuantiti nak tambahkan bahan-bahannya. Yang pasti, hasilnya
nanti, ikan stim ni dia rasa masam-masam. Dan texture nya sedikit berair. Kira macam kuah la gitu. Tapi takdela
melambak macam kuah masak lemak pulak. Sekadar air dari perahan limau dan sos
ikan tadi. Juga air yang keluar dari badan ikan. tapi kalau korang nampak ikan korang macam kurang air, boleh je tambahkan air sikit anggaran 1 atau 2 sudu makan gitu.
Ohya,
lagi 1 tertinggal. Ada juga orang yang menambahkan bahan B tu dengan sedikit kuib ayam. Tapi aku tak tambah la, sebab memang keluarga aku masak tak guna
bahan perasa. Keluarga misi la katakan. hihi... Tapi kalau korang nak tambah, boleh
je. Cuma tolong pastikan kuib ayam adabi, baru beli… haha.. iklan lagi. Kita
support produk muslim. Bukan sekadar halal, malah keberkatan yang kita cari…
wAllahuaklam..
# ta daa… dah siap, makan la masa panas dengan nasi pun panas-panas, baru sedap. Alhamdulillah… selain ikan bawal, lebih pemesikan siakap. Ikan kerapu pun boleh. Pokoknya, tepuk wallet Tgok berapa ada.. hahaha
No comments:
Post a Comment