Thursday, December 31, 2009

hArGAiLah keBEBASan ini.

salam semua.
hari ini 31 dec. hari terakhir dalam tahun 2009.
esok 2010 akan memulakan perjalanannya dengan tarikh 1 january.

perjalanan aku masih tetap sama, meniti hari2 berlalu dengan satu pengharapan yang amat besar, iaitu mengimpikan satu bentuk perniagaan milik aku sendiri. supaya dapat meninggalkan terus tanggungjawab dari atas meja usang ini yang telah aku duduki sepanjang 15 tahun lamanya.

apa masalahnya masih tak aku ketahui......... mungkin hanya kerana perjalanan ini telah terlalu lama sehingga mengakibatkan keletihan dan kelesuan ini teramat nyata pedihnya. akal dan minda ku telah terlalu penat untuk memikirkan kehendak2 dan tuntutan2 dalam mendirikan sesebuah bangunan. aku perlu mencari suatu perubahan untuk memberi peluang dan ruang kepada seketul otak didalam kepala ini merehatkan dirinya......

dengan kehadiran 2010 dan 1431H yg baru saje beberapa hari lalu. aku masih menagih pengharapan agar semua impian dan do'aku akan menjadi sebuah kenyataan. kenyataan yang akan menguburkan sebuah angan2. kenyataan yang akan memberikan sinar baru dalam hidup aku. kenyataan yang dapat membebaskan tekanan yang berulang selama 15 tahun lamanya. dan kenyataan yang akan mengubah perjalanan ku untuk hari-hari mendatang.........
selama 3 tahun perjalanan menyiapkan tempat kurungan ini. selama itu jua, minda dan jiwaku telah terkurung dan bersarang di dalamnya. meskipun jasad ini masih bebas diluar.
(project : penjara Sg. Udang Melaka, Bandaraya Bersejarah)

Thursday, December 24, 2009

mAsA bErLALu, mUsiM bERuBAh

hari ini 24 dec 2009.

bermakna telah genablah usia jasadku selama 35 tahun berada di atas muka bumi yang fana ini. secara rasminya telah 35 tahun jantung yang tersemat dalan tubuh ini menjalankan tanggungjawabnya mengepam darah keseluruh pelusuk liang-liang saraf. ini adalah bertepatan bagi mamatuhi perintah tuhannya, Allah Ya Robbulalamin.

selama 35 tahun ini, tanpa ingkar walau sesaat pun jantung ini telah menjalankan tanggungjawabnya bagi memastikan setiap liang saraf mendapatkan bekalan darah yang diperlukan. cuba perhatikan betapa taat dan patuhnya jantung yang Allah pinjamkan kepada ku itu melaksanakan amanahnya. sebaliknya bertanya aku pada diri sendiri, apakah dalam tempoh yang selama ini aku juga taat dan sentiasa patuh kepada arahan dan perintah tuhan pencipta ku, iaitu Allah Ya zhal Jalaliwalikrom?...................persoalan itu tidak mampu aku huraikan.

jika hendak dibandingkan dari sudut ketaatan melaksanakan perintah, keperkasaan diri ini hanyalah kelemahan yang amat mengaibkan berbanding dengan segenggam jantung itu..... Ya Allah betapa kerdilnya diri ku ini........ namun aku harus berdo'a dan berharap semoga Allah sentiasa memberi ruang dan peluang untuk aku memperbaiki setiap kelalaian dan ketelanjuran diri............

Ya Allah, ya tuhan ku, ampunkanlah dosa kedua ibubapa ku. kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihiku sedari kecil lagi, muliakan mereka sebagaimana mulianya Kau jadikan Adam dan Hawa.
Ya Allah, ya tuhan kami, panjangkanlah umur ku dan keturunanku dalam kebajikan, peroleh rezeki yang halal dan matikanlah kami dalam iman yang sempurna. berikanlah keredhaan Mu kepada kami. janganlah disesatkan kami setelah Kau berikan petunjuk kepada kami. Amin Ya Robbalalamin.......

Thursday, December 17, 2009

anDainYA Aku mAMpu GAmBarkan pADaMU


cuti sekolah telah sebulan berlalu. alangkah indahnya kepada anak-anak sekolah. inilah saat untuk merehatkan minda dari asakan tekanan setelah berbulan menghadap buku pelajaran.

kini, tentunya berbeza dari keadaan aku masa bergelar pelajar beberapa puluh tahun yg lalu. anak-anak kini kebanyakkannya menghabiskan masa cuti mereka dengan menonton rancangan tv, memenuhi kedai-kedai kafe cyber berkamunikasi dalam bahasa tanpa bicara. menjadi wira dalam pertempuran naruto, mengasah bakat sebagai pelumba drift terhandal tak kurang juga yang berusaha menjadi penjaring terbanyak dalam sukan bola sepak....... tp sayangnya bukanlah di alam nyata sebaliknya dalam dunia maya video game. ini semua adalah hasil dari kemajuan dan kemodenan pembagunan.
berbeza dengan cuti persekolahan aku dulu. bila tiba musim cuti sekolah pastinya aku dan abang-abang ku akan mencari kerja partime, baik menolong nyonyah mengopek cawan getah, berkerja sebagai pembantu kedai perabot, menjadi pekerja illegal di kilang basikal dan bermacam ikhtiar lagi yg aku lakukan, semata-mata bagi menampung kos perbelanjaan meneruskan sessi persekolahan tahun berikutnya. bukanlah aku menjadi seorang anak kepada sebuah keluarga yang tak bertanggungjawab tetapi keadaan pada waktu itu menuntut kepada aku perlu lebih bertanggungjawab bagi meringankan bebanan keluarga...........

pernah terfikir kenapa aku batalkan niat suci aku dulu utk menjadi seorang pendidik? seandainya aku kentalkan semangat dan kuatkan tekat mengharungi setiap cabaran yang mendatang pada waktu itu, mungkinkah sekarang ni aku sedang berehat sama dengan putra sulong ku di rumah atau mungkin juga di lokasi-lokasi perlancongan...... namun semua itu hanyalah sesalan yang tak mungkin memberikan peluang kedua buatku.

apa jua keadaannya, aku tetap bersyukur dengan kurniaan Yang Maha Esa keatas diri dan keluarga ku kini. kalau sedari dulu aku menjadi seorang guru, siapa agaknya yang akan mendirikan blok-blok sekolah, bangunan berpuluhan tingkat, pasaraya-pasaraya terkemuka dan malahan terbesar di Asia?..... jawapannya pasti ada, namun Qadar itu telah berubah dari Qada nya..........

apa yang pasti, setiap kejadian di atas muka bumi ini, adalah telah ditentukan dari Allah untuk memberi khidmat kepada Khalifahnya sedangkan Khalifah itu hanya perlu menghambakan diri kepada tuhannya. tapi sayang, nafsu sering menghambakan Khalifah tersebut mengikut telunjuknya....

Waallahuaklam.....










Thursday, December 3, 2009

diAntaRA dO'a yANG mAkBuL

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ “

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Menziarahi orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”


Thursday, November 12, 2009

ILMu ImAn & aMaL

ilmu.
sebagai seorang hamba kepada Penciptanya, kita perlu mencari ilmu untuk mengenali siapakah tuhan yang layak kita sembah. kerana dengan ilmu saje kita tidak akan tersesat walaupun dimana kita berada.

Iman.
selayaknya sebagai seorang hamba yang ditugaskan mencari keredhaan tuhannya, kita patut mendidik dan melatih diri supaya lahir dalam diri kita keimanan yg kental dan sempurna kepada Penciptanya.

Amal.
dengan berbekalkan ilmu dan keimanan yang sempurna insyaallah, kita akan terasa ringan dan sentiasa bersedia utk beramal bagi memiliki sebuah tempat yg dijanjikan nikmat didalamnya.

melalui perjalanan panjang ini dalam menuju ke destinasi, terlalu banyak onak dan duri menemani disisi kanan dan kiri.........
apakah kesudahan ini akan mendapat apa yang dihajati?
adakah telah cukup bekalan yg dibawa kesanan nanti?
atau, mungkinkah masih tercari-cari dalam kesamaran duniawi?
waallahuaklam.......

Saturday, October 31, 2009

iLmU iMan aMAL

sabtu 12 zulkaedah



diantara terjemahan dari petikan khutbah semalam di Masjid Taman Johor Jaya :

3 perkara yang mesti ada bagi memastikan segala usaha dan ibadah kita diterima.....

Ilmu. wajib setiap dalam diri muslim itu ada ilmu pengetahuan tentang agama. meliputilah dari mengetahui fitrah kejadian manusia sebagai khalifah dan hamba kepada Penciptanya, hinggalah mengenali Allah sebagai pencipta dan pentadbir keatas sekelian alam.

Iman. akan jadi sia-sia sekiranya segala ibadah dan kerja yang dilakukan tidak disertakan keimanan kepada Allah sebagai pencipta. kerana ibadah tanpa Iman adalah seperti perjalanan di atas padang yang tandus tanpa arah tujuan yang pasti. segalanya hanya mengikut apa yang telah dilakukan orang terdahulu bukan dilakukan mengikut keikhlasan dan kepercayaan akan adanya hari pembalasan.

Amal. tidak sempurna pengetahuan dan kepercayaan seseorang hamba kepada Penciptanya seandainya tidak dituruti dengan beramal bagi dijadikan bekalan pada hari kebangkitan kelak.......

Waallahu aklam





Thursday, October 29, 2009

seMaLaM yaNG bERLalu



sempat ziarah kerumah seorang teman di Gunung semanggol Perak. Al-Ustaz Sulaiman.
seorang sahabat yg sukar aku duga fikirannya, kerna sentiasa tenang dalam apa jua keadaan...











bersama keluarga Pak Teh dari Butterworth. sebuah keluarga yg penuh warna warni keceriaan...











permainan terlarang, namun itulah yang menjadi kegemaran budak2 dan bapak2 budak sempena musim perayaan













dikala sang suria baru melebarkan layarnya......















pemandangan yang cukup menenangkan bagi aku dan mungkin juga kamu.... bilakah agaknya bangun tidurku dapat menghirup udara sesegar ini dan menjalani sisa-sisa hidup dengan penuh kedamaian......










Seandainya kehijauan ini milik aku........ xpe mungkin tidak untuk kali ini tapi Insyaallah suatu ketika nanti



















seandainya aku mampu memiliki semua ini, pasti aku tidak akan mencemburui apa yang kamu perolehi dari kekalutan ditengah bandaraya.....
namun...
aku tetap bersyukur dari setiap kurniaan Nya. dan aku tetap berazam akan menjadikan semua impian ini sebagai kenyataan pada suatu hari nanti.........Amin


sELagi BerNAmA maNusIA

hari ini 10 zulkaedah 1430.
bermakna dah 11 hari syawal berlalu pergi
bermakna telah tiba musim haji.

bersyukur dan betapa bestnya mereka yang menerima jemputan Allah pd tahun ni. aku..... ntah bila lg? berkesempatan atau sebaliknya....... mudah-mudahan Allah tidak mengabaikan aku dan waris ku sebagai jemaah jemputannya.

SELAGI bernama MANUSIA...

aku tak pasti apa yang sedang berlaku, dan apa yang akan berlaku.
yang pasti hari-hari ku semakin sibuk dengan tugasan seharian.
dimana berakhirnya perjalanan ku ini......
esok dan lusa bukan milik ku......

sesekali terlintas juga dihati utk bertukar angin dengan pekerjaan lain, tapi komitment pada keluarga terasa saratnya. nak meneruskan sisa-sisa usia ditempat yang sama, tapi hempasan semakin membadai gilanya.....

ntahlah,
apakah laluan perjalanan hari esok masih sama seperti ini...?
adakah corak contengan hari esok masih carekkan yang sama...?
mungkihkah perjuangan ini masih mengunakan senjata sediada...?
alangkah indahnya dalam hidup ini jika semuanya akan sentiasa diwarnai ceria.....

selagi BERNAMA manusia

Wednesday, October 7, 2009

sAwaH LUas tErBenTANg


*dikesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seorang sahabat bernama Yan (shapian) kerana men'sedekah'kan otak-otak kempas ni, "untuk orang Baling" katanya. semoga Allah merahmati hidup kalian sekeluarga dan dimurahkan rezeki dari yang Halal. Amin.....


( diantara Kempas Ke Baling )



18 syawal 1430

telah 10 hari aku menyambung tugasan yg terbengkalai sbb cuti raya, kalau dikirakan jumlah hari aku bercuti raya dah sama bilangan harinya. tapi kenapa keje aku masih tak selesai?????

mungkin kerana masih terbayang2 suasana permai desa kot.......teringat aku kira-kira 20 hari yang lalu, kami keluarga balik ke kampung isteri aku di Baling, kedah. perjalanan mengambil masa kira-kira 10 jam dari JB. alhamdulillah perjalanan lancar walaupun kenderaan telah mula membanjiri lebuhraya utara selatan.

macam biasa, pada musim perayaan sebegini, usah diharapkan hentian di R&R. sedangkan susur masuk ke R&R pun dah jem lagikan pula tempat meletak kenderaan, tempat makan mahupun tandas awam. syukurlah sebab isteri kesayangan aku telah menyediakan bekalan makanan untuk bersahur. maka perjalanan kami kurang tergendala dengan terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan makanan.

perjalanan yang kami mulakan dari JB pada pukul 10 malam. melalui lebuhraya E22, (senai-desaru) terus ke lebuhraya utara-selatan. singgah di hentian Ayer hitam pada jam 11 mlm untuk ambil sepupu yang sedang praktikal mengajar di salah sebuah sekolah di Kluang.......

isi minyak di hentian Ayer Keroh dan Sg. Siput Perak. kami terpaksa bersahur selepas keluar lebuhraya di Plaza Tol Kuala Kangsar, kerana semua R&R padat dan sendat. walaubagaimana ciri-ciri keselamatan perlu diutamakan. aku tidak memilih untuk makan ditepi lebuhraya @ jalan raya. kerana selain dari faktor habuk dan asap kenderaan yang melekat pada makanan, pelbagai lagi kemungkinan yang lebih dahsyat boleh terjadi.

solat subuh dan terus ke Pengkalan Hulu. singgah di rumah Pak Anjang sekitar jam 8 pagi. dapatlah lelapkan mata sejam dua sebelum meneruskan perjalanan kami yang berbaki 40 min lagi...... selepas menunaikan solat jumaat disertakan Jamak taqdim Asar, kami sampai di kampung halaman isteriku pada jam 4 petang. alhamdulillah, Allah masih memberikan pelindungan kepada kami sekeluarga. dijauhkan dari keletihan yang melampau, gangguan lalulintas, kejemuan pemandangan, dan yang lebih penting dijauhkan dari kemalangan @ kerosakkan kenderaan.

Alhamdulillah, adakah semua ini kerana kebetulan atau mungkin jua kerana solat sunat musafir yang kami dirikan selepas solat sunat terawih pada malam tadi...... waallah huaklam. semuanya atas ketentuan Allah SWT. hanya apa yang pasti Allah tidak sesekali cuai terhadap janji-janjinya, baik kurniaan nikmat apatah lagi balasan azab.....

wassalam



Monday, September 28, 2009

kEmBALi kEpADA fiTRaH

27 september (9 syawal 1430)

setelah berehat selama 10 hari,
setelah melalui pelbagai kenangan suka gembira,
setelah penat berkunjung kerumah saudara mara,
setelah mengharungi perjalanan beribu kilometer,
setelah berabis ribuan ringgit malaysia.
akhirnya hari ni perjalanan kehidupan kembali seperti sediakala.
kejutkan anak seawal pagi untuk kesekolah.
bersiap untuk ke kerja, menghadapi jalan jem ketempat kerja,
mengadap pc yg sama utk melaksanakan tugasan yg terbengkalai selama 10 hari.

*** masih xready lagi menceritakan pengalaman beraya tahun ni, sbb penat masih belum hilang sepenuhnya. insyaallah ada masa dan kelapangan nanti aku akan menconteng di ruangan tak berbayar ini.

wassalam.

Thursday, September 17, 2009

pULaNGlah BeRhARi rAYa



27 Ramadhan

hari ni last day aku kerja, sebelum berangkat balik ke kampung malam nanti. Alhamdulillah segala kerja yang terbengkalai dah dapat sattlekan. maklum la cuti seminggu mesti clearkan semua. kalau tak nanti ada harapan cuti2 pun hp berdering.

kalau difikir-fikirkan, inilah masanya aku dan mungkin juga kamu dapat merehatkan otak dan minda dari tekanan kerja..... balik ke kampung dikelilingi kehijauan sawah padi, gunung gunung, kabus, kocakan air sungai, tak lupa juga gigitan pacat.


walaupun jadual perjalanan kami sekeluarga untuk balik kekampung pada malam ni, tapi jiwa dan minda aku dah lama berada di kampung. maklumlah setahun sekali kami akan buat long distance dengan aku bertindak sebagai driver, selebihnya kalau balik kampung hanya menaiki bas, keretapi atau kepalterbang sahaja. jadi keseronokkan dan kepenatan mengharungi perjalanan 13 jam tu, tak terasa sangat.

aku tau ramai yang akan memulakan perjalanan pada malam ni sebab sekolah last pada hari ni. harap-harap laluan aku nanti kurang mengharungi jem. dikesempatan ni aku nak selitkan serba sedikit tip utk melakukan long distance, terutamanya perjalanan pada waktu malam. sebelum memulakan perjalanan seeloknya perkemaskan diri dengan kesihatan yang sempurna. angkat takbir, dirikan solat sunat musafir 2 rakaat. sertakan do'a memohon Allah permudahkan segala urusan, dekatkan yang jauh, hindarkan dari kejemuan pemandangan, hindarkan dari sebarang kesulitan dan kemalangan. selamatkan harta benda yang ditinggalkan........

kalau boleh bawa bersama jumper cable, cable (tali) penunda, lampu suluh, sedikit ubatan, senaskah yaasin, dan yang paling penting, air bawalah lebih sikit. banyak kegunaannya tu. kalau bergerak dalam waktu2 perayaan sebegini seeloknya bawa bersama keperluan solat, sebab kebiasaannya tempat2 persinggahan mesti sesak. kalau niat nak jamak taqdim tu silap2 sementara menunggu turn dah boleh jadi jamak takhir. itu kira masih bernasib baik lagi. terkadang tu nak susur ke R&R pun takde ruang....... tips2 yang biasa kita dengar, seperti fungsi lampu, enjin, tayar dan sebagainya tu tak perlulah aku nyatakan disini, sbb pada aku itu dah terlalu basic yang sepatutnya diketahui.

dikesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih kepada pengunjung2 blog ni. selamat berhari raya. kepada yang akan beraya di kampung. selamat memandu. berhati mulialah ketika tuan memandu. akui hak pengguna jalanraya yang lain juga. setakat berhati2 ketika memandu tu dah biasa kita dengar. sebab tu ramai yang berhati2 tapi hanya untuk diri sendiri sebaliknya lantak pi dengan kenderaan lain. kepada yang terpaksa bertugas pada musim perayaan, janganlah disedihkan sangat. sebaliknya berbanggalah dengan diri tuan. kerana tenaga dan kepakaran yang ada pada tuan amat2 diperlukan, seandainya ketiadaan tuan semestinya organisasi tuan akan menghadapi kepincangan.

kepada ibu, adik beradik dan sanak saudara aku di JB, ampun dan maaf aku pohonkan. insyaallah seandainya masih ada umur dan Allah mengizinkan, kita akan bertemu seminggu raya nanti. do'akan keselamatan dan kebahagiaan kami. begitu juga bagi keluarga mertua yang berada di utara tanahair iringi perjalanan kami dengan do'a kalian. mudah mudahan kita dapat dipertemukan dalam suasana yang penuh kegembiraan dan keimanan yang sempurna......... Amin..

Tuesday, September 15, 2009

kePeriBADiaN RasULLaH SAW

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.Kalau orang kita : Nak tampal sendiri- jangan harap.Suruh bini jahitkan dan kalau bini pun tak pandai jahit - hantar kedai, silap-silap simpan jer dalam almari untuk dibuang.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.Kalau orang kita: Membebel sambil buka astro atau baca surat khabar menunggu bini masak.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'Kalau orang kita : Balik masjid lepak-lepak dulu di warung kopi sambil bersembang.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan yaKhumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda. Kalau orang kita : Start motor/kereta terus ngeteh kat kedai mamak sambil pekena roti canai.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.''Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? 'Kalau orang kita: Degil eh? Nah amik kau dish dish..

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat. Kalau orang kita : Semakin ada pangkat mula nak cari perempuan lain, bini kat rumah dah mula nak lupa.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?''Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.''Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkanbunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan inisebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'Kalau orang kita : Lagi tinggi pangkat lagi power, cakap jer nak makan apa.

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor. Kalau orang kita : Sure geli dan tak lalu makan.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. Kalau orang kita: mahu berparang jadinya.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.Kalau orang kita : Lagi berkuasa makin lupa Allah. Kalau dulu tak pandai pergi disko kini dah pandai, kalau dulu tak pandai main golf sekarang sarapan pun kat tepi padang golf.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Kalau orang kita: beribadah sikit, dah mula nak menjatuhkan hukum orang lain sume salah. sehinggakan terlupa kekuatan dia beribadah itu atas pilihan Allah SWT jua.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'Kalau orang kita : Lupa diri adalah hamba. Tingginya darjat Rasullullah SAW, kisah ini sebagai renungan sahaja memang tidak boleh dibandingkan kita ni umat Baginda berbanding dengan Rasulullah SAW sendiri tapi cuba sama-sama muhasabah diri kita.

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT

artikel ni aku copy paste dari isuhangat.blogspot. tertarik dengan kenyataannya. dan berniat nak 'menyebarkan' maka aku pun meng'copy pastekan kat blog aku ni. beberapa potong ayat telah aku ubah kerana dikhuatiri menyentuh sensetiviti individu.

xtau kenapa, tapi aku suka baca sirah Rasullah saw. dan setiap kali terbaca bab zuhud Rasullah saw, hati yang Allah pinjamkan pada aku ni macam xtertanggung sebaknya membayangkan sikap baginda yang cukup cukup terpuji. secara tak langsung sebak di hati itu mengarahkan empangan kecil dimata melimpahkan airnya...............

semoga hati yang Allah pinjamkan kepada ku ini, dapat melembutkan nafsu yang sering kali cuba merajai diri...... Amin

KiAn jAuH


hari ini, 25 Ramadhan 1430H.
bermakna hanya tinggal 4 atau 5 hari saja lagi kita berada didalam bulan yang penuh keberkatan ini. sedih, pilu, terharu, bercelaru dan bermacam lagi perasaan yang bermain dalam hati setiap insan.

sudahkah kita penuhi malam2 terakhir ini dengan ibadah2 sunat? atau mungkinkah kita masih terleka dengan persiapan menghadapi raya? atau mungkin juga tiada perasaan berbeza yang lahir dari hati kita terhadap keberkatan pada malam2 akhir ini?

aidilfitri akan menjema.
hari kemenangan umat islam. hari kegembiraan bagi semua, hari keceriaan bagi yang kuasa. namun pernahkah kita limpahkan sedikit kerlingan atau jelingan ke kiri dan kanan, kepada mereka yang kurang berupaya. dalam pada kita bergembira tanpa kita sedari pada hari yang sama menjadi kesedihan kepada mereka.

pernahkah kita terfikir bagaimana keadaanya andaikata kita berada ditempat mereka?....................


Friday, September 4, 2009

tekA tEKi iMAm AL GhazALi

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang
Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Murid 4 : Laut
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Murid 4 : Unta
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri.

Petikan ni aku copy dari satu artikel, yang tak sengaja aku lawati. oleh kerana tertarik dengan semua pesanan secara spontan tersebut. aku pun copykan utk renungan rakan-rakan yang berkunjung ke blog ini.

Saturday, August 29, 2009

kEnaNGaN yANg BeRULanG

salam sume
hari ni, 8 ramadhan. bermakna telah selamat seminggu perjalanan ramadhan ini. dan ini juga bermakna hanya tinggal 22 @ 23 hari saje lagi ramadhan ini akan pergi meninggalkan kita.

bila aku kenang kenangkan kembali satu persatu ramadhan datang mengunjungi aku dan satu persatu juga ramadhan itu pergi meninggalkan aku dan kamu semua. bertanya aku pada diri sendiri, apakah setiap kunjungan dan perginya ramadhan itu amalan aku semakin meningkat?............... jawabnya, amat sukar untuk aku nyatakan baik melalui perkataan mahupun perbuatan. nak dikatakan TIDAK, pun tidak..... nak dikatakan YA, juga tidak.

yang pasti aku akan sentiasa berazam manjadikan ramadhan pada setiap tahun adalah ramadhan yang terbaik dari tahun tahun sebelumnya.

mengenang kembali ramadhan melalui zahirnya :-

teringat aku pada zaman kanak kanak dahulu..........
dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan, namun masih berpegang teguh pada ajaran agama,
aku telah mula berpuasa seawal usiaku 6 tahun.
faktor kemiskinan menyumbang kepada banyak hari hariku dan keluarga dihabiskan dengan berpuasa sunat.

ramadhan di alam persekolahan.............
bila cuti sekolah hujung minggu aku dengan abang abangku (shah & Lan) serta kawan kawan sepermainan sering merayau rayau sekitar kampung. mancari apa apa jua yang boleh dijadikan santapan masa berbuka. zaman dulu banyak pokok buah buahan yang hidup liar tidak bertuan, bukan macam zaman sekarang, pondok kotak bawah jembatan pun 'bertuan'...... kebiasaanya kunjungan kami ke 'rumah drakula' akan menjanjikan banyak hasil, seperti jambu batu, jambu air pada musimnya, kangkong, keladi, pucuk ubi, nangka muda untuk dijadikan sayur dan pelbagai lagi. walaupun dalam keletihan tapi diantara kami tidak ada yang curi makan...... dan saat yang paling menyeronokkan, apabila tiba waktu berbuka aku akan susun semua 'hasil tangkapan' pada hari tersebut, baik dari jambu batu, buah gajus yang masih kelat dan sebagainya.... waktu itu sekiranya kami dapat berbuka bubur kacang dengan air suam, itu dah dikirakan menu yang cukup mewah. berbanding kebiasaanya hanya nasi ataupun ubi kayu dengan lauk ikan masin. kalau ada sayur pun kebiasaannya pucuk ubi atau nangka masak lemak, kulat yang tumbuh pada kayu getah reput dimasak sambal. kadang kala pucuk paku ditumis air. agaknya kalau zaman itu dibawa ke masa kini keluarga aku dah layak menyertai bersamamu TV3. tapi oleh kerana zaman itu tetap kekal begitu, maka tak layaklah untuk kami menyertai program reality tersebut, kerana mereka yang hidup sezaman dengan ku juga malalui nasib yang sama..........

ramadhan di alam sekolah menengah............
dalam tingkatan 4 & 5 aku telah tinggal di asrama. segalanya menjadi lebih teratur dan kurang kenangan yang manyentuh kalbu. walaupun masih berbuka dengan nasi, namun disertakan dengan lauk pauk yang lazat. sesekali terlintas dihatiku seandainya semua kelazatan ini dapat aku kongsikan dengan adik adik dan keluargaku, alangkah bahagianya. tapi sayang semua itu mustahil buat masa ini. kerana makan dan tempat tinggalku sendiri dibiayai oleh kerajaan.

ramadhan dalam alam remaja............
tinggal dengan rakan rakan yang menyewa sebuah rumah, sudah tentunya waktu berbuka aku tidak dikelilingi ahli keluarga sendiri. sebaliknya hanya rakan rakan yang menjadi teman berbuka. itupun kalau mereka tidak membuat kerja lebih masa. menu berbuka kebiasaannya aku perolehi dari tempat yang paling mudah, iaitu 'bazar ramadhan'. namun sesekali bila cuti hujung minggu aku sering habiskan masa dikampung bersama keluarga tercinta.

ramadhan apabila telah berumah tangga............
kini aku telah mempunyai 3 cahaya mata. putera sulong ku telah mencecah usia 7 tahun, sudah tentunya ini adalah tahun kedua baginya menjalani ibadah puasa. Isya' dan terawih pula, aku telah mula jarang kesurau seperti kebiasaan sebelum sebelumnya. sebaliknya aku lebih senang lakukan jemaah dirumah, disertai oleh putera sulong ku dengan kedua dua adiknya..... ye, mungkin aku kerugian didalam pahala iktiqaf, tp aku masih untung didalam mentarbiah dan melatih jiwa isteri dan anak anak ku menghayati erti ramadhan yang sebenarnya.
berbalik pada berbuka, apa yang aku perhatikan sikap putera sulong ku saling tak tumpah dengan tabiat aku dulu, iaitu menyusun semua 'hasil tangkapan' di kelilingnya . cuma bezanya aku dulu hanya ada jambu batu, sebaliknya dia kini dengan coklat, gula gula, keropok dan sebagainya....... mungkinkah sikap itu akan berterusan pada generasiku seterusnya.......?

Ramadhan esok............
aku masih tak tau sempatkah aku bertemu dengan Nya......?
mungkinkah pada waktu itu aku masih dalam keadaan sebegini dikelilingi isteri dan anak anak tercinta? atau sebaliknya telah jatuh hukum tidak perlu lagi aku beribadah kepada penciptanya............. Waallahhu aklam bissawab.....

Saturday, August 22, 2009

rAmADHan iNI dATang lAgi

Alhamdulillah hari ini 1 Ramadhan,

Allah telah memilih aku satu diantara jutaan dari kalangan hamba Nya yang dapat bersama menikmati Ramadhan ini.......
kenapa menikmati...............?
sebab Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan Rahmat dan fadhilat. sepanjang malamnya dipenuhi dengan ganjaran-ganjaran Nikmat dari Pencipta kepada hambanya. manakala pada siang harinya diselubungi pula dengan keinsafan dari seorang hamba kepada Pencitpanya.

Dihadiahkan pula kepada hambanya satu malam yang mana sekiranya dilakukan amal kebajikan, ganjarannya menandingi amalan umat2 terdahulu. sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi bijaksana. Telah menetapkan Dia, bahawa usia umat akhir zaman ini hanyalah beberapa saat sahaje jika dibandingkan dengan umat terdahulu, nescaya mustahil umat akhir zaman ini dapat menyamai amalan umat terdahulu... namun kurniaan Malam Lailatulkadar kepada umat akhir zaman ini merupakan satu bukti betapa Maha Adilnya Dia.

dikesempatan ini......
bersamalah kita berusaha mencari keredhaan Illahi sempena dalam bulan yang berkat ini. kerana amat dikhuatiri Ramadhan ini adalah yang terakhir buat aku mahupun kamu..........

salam perantuan buat sanak saudara yang berada jauh dimata.......

Friday, August 21, 2009

AL Asr'

"Demi masa,
sesunguhnya manusia itu di dalam kerugian
kecuali mereka yang berpesan pesan dengan kebenaran
dan mereka yang berpesan pesan dengan kesabaran".

pagi jumaat ini.....................
hari ni adalah hari terakhir dalam bulan Syaaban.
bersyukurlah sesiapa yang banyak melakukan ibadah sunat di sepanjang Syaaban ini.
mudah mudahan segala amalan perbuatan baik kita diterima oleh Nya.
kita masih tak tau adakah kita masih berkesempatan untuk menemui Syaaban lagi pada tahun tahun mendatang. namun sebagai seorang 'tunang kepada kematian', berdo'alah dan berharaplah semoga tarikh ijabkabul itu, akan melepasi Syaaban tahun depan.

esok Ramadhan datang lagi....................

mudah mudahan Allah memilih aku dan kamu menjadi sebahagian dari hambanya yang dapat melaksanakan Rukun Islam ke-3 ini dengan penuh khusyuk, tawadduk dan penuh kesempurnaan.
mudah mudahan Ramadhan ini dapat membentuk jiwa, dan mentarbiah diri kita menjadi insan yang sedar akan keujudan ini hanyalah sebagai hamba kepada Penciptanya.
mudah mudahan Ramadhan ini dapat mengingat dan menyedarkan kita akan kesengsaraan dan kelaparan yang ditanggung oleh mereka yang kekurangan lagi daif.
dekatkan lah hati dan diri kepada 'rumah Allah', mudah mudahan itu akan menjadi amalan dan ikutan kita seterusnya sehingga kehadiran sakaratulmaut...................



Thursday, August 13, 2009

ApabILa tErTUtuP mATa

salam sume dah hampir setengah bulan tak sempat masuk kedalam blog ni..........
kenapa dan mengapa?..................
jawapan yang dah terlalu rutin dengan masyarakat zaman IT ni, iaitu 'bz'.
sehingga terkadang tu jawapan 'bz' ni boleh digunakan sebagai alasan utk mengelak dari melaksanakan yang fardhu.....

apa yg aku 'bz'kan?
aku pun xpasti...... nak kata xtau agak keterlaluan.
yang pasti peruntukan masa untuk aku dan kamu hanya ada 24 jam, sedangkan waktu berkerja aku seringkali mecabuli masa peribadi ku.................
bagaimana dan caramana ianya terjadi, sukar nak aku nyatakan disini, cuma yang pasti, semuanya demi sesuap nasi. (macam bermadah la plak).

tapi berbaloikah semua itu aku lakukan? untuk siapa dan siapa-siapa semua tu?
bukan ke masih banyak tuntutan yang belum aku laksanakan.......... entah lah........ jelaslah inilah kelemahan yang ada pada diri aku dan mungkin juga kamu..... kita sering berusaha mendapatkan ganjaran yang xseberapa, lalu terlupa pada ganjaran hakiki yang telah ditawarkan disana........

hidup ini satu perjuangan, dan perjuangan itu akan hanya terhenti aPAbILa terTUtUP MatA..........

dari :
aku yang tertekan dengan bebanan kerja.


Thursday, July 30, 2009

meREka YaNG rEbAh

Dah dekat seminggu aku tak dapat mamatuk dalam blog ni, maklum la sibuk sesangat dengan tanggungjawab sebagai seorang kuli.......

ntah bila gaknye impian aku yang dah ter'carry foward' beberapa tahun kebelakangan akan jadi kenyataan. bukan merungut dan jauh sekali mengeluh pada ketentuan Illahi, tapi sekadar bertanya pada diri sendiri. adakah semua yang diharapkan itu akan menjadi kenyataan atau hanya sebuah khayalan yang tak bertepian.....

walau macamana pun aku tetap bersyukur kerana masih mempunyai kerjaya. manakala matlamat dan impian aku tu hanya aku sasarkan sebagai satu bonus je dalam pengembaraan ini. seandainya tercapai maka extra lah dari laluan biasa, jika sebaliknya, masih tak mengapa kerana aku masih perolehi laluan seperti biasa. namun sebagai hamba yang bergelar manusia aku tetap mengharapkan agar Allah swt menjadikan sasaran bonus yang aku impikan itu menjadi satu kenyataan, sebagaimana mengharap bonus oleh seorang pekerja dari majikannya.........

dalam kesibukan aku melaksakan tugasan pejabat, yang terkadang sampai terbawak balik kerumah tu. tak tau kenapa kepala aku boleh teringat lagu yang selalu 'main' kat tv hitam putih bapak aku dalam tahun 80'an dulu. masa tu RTM1 je yang ada pun. tajuk lagu tu mereka yang rebah. lagu ni berkisarkan tentang 'support' yang patut diberikan kpd penagih dadah......

kenapa dan mengapa aku boleh teringat lagu ni? aku pun tak tau. cuma bila diamati lirik lagu ni betul2, "peruntukkan sedikit masa emas mu, kerana mereka memerlukanmu". agaknya mengingatkan aku supaya tinggalkan semua kerja pejabat dan luangkan masa pada anak2 yang sedang membesar dan asyik nak ajak aku bermain je......... ada betulnya fikiran aku tu, sebab dah 9 jam masa dikorbankan untuk mencari nafkah. takkan kat rumah pun masih nak curi masa dari anak2. padahal hanya berapa jam saje masa yang diperuntukkan untuk mereka. abis kuat pun tiga empat jam je. pukul 10 mlm anak2 dah masuk tidur. esok pagi hantar ke nursery dalam keadaan diorang masih tidur. jumpa tak jumpa pun, petang, waktu balik kerja baru dapat bersama..................... ntah la, tak tau apa nak dikata, tp ni lah hakikat kehidupan yang sukar dinafikan............

kembali pada lagu mereka yang rebah ni. aku ingat lagi, lagu ni pernah kitorang gunakan untuk buat persembahan 'malam perpisahan' Kursus Kepimpinan dan Pentadbiran PBSMM. tahun 1991 bulan berapa tak ingat. masa tu aku sekolah kat SMV Kota Tinggi, sekarang ni dah upgrade SMTKT. PBSM daerah Kota Tinggi anjurkan kursus ni kat Sekolah Tun Habab KT (kalau tak silap aku la nama sekolah tu, dah terlalu lalu lama, sampai lupa). so ramailah studen mewakili sekolah masing2. pd mlm last tu setiap sekolah kena hantar wakil utk buat persembahan. korang pun paham la kalau dah kata kursus mana ada masa terluang, setiap waktu ada je program, mana ceramahnya, praktikal bantuan cemas, kaedah penggunaan peralatan, belum cite lagi kawad kaki, berkawal malam. so disebabkan kesuntukkan masa kitorang pun buat yg simple2 je la. walaupun segala macam idea canggih tercetus. lastly lagu ni la yg kitorang persembahkan, bagi tak nampak boring sangat pada persembahan tu, sorang kawan aku cadangkan diadakan lakonan sepanjang lagu ni dinyanyikan. kira macam klip video la kononnya.

turn demi turn sekolah buat persembahan akhirnya tiba turn sekolah Vokay. first aku ngan sorang junior aku naik pentas nama dia Azhar kalau tak silap. buat gaya mat gian tengah 'lalok' jalan memapah2 sambil tergigil2, pastu baru member2 lagi 8 orang naik nyanyikan lagu ni.... aku ingat lagi nak buat gaya seakan2 rokok kitorang gunakan pen reynold (pen ni takde dah sekarang ni. zaman dulu popular la. batang dia warna putih, tempat pemegang dia ikut warna pen. kalau dakwat biru, warna pemegang dia pun biru). kitorang bukak pemegang pen tu tinggalkan batang putih dia je, pastu kikis tulisan pada batang pen tu sampai pen tu jd bulat. asalnye dia bersegi. pastu koyakkan kulit kotak warna coklat yang kitorang rembat cikgu punya. balut kat hujung pen tu dengan loytape jernih. maklum la kursus kat sekolah orang. barang keperluan mana nak dapat. terpaksalah gunakan kreativiti sendiri........... hasilnya pen reynold tadi menyerupai sebatang rokok yang real.

selesai persembahan tu, member2 aku yang nyanyi tanya "kenapa tak ambik bunga tadi?" aku ngan Azhar jadi tertanya2 bunga apa lak........ rupanya masa buat persembahan tu member2 yang nyanyi kata ada dua, tiga 'budak pompuan' letak bunga kat tepi aku ngan Azhar. masa tu penonton semua tepuk tangan ada yang degil2 tu siap 'peewit' lg. tp tak tau sapa, yang pasti student sekolah lain la, sbb vokay takde student perempuan yang join PBSM. aku ngan Azhar memang tak nampak sebab masing2 tunduk gaya mat gian, padahal malu tak nak tengok audiance. cuma yang aku dengar suara dari speaker member2 aku nyanyi bergilir2 dengan sorakkan audiance.

abis persembahan, member yang menyanyi terus ke arah sudut kami melakonkan watak dan papah aku ngan Azhar turun pentas..... yang canggihnya ada 2 pegawai PBSMM dah tunggu kat tangga pentas, mintak kami serahkan 'rokok' tu. dengan suara tegas diorang tanya "mana kamu dapat rokok ni". bila Azhar tunjuk rokok palsu tu, barulah kami dibenarkan turun dan duduk semula kat tempat kitorang.......

kalau diimbas kembali zaman dari sekolah rendah sampai tamat sekolah menengah, banyak betul kenangan yang tersimpan dalam kotak memori aku ni. suka duka, pahit, manis, masin, payau semua ada. betul la kata orang, waktu paling best adalah zaman persekolahan.......

insyaallah aku akan cuba uploadkan dari benak ingatan aku ni 1 persatu memori ke blog ni, utk dijadikan tatapan waris aku kelak........ pada rakan-rakan yang terbaca blog aku ni dan bila diamati betul2 korang adalah salah seorang pemegang watak sebenar atau warisnya atau kenal pemegang watak dalam cite ni sudi2kan lah contact aku.......
wassalam

Friday, July 24, 2009

eRti sEbUAh KeMerdEKAan


"tunjukkan pada ku erti kebebasan sebenar.....peace"

siAPalah aKu, Dia dAN kAMu.....?

kisah ni berlaku 2 minggu lepas......
cuaca pagi jumaat tu agak murung, (sebenarnya tak de cuaca yg murung sbb apa jua keadaannya adalah Rahmat dari Allah swt.)

jam dah menunjukkan 12.30tgh. masa utk aku melupakan semua urusan dunia....... masa utk ke masjid mengambil peluang dan ruang utk menunaikan solat jumaat......

elok je aku parking bawah pokok kat tempat biasa. hujan terus turun dengan lebat. nampak gayanya terpaksalah aku berehat seketika dalam kete. lagipun masih awal lagi. zohor masuk pukul 1.09pm. makin aku tunggu mata makin layu. hujan makin menderu. sedangkan jarak masjid dengan tempat aku parking kira-kira 50M.......... menghampiri waktu 1.00pm, tak boleh jadi aku mesti redah hujan ni utk masuk kedalam masjid, kalau tak, gamaknya kesuntukkan waktu lah aku nak buat solat2 sunat. dan dah tentunya kuranglah pahala iktiqaf aku hari ni.

hujan agak reda sikit aku pun terus lari menuju ke masjid, diantara tempat aku parking dengan masjid tu ada sebuah bus stop. aku berenti kejap utk melipat seluar tinggi sikit supaya tak basah bila terpijak lopak. sedang aku terbongkok2 melipat seluar, tetiba aku disapa salam dari seorang 'bangla'. aku toleh kearahnya sambil menjawab salam beliau. dengan senyuman mesra beliau menarik tangan ku utk jalan bersama dibawah payung yg dipegangnya. tanpa berpikir panjang aku terus setuju. maklumlah waktu zohor kian hampir, manakala hujan turun tanpa tanda2 akan berhenti.

'bangla' tersebut memaut pinggang aku sambil tangan sebelah lagi memegang payung utk kami berlindung dari guguran jutaan air hujan. aku pun dengan rasa lega mengatur langkah seiringan dengan 'bangla' tersebut menuju ke perkarangan masjid. dalam pada kami melangkah aku perhatikan payung yang dipegang bangla semakin lama semakin condong kebahagian aku............. aku sedar sebagai seorang yang menumpang tak sepatutnya dia melebih-lebihkan aku. selayaknya dia mengutamakan dirinya....... aku tolak balik payung tu supaya condong kearahnya. tp dia berkeras sambil tersenyum dan berkata 'tapa-tapa' dalam loghat 'bahasa malaysia bangla'. jadi serba salam lak aku dibuatnya......

akhirnya sampai gak kami di perkarangan masjid. aku akhiri pertemuan bersama bangla tersebut dengan bersalaman sambil mengucapkan terima kasih. dia hanya tersenyum sambil menggoyang-goyangkan kepalanya dan berkata 'tapa'. oleh kerana hujan agak lebat dengan cuaca yg sejuk, seeloknya aku buang 'hajat kecil' dulu kat tandas. kalau tak nanti bila khatib berkhutbat, mesti terganggu perhatiankan dengan masalah ni. bila selesai urusan aku terus mengambil wuduk dan masuk kedalam masjid........ sedang aku hendak mengangkat 'takbir ratul ehram' utk solat sunat 'tahiyatul masjid' aku terperasan dari celahan tingkap seorang hamba Allah sedang mengibas-ngibas bajunya yang basah hingga dari bahu sebelah kiri hingga ke keseluruhan pinggang. manakala seluarnya basah hampir keseluruhan, sambil mengibas2 kebasahan tersebut sesekali dia memerah2 baju dan seluarnya.........

terhenti aku dari 'takbir ratul ehram' tersebut sebab bila aku perhatikan betul2 hamba Allah itu adalah bangla yang menumpang payung kepada ku tadi...... masyaAllah, tesentuh hati aku, sayu melihatkan keadaan bangla tesebut. sungguh mulia hatinya, sanggup membiarkan diri sendiri dibasahi hujan demi memastikan aku yang "menumpang" tidak basah........

Ya Allah sungguh besar kekuasaan Mu, memberikan aku pendidikan dan pangajaran tanpa perlu aku duduk di kerusi dan meja yang menghadap ke papan hitam yang berdiri seorang guru disebelahnya........ terus terang aku katakan belum pernah aku lakukan, mahupun terlintas di benak fikiran untuk aku membantu seseorang sehingga mengorbankan diri sendiri. namun apa yang telah Allah tunjukkan ini adalah sesuatu yang cukup memalukan bagi diri aku sendiri yang bergelar khalifah di atas muka bumi ini..........

seandainya do'a yang paling mustajab pada hari jumaat ini adalah duduk khatib diantara dua khutbah, maka aku peruntukkan waktu keemasan itu hanyalah untuk hamba Allah yang berhati mulia tersebut. semoga apa yang telah dia lakukan itu mendapat ganjaran nikmat dari Allah........ manakala andainya aku berkuasa memberikan segunung intan, nescaya hamba Allah itulah yang pertama aku kurniakan. dan seandainya takdir Allah menentukan satu penyakit akan di turunkan diantara aku dan dia, nescaya aku akan merayu kpd Allah swt, biarlah aku yang menanggungnya........

kini, kisah dan masjid tersebut hanya menjadi kenangan kerana pembinaan masjid Al-Istiqomah Taman Johor Jaya, telah siap sepenuhnya dan akan beroperasi secara rasmi pada solat jumaat minggu hadapan. 31-july-2009. dan solat jumaat tadi adalah solat jumaat dan khutbar terakhir bagi masjid At-Taqwa. nescaya masjid ini akan terbiar sepi......

namun kisah dan pengajaran dari Allah tadi takkan menjadi sepi sebagaimana sepinya masjid At-Taqwa yang akan ditinggalkan. bagi aku masjid lama ini telah memberikan aku pengajaran dan kesedaran bahawa aku hanyalah seorang hamba yang menumpang dicelah2 kekalutan muka bumi Tuhan..........

dULu kIni dAn sAmpAi biLA.....?

Pagi ni jumaat 2 Syaaban. alarm enpon aku dah berdering. aduss dah pukul 5.40pg rupanya. cam biasa rutin aku kejutkan putera sulong aku utk bersiap kesekolah. suasana kat luar hujan lebat lak tu.

"ngantuk la bah, xyah g sekolah boleh?" selambe je anak aku merepek pepagi buta ni. padahal mata dia x celik lagi. aku tersenyum je melihatkan kerenah dia. dan dah tentunya tu la permintaan pertama dia di pagi yg berbahagia ni kena reject oleh aku.........

teringat aku kira-kira 28 tahun yang lalu, dialog yang sama pernah aku utarakan kepada abah aku. cuma bezanya bukan pagi Jumaat, bukan juga pagi Sabtu. mungkin pagi ahad atau hari selainnya. mana taknya kalau awal pagi dah hujan macam ni alamatnya kesejukkanlah aku berpakaian basah selama setengah hari persekolahan. bukan sekadar kasut yang dah bocor kat tapak mamudahkan air meresap ke stokin, malah seluar juga baju boleh basah terkena tempiasan hujan.....

DULU..........
untuk kesekolah aku perlu manapak sejauh 1.8km bersama abang aku melalui jalan tanah merah. dan lebih mengharukan hanya ada sekaki payung utk dikongsikan berdua. sehinggalah tercetus idea kreatif seorang anak kampung yang hidup dalam kekurangan untuk menghasilkan baju hujan buatan sendiri menggunakan plastik bekas pembalut tilam.........

KINI............
anak aku hanya perlu bangun, mandi air panas, makan sarapan di halaman rumah sambil menunggu van datang menjemput. kalau cuaca hujan ceghini aku akan payungkan dia sampai ke pintu van.

terfikirlah aku, kemudahan semakin banyak, teknologi semakin canggih........ namun bahaya juga semakin mencabar. kalau DULU, seorang kanak2 kecil seperti aku bebas berjalan jauh, tanpa perlu memikirkan bahaya. tapi KINI, seorang dewasa seperti aku juga sentiasa diintai bahaya apabila berada di luar rumah. apatah lagi kepada golongan kanak2 dan wanita yang lemah.

terfikir lagi aku. SAMPAI BILA semua kerosakkan ini akan berterusan. apalah ertinya sebuah kemodenan sekiranya telah luput dari hati insan nilai kemanusiaan...........

Thursday, July 23, 2009

DaRi StEsyEN kE sTEsYen


salam sume.
baru-baru ni aku terima satu email ttg bisness internet. dari sapa ntah,,,,, x aku kenali......xperlu menjual barang, xperlu mencari orang, cume perlu mendaftar n duduk diam. pastu dalam 2 bulan dapat imbuhan. tapi kalau nak lagi banyak imbuhan kenalah cari orang.................

teringat pulak pada diri aku suatu masa dahulu, macam tu lah jugak aku. join MLM. dari sistem traditional sampai la binary. dari cara clasik sampailah ke teknology terkini......

apa sebenarnya yg aku cari pada masa tu adalah erti sebuah kebahagiaan, erti sebuah kejayaan, erti sebuah kekayaan. tapi bahagia ke aku, berjaya ke aku, kaya? ntah la............. kebahagiaan tu perlu aku ukur dari sudut mana???

kini, aku lebih selesa dengan kehidupan yg aku jalani ini. namun sesekali toleh juga kebelakang untuk memastikan agar tidak kegagalan lalu mewarnai kembali pengembaraan kini.


Wednesday, July 22, 2009