Thursday, September 2, 2010

LaiLatULqaDAr & sELaMaT hARi rAYA

hari ini 2 sept bersamaan 23 Ramadhan.

bermakna tinggal hanya seminggu sahaja lagi kita berada di dalam bulan Ramadhan. kemudian ia akan pergi meninggalkan kita selama 11 bulan mendatang. Ramadhan itu pasti dan pasti akan datang kembali. namun yang masih belum pasti adakah hayat kita untuk bersamanya lagi...........? sedari itu gunakanlah sisa-sisa kesempatan ini merebut segala keberkatan bulan yang mulia ini.....

alhamdulillah tugasan kerjaya aku dah selesai semuanya semalam. semua plan dah sattle, dah serah, dah hantar claim. tinggal tunggu payment clear je... budak sekolah pun esok lastday. isteri aku pun esok lastday keje, aku lak dah sattle keje awal2 lagi. so malam esok insyaallah kalau xde apa2 halangan, cam tahun2 sudah, lepas solat terawikh, bertolak balik ke kampung. memang rasanya masih terlalu awal, tapi disebabkan sekolah dah tutup awal, isteri aku pun dapat cuti awal, keje2 aku pun dah sattle awal, so balik la awal-awal. dah lama menahan rindu suasana kampung. sawah, ladang, kerbau, pacat dan segalanya...... mengharungi perjalanan sejauh 12 jam adalah satu keindahan dan keseronokkan bagi yang tahu menilai tahap keseniannya...... cheewah macam org seni lak aku ni, hehe.

dikesempatan ini nak ucapkan selamat mencari lailatulqadar, selamat mempergiatkan ibadah, selamat memandu bagi mereka yang memulakan perjalanan awal seperti aku, dan selamat menyabut hari lebaran.... dikesempatan ini juga nak menyusun sepuluh jari mewakili seisi keluarga memohon maaf, sekiranya sepanjang berbloging ini ada terkasar bahasa, terlepas pandang, tersinggung perasaan mana2 pihak, segala silap dan salah harap dimaafkan. sesungguhnya aku hanyalah insan biasa yang xsunyi dari melakukan kesilapan.

insyaallah andainya ada umur panjang sambung lagi berblogging selepas raya nanti....

Wednesday, September 1, 2010

bubUR LaMBuk sUarA JoHOr


17 & 18 ogos 2010


terlibat dengan program bubur lambuk anjuran RTM Johor. pihak suara johor minta kekuatan bantuan dari JPAM. penat, ngantuk, dahaga, seronok semua ada pada diri dan perasaan. yang pastinya siap memasak dapat sebungkus bubur lambuk untuk berbuka. sungguh enak dan menyelerakan....... nyam nyam....

kArniVal Murni cEGAh jEnAyAH



7hb ogos yang lalu aku dan beberapa ahli Biro Cegah Jenayah dapat jemputan dari Balai Polis Pelangi Indah, untuk menghadiri karnival murni cegah jenayah yang diadakan di IKBN Pagoh Muar.

ringkasan cerita dari perjalanan hari tersebut telah merentap-rentap hati aku untuk menonton semula movie arahan dato' Jins samsudin pada tahun 80'an. BUKIT KEPONG. dah lama xtengok movie ni, zaman kanak2 dulu inilah movie pertama dalam hidup yang aku tonton dipanggung wayang. tayangannya kalau xsilap dalam bulan syawal. masih aku ingat lagi, beraya sakan aku dengan abang aku semata2 untuk kumpul duit raya bagi membeli tiket wayang.

tapi mungkin zaman tu aku masih terlalu kanak2 untuk memahami erti semua itu. kini setelah hampir 30 tahun movie itu tontoni semula, tiba-tiba hati aku jadi sebak tanpa perlu diarahkan. airmata menggenangi kelopak mata. terutama pada scene awal semua anggota melapor kpd sarjan mereka..........




xtau kenapa, mengapa dan bagaimana semua itu boleh terjadi. yang pasti aku dah tau mereka itu semua akan mati pada penghujungnya......... tapi akhirnya sebak hati aku terubat bila pikirkan lebih jauh lagi. sesungguhnya mereka ini semua tidak mati sebaliknya hanya gugur syahid, yang mana Allah telah janjikan balasan syurga untuk mereka semua.


al-Fatehah. kepada mereka dan juga kepada semua pejuang bangsa dan negara yang telah gugur mempertahankan bumi berdaulat ini. sama ada gugur mereka secara syahid mahupun sebaliknya. semoga Allah merahmati roh mereka semua dan menempatkan semuanya bersama2 para ambia' dan syuhada'. amin.....

sAmBUtAn HaRi kEmErDEkAan kE-53



53 tahun yang lalu. sambutan kemerdekaan negara yang penuh bermakna bagi seluruh rakyat tanahair ini.. tanpa usaha dan kegigihan dari mereka semua tentunya kita tidak berada pada tahap sekarang. walaupun detik bersejarah 53 tahun yang lalu aku masih belum lahir kedunia ini, namun aku dapat merasakan betapa pahit dan getirnya memperjuangkan sebuah kebebasan yang di namakan 'kemerdekaan'. masih adakah lagi anak-anak muda pelapis negara yang dapat menghayati erti kemerdekaan ini............

Al-Fatehah buat semua pejuang bangsa yang telah gugur membebaskan negara ini dari dijajah. semoga Allah mencucuri Rahamat dan Hidayah Nya keatas roh kalian.........

sedikit petikan sajak yang dibacakan masa sambutan hari kemerdekaan di Pasir Gudang Johor.

berdirinya aku di sini,
bukan sebagai perwira,
bukan jua sebagai pembela,
namun laungan merdeka, merdeka, merdeka
telah membakar semangat dan naluri ini untuk berjuang
mempertahankan tanahair tercinta ini....................