8
may 2020 bersamaan 15 ramadhan
Hari
jumaat ke-3 dalam bulan ramadhan.
Bermakna
telah separuh ramadhan ini di lalui
Malam
ini bermulanya bacaan surah Al-Qodr di dalam rakaat pertama tarawikh
Malam
ini bermulanya bacaan qunut di dalam solat witir.
Ini
bermakna hanya tinggal separuh sahaja lagi ramadhan akan menemani kita.
Tanyaku
pada diri…
Bagaimana
dengan bacaan Al-quran? Sudah khatamkah? Atau sekurang-kurang separuh dari
khatam…ataukah masih kekal berabuk Al-quran terletak di atas rak bacaan.
Bagaimana
dengan tahajjud? Telah bermula atau telah bersediakah untuk melalui 10 akhir
ramadhan nanti? Atau mungkin juga masih lena dibuai mimpi yang sememangnya
takkan menjadi nyata?
Bagaimana
pula dengan sedekah? Telah susutkah wang dari akaun simpanan nyata yang dipindahkan
menjadi saham akhirat? Atau mungkinkah masih berkira-kira dengan wang yang tak
seberapa, namun bercita-cita untuk membeli harta seluas dunia..
Tidak
perlu aku menjawab semua persoalan ini seperti seorang anak kecik yang
terkocoh-kocoh menjawab soalan upsr darjah enam, sebaliknya jawablah semua
persoalan ini dengan penuh rasa kehambaan dari seorang insan kepada Pencipta
nya.
Pagi
ini dikejutkan sahur dengan berita pemergian tuan guru ustaz dato ismail kamus.
Innalillahi waillaihirojiun.. pemergiannya pada malam jumaat penuh barakah, di
dalam bulan ramadhan yang mulia. Aku membesar dengan ceramah dari tuan guru. Bermula
dari zaman tali kaset hinggalah beralih ke CD. Itu pun hanya boleh dibeli di pasar-pasar
malam.
Semoga
Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu tuan guru, dan semoga Allah menunaikan
janji-janji nikmat di atas segala pengorbanan tuan guru menegakkan syiar Islam diatas
muka bumi ini.
Damailah
dan berehatlah dengan tenang kau disana. Pasti dan pasti aku akan menyusulimu
pada suatu masa yang telah ditetapkan bagi ku nanti.. Al-Fatehah
No comments:
Post a Comment