hari
ini jumaat. 8 ramadhan 1441H bersamaan 1 may 2020.
Hari
pertama dalam bulan May
Hari
ke 8 umat Islam di Malaysia berpuasa.
Jumaat
ke 2 dalam bulan ramadhan
Tinggal
lagi 22 hari sebelum ramadhan ini pergi dan digantikan pula dengan kehadiran
syawal.
hampir 4 dekad yang lalu, pada waktu sebegini kebiasaannya kedai stationary mahupun
kedai-kedai menjual surat khabar telah mula menjual pelbagai jenis kad raya…
kad raya?
Ye, kad raya..
Mungkin
anak-anak zaman sekarang akan mengajukan soalan ini, seandainya dikatakan
kepada mereka tentang kad raya. Berbeza dengan anak-anak seusiaku pada masa
dulu. Kad raya ini telah sinonim dengan kehadiran bulan ramadhan. Ada pelbagai
karektor dan variasi. Ada yang khas ditujukan kepada ibu bapa, guru-guru,
sahabat handai, tidak kurang juga yang khas ditujukan kepada pasangan. Ada yang
sehelai, ada juga yang berlipat dua. Terdapat pelbagai saiz dan harga,
sehinggalah ada yang mempunyai muzik apabila dibuka.
Sebagai
seorang yang masih bergelar kanak-kanak pada masa itu, sudah semestinya kad
raya pilihan aku adalah yang tidak dikhususkan kepada sesiapa. Tidak kepada ibu
bapa, guru, atau sebagainya. Sebaliknya aku lebih suka memilih kad raya yang
memaparkan lukisan-lukisan pemandangan, suasana kampung, bunga-bungaan mahupun
gambar haiwan. Sudah semestinya kad raya ini akan aku tujukan kepada
rakan-rakan. Baik rakan di sekolah ataupun rakan yang telah berpindah.
Bagi
penerima kad raya ini, semestinya mereka akan mengirimkan semula kad raya
kepada ku sebagai tanda balasan. Sehinggakan terdapat 1 pantun yang memang
sinonim dengan kad raya ini..
Pecah
kaca, pecah gelas,
Sudah
baca, harap balas,
Haha,
itulah diantara pantun yang sering ditulis kan bersama kiriman kad raya. Pada penghujungnya
semua kad raya yang aku terima, akan dikumpulkan bersama-sama kad raya yang
diterima oleh bapa dan adik beradik ku. Menjelang sehari dua sebelum
berakhirnya ramadhan, kami akan mencari pokok renek yang tumbuh meliar di seketar
rumah untuk dijadikan sebatang pokok kad raya. Pokok yang kami
pilih biasanya berketinggian sekitar 4 kaki, lalu dibersihkan dan dibuang
daun-daunnya. Dan kami akan tanamkan di dalam pasu. Seandainya tiada pasu yang
kosong kami akan gunakan apa-apa sahaja tin yang bersaiz besar. Masukkan tanah,
lalu, tanamkan pokok yang telah kami bersihkan tadi.
Kad
raya, akan kami ikat dengan benang, lalu digantungkan di dahan-dahan dan di
ranting-ranting pokok tersebut. Semakin banyak kad raya yang kami terima,
semakin penuhlah ruangan pokok tersebut. Dan ini akan menjadikan pokok
kad raya tersebut akan lebih kelihatan menarik dan subur. Dari jumlah penerimaan kad raya itu kebiasaannya, menjadi
tolok ukuran seberapa ramai rakan-rakan yang masih mengingati kita. Dan seperti
kebiasaannya, aku adalah yang paling sedikit menerima kad raya berbanding
abang dan kakak ku. Maklumlah aku bukannya mempunyai banyak duit untuk
membeli kad raya. Kalau ada pun hanyalah duit belanja sekolah, yang aku
korbankan untuk membeli kad raya. Semakin banyak kita menghantar kepada
rakan-rakan, maka semakin banyaklah juga balasan yang akan kita perolehi.
Bagi
mencantikkan lagi pokok kad raya, kebiasaanya kami akan bungkuskan tin atau
pasu dengan kertas nipis berwarna warni. Kertas yang kebiasaannya dijadikan
sebagai bunga manggar. Seandainya masih
ada lebihan kertas bunga manggar,
kami akan lilitkan pada bahagian batang dan dahan-dahan pokok kad raya, dan
mengguntingkannya halus-halus untuk ditaburkan di pangkal pokok kad raya, bagi
menutupi tanah yang menjadi paksi pokok tersebut.
Setelah
selesai semua kerja-kerja. Pokok kad raya tersebut akan diletakkan satu sudut
ruang tamu untuk dijadikan sebagai hiasan.
Kini,
zaman dan teknologi semakin maju dan canggih. Kad raya tradisional telah digantikan dengan ucapan raya digital. Kebiasaannya sehari sebelum berakhir ramadhan
barulah ucapan raya digital akan
dikirimkan. Hanya beberapa detik ucapan
raya digital telah sampai kepada penerimanya melalui medium whattsap,
wechat, michat, instagram dan sebagainya. Berbanding dengan kad raya yang dipos memerlukan masa yang agak lama untuk sampai kepada penerimanya.
Biar
apapun bentuk kad raya mahupun ucapan raya digital, apa yang penting adalah bagaimana
cara mana kita menghargai erti sebuah pershabatan. Dan lebih lagi mengeratkan
hubungan kekeluargaan. Wallahuaklam
gambar yang aku ambil dari 'uncle google', amat mustahil lah untuk aku merakamkan gambar pokok kad raya buatan kami sendiri, kerana zaman tu masih belum ada kamera digital dan jauh sekali memori kad.
No comments:
Post a Comment