Sunday, December 20, 2020

mAsAk aPA tAK jAdi hARi Ni

 

sempena cuti PKPB ni anak-anak ada kat rumah, aku pun ada la mood nk men’try’ resipi baru. Tajuk asal resipi aku baru nak cuba ni simple je, putu bambu. Makanan peberet aku ni. Nak beli kat pasar malam, harga agak yahudi dah sekarang ni. Rm3.50 dapat 5 ketul. Tapi kisah masak apa tak jadi hari ni betul-betul menjadi kenyataan, dari nak buat putu bambu akhir bertukar menjadi….. jeng, jeng, jeng… korang nak tau jadi apa, kena baca sampai abis entry ni

 

bila tajuk resipi pun dah butu bambu, mestilah aku kena ada bambunye, ye tak…? Persoalannya, mana aku nak cari bambu nya.. dok tengah bandaraya kot bukan kat kampung, apa jenis buluh ko nak semua ada… senang je, kita cari bambunya kt youtube.. kat youtube? Mesti korang hairan kan?...

 

tak yah heran sangat lah, sebab aku bukan betul-betul nak cari buluh kat youtube. Aku Cuma nak cari idea, apa yang boleh menggantikan buluh untuk membuat putu bambu. Mesti ada idea kreatif dari orang-orang yang lebih awal dari aku. Kalau nak gantikan dengan paip pvc boleh je, tapi takut la side effect kemudian hari, sebab paip tu direka bukan untuk dikukus. Takut keracunan la pulak nanti.

 


Cari punya cari, banyaklah aku jumpa yang mana diorang menggantikan buluh dengan cetak apam. Mula-mula tengok bahan-bahannya dulu. Lepastu tengok cara-cara membuatnya, sambil-sambil tu baca komen dari viewer… alamak banyak komen negatif, sungguh meragukan ni.. herrmmm camne ni. Nak buat ke tak?.. nak cuba tapi memang tak menyakinkan langsung bila baca komen orang ramai. Tapi kalau tak cuba, memang tak kan berjaya (falsafah orang cemerlang ni, hihi). Lagipun kelapa parut asing kan hitam dan putihnya dah 2 hari membeku dalam peti…

 

Lastly aku buat juga, tapi dalam otak dah setting, kita try and error. Kalau berjaya Alhamdulillah, dapat ilmu baru, kalau gagal pun tak pe, dapat pengalaman baru.

 

Aku pun mula mengukus tepung beras, seperti yang diajarkan dalam youtube tu, dah siap kukus selama 20 minit, bancuh dengan air suam sampai tepung berasnya berubah jadi macam bread crump. Try kepalkan dah tak berterabur sama macam dalam youtube tu, aku pun mula mengukus dalam cetak apam.

 


15 minit pertama kukus, intai sikit. Macam tak berubah jadi putu pun. Masih nampak putih tepung beras je. sambung lagi mengukus selama 10 minit. Masih takde perubahan jugak. Aku dah nampak bunga-bunga kegagalan ni.. takpe jangan giveup, aku fikir sejenak, mungkin tepungnya kena sangai dulu kot, sebab dari channel lain aku tengok ada yang sangaikan tepung berasnya terlebih dulu.

 


Apalagi aku pun sangaikan semua adunan tadi dalam kuali. Makin sangai, makin kering dan jadi tepung semula adunan seakan bread crump aku tadi. Tak pe, teruskan sangai macam yang diajarkan. Lepas 20 minit menyangai, tepung pun dah sejuk, aku bancuh semula dengan air seperti step kedua tadi. Sambil tu aku berfikir, mungkin cetak apam tak punyai lubang atas dan bawah macam buluh. Jadi dengan kompiden separuh yakin (haha, bahasa apa ni) aku pun suruh anak aku lubangkan bahagian bawah cetak apam tadi. Dalam hati aku berkata, ni kalau tak jadi gak, naya aku kena bebel dengan isteri aku, abis cetak apam dia aku kerjakan.. haha

 


Seterusnya percubaan kedua mengukus. 20 minit berlalu, keadaan adunan seakan bread crump tadi masih tak berubah pun menjadi putu. Dalam pada aku intai dalam pengukus tu, aku terfikir sesuatu. Lubang-lubang pengukus di rumah ada banyak, sedangkan lubang pengukus peniaga putu bambu biasanya terhad dan akan ditutup oleh putu itu sendiri. Jadi mungkin wap panas banyak terbazir keluar melalui lubang-lubang pengukus tu, wap tidak fokus melalui lubang yang telah diletakkan putu bambu diatasnya.

 


Yess,, maka tercetus la idea baru yang lebih inovatif dalam kepala otak aku yang tak hempuk ni. Iaitu aku tutupkan semua lubang-lubang pengukus tu dengan aluminium foil. Hanya lubang yang aku nak letakkan acuan apam je aku bocorkan. Dengan harapan yang tak berapa nak menaruh harapan tu, aku pun mencuba lagi untuk kesekian kalinya..

 


10 minit berlalu, 15 minit berlalu, 20 minit berlalu, akhirnya dah 35 minit berlalu.. penantian penuh debaran aku tetap tak membuahkan hasil… adoyaii… baru aku perasan dari mula aku mengukus tepung sebelum zohor tadi, elok lepas solat, tepung pun dah sejuk, aku bancuh dengan air…. Bla.. bla… bla… sampai la sekarang ni dah masuk waktu asar rupanya. 4 jam dah berlalu namun sebijik putu bambu klon cetak apam pun tak menjadi. Ini memang dah tak boleh jadi ni. Stop la. Maka lengkap lah setting dalam kepala otak aku dari awal tadi, try dah bermacam kaedah try, dan hasilnya semua error..

 

Jangan buang masa lagi, simpan adunan dalam tupperware, kiv dulu dalam peti sejuk, kemas dapur, solat asar. Esok-esok la baru kita fikirkan apa nak buat dengan adunan yang tak bertukar menjadi putu bambu tu… Cuma skrg ni standby je la telinga untuk mendengar ucapan tahniah yang berprestij dari mem atas kejayaan aku membocorkan cetak apam dia. haha 


 

# esok paginya.. aku bancuh adunan semalam dengan santan. Masukkan dalam Loyang, taburkan gula kabung yang dah di hancurkan sebagai inti putu bambu semalam. kukus. Jadilah kueh tak tau apa nama nak bagi untuk sarapan pagi. nak kata lengkong, tapi tak lembut macam lengkong, nak kata apam, jauh sekali. Haha.. Sattle separuh adunan.separuh adunan lagi nanti petang kita buat bubur sumsum kot. Tu la buat adunan tamak-tamak, macam dah pandai, mengalahkan orang nak niaga. Amek kau…

 

# petang harinya.. adunan semalam aku masukkan dalam periuk, campurkan santan kotak. Taburkan kepala parut (yang konon-kononnya nak buat golekkan putu bambu). Secubit garam. Panaskan dengan api kecil, sambil kacau. Agak-agak dah likat matikan api, teruskan kacau sehingga likat. Hidangkan dalam pinggan. Sementara panas, taburkan gula kabung… sattle. Sampai tak sempat nak shoot gambar. Anak aku cakap, huhh, buat macam ni lagi sedap, kenapa dari semlam abah tak terus buat camni. Buang masa je buat putu bambu tak jadik.. chiss bertuah punya budak, dah sedap makan, bukan nak puji aku, makin kena bebel pulak..

Monday, December 14, 2020

kiSAH sERam pAPan tANda sEmPaDAn nEGeRi

 

sambungan kisah seram.

 

Hari ni 14 december 2020, hari isnin bersamaan 29 rabiulakhir 1442H

 

Kisah ni berlaku pada tahun 2004. Aku masih boleh ingat tahunnya kerana masa itu isteri aku sedang mengandungkan anak kedua kami. Yang mana pada awal tahun berikutnya, 2005 isteriku melahirkan.

 

Semasa kejadian kami dalam perjalanan balik ke JB setelah menghabiskan cuti raya di kampung isteriku, kedah. Kami bertolak meninggalkan kampung isteriku selepas solat asar. Memang inilah waktu kebiasaannya kami memulakan perjalanan dari kampung. Kerana ia dapat memanfaatkan cuti yang terhad semaksima mungkin.  Kenapa lepas asar?... pertama. Dari pagi hingga ke waktu asar, kami masih dapat meluangkan masa bersama mak dan saudara mara untuk hari terakhir itu. Kedua, kerana keesokkan paginya aku akan mula berkerja. Tanpa perlu menambah cuti sehari lagi untuk merehatkan badan setelah menempuh perjalanan jauh. Ketiga, kami mesti keluar dari jalan baling – kuala kangsar dan memasuki lebuhraya PLUS sebelum waktu maghrib.

 

Sedikit info untuk korang yang tak pernah atau jarang melalui jalan ini. Perjalanan nya mengambil masa 3 jam lebih. Maklumlah masa itu aku hanya memandu sebuah iswara buruk. Ditambah dengan perjalanan sejauh lebih kurang 180 kilometer, merentasi banjaran gunung titiwangsa, mendaki dan menuruni bukit yang curam, dengan dikelilingi hutan tebal dan perkampungan orang asli dikiri dan kanan jalan.

 

Bukan kata nak mencari hentian rehat, siaran radio pun susah untuk menerima pancarannya, jauh sekali line handphone. Dengan keadaan jalan seperti itu cerita-cerita seram sudah pasti menjadi teman sepanjang mengharunginya. Waktu itu jalan pintas tasek raban masih belum wujud. Jauh sekali RnR tasek raban, yang menjadi aktiviti paranormal sekarang ini. Aku sering mengelak dari menggunakan jalan ini pada waktu malam. (kami pernah kena kacau juga di hentian ini, nanti aku ceritakan dalam entry yang lain).

 

Ok berbalik pada kisah seram aku kali ni. Alhamdulillah perjalanan kami petang itu berjalan lancar. Kami sampai di plaza tol kuala kangsar diantara waktu maghrib dan isya’. Ramai juga warga kota seperti kami yang berpusu-pusu ingin pulang ke rumah masing-masing. Selepas jamak solat, kami makan bekal yang dibawakan oleh mak mertua aku dan menyambung perjalanan.

 

Perjalanan seterusnya akan meredah waktu malam, kebiasaanya isteri aku dah hamparkan toto dan bantal kecil di kerusi belakang untuk anak sulong aku tidur bersendirian bila dia mengantuk nanti. Manakala isteri aku pula akan tidur dengan menumbangkan kerusi disebelah driver.

 

Kesesakan kenderaan sedikit demi sedikit beransur lega. Plaza tol demi plaza tol kami lalui. Daerah demi daerah kami lintasi. Keadaan lebuhraya semakin lengang dan kadang kala kosong tiada kenderaan, terutamanya selepas kami melewati tol seremban.

 

Hanya disebelah lebuhraya yang bertentangan kelihatan masih ada beberapa kenderaan. Maklumlah dari utara ramai yang menuju pulang ke ibu kota. Begitu juga dari selatan menuju ke kuala lumpur, sebaliknya bagi kami, dari utara meredah perjalanan sejauh lebih kurang 800 kilometer menuju ke tanah paling selatan di semenanjung. Cukup mengantuk dan meletihkan. Isteri dan anak aku dah lama dibuai mimpi.

 

Dalam pada aku meredah keheningan malam bersendirian, hanya sesekali berselisih dengan kenderaan lain, terlintas difikiran, “kalau la aku dok KL dah lama agaknya aku boleh tidur di atas katil empuk.” Sambil melayan perasaan sesekali terfikir “kalau la baling tu cuma 2 atau 3 jam saje perjalanan kan best”. Lebih dasyat lagi aku berangan “kalau aku ada helicopter peribadi, kan best, JB ke baling 2 jam dah sampai, parking tekde masalah, boleh park tengah sawah, kebetulan rumah mak mertua aku betul-betul di tepi sawah. Fuhh mesti gempak gila kalau aku balik kampung bawak heli, mesti raya ramai jiran-jiran datang nak tengok heli aku.. mesti riak gila aku”.

 

Jauh sungguh aku mengelamun, berangan dan melayan perasaan. Maklumlah bila memandu berteman, aku jarang mendengar radio, aku lebih suka menggunakan masa tersebut dengan lebih bermanfaat. berbual dengan isteri. Apa-apa saje topic yang boleh kami sembangkan. Tapi dah malam ni aku nak bersembang dengan siapa? Isteri aku dah tidur, nak buka radio takut mengganggu isteri dan anak aku pula. Jadi, mengelamun dan berangan je la sorang-sorang.

 

walaupun mengelamun aku tetap fokus pada jalanraya, maklumlah nyawa ahli keluarga aku terletak pada tangan aku sekarang ni. Aku perhatikan jam di dashboard iswara menunjukkan waktu 2:15 pagi.

 

sedang aku meredah kegelapan malam di lebuhraya bersendirian,  dari jauh lampu iswara ku menyuluh papan tanda sempadan negeri, yang memisahkan antara negeri Sembilan dan Melaka. “Wahh, dah tak jauh lagi perjalanan, hanya tinggal satu je lagi negeri, sebelum memasuki nageri ku sendiri”. Walaupun masih jauh lebih kurang pada jarak 150M tapi aku yakin itulah papan tanda pemisah diantara negeri, kerana aku sangat familia dengan lokasi-lokasi di lebuhraya. Maklumlah lebuhraya utara selatan ni memang dah menjadi mainan aku dari zaman bujang, hinggalah berumahtangga. Cuma bezanya dulu aku bujang, bermotorsikal, kini aku ditemani isteri dan anak, berkereta.

 

Semakin hampir jarak aku dengan papan tanda tersebut, lebih kurang dalam 30 meter. Tiba-tiba lamunan aku tersentap dengan satu pandangan luar biasa di sebelah papan tanda ‘SEMPADAN NEGERI MELAKA’ itu. Aku terperanjat, tanpa sengaja tangan ku terpaut sreteng kekanan. Tasbih hiasan yang aku gantungkan dicermin pandang belakang terhoyong hayang ke kiri dan kekanan. Isteriku yang sedang lena di kerusi sebelah terhantuk kepalanya ke pintu. Lantas bangun sambil beristighfar dan memegang tanganku. “kenapa bang?” soalan yang keluar dari mulutnya.


Tidak menjawab soalannya, Aku terus beristigfar lalu membaca ayat kursi. Aku toleh ke cermin sisi kiri, namun keadaan gelap menghalang pandangan aku kearah papan tanda tersebut. Aku nyalakan cabin lamp dan menoleh kerusi dibelakang. Alhamdulillah anak sulong aku masih ada, dan masih lena ditempatnya. Isteri aku yang dari tadi masih kebingungan asyik memerhatikan gelagat aku, lantas berkata, “kalau ngantuk berenti la, tidur dulu, kalau tak sempat sampai rumah esok pagi, halfday petang je”. 

Bila dah rasa selamat dan lega baru aku menjawab, “abang bukan ngantuk, ada benda yang besar dan hitam berbulu tadi kat signboard tu”. (aku sengaja cakap benda,tak berani nak cakap direct, hantu. Sebab perjalanan kami masih jauh lagi ni, meredah kegelapan malam lak tu.)

 “Astagfirullahah azim” isteri ku menjawab sambil dia mengintai cermin sisi kiri.

“besar mana bang” soalnya lagi.

“xtau nak kata, tapi memang besar, lebih tinggi dari signboard tu, tangan dia je boleh diletakkan atas signboard tu, macam orang tengah menyandar pada signboard tu”.

“masyaAllah, besarnya. Muka nampak tak?”.

“tak nampak, sebab tinggi, lampu kete, tersuluh sampai paras leher dia kebawah je. Separuh badan dia kat atas lane kecemasan, tu yang abang terperanjat, tak sengaja terus terelak kekanan” sambung ku lagi. “nasib baik cuma kita je atas jalanraya. Kalau ada kenderaan dari belakang tadi kat lane kanan, memang dah berdentum la”

 

Korang bayangkan la, dengan kelajuan 120km/j, mengelak ke kanan sikit je dah bergoncang satu kereta, bagaimana pula kalau ada kenderaan disebelah kanan?.. Memang melambung la gamaknya. Tapi Alhamdulillah, Allah masih melindungi kami. Sepanjang perjalanan tu sengaja aku tak matikan cabin lamp, supaya tak terasa seram sangat, sambil sesekali isteri ku mengawasi anak kami yang sedang lena tidur dibelakang.

 

Diringkaskan cerita, Alhamdulillah, azan subuh kami selamat sampai di rumah, selesai solat aku mengemas barang lebih kurang dan terus bersiap ke tempat kerja. Begitulah keadaan aku dulu. Cuti susah nak dapat, dan terpaksa berjimat cuti tahun, sebab gaji dah la ciput. Kena tolak cuti tanpa gaji, memang tak cukup la gamaknya nak menyara keluarga. Ngantuk dah semestinya, tapi masa rehat nanti aku tidur la.

 

Moral of the story, hantu tak boleh mencederakan kita, namun dengan sikap dia yang suka menerjah tu menyebabkan kita sering terperanjat lalu terbabas. Itulah salah satu punca kemalangan.

 

Kisah ni aku kategorikan tak terlalu seram, lebih kurang macam kisah aku budak hostel tu je, sebab ia berlaku terlalu pantas. Dan takde unsur seram sangat sampai kereta menjadi berat, sesat kealam lain, atau ada yang menumpang di kerusi belakang sambil mendodoikan anak kami yang sedang tidur. Alhamdulillah, semua tu tak berlaku. Cuma kejadian ni pada aku sangat berbahaya, boleh mengakibatkan kemalangan dan mungkin boleh mencabut nyawa.

 

wAllahuaklam..


# dahulunya lebuhraya ni masih mempunyai 2 lane saje. Lane yang paling kanan sekali tu, masih ditanam pokok bunga.


 # korang bayangkan sendirilah betapa besar dan tingginya makhluk tu.