Thursday, July 30, 2009

meREka YaNG rEbAh

Dah dekat seminggu aku tak dapat mamatuk dalam blog ni, maklum la sibuk sesangat dengan tanggungjawab sebagai seorang kuli.......

ntah bila gaknye impian aku yang dah ter'carry foward' beberapa tahun kebelakangan akan jadi kenyataan. bukan merungut dan jauh sekali mengeluh pada ketentuan Illahi, tapi sekadar bertanya pada diri sendiri. adakah semua yang diharapkan itu akan menjadi kenyataan atau hanya sebuah khayalan yang tak bertepian.....

walau macamana pun aku tetap bersyukur kerana masih mempunyai kerjaya. manakala matlamat dan impian aku tu hanya aku sasarkan sebagai satu bonus je dalam pengembaraan ini. seandainya tercapai maka extra lah dari laluan biasa, jika sebaliknya, masih tak mengapa kerana aku masih perolehi laluan seperti biasa. namun sebagai hamba yang bergelar manusia aku tetap mengharapkan agar Allah swt menjadikan sasaran bonus yang aku impikan itu menjadi satu kenyataan, sebagaimana mengharap bonus oleh seorang pekerja dari majikannya.........

dalam kesibukan aku melaksakan tugasan pejabat, yang terkadang sampai terbawak balik kerumah tu. tak tau kenapa kepala aku boleh teringat lagu yang selalu 'main' kat tv hitam putih bapak aku dalam tahun 80'an dulu. masa tu RTM1 je yang ada pun. tajuk lagu tu mereka yang rebah. lagu ni berkisarkan tentang 'support' yang patut diberikan kpd penagih dadah......

kenapa dan mengapa aku boleh teringat lagu ni? aku pun tak tau. cuma bila diamati lirik lagu ni betul2, "peruntukkan sedikit masa emas mu, kerana mereka memerlukanmu". agaknya mengingatkan aku supaya tinggalkan semua kerja pejabat dan luangkan masa pada anak2 yang sedang membesar dan asyik nak ajak aku bermain je......... ada betulnya fikiran aku tu, sebab dah 9 jam masa dikorbankan untuk mencari nafkah. takkan kat rumah pun masih nak curi masa dari anak2. padahal hanya berapa jam saje masa yang diperuntukkan untuk mereka. abis kuat pun tiga empat jam je. pukul 10 mlm anak2 dah masuk tidur. esok pagi hantar ke nursery dalam keadaan diorang masih tidur. jumpa tak jumpa pun, petang, waktu balik kerja baru dapat bersama..................... ntah la, tak tau apa nak dikata, tp ni lah hakikat kehidupan yang sukar dinafikan............

kembali pada lagu mereka yang rebah ni. aku ingat lagi, lagu ni pernah kitorang gunakan untuk buat persembahan 'malam perpisahan' Kursus Kepimpinan dan Pentadbiran PBSMM. tahun 1991 bulan berapa tak ingat. masa tu aku sekolah kat SMV Kota Tinggi, sekarang ni dah upgrade SMTKT. PBSM daerah Kota Tinggi anjurkan kursus ni kat Sekolah Tun Habab KT (kalau tak silap aku la nama sekolah tu, dah terlalu lalu lama, sampai lupa). so ramailah studen mewakili sekolah masing2. pd mlm last tu setiap sekolah kena hantar wakil utk buat persembahan. korang pun paham la kalau dah kata kursus mana ada masa terluang, setiap waktu ada je program, mana ceramahnya, praktikal bantuan cemas, kaedah penggunaan peralatan, belum cite lagi kawad kaki, berkawal malam. so disebabkan kesuntukkan masa kitorang pun buat yg simple2 je la. walaupun segala macam idea canggih tercetus. lastly lagu ni la yg kitorang persembahkan, bagi tak nampak boring sangat pada persembahan tu, sorang kawan aku cadangkan diadakan lakonan sepanjang lagu ni dinyanyikan. kira macam klip video la kononnya.

turn demi turn sekolah buat persembahan akhirnya tiba turn sekolah Vokay. first aku ngan sorang junior aku naik pentas nama dia Azhar kalau tak silap. buat gaya mat gian tengah 'lalok' jalan memapah2 sambil tergigil2, pastu baru member2 lagi 8 orang naik nyanyikan lagu ni.... aku ingat lagi nak buat gaya seakan2 rokok kitorang gunakan pen reynold (pen ni takde dah sekarang ni. zaman dulu popular la. batang dia warna putih, tempat pemegang dia ikut warna pen. kalau dakwat biru, warna pemegang dia pun biru). kitorang bukak pemegang pen tu tinggalkan batang putih dia je, pastu kikis tulisan pada batang pen tu sampai pen tu jd bulat. asalnye dia bersegi. pastu koyakkan kulit kotak warna coklat yang kitorang rembat cikgu punya. balut kat hujung pen tu dengan loytape jernih. maklum la kursus kat sekolah orang. barang keperluan mana nak dapat. terpaksalah gunakan kreativiti sendiri........... hasilnya pen reynold tadi menyerupai sebatang rokok yang real.

selesai persembahan tu, member2 aku yang nyanyi tanya "kenapa tak ambik bunga tadi?" aku ngan Azhar jadi tertanya2 bunga apa lak........ rupanya masa buat persembahan tu member2 yang nyanyi kata ada dua, tiga 'budak pompuan' letak bunga kat tepi aku ngan Azhar. masa tu penonton semua tepuk tangan ada yang degil2 tu siap 'peewit' lg. tp tak tau sapa, yang pasti student sekolah lain la, sbb vokay takde student perempuan yang join PBSM. aku ngan Azhar memang tak nampak sebab masing2 tunduk gaya mat gian, padahal malu tak nak tengok audiance. cuma yang aku dengar suara dari speaker member2 aku nyanyi bergilir2 dengan sorakkan audiance.

abis persembahan, member yang menyanyi terus ke arah sudut kami melakonkan watak dan papah aku ngan Azhar turun pentas..... yang canggihnya ada 2 pegawai PBSMM dah tunggu kat tangga pentas, mintak kami serahkan 'rokok' tu. dengan suara tegas diorang tanya "mana kamu dapat rokok ni". bila Azhar tunjuk rokok palsu tu, barulah kami dibenarkan turun dan duduk semula kat tempat kitorang.......

kalau diimbas kembali zaman dari sekolah rendah sampai tamat sekolah menengah, banyak betul kenangan yang tersimpan dalam kotak memori aku ni. suka duka, pahit, manis, masin, payau semua ada. betul la kata orang, waktu paling best adalah zaman persekolahan.......

insyaallah aku akan cuba uploadkan dari benak ingatan aku ni 1 persatu memori ke blog ni, utk dijadikan tatapan waris aku kelak........ pada rakan-rakan yang terbaca blog aku ni dan bila diamati betul2 korang adalah salah seorang pemegang watak sebenar atau warisnya atau kenal pemegang watak dalam cite ni sudi2kan lah contact aku.......
wassalam

Friday, July 24, 2009

eRti sEbUAh KeMerdEKAan


"tunjukkan pada ku erti kebebasan sebenar.....peace"

siAPalah aKu, Dia dAN kAMu.....?

kisah ni berlaku 2 minggu lepas......
cuaca pagi jumaat tu agak murung, (sebenarnya tak de cuaca yg murung sbb apa jua keadaannya adalah Rahmat dari Allah swt.)

jam dah menunjukkan 12.30tgh. masa utk aku melupakan semua urusan dunia....... masa utk ke masjid mengambil peluang dan ruang utk menunaikan solat jumaat......

elok je aku parking bawah pokok kat tempat biasa. hujan terus turun dengan lebat. nampak gayanya terpaksalah aku berehat seketika dalam kete. lagipun masih awal lagi. zohor masuk pukul 1.09pm. makin aku tunggu mata makin layu. hujan makin menderu. sedangkan jarak masjid dengan tempat aku parking kira-kira 50M.......... menghampiri waktu 1.00pm, tak boleh jadi aku mesti redah hujan ni utk masuk kedalam masjid, kalau tak, gamaknya kesuntukkan waktu lah aku nak buat solat2 sunat. dan dah tentunya kuranglah pahala iktiqaf aku hari ni.

hujan agak reda sikit aku pun terus lari menuju ke masjid, diantara tempat aku parking dengan masjid tu ada sebuah bus stop. aku berenti kejap utk melipat seluar tinggi sikit supaya tak basah bila terpijak lopak. sedang aku terbongkok2 melipat seluar, tetiba aku disapa salam dari seorang 'bangla'. aku toleh kearahnya sambil menjawab salam beliau. dengan senyuman mesra beliau menarik tangan ku utk jalan bersama dibawah payung yg dipegangnya. tanpa berpikir panjang aku terus setuju. maklumlah waktu zohor kian hampir, manakala hujan turun tanpa tanda2 akan berhenti.

'bangla' tersebut memaut pinggang aku sambil tangan sebelah lagi memegang payung utk kami berlindung dari guguran jutaan air hujan. aku pun dengan rasa lega mengatur langkah seiringan dengan 'bangla' tersebut menuju ke perkarangan masjid. dalam pada kami melangkah aku perhatikan payung yang dipegang bangla semakin lama semakin condong kebahagian aku............. aku sedar sebagai seorang yang menumpang tak sepatutnya dia melebih-lebihkan aku. selayaknya dia mengutamakan dirinya....... aku tolak balik payung tu supaya condong kearahnya. tp dia berkeras sambil tersenyum dan berkata 'tapa-tapa' dalam loghat 'bahasa malaysia bangla'. jadi serba salam lak aku dibuatnya......

akhirnya sampai gak kami di perkarangan masjid. aku akhiri pertemuan bersama bangla tersebut dengan bersalaman sambil mengucapkan terima kasih. dia hanya tersenyum sambil menggoyang-goyangkan kepalanya dan berkata 'tapa'. oleh kerana hujan agak lebat dengan cuaca yg sejuk, seeloknya aku buang 'hajat kecil' dulu kat tandas. kalau tak nanti bila khatib berkhutbat, mesti terganggu perhatiankan dengan masalah ni. bila selesai urusan aku terus mengambil wuduk dan masuk kedalam masjid........ sedang aku hendak mengangkat 'takbir ratul ehram' utk solat sunat 'tahiyatul masjid' aku terperasan dari celahan tingkap seorang hamba Allah sedang mengibas-ngibas bajunya yang basah hingga dari bahu sebelah kiri hingga ke keseluruhan pinggang. manakala seluarnya basah hampir keseluruhan, sambil mengibas2 kebasahan tersebut sesekali dia memerah2 baju dan seluarnya.........

terhenti aku dari 'takbir ratul ehram' tersebut sebab bila aku perhatikan betul2 hamba Allah itu adalah bangla yang menumpang payung kepada ku tadi...... masyaAllah, tesentuh hati aku, sayu melihatkan keadaan bangla tesebut. sungguh mulia hatinya, sanggup membiarkan diri sendiri dibasahi hujan demi memastikan aku yang "menumpang" tidak basah........

Ya Allah sungguh besar kekuasaan Mu, memberikan aku pendidikan dan pangajaran tanpa perlu aku duduk di kerusi dan meja yang menghadap ke papan hitam yang berdiri seorang guru disebelahnya........ terus terang aku katakan belum pernah aku lakukan, mahupun terlintas di benak fikiran untuk aku membantu seseorang sehingga mengorbankan diri sendiri. namun apa yang telah Allah tunjukkan ini adalah sesuatu yang cukup memalukan bagi diri aku sendiri yang bergelar khalifah di atas muka bumi ini..........

seandainya do'a yang paling mustajab pada hari jumaat ini adalah duduk khatib diantara dua khutbah, maka aku peruntukkan waktu keemasan itu hanyalah untuk hamba Allah yang berhati mulia tersebut. semoga apa yang telah dia lakukan itu mendapat ganjaran nikmat dari Allah........ manakala andainya aku berkuasa memberikan segunung intan, nescaya hamba Allah itulah yang pertama aku kurniakan. dan seandainya takdir Allah menentukan satu penyakit akan di turunkan diantara aku dan dia, nescaya aku akan merayu kpd Allah swt, biarlah aku yang menanggungnya........

kini, kisah dan masjid tersebut hanya menjadi kenangan kerana pembinaan masjid Al-Istiqomah Taman Johor Jaya, telah siap sepenuhnya dan akan beroperasi secara rasmi pada solat jumaat minggu hadapan. 31-july-2009. dan solat jumaat tadi adalah solat jumaat dan khutbar terakhir bagi masjid At-Taqwa. nescaya masjid ini akan terbiar sepi......

namun kisah dan pengajaran dari Allah tadi takkan menjadi sepi sebagaimana sepinya masjid At-Taqwa yang akan ditinggalkan. bagi aku masjid lama ini telah memberikan aku pengajaran dan kesedaran bahawa aku hanyalah seorang hamba yang menumpang dicelah2 kekalutan muka bumi Tuhan..........

dULu kIni dAn sAmpAi biLA.....?

Pagi ni jumaat 2 Syaaban. alarm enpon aku dah berdering. aduss dah pukul 5.40pg rupanya. cam biasa rutin aku kejutkan putera sulong aku utk bersiap kesekolah. suasana kat luar hujan lebat lak tu.

"ngantuk la bah, xyah g sekolah boleh?" selambe je anak aku merepek pepagi buta ni. padahal mata dia x celik lagi. aku tersenyum je melihatkan kerenah dia. dan dah tentunya tu la permintaan pertama dia di pagi yg berbahagia ni kena reject oleh aku.........

teringat aku kira-kira 28 tahun yang lalu, dialog yang sama pernah aku utarakan kepada abah aku. cuma bezanya bukan pagi Jumaat, bukan juga pagi Sabtu. mungkin pagi ahad atau hari selainnya. mana taknya kalau awal pagi dah hujan macam ni alamatnya kesejukkanlah aku berpakaian basah selama setengah hari persekolahan. bukan sekadar kasut yang dah bocor kat tapak mamudahkan air meresap ke stokin, malah seluar juga baju boleh basah terkena tempiasan hujan.....

DULU..........
untuk kesekolah aku perlu manapak sejauh 1.8km bersama abang aku melalui jalan tanah merah. dan lebih mengharukan hanya ada sekaki payung utk dikongsikan berdua. sehinggalah tercetus idea kreatif seorang anak kampung yang hidup dalam kekurangan untuk menghasilkan baju hujan buatan sendiri menggunakan plastik bekas pembalut tilam.........

KINI............
anak aku hanya perlu bangun, mandi air panas, makan sarapan di halaman rumah sambil menunggu van datang menjemput. kalau cuaca hujan ceghini aku akan payungkan dia sampai ke pintu van.

terfikirlah aku, kemudahan semakin banyak, teknologi semakin canggih........ namun bahaya juga semakin mencabar. kalau DULU, seorang kanak2 kecil seperti aku bebas berjalan jauh, tanpa perlu memikirkan bahaya. tapi KINI, seorang dewasa seperti aku juga sentiasa diintai bahaya apabila berada di luar rumah. apatah lagi kepada golongan kanak2 dan wanita yang lemah.

terfikir lagi aku. SAMPAI BILA semua kerosakkan ini akan berterusan. apalah ertinya sebuah kemodenan sekiranya telah luput dari hati insan nilai kemanusiaan...........

Thursday, July 23, 2009

DaRi StEsyEN kE sTEsYen


salam sume.
baru-baru ni aku terima satu email ttg bisness internet. dari sapa ntah,,,,, x aku kenali......xperlu menjual barang, xperlu mencari orang, cume perlu mendaftar n duduk diam. pastu dalam 2 bulan dapat imbuhan. tapi kalau nak lagi banyak imbuhan kenalah cari orang.................

teringat pulak pada diri aku suatu masa dahulu, macam tu lah jugak aku. join MLM. dari sistem traditional sampai la binary. dari cara clasik sampailah ke teknology terkini......

apa sebenarnya yg aku cari pada masa tu adalah erti sebuah kebahagiaan, erti sebuah kejayaan, erti sebuah kekayaan. tapi bahagia ke aku, berjaya ke aku, kaya? ntah la............. kebahagiaan tu perlu aku ukur dari sudut mana???

kini, aku lebih selesa dengan kehidupan yg aku jalani ini. namun sesekali toleh juga kebelakang untuk memastikan agar tidak kegagalan lalu mewarnai kembali pengembaraan kini.


Wednesday, July 22, 2009