hari
ni isnin, 4 hb may 2020 bersamaan 11 ramadhan 1441H
Fasa
ke 4 Perintah Kawalan Pergerakan bersyarat.
Alhamdulillah,
sejak 2 3 hari kebelakangan ini kes positif covid-19 telah mula menampakkan
penurunan. Cluster yang aktif sekarang ni nampaknya adalah dari cluster pelancong.
Berbanding permulaan covid-19 dulu kebanyakkan dari cluster Jemaah tabligh yang
berhimpun di masjid seri petaling Selangor.
Hari
ini merupakan bermulanya PKPB perintah kawalan pergerakkan bersyarat. Ini bermakna
industry-industri telah boleh kembali beroperasi, kedai makan telah boleh
menyambung perniagaan, 1 kereta boleh dinaikki oleh 4 orang dalam satu-satu
masa. Namun semua kelonggaran tersebut disertakan syarat-syaratnya tersendiri.
Alhadulillah,
satu peningkatan positif terhadap kehidupan seharian dan pertumbuhan yang agak
baik bagi ekonomi Negara. Sebagai insan kerdil aku berdoa dan mengharapkan
mudah-mudahan Allah bersihkan virus covid-19 dari bumi Malaysia ini. Semoga pesakit-pesakit
yang positif, akan segera disembuhkan. Dan manusia dapat menjalankan tugasan
seharian seperti sediakala. Semoga dengan kelonggaran yang diberikan oleh
kerajaan ini tidak menjadi punca berulangnya serangan virus ini untuk kali
kedua. Amiinn ya Robb.
Sejak
bermula PKP pada 12 mac 2020, sehingga ke hari ini lebih kurang telah hampir 2
bulan masa berlalu. Dan PKP ini seakan-akan telah menghentikan perjalanan waktu...
No comments:
Post a Comment