Wednesday, April 28, 2010

buAh-bUahAn, bUah TanGAn, bUAh fiKiRan

entry kali ni ni saje nak upload gambo buah-buahan, yang boleh dijadikan buah tangan, so bila bertandang rumah kengkawan jgn kedekut nak bwk buah tangan, bila dah jumpa lak, mula la menyembang dan boleh mencetuskan buah fikiran. boleh g2? hehe........




masa kecik2 kat kg dulu. pokok jambu air keliling rumah je, bila tiba musim berbuah, naik jenuh nak menyapu yang gugur, tp skrg, buah jambu dah masuk pasaraya, kalau nak makan jambu naik jenuh nak membayar. mahal tu sekilo sampai 6-7ingget.


dah lama xg bercuti kat cameron. last 5 tahun lepas. bila lg nak g ek????

boleh petik strawberry fresh dr pokok.


buah durian kampung. beli kat econsave,

sekilo rm3.99. tp puashati makan.....

jgn ada yg terus lapo lps ni dah leeee,,,,

( sebarang kelaparan, mahupun kebuluran adalah tanggungjawan sendiri)

mcm signboard kat parking kete lak... hehe

Monday, April 26, 2010

bErkHidmAT uNtUK nEgARa paRT 5(2)


hari ni datang pejabat dengan keadaan lepak sesangat. mata ngantuk, badan letih. jiwa xberapa nak tenang...

segalanya berpunca dari perjalanan kursus JPAM tuk minggu ke-2. hari sabtu 24hb abiskan semua subjek, teori & praktikal. xcukup dengan tu, kena lanyak kawad kaki. sampai kul 6 ptg. perrgh.... sadis tul.

25hb cam biasa seawal 7.50pagi, naikkan bendera, kawad kaki. pastu ulangkaji sepintas lalu sume subjek. pastu..... saat yg dinantikan. exam teori. walauwei soalan, mengalahkan budak sekolah tadika. byk soalan trick...... naik rehat. exam amali lak. aduss ni lg menyedihkan, kena buat sorang2. masuk dewan exam dengan kawad kaki lak tu..... berdebar, gugup, sengal, gayat, sume perasaan la ada..... masing2 takut nak starting.... aaahhh lenjan je la beb. mengelak2 pun nnt kena gak. lg lama tgu lg tekanan mental beb. lum lg cite mood tester yg dah semakin hangin nnt...... so redah je. jd org terawal mengadap tester. so kesimpulan dari sume cabaran, Alhamdulillah rasanya kalau xdpt jd pelatih terbaik pun rasanya boleh lulus kot.......

harap sume member yg amek exam tuk siri 2/2010 ni sama2 lulus....Amin.....

kopral Abd. Rashid @ kopral Misai @ kopral rongak

(yg last tu panggilan paling mesra alam)

mula kenal muka nampak bengis, tp sebaliknya dialah yg banyak menghilangkan tekanan perasaan sume pelatih dengan lawak2 selambanya.



kopral Mohd Toha. masih muda belia, tp ada bakat memimpin dan banyak membakar aku tuk bersama2 dia terjerit di padang kawad. (aku kena paham2 sendirilah apa maksud dia tu).

apa yg boleh aku katakan pada dia dalam hati "Insyaallah kopral"




Thursday, April 22, 2010

keNAnGAn tAkKAn bEruLAng

bebaru ni terjumpa seorang junior masa kat vokay dulu. dia bagitau vokay ada buat reunion untuk exstudent dari 1st batch sampai la ni. apalagi bergegas menceroboh masuk ke alam maya tuk cari dan mencari FB tersebut. dan hasilnya.......


aduh sayu sungguh rasa hati, bila dapat melihat kembali sekolah yang dah 20 tahun ditinggalkan. terasa kalaulah kenangan boleh berulang nak je rasanya belajo pepandai dan buru semula cita-cita nak jadi cikgu makanikal..... tp sayangnya kenangan mustahil akan berulang. yang pergi tetap akan pergi, yang baru akan silih berganti. namun aku tetap bersyukur dengan kurniaan Illahi yang telah meletakkan aku disini.....



dimanakah mereka ni semua??

dari kiri : staff sarjan zaki,

(sarjan kecik, yg ni xpyh cari, tgh menaip ni ha),

kopral faizal &

sarjan sapa ntah (lupa nama dia, tp dia ni adik ipar cikgu nasir)

teringat lagu ella.

jika mimpi masa silam, bisa kusimpan dalam kaca jadi perhiasan

pasti aku sentosakan, zaman ria kanak-kanak



Monday, April 19, 2010

bErkHidmAt uNtUk nEgaRa part 5


hari yang ditunggu kini telah tiba.


minggu pertama kursus telah berakhir semalam. tinggal minggu ke-2. hujung minggu depan, beserta ujian teori n amali. harap2 lulus la exam ni. x kalu....boleh terkubur impian nak berkhidmat untuk negara.


peh, perjalanan 2 hari yg cukup tertekan. pagi sabtu. seawal 7.15 aku dah berada kat pejabat JPAM JB. walaupun aktiviti bermula jam 7.50am..... dah lama tinggalkan sekolah, dah selama itu gak xmenyanyikan lagu Negaraku. so pagi ni kirakan memecah rekod selama 20 tahun lagu Negaraku xdinyanyikan dari mulut aku.


lepas naikkan bendera, kawad kaki. amek ko..... dulu selalu bagi command, terjerit2 marah anak buah, dera diorang..... sekarang, rasakan. padan muka aku. hehe. macam nak tercabut kaki, tarasa pendek sebelah lak kaki ni, mana tak nya selama 2 jam menghentak tar. lagi 10 min nak rehat. stamina aku dah xde, walaupun berkawad dibawah panas matahari dan bermandikan peluh tp, badan aku mula terasa sejuk, perut memulas, tekak terasa mual n pandangan mata dah mula kabur......... xleh jd ni sebelum terus gelap baik info pd komandan utk take 5.


lepas minum pagi, masuk kelas. dok dalam aircond. aah lega sikit. tp mengantuk la pulak..... mmg patut la ngantuk pun, mlm td abis rondaan keselamatan dah kul 4.00am balik mandi rehat jap dah azan subuh terus bersiap ke kursus ni. mmg xcukup rehat, makan apatah lagi, cuit sikit2 je..... mmg layak pun kl aku terus pengsan masa kawad td.......


kelas abis 4.30pm, bergegas balik kerumah nak cari bahan santapan dan bantal..... sekali dapat bahan santapan terperanjat org rumah tgk. dah mcm hantu raya yg makan..... lepas maghrib, terus tido, 9.30 bangun mandi sekali lg solat isya'. terus ke Balai Polis Pelangi Indah. ada rondaan BCJ. mlm ni balik awal sikit kul 2. sbb takut kawad esok tumbang lg..........


alhamdulillah hari kedua kursus segalanya berjalan lancar. dari kawad sampaila teori dlm kelas. xde rasa nak pitam2. ngantuk pun xsgt sbb dpt tido mlm td, wlpun beberapa jam je....... kursus hari ni abis lewat sikit, sbb sebelum balik ada kawad n turunkan bendera.......


sambung hujung minggu depan, sebelum part2 seterusnya menyusul sehinggalah aku betul2 mencapai impian BERKHIDMAT UNTUK NEGARA...... tu pun kalau ada rezeki....


wassalam

Friday, April 16, 2010

rindu, RINDU, riNDu

pagi jumaat ini.
16 April 2010

tetiba terasa rindu.
tetiba terasa sayu
tetiba terasa pilu.

rindu pada suasana kampung
sayu pada semua yang ditinggalkan
pilu mengenangkan hidup diperantauan

cuti sekolah bila ek?
terasa nak balik kampung la....
tapi org umah kan tengah kursus.
boleh ke dia tinggal kelas......
Adusssss.........

rindu nak tengok bunga ni kat sekeliling rumah, bila bangun pagi.

rindu nak tengok pemandangan ni sambil melepak bawah rumah, bila cuaca hujan. ditambah lagi pekene kopi kampung.

dan satu-satunya, sistem pendawaian TNB yg dah x dilakukan lagi dikawasan bandar. mungkin sistem pendawaian ni, xlama lagi dah boleh masuk muzium.

aaahhhh... semakin kacau jiwa ini, dan semakin memberontak perasaaan ini tuk berehat dikampung...

Tuesday, April 13, 2010

bERkHidMat uNtUk nEgaRA pArt 4


pagi sabtu
10 April 2010

hari ni bersiap awal, bukan nak ke pejabat tp nak ke BBU sbb ada orientasi kat JPAM. cam biasa rutin harian, hantar anak ke nursery dulu.

7.50am dah sampai kat bangunan JPAM daerah JB. mak ooi ramainya mahluk, sampai xde parking. dalam ramai2 mahluk tu terjumpa semula Din dari F. Sayong dan Hisham dari Kulai. members ni baru kenal masa interview bulan lepas.

8.30am sessi bermula. penerangan demi penerangan, syarat demi syarat, aturan demi aturan, bawaklah ke larangan demi larangan. peeerrrggghhhh, terasa jd mcm budak sekolah semula. terasa kekok pun ada, maklumlah aku ni dah berpuluh tahun meninggalkan zaman persekolahan.

tp satu ayat yg cukup berkesan bila diluahkan oleh penceramah. "sila pastikan tuan-tuan mematuhi segala peraturan yg telah ditetapkan disini, tak kira siapa pun anda diluar. apajua jawatan anda, besar manapun gaji anda, selagi anda berada didalam kawasan JPAM ini, sila ikuti arahan yg ditetapkan disini. sekiranya anda rasa tak boleh patuhi segala arahan, xsesuai untuk menjalani kursus ini, tolong jangan buang masa, pintu sentiasa terbuka untuk anda beredar". peergghh manisnya kata-kata. sungguh menyedarkan aku dari melayan mata yg dah semakin layu, hehehe. sbb malam tadi aku ada rondaan keselamatan sampai kul 2am. ngantuk tu......

orientasi tamat jam 12.30tgh. so kursus berjalan selama 4 hari bermula dari 17/4, 18/4, 24/4 & 25/4. dalam xcited nak menjalani kursus ni, ada gak rasa nebes. mau taknya. aku ni dah kategori tua bolah ke bersaing dengan belia remaja disekeliling aku dalam dewan ni? lastday kursus ada exam teori dgn amali lak tu.... perrrgghhh xlulus kalu, jangan harap mau dapat itu nombor body. so boleh bla.... kira buang masa je lah selama 5 hari, buang duit je amek cuti, buang minyak je berulang kesini.

harap-harap otak aku yg dah keras kematu ni boleh berfungsi dengan cemerlang, gemilang, terbilang. jangan jd temberang dah la....... hehehe.


wassalam....

Tuesday, April 6, 2010

keBOsaNan yG mELaNDa

hari ni,
kat office xtau nape bosan je.

agaknya dah xde mood kot nak menhabiskan sisa2 hari bertugas kat sini. keje2 yg urgent pun banyak dah sattlekan. tinggal yg 'kapcai2' je. bukan yg kapcai xnk siapkan tapi kena tunggu dari pihak arkitek punya kelulusan yg KIV.

merayap kat alam maya.
dari 1 ke satu destinasi aku singgah. pun masih bosan. halfday pun bagus gak ni. lagipun ada keje kat umah tu yg nak dibuat. edit gambar, basuh baju, masak. kemas pokok bunga. berpekdah gak rasanya.

perkara yg menambahkan kebosanan.
yg ditunggu2 xkunjung tiba kot...... bukan tunggu seseorang tau. tunggu panggilan dari JPA. isik borang dah, interview pun sudah. tuari masa interview kata, awal bulan 4 ada kursus tp sampai la, senyap je. semalam adalah pegawai dari JPA call tp, salah call rasanya. ada ke dia panggil interview lg. setau aku interview tuari dah lepas...... apa ni bosannya.... pastu dia leh cakap oh tersalah, sepatutnya En tunggu call untuk orientasi. xpelah xhari ni esok pejabat ni akan call en semula untuk panggil jalani orientasi yg akan dijalankan hujung minggu ni....... adusss lagi parah. dah terlanjur call tu terus je lah bgtau. berkenaan orientasi tu.........aaahhhhh bosannya....

xpelah dah dekat kul 12 ni boleh balik kot.


tengok pokok pun xhilang bosan....... layan lagu lah plak......



xhilang gak boring................. sah kena balik rumah. mandi, amek wuduk, solat sunat, mengaji......

p/s pagi tadi lepas subuh xmengaji, patut la boring...... hehehe....... tau pun punca.....

balik la...
wassalam

Monday, April 5, 2010

pikom PC Fair

sabtu 3 april 2010

balik keje terus g Pesada Johor. saje nak menambahkan ramainya umat kat kat sana tu. sambil tu saje nak tgk2 apa2 yang boleh menghabiskan duit.

sampai pesada, dah mula hujan renyai2. peh 'ramainya kereta' sampai parking kat bahu jalan. aku sendiri kena tawaf 2 kali, pun masih tak dapat parking gak. lastly naik parking kat car park pesada la. sekali masuk RM5.00 peh. mahal tuuuu. xpe la dari park kat bahu jalan kang kena angkut dengan MBJB lagi naya, berapa lak nak kena bayo tu?.... rasanya lagi merugikan.

rayap2, tinjau2. fuh sesak dengan manusia. kalau jatuhkan sebijik asap pemedih mata je rasanya ramai yg arwah, sebab berasak2, boleh mati kena pijak.....belum jatuhkan sebijik bom.....

dah terlanjur meninjau ni rasanya mcm xbest lak kalau balik tgn kosong je. nampak EPSON TX110 printer. mcm best je mahluk rekaan manusia ni. bukak volet, banyak lagi not 50 ni.... nak xnk, nak xnk. aahhhh amek je la. Lexmarks aku pun dah buat perangai tu. so bawak balik sebuah epson dengan rege RM238. nampak itu nak itu, nampak ini nak ini, kopak dak dekat RM500.

keluar dari pesada dalam kul 2.45... eh hujan lebat rupanya. kat dalam tadi xperasan sbb riuh rendah dan hirup pikuk dengan manusia. sempat shot sekeping dua gambo dari level A6 carparks pesada....


wassalam