Friday, July 31, 2020

sELamat hAri uLaNG tAHUn ke ???


hari ini jumaat bersamaan 10 zulhijjah 1441hijrah

penghulu segala hari

hari yang penuh berkat

salah satu hari melakukan ibadah korban

salah satu hari yang diharamkan berpuasa

iaitu, hari raya aidiladha

Dan pastinya hari ulang tahun kelahiran aku mengikut kalender islam.

10 zulhijjah 1393 hijrah. Kalau pengiraan mengikut kalender islam umur aku hari ni genab 48 tahun. Tapi seperti rutin nya, dunia menggunakan kalender masihi, bulan dec nanti umur aku baru mencecah 46 tahun.

 

terima kasih mak, kerana telah melahirkan aku kedunia ini. Malah telah menjaga aku dengan penuh kasih sayang sehingga aku menjadi dewasa. Dapat melihat dunia, dapat merasai cabarannya, dapat melalui onak dan ranjaunya, sebelum aku meneruskan perjalanan

 

Tak lupa juga ucapan terima kasih aku kepada Allahyarham abah, berehat lah dengan tenang dikau disana. Pasti aku akan menyusuli mu suatu masa nanti. Tiada kek nak aku berikan, dan tidak ada ikatan reben yang membaluti kotak hadiah. Yang ada hanyalah kiriman Al-fatehah disetiap wirid yang mengiringi solat 5 waktu ku, sebagai hadiah dan tanda ingatanku kepadamu..

 

Dan pastinya terima kasih yang tak terhingga kepada Allah dan Rasul Nya, Muhammad SAW, kerana telah meniupkan roh dan melahirkan aku dari rahim seorang ibu yang beragama islam. inilah nikmat dan kurniaan yang tak terkira besarnya kepada diriku. Tiada hadiah yang mampu aku balas, melainkan hanya mampu mentaati setiap perintah Mu dan mengirimkan ucapan selawat ke atas nabi junjungan ku..

 

Do’a dan harapan ku, semoga Kau temukan kami semua nanti di dalam syurga firdaus Mu pada penghujung pengembaraan ini… Amiin ya Rob…

 

Simpan sini lah gambar ni untuk kenangan. Kerana memori ini tidak mungkin berulang



Wednesday, July 29, 2020

aLAT pErmAinAN bArU aKU



cuti hujung minggu lepas saje cari-cari aktiviti outdoor bersama isteri dan anak-anak. Kemas kebun kecil sekangkang kera di belakang rumah. Alhamdulillah 3 rumpun pokok pisang nipah masing-masing meriah beranak pinak. Ingatkan statistic KKM, musim PKP kadar ibu mengandung je meningkat. Rupanya pokok pisang pun tak terkecuali. Haha…


pindahkanlah separuh anak-anak pokok pisang ni ke simpang renggam. Penuh sangat kat belakang rumah ni nanti crouded pulak. Takde penjarakkan social.. haha.. sambil-sambil tu boleh la aku cuba alat permainan baru.


Mesin rumput dah ada. Tong racun pun baru je sampai order online, lepas ni nak beli mainan apa pulak

“Cepatlah membesar, simanjaku sayang, minumlah susu cap”…. Tuttt
(lagu tema iklan susu tahun 80’an)

sebenarnya aku pun tak tau apa perancangan aku dengan tanah ni untuk masa akan datang. cuma setakat ni apa yang aku fikir... layankan je.. ada masa kita datang, kerjakan apa yang patut, kalau tak cukup masa kita abaikan je.

sebab segala-galanya memerlukan modal, nak berulang alik memerlukan modal, nak masukkan air SAJ dan TNB pun modal. nak bina rumah pun modal. malah kalau dibiarkan bersemak samun pun nanti akhirnya dia meminta modal.. jadi setelah berbincang sesama sendiri keputusannya adalah... KITA LAYANKAN AJE... kerana apa yang pasti aku telah kehabisan modal...

Sunday, July 26, 2020

tuKAr aNgin buKAN kEpaLA aNGin



hari ni ahad terakhir sebelum kita semua akan bertemu hari raya aidiladha pada hari jumaat nanti. 26 Julai 2020 bersamaan 5 Zulhijjah 1441 hijrah


berbeza dengan sambutan raya aidilfitri 2 bulan yang lalu. Walaupun tak lah terlalu berbeza, sebab kedua-duanya masih dalam PKP. Semalam pengarah kesihatan dato norhisham telah mengumumkan cluster baru covid-19, iaitu cluster bukit tiram.. ada 2 kes positif.. alamak dekat sangat dengan rumah aku ni.. semoga Allah melindungi kami semua.. janganlah sampai kawasan ulu tiram jadi PKPD pula sepertimana Ibrahim majid di simpang renggam.
Menjalani PKPP sejak sebulan yang lalu. Aku masih belum ada aktiviti fulltime. Dalam kebosanan menjalani rutin harian. Anak aku si belalang ajak aku cat rumah. Ok jugak tu, sebab pada pengiraan aku dah 7 tahun aku tak mengecat dalam rumah. Luar rumah pun last cat dah 3 tahun yang lalu.

sampai tangga pun dicat oleh si belalang

Bermodalkan lebih kurang RM200 beli cat paling murah maxilite dapatlah 4 tong cat 7 liter. cukuplah untuk ruang tamu dan dapur. bilik tak kotor lagi dindingnya. Gunalah dulu setahun dua lagi. Hihi…

Alhamdulillah buat kerja mengecat santai-santai, 5 hari dah siap. Bolehla beraya haji dengan wajah baru rumah aku nanti… hihi..

bila sebut pasal raya haji ni teringat nak balik Baling, sebab dah lama sangat tak balik ni. Last balik bulan december tahun lepas. Rindu pada sanak saudara, rindu pada suasana kampung, rindu nak melawat kubur mak mertua. tapi kalau nak balik sekarang, anak-anak dah nak masuk madrasah hari sabtu nanti. kalau nak balik berdua lepas raya haji nanti macam tak seronok pulak... tengok lah nanti masa yang sesuai...

pEsAnAN dARi UmAr aLkHatTab



cara terbaik mengalahkan seseorang, adalah mengalahkannya dengan kesopanan.

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaikki pula oleh Allah apa yang nyata diwajahnya.

Biasakan diri dengan hidup susah, kerana kesenangan tidak akan kekal selamanya.

Aku tidak peduli dengan keadaan susah dan senang ku, kerana aku tidak tahu diantara kedua-duanya itu, mana yang lebih baik.

Hindarilah sifat malas dan bosan, kerana kedua-duanya adalah kunci keburukan. Sesungguhnya jika engkau malas, engkau tidak akan melaksanakan kewajipan, manakala jika engkau bosan, engkau tidak akan tahan dalam menunaikan kewajipan.


gambar takde kena mengena pun... saje aku nak simpan pic ni kat sini..

Monday, July 20, 2020

joM MaSak cuCOk uDaNG pAsAQ MaLAm



Hari ini 20 julai 2020 bersamaan 28 zulkaedah 1441 hijrah
Hari isnin.. masih dalam PKPP..

Teringat pula aku, sejak perintah PKP bermula sehingga la ke hari ini kami sekeluarga sudah tidak ke pasar malam. Walaupun pada saat PKPP ini pasar malam, pasar tani, pasar pagi, dan segala bagai pasar telah dibuka semula. Dan sudah pastinya lama kami tidak membeli rojak singapore. Bila sebut pasal rojak singapore teringat pula pada cucur udang, salah satu bahan yang wajib ada dalam rojak singapore.

Terlintas pula pada fikiranku nak menyedapkan tekak dengan makan cucur udang  yang rangup diluar, gebu didalam macam yang biasa kami beli dari pasar malam. Alhamdulillah isteriku seorang yang pantang aku cakap nak makan itu atau ini, dia tidak pernah mengecewakan, pasti dia akan menyediakan kalau dia tau menu yang aku nak tu, atau dia akan berusaha mencari resipinya dari pelbagai sumber… Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat Mu ini.. Jadi jom kita review resipi membuat cucur udang.

cucur udang pasar malam (nama ni wife aku yang bagi)
simpan sini buat rujukan masa depan.

2 cawan tepung gandum. Seeloknya belilah tepung gandum Islam brand. Kita sokong produk muslim disamping mengelakkan makan tepung yang telah diklorox bagi menampakkan warna putih, sedangkan ianya memudaratkan kesihatan. Aku sendiri menggunakan produk jenama Faezah. Cheewah promote produk faezah. Hajah Faezah Bawumi kena bayar aku royalty ni… haha… merapu pulak aku ni.. nak masak ke nak buat iklan… ok jom mula semula..

2 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
1 sudu makan yis (mauripan)
1 sudu kecil serbuk kunyit

 


















bancuhan tak terlalu pekat mahupun cair

Gaul semua bahan diatas tu dengan air tapis biasa je. Tak payah guna air panas atau air sejuk dari dalam peti sejuk. Gaul jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Yang sedang-sedang saja.. hihi.. kemudian perapkan dibawah tudung saji paling kurang 45 minit gitu. Kalau lambat lagi nak digoreng, selepas 2 3 jam. atau bila dia dah mengembang, bolehlah simpan dulu dalam peti sejuk. Kalau dibiarkan lama diluar nanti, takut masam pulak. Maklumlah kan ada yis…

 setelah direhatkan 45 minit

Bila dah ready nak goreng barulah sediakan bawang merah besar dihiris. Daun kucai dipotong, taugeh, udang geragau (kalau ada la, supaya ada lebih rasa udang) kalau nak letak ikan bilis pun boleh je. Kan aku dah kata dalam entry kambing stew dulu. Memasak ni bagi aku, hanya perlu enjoy, ikhlaskan niat nak bagi orang makan. tak perlu nak terikat dengan SOP yang ketat seperti nak menangani covid-19 tu… yang penting masa memasak tu, mulut  jangan suka nak merapu, sumpah seranah, bibir muncung sampai boleh sangkut hanger baju, sebaliknya memasaklah dengan penuh kasih sayang sambil berzikir ataupun berselawat. Mudah-mudahan makanan yang dimasak akan jadi lebih berkhasiat dan berkat. Ni sekali lagi nak Tanya, chef ke ustaz? nak masak ke nak ceramah? On x on? Haha..

Ok sambung. Dah masukkan bawang merah yg dihiris, udang geragau, taugeh, daun kucai, masukkan sekali garam sekitar 1 sudu kecil. Agak-agak sendiri la. Macam yang chef kat tv selalu kata, “garam secukup rasa…” ingat tau, jangan masukkan garam masa proses pertama tadi, sebab garam boleh membantutkan pengembangan yis.. dan last sekali bahan paling penting sekali dalam menu ni,…  UDANG. Mestilah nak ada udang. Sebab tajuk pun cucur udang. Bukan cucur badak. Kalau cucur badak naya jugak tu, mana nak tangkap badaknye. Hihi…

Last sekali, ceduk gunakan senduk dan goreng mengunakan api sederhana. Agak-agak dah berubah warna perang keemasan angkat la. Tos kan minyak atas tisu.. dah sedia untuk dimakan. Tapi jangan makan banyak sangat, sebab cucur ni meresap minyak, kalau makan banyak, nanti boleh rasa kembang tekak. Orang utara kata ‘mengalong’… betul ke tak betul aku eja ni..

Bahan cicah pula terpulang la, kalau rajin buat sambal kacang, kalau malas bancuh aje sos cili dengan gula dan air panas, sedap jugak. Tapi kalau betul-betul malas, tak payah buat sambal kacang, tak payah bancuh sos cair manis dan tak payah buat apa-apa.. TIDUR JE. Sebelum tido tu doa lah, mudah-mudahan dalam tido nanti mimpi makan cucur udang.. hahaha…

Ok lah, bye.. jumpa lagi dalam entry masakan yang lainnya nanti. Ingat.. makanlah makanan yang halal kerana, yang tak halal tu tempatnya adalah didalam api neraka.
waAllahuaklam..

Sunday, July 12, 2020

pEsANan UmAR AL khATTaB kHALifAh iSLam



hari ni 12 julai 2020, ahad, bersamaan 21 zulkaedah 1441 hijrah. 9 hari lagi menuju ke bulan zulhijjah dan 19 hari lagi menujuk ke hari raya aidiladha.

#tiada apa yang penting untuk di memorikan.
#badan penat memesen rumput di simpang renggam, namun tetap seronok dengan aktiviti berkebun...

Janganlah kamu berburuk sangka dengan ucapan yang tidak baik dari mulut saudaramu, sebaliknya tafsirlah menjadi maksud yang baik dari ucapannya buruknya itu.

Aku tidak pernah sekalipun menyesali diamku, tetapi berkali-kali aku menyesali bicaraku

Jangan melupakan diri sendiri saat menyampaikan nasihat kepada orang lain.

Bila engkau menemukan cela pada seseorang sehingga engkau hendak mencacinya,  maka cacilah dirimu, kerana cacimu akan lebih buruk dari celanya.

Orang yang paling aku sukai adalah orang yang mahu menegur kesalahan ku. Kerana orang yang sanggup menegur kesalahanku itu adalah teman bagi ku, sedangkan mereka yang sering memuji dan menampu mu itu tidak lebih dari hanya mendorong diri kepada kebinasaan.

Barangsiapa yang bersangka buruk terhadap orang lain, maka jangan menyesal kalau orang juga bersangka buruk terhadapnya.

Wednesday, July 8, 2020

biAR LaH gAmBaR dAn iRamA bErBicARa



Hari ini 7 julai 2020 bersamaan 16 zulkaedah 1441 hijrah
Hari rabu..



Tiada karangan, Tiada cerita, tiada kata-kata
Biarlah gambar dan irama yang berbicara…