hari
ini isnin terakhir dalam bulan November. 30 haribulan. Esok dah masuk 1
december 2020. Bersamaan 15 rabiul akhir 1442 hijrah. Kebiasaannya zaman aku
sekolah dulu bila sebut bulan nov dan dec, kompem, ia adalah bulan cuti sekolah.
Dan kisah ni berlaku masa aku baru habis sekolah. Aku sekolah tak tinggi, Cuma sampai
SPMV je. Bangunan sekolah pun Cuma 2 tingkat je yang paling tinggi… haha
habis
SPMV takde kata rehat dok rumah lama-lama, terus cari kerja. Maklumlah aku
bukannya dibesarkan dalam keluarga berada. Aku masih ingat zaman persekolahan
aku dulu takdelah sesenang anak-anak zaman sekarang. Cuti sekolah dok rumah,
main game online ataupun sibuk dengan media sosial, twitter, instagram.
Facebook dan bermacam-macam lagi yang aku pun tak tau ntah apa namanya..
Zaman
aku sekolah dulu setiap kali cuti hujung tahun semestinya aku dan abang-abangku
akan melakukan berbagai kerja, tak kira apa pun kerja, asalkan boleh mendatangkan
duit. Baik dari kerja membantu nyonya penoreh getah dibelakang rumah, sampailah
kepada kerja di kedai perabot, dan pernah juga aku kerja di kilang basikal.
hasil gaji dari kerja-kerja yang kami lakukan tu nanti untuk membayar yuran persekolahan, atau membeli barang-barang keperluan sekolah.
Selesai
periksa SPMV tanpa perlu menunggu keputusannya diumumkan, aku bersama seorang
kawan dari felda semenchu, namanya Rome, kami berkerja di sebuah syarikat
elektronik. Wang elektronik. terletak di jalan nilam taman yahya shaaban, ulu
tiram. Tapi kami tak kerja lama, sempat sebulan lebih je. Masuk bulan
seterusnya syarikat tersebut tutup. Aduhh.. kerja dah kira senang, cuma perlu
solder earphone je, tapi gaji yang ditawarkan pun murah sangat.
Kami
mencuba nasib pula di kawasan perindustrian pasir gudang. Disana lebih banyak
kilang-kilang yang memerlukan pekerja dan ada juga kilang yang menyediakan asrama.
Setelah menghabiskan masa sehari suntuk kami meredah dari satu kilang ke satu
kilang untuk ditemuduga. Akhirnya kami membuat keputusan untuk berkerja di
kilang menyadur timah. PERSTIMA di jalan timah 3. Pada permulaan perjalanan
kami berkerja disana cukup teratur. Kerana kami menumpang dirumah kak ngah ku.
Tumpang makan, tumpang pergi balik kerja, tumpang menyusahkan mereka, haha…
sebab
masa tu jadual kerja kami masih mengikut waktu pejabat. Kira macam dalam kursus
lagi la gitu. Selepas seminggu berlalu, kami dah mula di jadualkan mengikut
syif masing-masing. Jadi kami terpaksa tinggal di asrama kerana dah tak boleh
menumpang abang ipar aku lagi. Sebab dia berkerja waktu pejabat saje.
Disinilah
bermula kisah aku dan rome menjalani hidup berdikari di asrama. Semasa di vokay
kami memang tinggal diasrama bersama, tapi keadaannya adalah jauh berbeza
dengan asrama kerja. Kerana kami terpaksa menguruskan hidup sepenuhnya sendiri.
Masak, makan, minum, apatah lagi membeli keperluan harian, semuanya kena
uruskan sendiri. berbanding asrama sekolah, makan dan minum telah disediakan.
Dengan
berbekalkan duit lima ringgit yang diberikan oleh kak ngah, aku memulakan hidup
sebagai orang bujang yang tinggal diasrama kilang. Aku dan Rome ditempatkan di
sebuah rumah pangsa tingkat ke 4, dalam sebuah bilik kosong, tiada kipas. Hanya
masing-masing disediakan bantal dan tilam bujang. Disinlah kisah sedih kami bermula.
Untuk
bayangan korang. Rumah ni flat tingkat ke 4. Ada 3 bilik, 1 bilik air, 1
tandas. Ruang tamu kosong, takde kipas, hanya ada 1 lampu. Lebih dijadikan
tempat letak kasut dan barang-barang motor abang-abang senior juga tempat
menyidai pakaian. langsung tak
menyerupai namanya, ‘ruang tamu’… haha. Tv dan radio semuanya hak milik
peribadi. Diorang letakkan dalam bilik masing-masing. Biasalah kan, nama pun rumah
bujang.
Waktu
malam, susah nak tidur, kerana diserang nyamuk. Tidur dalam kepanasan. Tiada kipas siling. Jauh sekali nak membeli kipas meja. Duit nak makan pun tak de. Mujurlah
di kilang ada menyediakan buku tiga 5 (555). Orang lama mesti tau, buku apa
ni…. Ye, buku hutang. Makan dan minum tulis dulu, cukup bulan dapat gaji baru
bayar. Tapi itu hanya dikilang. Di asrama kami tiada sebarang makanan. Dapur
gas ada, brader senior yang beli kot. kami pun tak kenal sangat kawan-kawan
serumah, sebab jarang-jarang berjumpa. Bila cuti, diorang akan balik ke kampung
atau berkurung dalam bilik je.
Seingat
aku, pernah sekali je kami berjumpa. Tu pun masa kami baru masuk ke rumah
tersebut. Kira salam perkenalan la gitu. Dia pesan, “pandai-pandai la nak
hidup. Kat dapur tu ada dapur gas. Kalau nak jimat, jangan asyik makan kedai,
masak, guna je dapur aku tu.” Kami sempat mengucapkan terima kasih pada brader
senior tu, yang sampai sekarang pun sebenarnya aku tak tau siapa nama diorang,
yang pasti orang pantai timur.
Di
kilang, Rome diletakkan dalam group betta didepan group aku iaitu gamma, maka
dia akan berkerja awal 1 syif dari aku. Maknanya kalau Rome kerja syif pukul 7
pagi, aku akan berkerja pada syif berikutnya jam 3 petang. Kalau dia berkerja
petang, aku akan berkerja malam. Begitulah turutannya. Untuk ke kilang kami
hanya berjalan kaki sejauh 1.5 kilometer. Kadang kala terserempak dengan
rakan-rakan sekilang, diorang tumpangkan naik motor. Namun jarang
perkara ni berlaku. Perstima ni besar kilangnya, untuk mengenali semua
perkerjanya agak susah. satu je perkara yang membolehkan kami kenal bila berada
diluar kilang ialah, uniform, baju dan seluar warna kelabu.
Kalau
syif aku jam 3 petang, kebiasaannya lepas zohor aku dah mula menapak ke kilang.
perjalanan yang mengambil masa dalam 20 – 30 minit. korang tau kenapa aku pergi
awal ? Sebab aku nak ke kantin. Sampai je kilang aku akan terus makan. Sedia
maklum dah jam 2 petang, nasib la lauk apa-apa je yang tinggal. Tak payah nak
memilih sangat. Macam biasa, masuk buku 555. kerana itu je lah sumber makanan yang
aku boleh dapati. Mungkin korang tertanya-tanya, kenapa tak beli beras dan
masak dirumah, kan itu lebih menjimatkan?
Sebenarnya
bukan kami tak nak beli beras. Tapi jujur kami katakan waktu tu kami tiada duit
langsung. Bekal lima ringgit yang kak ngah aku bagi dengan modal aku sendiri
tak sampai sepuluh ringgit, dah lama abis, ye la dengan modal sebegitu apa yang
boleh di buat?. Boleh la buat makan 2 atau 3 hari. Sedangkan kami dah lebih seminggu
tinggal diasrama. Mungkin korang teringat kata-kata brader senior,” masak, guna je dapur aku tu”. Tapi apa yang kami
nak masak? Beras pun takde. Yang ada Cuma sepeket teh boh, dengan gula yang dah mencair dalam baling plastik, tak tau stok bila.
Untuk
bulan pertama ni aku dan Rome terpaksa makan dikantin dahulu. memang tak boleh
nak jimat. Sebab kami tiada modal nak beli keperluan dapur. insyaAllah, dapat
gaji nanti, baru kami nak mula buat persiapan segala keperluan dapur.
Walaupun
kami dah merancang untuk bulan pertama ni kami tidak memasak, dan hanya makan
dikantin, tapi masalah masih tetap terjadi. Apa masalahnya?... Kalau nak makan
di kantin, waktu berkerja boleh la. Macamana pulak kalau waktu cuti, atau hari
ahad? kantin tutup….
Kami
dapat idea, waktu Rome syif pagi, dia akan sarapan dan makan tengahari macam
biasa di kilang. manakala aku akan kerja petang. Jadi, seperti kebiasaannya aku
akan makan dikantin sebaik saje sampai dikilang... sebelum jam 7, Aku akan ke
kantin semula dan membungkus 2 makanan. Kebiasaannya bukan nasi, hanya makanan
ringan, seperti mee ataupun kuih muih.. sebab kantin tak beroperasi pada waktu
malam. Jadi mereka tidak menjual nasi mahupun lauk pauk. Aku akan bawa balik
jam 11 malam nanti. Abis waktu syif aku. Dan makan bersama Rome di asrama.
Andainya
Rome kerja petang, sekitar waktu yang sama, iaitu sebelum jam 7 malam. Dia akan
makan malam dikantin. Dan membungkus apa saje makanan yang ada untuk aku. Seperti
kebiasaannya lepas solat isya’ aku mula menapak ke kilang. dan pastinya tujuan
pertama aku bukanlah nak memulakan kerja, kerana syif aku akan bermula jam 11
malam nanti. Sebaliknya tujuan aku adalah berjumpa Rome, untuk mengambil
makanan.
Andainya
Rome berkerja syif malam pula, dia terpaksa berlapar hingga ke esok pagi. sebab
kantin hanya akan dibuka pada jam 6.30 pagi esok. abis kerja jam 7 pagi dia akan
bersarapan dikantin terlebih dahulu, sebelum menapak balik ke asrama. dan
pastinya aku akan menyusul syif selepas Rome. Iaitu syif jam 7 pagi. tiada
masalah bagi ku kerana kantin beroperasi sepanjang waktu syif itu. Hanya selesai
waktu kerja jam 3 petang nanti aku akan membungkus 2 makanan untuk dibawa balik
sebagai makanan tengahari jamak bersama makan malam aku dan Rome.
Pernah
juga beberapa kali, jam 6 petang aku ke kantin, tapi malangnya kantin dah
tutup, mungkin makanan dah abis terjual kot. Alamatnya berlapar lah aku , bukan
sekadar untuk malam ni. Malah kelaparan tu aku terpaksa tanggung sehingga waktu
aku berkerja semula jam 3 petang esok. Rome pun terpaksa berlapar juga, tapi
hanya untuk malam tu saje, kerana keesokkan paginya dia akan berkerja syif pagi
semula. Seringkali juga jam 6 petang aku ke kantin, tapi semua makanan dah abis.
Terpaksalah aku melalui peristiwa kelaparan lagi.
Kejadian
yang amat menyedihkan berlaku pada suatu ketika. Aku tak ingat sangat macamana
rotation syif masa tu. Yang pasti, aku abis syif malam jam 7 pagi, Rome offday. Kebetulan hari tu adalah hari
ahad. Jadi kantin tak buka. Tanpa bersarapan, aku terus menapak balik ke
asrama. Dalam kelaparan dan mengantuk yang teramat sangat. Mengharapkan satu
keajaiban ada di rumah. Manalah tau ada jiran-jiran hantar sarapan ke, tak pun
ada makcik jual nasi lemak tepi jalan sedekah sebungkus dua nasi ke… padahal
takde pun, Cuma perassan aku je mendorong semangat aku untuk melangkah balik keasrama.
Walaupun lapar aku gagahkan juga melangkah, yela takkan nak tidur tepi jalan
pulak kot.
Sampai
rumah, mandi terus tidur. Sebab nak mengelak dari rasa lapar yang teramat
sangat. Tapi tidur aku tak lena, mana taknya, perut lapar, macamana nak tidur
lena. Lepas zohor aku bersembang dengan Rome, apalah nasib kita ni ek?.. Rome
kata “sabar, bulan ni je kita susah. Dapat gaji nanti, bayar hutang kantin,
terus kita beli beras, sardin, telur. Standby
untuk waktu-waktu camni, time kantin tak bukak, time offday.” Aku saje melawak walaupun dalam hati tengah sayu dan
kelaparan sebenarnya waktu tu. “Itu cite lepas gaji nanti, sekarang ni aku dah
lapar sangat ni, apa cite dari semalam tak makan?”.
Untuk
mengelakkan rasa lapar yang dah sampai tahap kritikal. Kami cuba untuk tidur. Memang tak boleh la gamaknya.
Lepas asar aku dan Rome saje turun ke bawah blok asrama, kami merayau-rayau
disekitar kedai-kedai bawah blok, taman permainan kanak-kanak, melihat kerenah
orang, dengan harapan dapat melupakan rasa lapar yang dah sampai tahap gaban tu.
Lepas
solat maghrib aku dah tak tanah sangat, perut dah pedih, dari pagi harapkan
minum air masak je. Nak tunggu masuk kerja semula supaya boleh makan di kantin,
syif aku jam 3 petang esok. Lama lagi tu. Boleh mati kelaparan aku gamaknya.
Aku bertanya Rome,
“ko
takde duit langsung ke?”
“Kalau
aku ada duit dah lama aku ajak ko g makan man.”
“Abis
camne ni, aku dah lapar sangat ni. Kalau siang aku sanggup je menapak ke
kilang, makan kat kantin, dari kelaparan camni.”
“ko
nak gi kilang pun hari ni ahad, mana kantin bukak. malam pulak tu, lagi la tak bukak.”
“tu
la pasal, abis camane ni?” Tanya aku lagi
Tanpa
jawapan dari Rome, dia hanya mengeluh sambil riak mukanya menampakkan
kekecewaan. Rome ajak aku pinjam duit dari sesiapa je, aku jawab “nak pinjam
duit pun, kita nak pinjam dari siapa mie”. Brader
bilik sebelah balik kampung, kalau diorang ada pun, nak ke diorang bagi pinjam,
diorang pun baru je kenal kita”
Sambil
termenung di koridor rumah flat bersama Rome, memerhatikan orang-orang
bersiar-siar di bawah, sambil aku mengenang nasib, apalah nasib aku ni. Aku nak
kerja, nak berdikari sambil bantu mak abah aku, tapi kenapa dugaan seberat ni
yang aku terima.
Tiba-tiba
Rome bersuara, “man, ni je ada satu jalan, jom kita cari-cari duit syiling yang
orang tak guna. Aku nampak dalam bilik air ada seposen dua posen atas rak sabun
tu, jom kita kumpul, berapa dapat nanti, kita beli roti. Teh dengan gula dah
ada, kita beli makanan apa yang dapat, minum air teh, kalau kita tak usaha ni.
Sampai esok pun memang takde makanan la, perut aku pun dah sakit ni.”
Tanpa
berlengah kami pun menyelongkar 1 rumah, abis dalam kasut, bawah rak kasut,
bilik air, dapur, bawah barangan motor brader bilik sebelah, tepi jenang
tingkap, sampai ke tangga flat, semua kami tinjau. Asal jumpa kutip, tak kira
dari 5 sen karat ataupun sepuluh sen. Akhirnya kami dapat kumpulkan 95 sen.
Rome cakap “ko gi turun, beli roti tawar, aku masak air dan buat air teh.”
Sebenarnya aku tak tau lagi dengan 95 ni apa yang aku boleh dapat.
Dengan
penuh pengharapan aku melangkah ke kedai runcit berhampiran... Tinjau-tinjau, ada
roti tawar harga 85. Nak beli roti bun 6 ketul tak cukup. Harganya RM1.20. “alah
boleh la ni, dari takde makanan langsung.” Bisik hati aku. Aku pun ambil
sebungkus roti tawar. Masa nak bayar tu ramai pulak pelanggan di kaunter. Dengan
sabar aku tunggu giliran. bila dah sampai giliran aku, tuan kedai Tanya, “ye
nak apa?.”. aku tunjuk tapak tangan tanda ‘takpe, bagi orang lain dulu’.
Sebenarnya bukan sabar pun, mau je aku cepat-cepat bayar dan balik ke rumah.
Makan bersama Rome, tapi aku malu, sebab aku nak bayar menggunakan duit siling
kebanyakkan 5 sen, malah ada yang dah berkarat pulak tu. Mesti tuan kedai ni
tau aku beli roti gunakan duit kutip. aduhh malunya...
Dari
bawah blok aku nampak Rome sedang menunggu di koridor tingkat 4, sambil
berjalan dengan rasa bersyukur, aku angkat roti tunjuk pada Rome. Inilah
sebungkus roti yang amat berharga dibeli menggunakan duit siling yang orang dah
tak nak.
Sampai
dirumah, kami terus masuk kedalam bilik. Sebelum makan Rome bahagikan roti
tersebut kepada 2. “ini 4 keping kita makan malam ni, sorang 2. Lagi 4 keping
ni untuk esok pagi buat sarapan.” Aku angguk je sebagai tanda setuju. Sambil
makan tu aku perasan, air mata Rome bergenang. Aku cuba tenangkan perasaan
sendiri, walaupun pada dasarnya fikiran aku berkecamuk pada masa tu.
Tiba-tiba
Rome bersuara, aku tak pernah rasa hidup macam ni. Susah-susah aku kat felda
pun tak pernah sampai sehari tak makan. Aku cuba menengkan dia, “sabar la mie,
kan ko dah cakap tuari, bulan ni je kita susah, dapat gaji nanti, kita standby
la beli barang-barang dapur.”. sebenarnya dengan 2 keping roti tu masih tak
cukup nak mengalas perut aku. Tapi aku dah takde pilihan lain. Selain dari
bertahan menunggu sehingga petang esok. Maklumlah semalam aku kerja malam,
manakala Rome offday jadi takdelah
orang nak ambilkan makanan untuk aku pada waktu petang, pagi tadi pulak aku
abis kerja dah masuk ke pagi ahad, kantin tak buka.
Walaupun
malam masih awal, selesai menunaikan solat isya’ kami terus tidur. Padahal
suasana diluar masih riuh rendah kedengaran suara manusia manjalankan aktiviti
masing-masing. Korang paham-paham je la riuh rendah kalau tinggal di rumah flat.
Aku
cuba melelapkan mata, tapi tak lena. Aku rasa Rome pun sama, Cuma bezanya dia
perlu bertahan sehingga ke pagi esok. Kerana dia kerja syif pagi, manakala aku terpaksa
menunggu sehingga ke waktu petang. Tapi aku dah nekad, andainya esok aku
kelaparan, aku akan ke kantin kilang walaupun sekadar untuk makan berhutang.
Padahal perjalanan sejauh 1.5 km tu boleh membuatkan perut lapar semula. Tapi
hanya itulah pilihan yang aku ada.
Malam
tu aku hanya tertidur-tidur ayam sambil karam dalam linganan air mata sendiri.
Mengenangkan nasib. Aku tak nak Rome perasan keadaan aku, sebab aku tak nak dia
patah semangat. dah beberapa kali dia menyatakan, nak berhenti kerja,
tolong bapa nya menyawit di felda. Dia ok la, ada felda, aku ada apa?, kalau
dia berhenti, bagaimana dengan aku, aku perlu berkerja untuk menyara diri
sendiri dan membantu keluarga. Kalau bukan dikilang ni, dimana lagi aku boleh
mencari kerja. Sebab tu lah aku mengharap sangat agar rome boleh bertahan
dengan semua dugaan ni dan terus kekal berkerja bersama-sama aku.
selesai
solat subuh rome bersiap ke kilang. dia pesan kepada aku “ko makan la man, roti
tu, buat la air teh, aku takpe, aku dah nak gi kerja ni, boleh sarapan kat
kantin.” Tinggallah aku diasrama keseorangan. Masak air teh, dan sarapan baki
roti 4 keping malam tadi.
Diringkaskan
cerita, beberapa hari kemudian kami mendapat gaji pertama. Alhamdulillah
aku bayar semua hutang kantin seratus lebih. Masih berbaki seratus lebih je
lagi. Pada anggaran aku, kongsi sorang 50 ringgit untuk beli keperluan dapur,
masih ada lagi bakinya untuk aku hulur pada mak dan bah aku, selebihnya boleh
la aku jadikan duit poket. Tak perlulah asyik nak berhutang dikantin je,
sesekali kalau tak sempat nak masak, baru hutang di kantin.
Tapi
malangnya, abis kerja syif petang, sampai di asrama aku dapati rome telah
mengemas semua pakaiannya ke dalam beg. Dengan hairan aku bertanya.
“ko
nak kemana mie?”
“Aku
nak berhentilah man.” Jawab rome ringkas.
“aduhh…
kenapa? Kan kita dah gaji, boleh la beli keperluan dapur. dah tak takut
kelaparan lagi”
“tak
bolehlah man, aku tak boleh la hidup macam ni. Memang la dah gaji, tapi dengan
gaji 300 lebih je, mana cukup. Hutang kantin, nak beli barang dapur, nak bagi
mak aku lagi. Sudahnya cukup bulan abis semua gaji, langsung takde simpanan”
jawab rome panjang berjela.
“sabar
la me, sekarang ni memang la gaji kita 300 lebih je, nanti dah confirm, naik
la. Semua orang pun camtu. Lagipun keje kat sini dah cukup senangkan. dah banyak kilang kita interview tuari kan, ni je la kilang yang bagi starting gaji paling besar”
“memang
keje kita senang, tapi sampai kebuluran tak makan, kalau aku dok felda, tolong
bapak aku pun boleh je aku dapat sebulan 300 lebih, lagi senang, makan minum
semua mak aku dah sediakan” sambung rome lagi.
“abis
tu ko dah bagitau encik Badar ke ko nak berenti ni?”
“dah,
siang tadi, lepas amek gaji aku terus cakap nak brenti”
“aduhh..
abis aku camne ni? Takkan nak dok sini sorang-sorang?” keluh aku. Rome hanya
mendiamkan diri..
“Abis
ko nak gerak bila ni?” Tanya aku dengan nada kecewa.
“patutnya
aku nak gerak tadi lagi. Sebab bapak aku bawak bas kilang dai hwa ulang alik
dari semenchu syif kul 11 tadi, tapi kesian lak aku nak tinggalkan nota pada
ko, tu yang aku tunggu ko balik dulu. Jadi esok pagi bapak aku hantar budak
dai hwa syif pagi, aku terus tumpang balik la”
Malam
tu tidur aku semakin jadi tak lena. Tapi bukan sebab kelaparan lagi, sebaliknya
aku makin tertekan memikirkan kemanakah hala tuju aku seterusnya… nak teruskan
kerja, takde kawan, lagipun siapa yang nak tolong bungkuskan nasi untuk aku?
nak berhenti kerja, dimana lagi kau nak mencari kerja. Siapa lagi yang nak
bantu mak abah aku? Bermacam-macam persoalan timbul dalam kepala otak aku yang
tak berapa nak hempuk tu..
Keesokkan
paginya lepas solat subuh aku bersalaman dengan rome sebagai tanda perpisahan.
Aku perhatikan je dari koridor tingkat 4 blok asrama rome menaikki bas kilang
yang dipandu oleh bapanya. Tinggallah aku sorang-sorang, masih terpinga-pinga
memikirkan hala tuju aku untuk seterusnya.
Seperti
hari-hari sebelumnya aku menapak ke kilang sebaik selesai menunaikan solat
zohor. Makan tengahari dikantin. Tapi hari ni aku tak berhutang lagi,
sebaliknya aku bayar tunai menggunakan bagi gaji aku, dan terus ke pejabat.
Berjumpa penyelia encik Badar. Aku rasa korang pun dah tau apa yang aku nak
katanya kepada encik badar… ye betul, aku berhenti kerja. Terlihat riah
kemarahan dari wajah encik badar. Sempat dia berkata “lepas ni kalau awak dan
kawan-kawan awak mintak kerja disini lagi, saya takkan terima, awak mempunyai
masa depan yang cerah berkerja disini, awak tau kan Perstima ni anak syarikat hak
milik kerajaan?. Ramai orang yang mintak kerja disini, sebab keistimewaan yang
syarikat sediakan, tapi kami memilih orang-orang muda seperti awak, supaya awak
boleh berkerja lama dan membina masa depan disini.”
Apa
yang boleh aku katakan, “maafkan saya encik Badar, saya suka kerja disini, tapi
saya dah takde kawan sebilik, susah saya nak uruskan keperluan harian, nak beli
kipas, nak beli keperluan makanan.” Aku ceritakan semua kesusahan yang kami
tanggung selama sebulan tinggal diasrama. Mungkin encik Badar memahami masalah
aku, dia hanya diam lalu membayar gaji aku yang berbaki seminggu dalam bulan
tersebut. Sebelum kami bersalaman dan berpisah.
Aku
menapak balik ke asrama dan singgah ke rumah kawan satu department. Abang bodel. Dia tinggal di blok bersebelahan dengan
blok aku. Untuk pengetahuan korang abang bodel ni, mukanya sebijik macam Halim,
vokalis kumpulan kris. berasal dari felda taib andak. Aku ceritakan hasrat aku
untuk berhenti dan menceritakan segala masalah yang telah aku dan rome lalui.
Dia hanya mendengar dan berkata, “kenapa selama ni kau tak bagitau abang?, kalau setakat makan, kau datang je rumah abang. abang paham budak-budak baru nak hidup macam korang, takde modal nak mulakan kerja. bila ko tak bagitau abang, abang ingat ko ok je”
Bukan aku tak nak bagitahu, tapi aku malu.
Diringkaskan
cerita, aku meninggalkan asrama, memikul beg pakaian, menaikki bas dari pasir
gudang balik ke ulu tiram. duit yang aku dah asingkan untuk beli keperluan dapur bersama rome, akhirnya aku gunakan sebagai tambang balik kerumah dan sebagai modal untuk mencari kerja lain...
# berita yang aku
terima, lepas berhenti dari Perstima, rome berkerja di kilang dai hwa, secara
berulang alik dari felda semenchu menaikki bas kilang yang dipandu oleh
bapaknya.
# beberapa bulan
kemudian rome telah berkahwin, mungkin dengan awek kilang dai hwa tempat dia
berkerja kot. Sebab dai hwa ni kilang elektronik, ramai marka. Aku sempat
menghadiri majlis persandingan rome. Sekarang aku dan rome dah lama terpisah,
sebab aku lost nombor telefon dan alamat rumah dia.
# aku pula,
menganggur beberapa bulan sebelum berkerja kilang di kawasan perindustrian sg
tiram. dekat dengan rumah aku, berulang alik naik motor yang abang aku hazla tinggalkan, sebab dia dok asrama dan d sediakan pengangkutan.
# kenapa encik badar
cakap” lepas ni kalau awak atau kawan-kawan awak mintak kerja disini lagi, saya
takkan terima?” kawan-kawan tu menunjukkan lebih dari satu. Ye betul kami
berlima sebenarnya, masuk serentak ke Perstima, semuanya bekas pekerja wang elektronik yang bankrupt tu. Lagi 3 tu, Mus, naim dan sorang lagi aku tak ingat
namanya. Mereka semua dari Kelantan. Tapi mereka dah berhenti awal dari kami.
# selain dari cabaran
kelaparan, sebenarnya setiap malam kami diserang oleh nyamuk, tambahan pula
bilik takde kipas. Segala macam nyamuk masuk menyerang, nyamuk tiruk, nyamuk
aedes, nyamuk gajah, nyamuk gila, macam-macam lagi jenis nyamuk…pernah satu
malam dalam kepanasan dan diserang nyamuk… aku tersadar dari tidur, aku toleh
kearah rome dia sedang tido, tapi tangan nya memusingkan kain pelikat yang
dijadikan selimut.… dah macam helicopter aku tgok… haha
Masa tu sedih sangat,
tapi sekarang dah jadi kelakar la pulak.. pengalaman itu tak boleh di beli
dengan wang ringgit