kebelakangan
ini aku sering mengadap laptop usang yang telah berusia lebih sedekad. Dengan tak
ada update terbaru baik dari segi software mahupun hardware. Maklumlah PKP,
kerja tak boleh, bersiar-siar, jauh sekali. Apa lg yang mampu aku lakukan
selain dari menghiasi serba ala kadar blogspot
pengembara di bumi gersang ini.
Anak-anak,
sibuk dengan gadget masing-masing. Rutin dan kelaziman biasa bagi anak-anak
zaman sekarang. Kurang gemar membaca buku, menulis mahupun menonton berita tv
untuk mendapatkan info-info terkini baik di dalam, mahupun di luar negara. Apa yang
mereka buru, hanyalah upload-upload terbaru dari intagram, berita-berita
terkini dari facebook, atau mungkin juga isu-isu viral dari youtube. Sungguh berbeza
dengan zaman kecil dan remaja ku.
Salah
ke?.. tak salah pun. itu adalah salah satu tanda kemajuan sebuah negara dan
kecanggihan teknologi terkini. Namun ia menjadi kesalahan apabila setiap berita
yang diterima, terus disebarkan, tanpa mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Dan boleh menjadi
kelalaian sekiranya memandang handphone lebih lama dari memegang dan membaca Al-quran..
Sedang
jari jemari aku ligat manari di atas keyboard laptop, anak aku yang bungsu
bertanya. “Kenapa abah tulis blog? Kenapa
abah tak jadi vlogger di youtube je? Kan senang, bt video je. Tak payah
susah-susah menaip, abah boleh buat video pasal hobi abah dengan motor ke,
pastu edit sikit, dah boleh upload. Senang, tak payah penat-penat orang nak
baca. Jadi youtuber pun boleh dapat duit…” aku termenung sejenak sambil
menatap dinding kosong, sepertimana kosong nya idea dalam otak aku untuk
menjawab soalannya.. tanpa mengharapkan jawapan anak aku berlalu, baring di
kusyen, menyambung semula menatap handphone nya…
Sebenarnya
bukan aku tak berminat menjadi vlogger. Beberapa tahun lepas aku pernah
menyuarakan hasrat kepada seorang rakan yang agak mahir dalam bidang IT. Tapi jawapan
mengecewakan yang aku terima darinya. “kalau
ko nak jd vlogger ko kena upgrade laptop ko ni man, setakat laptop zaman tok
kadok ni, bukan kata ko nk edit, silap-silap, masa ko transfer video dari
camera ke laptop je dia dah hang. Ko kena lah guna PC yang up to date sikit. Kalau
ko nak buat video, ko nak rakam dengan apa? Dh ada action camera? Tak pun ada
handphone yang canggih-canggih sikit ke untuk rakam video?” ini lah ayat
yang menjadi faktor aku melupakan niat untuk bervlogger. Bukannya aku tak mampu
untuk memilikki semua peralatan itu. Namun aku rasa duit ribuan ringgit itu
lebih baik aku gunakan untuk menguruskan perbelanjaan rumahtangga dan keperluan
pelajaran anak-anak.
Kalau
diikutkan hati memang aku mencemburui vlogger-vlogger di dalam youtube seperti
kupi kupi go, dd chronicle, abang koroy, armi motovlog, rider helmet pink,
missmoto, zuki dan pak duan, faizalrozi vlog, film independent Malaysia dan ramai lagi. Yang mana aku sendiri menjadi
subscriber mereka. Tapi bila memikirkan poket aku yang selalu berkerincing
dengan wang syiling sahaja, baik aku kuburkan sahajalah niat nak menjadi
seperti mereka. Biarlah aku kekal sebagai seorang blogger yang dikenali sebagai
Jeman. Dengan sekadar coretan biasa.
No comments:
Post a Comment