Thursday, October 15, 2020

kENaNGaN yANg TeriNDaH

 

hari ini 15 oktober 2020, Khamis, bersamaan 28 safar 1442H

 

setahun telah berlalu, namun semuanya masih segar dalam ingatanku. Pada tarikh keramat ini, aku bersama isteri tersayang dan beberapa jemaah lain telah diterbangkan ke tanah haram Madinatul munawarah dan Makatul mukaromah.


 

Kami menyertai pakej umrah bersama El-Izzah travel. Alhamdulillah dengan bertemankan seorang mutawif dan seorang mutawifah yang sangat baik hati dan terlalu mengambil berat urusan kami. Walaupun ini adalah kali pertama aku dan isteri menunaikan ibadah umrah, namun kami tidak terasa janggal asbab kepakaran bimbingan dari mereka berdua.

 


Terima kasih kepada ustaz Hizam dan ustazah Hasnah atas kebaikkan dan bimbingan yang kalian curahkan. Terima kasih juga kepada para Jemaah, kerana kalian adalah ayah, ibu dan adik beradik bagi kami berdua. Kebaikkan dan ukhwah dari kalian semua telah melakarkan kesan yang amat bermakna dalam sejarah perjalanan hidup kami. Semoga silaturrahim ini akan berkekalan hingga ke jannah. Amiinn

 


Syukur dan Alhamdulillah aku ucapkan kepada Mu ya Allah atas nikmat dan undangan Mu kepada kami. Semoga Kau memilih kami lagi, sebelum hembusan nafas terakhir ini kembali mengadap Mu… Amin ya Robb…


# sunset di hadapan Masjid Nabawi jauh lebih indah dari tempat selainnya


 


# jangan xcaye, hanya kami bertujuh je berada di depan maqam Nabi SAW.. hihi…


# keluarga sebenar Hassan dan anis


# keluarga angkat Siti bersama mak dan abah


# dengan mak angkat masing-masing.. bukan mak mertua tau…hihi



# bakal mutawif, (kanan sekali) membawa jemaahnya tawaf sunat

 seawal jam 2 pagi


# Isma dari Ganu, sangat baik hati


# Miqat pertama kami dari Madinah di Masjid Bir Ali



# “nak kemana lagi tu zainab? Xabis-abis nak borong kurna ke, xnmpk

 ustazah dah marah tu,siap pegang besi ngan cekak pinggang”




# tapak kelahiran rumah Nabi SAW..

Allahumma solliala saidina Muhammad….


# kesian pakcik Juli sampai teleng kepala nak tengok tapak tinggalan

 rumah Saidina Abu Bakar, tak perihatin betul Hazman ni..





# Ya Allah, pilihlah kami ke sini lagi, sebelum Kau menjemput

 kami pulang mengadap Mu..



Wednesday, October 14, 2020

joM mAsAk mEe bAnduNG

 

hari ni  rabu 14 oktober 2020 bersamaan 27 safar 1442H.

 

hari ni malas nak makan nasi, terasa macam nak makan ringan-ringan je. Tapi apa yang ringan ek?... takkan gula kapas pulak… herrmm

 

bukak peti sejuk, selak-selak apa yang ada… terjumpa lak mee kuning, minggu lepas beli kat mydin, produk muslim ni, dari terengganu.. ok lah dapat idea nak makan yang berat sikt, tapi bukan nasi. Ala-ala makanan ringan gitu, tapi bukan super ring… haha..

 


aku rasa nak masak mee bandung ikut suka hati aku. Haha.. rare tak tajuk resipi aku kali ni?.. Kalau buat mee goreng tu dah macam biasa sangat. Ok jom kita start memasak.

 

Mula-mula, panaskan minyak dalam kuali, terus goreng tauhu dulu, tauhu aku dapat produk muslim kat pasar awam pekan nanas. ( tak sempat nak amek gambar, dah abis kena makan, haha ) Ada makcik jual, tapi harganya mahal sikit la. Kalau tauhu cina singget 4, tauhu melayu singgit dapat 2 je. Separuh ngkau beza dia. Tapi tak pe, jiwa aku kental dalam bab makan ni. Bio mahal, aku lebih rela, asalkan dia produk muslim.

 

Sambil-sambil tunggu tauhu tu masak, ko sediakan bahan-bahan kat bawah ni.

 

Bawang merah besar 2 bijik

Bawang merah kecik 3 bijik

Bawang putih 3 ulas

Halia sikit je dalam 2 hiris gitu.

Udang kering / geragau dalam 3 sudu besar

 

Blender semua bahan-bahan ni.

 

Bila tauhu dah masak, tos kan, keluarkan minyak gorengan tadi, tinggalkan dalam 1 senduk je, masukkan bahan-bahan blender pulak. Masukkan lada kisar dalam 2 sudu makan gitu. Kalau malas nak buat stok lada kisar, beli je lah kat kedai. Cuma nasihat aku, carilah keluaran muslim. Bukan ke makanan itu akan menjadi darah daging kita. Jadi pilihlah yang halalan toyiban.

 

Tumis sampai naik bau. Masukkan udang. Aku letak 4 ekor je. Sebab untuk makan berdua je kan. Kalau korang ada air rebusan daging, lagi elok, masukkan dalam 3 cawan. Kalau takde masuk je la air biasa. Asalkan jangan korang letak air battery kereta dah la. Hihi… Bila dah mendidih air tu. Masukkan kacang tanah tumbuk, agak-agak la, dalam dua sudu makan gitu. Tujuannya untuk memekatkan kuah dan menambahkan rasa lemak mee bandung kita nanti. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula sebagai pengimbang rasa. Macam biasa, aku memang memasak tak menggunakan bahan perasa.

 

Oleh kerana aku terus nak makan sebaik je siap masak mee bandung ni, so aku terus campurkan mee kuning. Agak-agak la untuk 2 orang makan. kacau perlahan-lahan sampai mee nampak dah lembut sikit. Tapi jangan sampai lembik sangat. Kembang tekak nak makan nanti.


kalau korang tak nak terus makan, nak hidangkan untuk tetamu, jangan campurkan mee terus. sebaliknya celur je mee tu,


Kemudian, pecahkan telur sebijik. Syer berdua. Kalau tak nak gaduh dengan pasangan korang. Pecahkan la 2 bijik. Masa dah masukkan telur ni, jangan kacau sangat, sebab kita nak texture telur tu masih boleh dilihat. Satu lagi nak pesan, sebelum korang pecahkan telur tu, peratikan kuah mee kita tu cukup tak?. Kalau nampak macam nak kering tambahkan air sikit, sebab nanti lepas masukkan telur, kuah akan jadi pekat. Kita tak nak pekat sangat, biar dia ada kuah gitu.

 

Bila putih telur dah masak, matikan api, masukkan sawi. Timbus-timbus sikit sawi tu dibawah mee, insyaAllah masak la dia nanti. Sawi pun jangan lunyai sangat. Agak-agak la masa kunyah masih ada rasa krap krup nye.

 

Ok dah siap, boleh hidangkan. Tambahlah, hirisan lada merah, bawang goreng, limau kasturi dan tauhu yang dah goreng tadi. Sebenarnya kalau takde tauhu pun tak pe. Aku saje je letak, sebab dah beli lama kan, takut nanti busuk pulak tauhu nya kalau simpan lama-lama.


Ada juga orang letak tepung jagung untuk memekatkan kuahnya, tapi aku lebih suka guna kacang tumbuk. Ia lebih lemak. Kalau mee bandung special muo, diorang lebihkan udang geragau. Terpulang pada korang suka yang mana. Makanan ni pada aku, kalau kita rasa tak serasi dengan tekak kita, jangan kita menghina, sebab ia rezeki dari Allah. Satu lagi, citarasa tekak kita tak mungkin sama dengan tekak orang lain. Mungkin pada kita tak sedap, tapi pada orang lain mantop. 


wAllahuaklam.. selamat mencuba. Kalau sedap korng tinggalkan komen tak bawah. Kalau tak sedap, korang diam-diam je tau… hahaha

 

 


# tadaa, dah siap… stok bawang goreng aku abis pulak. Huhu.. mee bandung ni rasa dia manis-manis pedas. Tapi bukan manis gula semata-mata. Manis dari bawang dan udang ataupun daging. Ada lemak-lemak sikit, dari kacang dan udang geragau.



Tuesday, October 6, 2020

pEnGembaRAan sELepAs mENgHaRunGi bUMi yAnG gErsANG

 

Hari ini 6 oktober 2020 hari selasa

Hari ini kes positif covid-19 makin meningkat. Malalh tinggi jumlah nya dari gelombang pertama bulan mac yang lalu. Semuanya kerana pilihanraya negeri sabah beberapa hari yang lepas.

 

Tak taulah dimanakah berakhirnya nanti. WHO telah mengeluarkan kenyataan covid-19 ini takkan berakhir… kita serahkan semuanya dan kembali kepada Allah

 

Masa kecik-kecik, adik beradik tidur bersama.

Bila dah besar, bilik masing-masing.

Bila dah nikah, rumah asing-asing

Bila dah tua, sorang demi sorang pergi, kiri kanan takde lagi

 

Mula berkumpul, penutupnya kubur.

Kubur masing-masing, takyah nak bising-bising

 

Disebabkan kubur masing-masinglah kita selalu kena berpesan-pesan.

Kalau satu kubur boleh juga kita tolong menolong.

Ingatlah disana nanti kau tiada abang, kakak mahupun adik

Yang tinggal hanya kau dengan amalanmu

Maka bersiap sedialah selalu.

Kerana malaikat maut tidak pernah lupa dari tugasnya.

Tua, Muda, remaja, bila dah sampai masa, semua sapu rata.

 

Semoga kita semua beringat, dan mengingatkan kepada yang terlupa.

Bahawa perjalanan kita masih jauh lagi.

kita cuma menumpang rehat dibawah pohon ini untuk menghilangkan lelah separuh perjalanan tadi.

Jangan terlalu asyik beristirehat hingga terlena, sadar-sadar nanti sudah tiba giliran kita untuk pergi.

Sedangkan kantung bekalan masih belum diisi.

Rehatlah sekadar sahaja, kumpulkan bekalan dan air minuman secukupnya.

Kerana perjalanan seterusnya lebih mencabar dan masih terlalu jauh lagi…

 

wAllahuaklam

 

 

Thursday, October 1, 2020

siApAkaH gUrU seBeNAr kAmu ?

 

dikala susah, waktu itulah kamu akan kenal siapa yang bersama denganmu.

 

Hari ni 1 oktober 2020, hari khamis Bersamaan 14 safar 1442H

 

Berdasarkan dari tag line kat atas tu, aku saje nak kenang-kenang semula kisah silam aku. Meskipun takde la silam sangat pun. Sebenarnnya aku takde idea sangat nak menulis dalam bab ni. Sebab bagi aku sesuatu perkara yang tak berapa best untuk didengar tu aku malas nak simpan dalam-dalam disudut kepala otak aku yang dah kematu ni. Tapi kalau tak simpan langsung pun tak boleh juga. Bukan ke pengalaman tu adalah guru yang terbaik. (jawapan kepada tajuk entry kali ni) Jadi, kita simpan-simpan la di tepi-tepi sudut otak yang ada space sikit tu. Ingat !! jangan simpan dalam-dalam, simpan kat tepi-tepi je.. jadi kalau space dah penuh, senang kita nak remove kisah tak best tu ke folder recycle bin.. haha…

 

Sekali lagi aku ulangi, sebenarnya tag line ni tak berapa bagus untuk mendidik hati menjadi sufi, walau bagaimanapun kena juga disimpan sikit untuk dijadikan panduan pada masa depan. Seeloknya sesiapa yang terbaca entry kali ni, ambil lah yg positif, tinggalkan yang bersikap negatif.

 

Aku teringat pada beberapa orang kawan aku, yang mana kawan ni boleh la dikategorikan kawan waktu susah. Maksud aku bukan waktu aku susah, tapi sebaliknya waktu mereka susah, barulah mereka muncul. Tapi bila senang, hampeh, bukan kata call tanya khabar, wasap pun langsung takde. Padahal kalau setakat wasap tu bukan kena caj pun… tapi inilah sikap manusia yang aku katakan tadi. Berkawan sekadar waktu memerlukan saje. Aku rasa korang pun mungkin pernah mempunyai kawan seperti itu kan?.

 

Kisah pertama, seorang jiran meskipun tidak bersebelahan dengan rumahku, tapi masih tinggal setaman denganku. Dia hanya bertandang ke rumahku apabila mermerlukan sesuatu pertolongan. Andainya tiada apa yang dia perlukan, lalu didepan rumahku pun buat tak nampak je. Padahal aku sedang menyapu daun kering didepan rumah. Pelikkan? Pernah sekali dia minta aku menaipkan surat berhenti kerja. Aku pun bertanya, sudah fikir masak-masak ke nak berhenti kerja, zaman sekarang ni susah nak cari kerja. Lagipun usia kita dah agak lanjut, tanggungan pun dah makin bertambah, susah nanti kalau tak dapat kerja

 

Jawapannya dia dah nekad ingin berhenti. Akhirnya aku taipkan lah juga surat berhenti kerja yang diminta tu. Selang beberapa hari dia datang semula kerumah ku, bercerita bahawa dia tak jadi berhenti kerja, kerana bos telah manaikkan gajinya. Alhamdulillah, bagus la tu. Cuma apa yang tak bagus nya, dia boleh cakap, “nasib baik aku tak hantar surat yang kau buat tu, kalau tak, melepas aku”.. (aik !! Aku pulak yang disalahkan kerana menaipkan surat berhenti kerja untuk dia, aku yang suruh dia berhenti ke, atau dia yang mintak tolong aku taipkan?.. kompius aku). Lepas tu dia terus berlalu dengan reaksi seolah-olah marah kepada aku.

 

bukan sakadar kisah surat berhenti kerja je, banyak lagi keadaan yang mana bila dia memerlukan bantuan, dia kan muncul dalam hidup aku, bila tiada apa-apa keperluan, hilang tanpa jejak. Termasuklah ketika dia hendak membuat kenduri. Aku lah yang mengambilkan barang-barang keperluan masakkan dari kampungnya. Kebetulan pada masa tu aku memiliki sebuah van yang cukup luas untuk membawa segala bagai barangan, kuali, periuk belanga dapur gas, tungku, besen, tong tadahan air dan sebagainya. Yang lebih malang, duit minyak pun tak hulur. Bukan dekat. Lebih kurang 60km sehala tu.

 

Kisah kedua.

Seorang kawan yang memang aku dah kenal dari zaman sekolah rendah lagi. Cuma tidaklah rapat sehingga menjadi sahabat baik. Sekadar kawan biasa sahaja. bila terjumpa menyapa. Bila tiada, tidak mengapa. Bila dah dewasa, juga menjadi seorang jiran setaman dengan ku. Hubungan kami besye besye je. Sama seperti masa zaman kanak-kanak dulu. Pernah suatu malam. Sekitar jam 2 pagi loceng rumah ku berbunyi….  Aku yang baru abis duty sukarelawan polis jam 12, baru je nak melelapkan mata. Kebetulan pula esok aku duty jam 8 pagi.

 

Diringkas kan cerita, rupanya kereta milik beliau yang telah dijual setahun yang lalu kepada seorang kenalan, tanpa melalui proses tukar nama, hanya sambung bayar, telah dijual kepada pihak ketiga. Yang lebih malang pihak ketiga tersebut tidak pernah menjelaskan bayaran bank. Dan yang lebih membuatkan malang berganda-ganda ialah, pihak ketiga itu adalah seorang bonzer sebuah disco. Pecacai penarik kereta wakil bank pun tak berani nak tarik. Sudahnya ‘kawan yang tak berapa serupa kawan’ itu lah yang terpaksa berdepan tindakan mahkamah. Dan hampir di senarai hitam.

 

Di pendekkan lagi cerita, pihak bank setuju menangguhkan senarai hitam tersebut dengan syarat dia menyerahkan semula kereta tersebut kepada pihak bank. Tidak menyakini diri sendiri untuk berdepan dengan seorang bonzer, maka akulah yang diajak untuk mengambil kereta tersebut.

 

Di pendekkan lagi cerita. Malam keesokkannya aku bersama ‘kawan yang tak berapa serupa kawan’  tu berdepan dengan bonzer tersebut di disco tempat dia berkerja... kalau nak tiru cakap zul kapan. “lu banyak sailing wo, lu belani datang wa punya kawasan, mau talik wa punya keleta, jangan sampai wa kasi senggat sama lu”…

 

Alhamdulillah, berbekalkan sedikit doa dan beberapa petikan dari Al-Quran, dengan senang bonzer tersebut menyerahkan kunci kereta tersebut kepada aku. Malah bonzer tu ingin belanja aku minum di disco tempat dia berkerja. Dengan ringkas dan sopan aku menolak, “tq, sorry I’am not drink.” Dengan rasa bersalah bonzer tersebut menjawab “owh sorry”.. “it’s ok” jawab ku mesra. (Sebenarnya bukan mesra pun, tapi seram gak, abang kawasan ni yang aku gegar)

 

Inilah satu bukti kehebatan Qalamullah mengatasi segalanya. Dan hebat juga aku katakan kepada bonzer tersebut, kerana walaupun kereta nya aku dah ambil, dia tak berniat nak memusuhi aku, sebaliknya hendak belanja aku minum. Dan lebih hebat lagi ‘kawan yang tak berapa serupa kawan’  tu, langsung tak de offer aku minum. Dengan selamba dia cakap “dah nak subuh la man, esok pagi aku kerja, lain kali lah kita minum.” .. aik! Aku tak perlu kerja ke esok?

 

Sattle je dapat kereta dia semula, terus hilang ingatan agaknya. Haha.. terus tak kenal aku lagi. Berselisih dalam masjid pun, pandang macam tak kenal. sehingga ke saat aku manaip entry ni pun dia tak pernah menelefon aku atau ajak aku minum.

 

Sebenarnya aku tak mengharap pun belanja dari dia, atau upah, atau bayaran atas bantuan yang dah aku lakukan. Jauh sekali mengharapkan penghargaan. Cuma aku tertanya-tanya “begini ke sikap seorang kenalan dari kecil, bila dewasa berjiran dengan aku?” mencari aku hanya bila dalam kesusahan saje. Tak terpikirkah dia 2 malam tidur aku terganggu, malah mengadaikan keselamatan diri, berdepan dengan bonzer di dalam disco bonzer itu sendiri semata-mata menguruskan masalahnya.

 

Kisah ketiga. Paling tragis. Dan betul-betul meninggalkan beban dalam hidup aku, malah masa aku menulis entry ni, bebanan yang aku maksudkan tu masih belum sattle. Juga kisah seorang jiran.

 

Berusia tua setahun dari aku, berkerja dikilang membuat pintu kayu nyato,  mempunyai anak seramai 5 orang, semua masih kecil. Rumah yang didiami adalah rumah sewa. Mempunyai sebuah kereta wira atas nama abangnya. Kenapa usia sudah mencecah 30’an masih tiada rumah sendiri dan tiada kenderaan yang bebas hutang?.. jawapannya kerana kesilapan lalu. Hidup berlandaskan kehendak nafsu. Orang perak kata “ bio pape asal bergaye”.. penghujungnya suami isteri blacklist.

 

Diringkaskan cerita. (dalam entry kali ni terpaksa banyak ringkasan cerita, sebab macam yang aku dah tegaskan dari awal tadi, cerita yang tak berapa elok ni, tak payah dikenang-kenang sangat. Cukuplah sekadar dijadikan panduan masa depan, so kita pun cerita ringkas-ringkas je) hampir setiap bulan aku lah tempat mengadu. “Susu anak abis, kereta belum bayar, sewa rumah tangguh tengah bulan, beras tinggal sikit, malam makan lempeng je, anak sakit perut, takde bekal bawak kesekolah, jauh sekali duit belanja.” Dan berbagai lagilah.

 

Korang pun paham, kalau ‘ayat-ayat killer’ ni melintasi telinga korang, apa sebenarnya yang dia perlukan….?............... yess… betul. Ayat sambungannya adalah “pinjam dulu bro, gaji bulan depan kawan bayar. Bulan ni teruk sangat sebab kilang takde OT”

 

Sebagai seorang jiran menurut tuntutan agama, apakah tindakan korang?.... yess… betul sekali lagi.. siasat alakadar kebenarannya, jangan banyak sangat soal, tak payah timbulkan masalah birokrasi, bantu…

 

Sebulan, dua bulan.

setahun, dua tahun.

cerita yang sama masih berulang lagi.

hutang yang diberi masih berbaki.

Pinjam dua ratus, bayar lima puluh putus-putus.

bulan ni bayar, bulan depan belayar.

awal bulan sendu, hujung bulan mengadu.

Bukan sekadar cap kepala agong, kadang kala kereta buruk aku pun kena payung. Alasannya kereta dia roadtax mati, Pernah sekali tu aku pun sengaja tak nak renew roadtax kereta aku supaya dia tak pinjam, tapi hebatnya, dia pinjam kesemua 4 bijik tayar kereta aku pulak. Alasannya kereta dia dah hidupkan roadtax, tapi duit dah takde nak tukar tayar. Nak balik kampung bahaya jalan jauh, tayar dah nampak benang.

 

Sebagai seorang jiran, dan memikirkan keselamatan anak-anaknya yang masih kecil, apa tindakan korang?.... yess… betul.. sekali lagi, dan lagi, dan lagi.. aku pun dah tak kira berapa kali dan lagi… Mungkin terlintas difikiran korang, “kenapa aku mesti membantu dia, suruh la dia mintak tolong dari adik beradik dia”. Betulkan?... ye betul, aku dah suarakan pendapat yang sama. Tapi jawapannya, adik beradik dia pun bermasalah. Terbukti dengan satu kejadian, abang dia sendiri pernah meminjam duit aku sebanyak RM600, katanya nak bayar duit kereta. Tapi ok la, bulan depannya dia sattle abis, walaupun agak susah juga la nak menagih duit sendiri, dah mengalahkan pengemis aku dibuatnya.

 

Dipendekkan cerita sekali lagi. Akhirnya aku bersuara pada dia, “sampai bila bro, awak asyik nak berhutang?, belum abis hutang lama, nanti awak pinjam lagi. Abis bayar semua hutang selang sebulan dua awak pinjam semula. Kalau macam ni kat mana kesudahannya?” Mendengar soalan tu, aku nampak riak mukanya berubah, menahan malu dan rasa bersalah.

 

Untuk meng’cover line’ aku saje buat lawak, “kalau kawan jadi along dah lama kawan kaya makan bunga dari awak.”. aku nampak muka dia sedikit tersenyum walaupun masih kelat, kesan tamparan soalan aku tadi. Dia menjawab, “nak buat camane bro, dah memang kawan tak cukup, nk harapkan orang rumah, orang rumah pun blacklist, Kalau clear, boleh buat fast loan dari bank, pastu bulan-bulan kawan boleh bayar sikit-sikit. Hutang awak pun selama ni kawan bayar, Cuma sikit-sikit la, nak one shoot memang tak mampu. Kalau kawan tak terdesak, takkan kawan nak tebalkan muka pinjam dari awak.” Dia menyambung lagi “orang rumah kawan nak bantu, kerja, tapi awak tengok la, anak kawan berderet macam anak pokok pisang, sapa nak jaga, hantar taska, upah taska lebih mahal dari gaji yang dapat”. Betullah tu.

 

Aku mencadangkan dia supaya buat kerja partime. Dia menjawab. “Tak payah partime bro, kalau kilang kawan banyak order, memang kawan OT sampai kul 7 atau 9 malam. Memang cukup untuk kegunaan sebulan, Tapi kadang kala sebulan dua kilang takde OT, harapkan gaji pokok je, tu yang kawan sangap. Lagipun kalau kawan keje partime mana boleh dapat banyak macam kawan OT”.. sekali lagi aku jawab, betullah tu. “tapi sampai bila awak nak hidup macam ni, anak-anak makin membesar, esok lusa masing-masing nak sekolah, perbelanjaan makin meningkat. Kalau awak takde saving dari sekarang, macamana nak servive?.” Dia jawab “tak tau la bro,mungkin Allah tengah uji kawan sekarang ni”. Sebenarnya aku pun terfikir juga, “bukan ko je yang Allah uji, aku pun mungkin Allah sedang uji, menghadapi kawan yang bermasalah macam ko ni”.

 

Dalam pada aku melayan apa yang terlintas dikepala tu, dia meluahkan, “kalau tak balcklist kawan dah lama pinjam bank, kawan nak bukak company buat perabot sendiri, kawan boleh buat perabot, kawan pun dah ada customer, tapi disebabkan makan  gaji, awak pun paham la bro, yang keje separuh mati kita, yang kaya cina. Mungkin dengan ada company sendiri baru hidup kawan boleh berubah… Dah lama kawan fikir bro, apa yang awak cakap, sampai bila nak hidup macam ni?, tapi apa boleh kawan buat. Kawan dah takde sumber”. Aku cadangkan dia mintak tolong dari adik beradik untuk buat pinjaman. Tapi sepertimana yang aku tau adik beradik dia pun bermasalah.

 

Dipendekkan lagi cerita, aku cuba nak jadi founder kepada syarikat yang dia nak tubuhkan tu, dia ada ilmu, tapi takde modal, aku pula takde ilmu dan modal, tapi boleh try buat personal loan. Dengan sokongan statement bank dan elaun bulanan aku sebagai sukarelawan polis dan sukarelawan pertahanan awam, ditambah lagi simpanan aku dari pendapatan kerja hakiki, melukis plan, insyaAllah boleh lepas kot.

 

5 perkara kenapa aku sanggup menjadi founder.

Pertama. Dia dah lama berkerja dan banyak pengalaman dalam bidang perkayuan, ok la tu, kata orang dah tau pahit, manis dan selok beloknya.

 

Ke-2. Dia dah bentangkan kira-kira, insyaAllah dalam masa kurang, atau selewat-lewatnya 5 tahun hutang bank boleh diselesaikan katanya.

 

Ke-3. Selesai hutang bank, syarikat tu nanti akan menjadi milik kami bersama.

 

Ke-4. Mudah-mudahan inilah cara aku dapat membantu dia. Macam orang cakap, sampai bila kau nak suap dia dengan ikan, bukan ke lebih baik kau belikan dia joran dan ajarkan dia cara memancing ikan.

 

Ke-5. aku sendiri, sampai bila nak kerja dengan cara orang muda, meronda, mengadai nyawa. Bergelut dengan penjenayah. Sampai satu masa pasti kerjaya ni akan tak sesuai dengan usia dan fizikal aku. Aku perlu mencari ilmu dan kerjaya baru yang lebih relax dan santai dalam usaha menyara keluarga. Betul la setakat ni aku ada job melukis plan, tapi ia masih bergantung pada kesudian consultant engage kita.

 

Sekali lagi dipendekkan cerita. sebulan kemudian aku lulus membuat pinjaman bank, progress kami membina sebuah bengkel diatas tanah peninggalan arwah bapa aku mengambil masa lebih kurang 2 bulan. (tapi aku meletakkan diri aku sebagai penyewa tanah tersebut, sewa bulanan aku bayar kepada mak aku) Pada bulan ke-4 kami mula memasukkan mesin-mesin pembuatan perabot. Abis licin RM35 ribu. Sambil-sambil kami membina bengkel kami telah mula mempromosikan pada kawan-kawan dan media sosial berkenaan syarikat itu. HIJRAH INTERIOR DESIGN. Ye, itulah nama yang kami pilih.

 

Tapi malangnya pada bulan ke-5 satu berita mengejutkan terjadi. Dengan selamba dia cakap, “sorry la bro, kawan tak boleh teruskan buat job dengan awak, sebab company kawan dah tau, kawan setup company sendiri. So boss panggil kawan berbincang, dan dia dah naikkan gaji kawan”. Aku cuba memujuk dengan berkata, “Alhamdulillah, bagus la tu, dapat juga awak naik gaji, kalau tak kerana boss takut awak lari, mesti dia tak naikkan gaji, tapi takpelah itu rezeki awak, kan sebelum ni awak yang cakap. Tak perlu berhenti kerja, teruskan kerja macam biasa, Cuma kita cari job dan siapkan selepas waktu berkerja, anggap je macam kita OT, lama-lama nanti bila job kita dah banyak, dah tak sempat nk buat waktu malam, kita pun dah ramai customer, baru kita fokus pada company sendiri, masa tu barulah kita berhenti kerja”.

 

Dia menjawab, “tak boleh bro, kalau kawan OT dah tentu-tentu kawan ada extra income, tambah lagi dengan gaji kawan dah naik, kalau buat job sendiri dengan awak, mana nak bayar hutang bengkel, mana nak bayar sewa tanah. Lagipun bukan senang bro nak berniaga ni, lebih senang makan gaji, dah tentu-tentu tiap bulan ada gaji”. aku terkedu dan rasa seolah-olah aku dah kena checkmate.

 

Berbagai persoalan berputar dikepala otak aku, Siapa nak bayar hutang bank yang mencecah 70k termasuk interest, siapa nak bayar sewa tanah, apa aku nak buat dengan bengkel dan mesin-mesin ni semua, aku bukannya tau bidang perkayuan.

 

Dipendekkan lagi cerita, akhirnya aku terpaksa menyewakan bengkel tersebut. Tapi malang terus melanda, sewa entah kemana, peralatan dan mesin sering rosak. Biasalah tu, sikap segelintir penyewa yang tak bertanggungjawab. Belum lagi cerita mesin yang hilang tanpa jejak. Seolah-olah telah kecewa dengan peristiwa yang berlaku, aku malas nak menguruskan bengkel tersebut. Rosak, biarkanlah. Hilang, lantaklah… Keluar penyewa lama, masuk penyewa baru, namun ceritanya masih sama.

 

Dipendekkan lagi cerita, setelah hampir 3 tahun aku berhempas pulas, potong sana, tampung sini, korek sana tampal sana. Akhirnya ada seorang penyewa yang baik dan bertanggungjawab. Bukan sekadar menyewa bengkel aku, malah dia  mengambil aku sebagai perkerja. Alasannya aku dapat belajar tentang pembuatan cabinet. Mudah-mudahan satu masa nanti aku boleh menjadi seorang pembuat cabinet seperti yang aku angan-angankan dulu. Nama je pekerja, tapi gaji yang paling mahal pernah aku terima hanyalah RM300, sedangkan kebiasaannya seratus lebih saje. Aku bersyukur dan redha dengan ketentuan Illahi, dan aku setkan di minda seratus itu bukanlah gaji, sebaliknya elaun pembelajaran ku.

 

Alhamdulillah hampir setengah tahun aku menjadi pekerja kepada penyewa bengkel aku sendiri. Dan selama itu jugalah bergelumang dengan plywood, formeca skrew, gam, tak kurang juga habuk kayu. Malah melayan kerenah pelanggan yang berbagai ragam dan selera. Setiap ilmu yang aku temui, aku hadamkan sebaiknya. Akhirnya aku telah mula berani mencari pelanggan sendiri.

 

Walaupun masih rasa takut-takut, tapi Sulaiman banyak menjadi pencetus semangat kepadaku. Aku masih ingat kata-katanya “sampai bila ko nak mengharapkan orang, ko dah terjun sebelah kaki ni, modal dah berpuluh ribu hangus, jangan terus tambah kerugian, ko mesti ingat, kerana mengharapkan orang la ko jadi macam ni.” Sekali lagi aku bersuara dalam hati, betullah tu.

 

Satu demi satu, sepuluh demi sepuluh, namun taklah sampai seratus demi seratus job datang kepadaku. Alhamdulillah, dari situlah ZAMAN SENIREKA PERABOT di daftarkan dibawah SSM. (ringkasan nama wife dan nama aku)

 

Berbalik kepada kisah jiran aku tadi, dan diringkaskan cerita untuk kali terakhirnya dalam entry aku kali ni. Dia masih dengan cerita lama, “kereta belum bayar, sewa rumah tangguh tengah bulan, beras tinggal sikit, malam makan lempeng je, anak sakit perut, takde bekal bawak kesekolah, jauh sekali duit belanja.” Cuma bezanya susu anak dah tak diperlukan, kerana anak-anaknya dah bersekolah. Tapi diganti pulak dengan kereta yang asyik meragam.

 

Dan untuk terakhir kalinya aku nak tanya korang seperti permulaan kisah ketiga ni. bila ayat killer melintasi cuping telinga korang, apa tindakan korang kali ni?..... yess,,, betullah tu. Aku jawab, “dah la bro, kawan memang dari dulu kesian kan awak, tapi yang sedihnya takde orang nak kesiankan kawan. Sekarang ni kalau awak cakap takde beras, berapa ringgit je harga beras sekilo? Macamana pulak kalau kawan tanya siapa nak bayarkan hutang 70k tu. Bukan sekadar beras, bendang pun boleh beli rasanya dengan duit sebanyak tu. Kalau tak bayar nanti, tak pasal-pasal kawan pulak yang blacklist.”

 

Seperti awalnya juga, aku perasan riak mukanya berubah. Tapi kali ni aku dah tak meng’cover’ line lagi. Sebaliknya hati aku bersuara, “lantak pi kat hang la… Masa suasah hang carik aku, la ni aku susah, aku nak cari siapa?”

 

**perkara sebenar dari sebalik kebenaran.

 

Sebenarnya entry ni bukan lah nak menceritakan tentang perangai buruk seseorang. Sepertimana yang aku dah tegaskan pada awal-awal penulisan. Sebaliknya aku nak mengingatkan diri sendiri dan korang yang terbaca entry ni bahawa kehebatan Qalamullah dalam kisah ke-2 dan kegagalan aku kesan dari meninggalkan istikharah dalam kisah ke-3. Rasulullah SAW bersabda: “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya. Dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

 

wAllahuaklam…

 

 

# kata nak buat entry pendek je, tapi panjang berjela juga kisah ni, maklumlah sekali lumpsum 3 kisah.

 

# dalam pada mengusahakan zaman senireka perabot tu, beberapa kali juga dia datang meminjam, tapi aku tak bagi wang sebaliknya aku bagi dia kerja partime dan bayar gaji.

 

# nama je partime, tapi aku membayar gajinya sehari bermula dari RM80 hinggalah RM100, namun dia masih mengatakan tak cukup, akhirnya dia minta sehari RM150. Dan itulah job terakhir aku mengambil dia sebagai pekerja partime.

 

# sulaiman berhijrah ke Selangor kerana mengikuti isterinya, setelah beberapa bulan aku melahirkan zaman senireka. Sebab itu ikhlas aku katakan kehadiran sulaiman adalah benar-benar dihantarkan olah Allah kepadaku.