Friday, August 13, 2010

rAmaDHAn aL mUBarAK

alhamdulillah sempat juga aku bertemu ramadhan sekali lagi, namun belum pasti adakah kesempatan ini akan sampai ke penghujungnya...

memandangkan ini adalah ramadhan pertama bagi aku melakukan kerjaya dari rumah, sudah tentunya aku punyai banyak masa berbanding tahun2 sebelumnya. mudah-mudahan dengan peluang yang allah berikan ini tidak aku persia-siakan.....aku berazam akan memenuhkan ramadhan kali ini dengan kiamulail dan dan zuhud kepada Allah Ya Robb yang satu....

mudah-mudahan Allah memilih aku dan juga kamu menjadi sebahagian dari hamba-hambanya yang memenuhkan malam-malam yang penuh keberkatan ini dengan amalan-amalan yang berfaedah..... Amin......




oGoS bULaN kemERdEKaaN

beberapa hari saje lagi kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita. tahun ini merupakan tahun ke-2 kita menyambut kemerdekaan dalam bulan Ramadhan. ... alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana telah mengurniakan kita sebuah kemerdekaan dari jajahan secara terang-terangan. namun dengan kurniaan tersebut adakah kita juga telah bebas dari jajahan secara sulit? persoalan ini hanya kita sendiri mampu menjawabnya........

seandainya bukan dalam bulan ramadhan, sambutan kemerdekaan itu saje telah membuktikan segalanya. adakah kita telah benar-benar merdeka atau sebaliknya?...... laporan media pada keesokkan harinya pasti tidak ketinggalan dari topik2 hangat, seperti mat rempit, perjudian, pergaulan bebas tak ketinggalan juga arak dan penyalahgunaan dadah.

sampai bilakah semua gejala sosial ini akan berlarutan? pada siapakah hendak kita letakkan tanggungan dan pada siapa pula yang akan menjawab? adakah salah dari ibubapa, guru-guru, pihak penganjur, atau pada remaja itu sendiri? atau mungkin juga salah ini berpunca dari pejuang-pajuang negara yang bermodalkan darah mereka sendiri untuk menuntut kemerdekaan ini?..................

aku rasa jawapannya ada pada diri masing2, kerana kemerddekaan itu sendiri membawa pengertian yang berbeza2 bagi setiap individu..... kalau aku ditanya soalan sebegini aku juga tidak mampu menjawab selain dari mengatakan. "aku bukanlah sasterawan, juga bukan sejarahwan dan jauh sekali negarawan, aku hanyalah seorang penulis suka-suka dengan sekadar coretan biasa"

waallahuaklam.....

Wednesday, August 4, 2010

LaMA dAN bARu

03hb Ogos 2010


setelah sebulan menunggu akhirnya hari ni baru dapat, tu pun setelah buat perubahan. ini adalah bagi menggantikan yang lama yang dah xberapa memenuhi keperluan semasa. memandangkan keadaan mengizinkan untuk bertukar maka pertukaran pun dilakukan.....


apa dia yang ditunggu? perubahan apa pulak? menggantikan apanye? keadaan mengizinkan untuk apa?...................... layan je gambao kat bawah ni.



skuter yang telah tidak sesuai dgn keperluan aku kini


lagenda 115Z yang baru menggantikan skuter

Monday, August 2, 2010

mEdiK di kEjoHaNAn rAgBi tERbuKA

pelapis pasukan ragbi malaysia

aku bukanlah 'pengurut batin' dan jauh sekali 'urut special'

tugasan yang sama seperti minggu lepas. memberi first aids kepada perlawanan Iskandar Malaysia Ragbi Challenge 2010. perlawanan berlangsung selama 2 hari 31 july & 1 Ogos. tapi aku hanya terlibat pada hari ahad 1hb, sebab 31hb aku dah ada program lain.



seumur hidup aku mmg xpernah menyaksikan perlawanan ragbi, so ntah sepatah haram aku xpaham dengan sukan ni, ada smash ke? foul ke? hand stand ke? offside ke?... yg aku nampak cuma orang2 berlari bawak bola lonjong je. pakaian sebelum perlawanan ada macam2 kaler, bila dah abis main aku tengok sama je kalernye, warna lumpur....... dalam hati terpikir, agaknya kalau ada kerbau kat sini, mesti kerbau pun tergelak, tgk manusia bergelut dalam lumpur, kata kerbau "lebih kurang aku je".



yang pasti ramai pemain yg kekejangan otot. xkurang juga yang koyak kulit kepala dan bibir, dan ada sorang pemain yang beralih sendi bahu. perrrgggh ganas tol, mungkin sbb tu aku tak berminat dengan sukan ni kot....