Thursday, April 23, 2020

rAmAdHaN iNi dAtAnG LAgi


hari ini khamis. 29 syaaban 1441H bersamaan 23 april 2020.

Merupakan hari terakhir dalam bulan syaaban. Insya Allah.. selepas solat maghrib nanti, adalah waktu melihat anak bulan, bagi menentukan esok telah memasuki bulan ramadhan, dan solat terawikh akan bermula pada malam ini. Ataukah masih berbaki satu hari lagi melalui syaaban yang terakhir.

Apabila telah datang bulan ramadhan maka syaitan-syaitan akan dibelenggu. Pintu-pintu neraka akan ditutup, manakala pintu syurga akan dibuka seluas-luasnya. Amalan umat Muhammad akan digandakan nilai pahalanya. Rahmat Allah tersebar seluasnya kepada sekelian mahluk, sehinggakan tidurnya seorang yang berpuasa kerana Penciptanya, akan dinilai sebagai ibadah. SubhanAllah, sungguh besar kasih sayang dan rahmat yang Kau berikan kepada kami umat Muhammad.

Mudah-mudahan ramadhan ini akan menjadi ramadhan yang terbaik buat kita semua. Beberapa tahun kebelakangan ini aku hanya menjalani ibadah puasa bersama isteri. Sahur berdua, buka puasa pun berdua. Manakala anak-anak semua berada di asrama madrasah tahfiz. Disebabkan virus covid-19 yang menyerang dunia beberapa bulan lepas telah memberi kami sekeluarga peluang pada tahun ini untuk berpuasa dan berterawikh bersama. Alhamdulillah, sungguh indah perancangan Mu ya Allah.

Seperti tahun sebelumnya, aku hanya berjemaah terawikh 8 rakaat. Sementara menunggu imam menghabiskan lagi 12 rakaat, sebelum menyambung bakinya 3 rakaat solat witir berjemaah, Aku akan duduk disuatu sudut masjid. Membaca surah yasin. Bukan kerana memegang mana-mana nas ataupun mazhab, sebaliknya hanya mengikut kemampuanku. Disamping menggalakkan diri sendiri agar sentiasa bersama mukjizat yang ditinggalkan ini. bersamanya, aku sediakan not seringgit untuk disedekahkan kepada anak-anak yang berada di kiri dan kanan.. dengan harapan, seandainya malam tersebut adalah malam lailatul qadar semoga Allah menggandakan setiap amalan ku yang kecil itu kepada 1000 bulan. Sebaliknya andaikata malam-malam yang ku lalui itu bukanlah malam lailatul qadar, Allah masih tetap menggandakan semua amalan hambanya sempena dengan kemuliaan ramadhan ini.. wAllahhu aklam..

Namun pada tahun ini, ramadhan ku pastinya berbeza. Kerana buat pertama kalinya terawikh terpaksa dilakukan dirumah masing-masing.

3 kali Al-ikhlas bersamaan sekali khatam Al-quran
Sekali bacaan yasin bersamaan 10 kali khatam Al-quran.


kATa kata hiKmAH


Manusia boleh melupakan beribu kebaikkan hanya dengan satu kesilapan yang kita lakukan. Namun Allah mampu melupakan beribu kesalahan kita hanya dengan satu penyesalan… WAllahu aklam…

Andainya kita selalu disakiti oleh seseorang, anggaplah dia hanya seperti kertas pasir. manakala letakkan diri kita pula sebagai batu permata. Dia boleh menyakiti kita berulang kali, tapi pada akhirnya nanti diri kita yang semakin bersinar, sedangkan dia semakin musnah dan terbuang.

Tahukah kita…?
Bila seseorang itu membetulkan solatnya, sebenarnya dia sedang memperbetulkan perjalanan hidupnya.
Manakala apabila seseorang itu sedang memperbaikki bacaan Al-quran nya, sesungguhnya dia sedang memperbaiki barzakh nya.

Monday, April 20, 2020

PeNgEmbArA di bUMi gErsANg


hari ini 26 syaaban 1441H bersamaan 20 april 2020.

Merupakan hari isnin terakhir dalam bulan syaaban. Hanya tinggal 3 atau 4 hari sahaja lagi umat islam seluruh dunia akan memasukki bulan ramadhan. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. ramadhan tahun ini tidak ada solat tawarikh berjemaah di masjid mahupun surau. Tidak ada bazar ramadhan, yang sering membuatkan nafsu makan berlebihan. Tidak ada pakej umrah awal ramadhan yang ditawarkan, mahupun pakej akhir ramadhan.. Lahaulawala quwatailla billah. Semua yang berlaku adalah atas kehendak Allah swt jua.

Sebelum kehadiran ramadhan nanti ada eloknya aku tunaikan tanggungjawab sebagai seorang penderma darah terlebih dahulu. Tidaklah nanti aku terpaksa menderma darah ketika sedang menjalani ibadah puasa.. tidak membatalkan puasa pun, Cuma aku malas letih berpuasa ditambah lagi dengan lemah selepas menderma darah.

Alhamdulillah semalam dah selesaikan urusan menderma untuk kali ke 57. Info dari staff nurse yang bertugas beliau menyatakan stok tabung darah telah sampai tahap kritikal. Penggunaan darah amat banyak terutamanya untuk keguaan pesakit covid19. masyaAllah.

Graf pesakit covid19 di seluruh Malaysia, sehingga semalam telah menampakkan penurunan.. Alhamdulillah semoga wabak ini segera Allah hapuskan dari bumi tercinta ini khususnya dan dari muka bumi ini secara amnya. agar manusia dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. Serangan virus covid19 ini membuatkan seolah-olah perjalanan hidup ini terhenti seketika. Perniagaan, perindustrian, semua terhenti. pusat pengajian, persekolahan, peperiksaan terpaksa ditangguhkan. Urusan kewangan dan perbankan terpaksa dibekukan.

Aku, terus menghitung hari demi hari menunggu bilakah masanya aku dapat kembali menjalankan tugasan seperti sediakala.. tugasan…? Apakah agaknya tugasan yang penting sangat bagiku? Secara jujurnya tiada tugas yang sangat penting bagiku. Hanyalah rutin kehidupan seperti biasa iaitu meneruskan pengembaraan ku di bumi yang semakin gersang ini…

(Edisi khas posting yang ke 101)

Monday, April 13, 2020

mUKjizAt yANg di tiNggALkAn. (Ayatul Qursi)


Di petik dari ceramah ustaz Abdullah Khairi.

Ayatul Qursi sebagai penangkis sihir dan gangguan kejahatan



Amalkan mambaca suratul Qursi (Al-Baqarah. ayat ke 255) dengan kaedah 9 waqaf. (9 kali berhenti)

Al-Quran itu perlu diamalkan, agar ia sebati dengan diri kita. Semakin sering mambaca dan mengamalkannya, semakin dekat dan berkat dia dengan kita.

bacalah surah ini, pada setiap kali selesai solat fardhu. Nescaya antara kita dan syurga hanya terpisah dengan kematian.

bacalah surah ini setiapkali menjelang maghrib dan subuh. Nescaya Allah akan melindungi kita dari kejahatan malam dan siang.

WallAllahu aklam…






kEnanGAn mEnGusiK jiWA

hari ini 18 syaaban 1441H bersamaan 12 april 2020. 

Telah genab 30 hari Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung. 2 hari yang lalu, PM Tan Sri Muhyidin Yassin telah mengumumkan PKP terpaksa diteruskan kepada fasa ketiga. Ini bermakna seluruh rakyat Malaysia terpaksa berkurung lagi sehingga 28hb April 2020..

Allahu Akbar… bilakah semua ini akan berakhir… hanya Allah jua maha mengetahui. Dengan lajutan PKP ini kepada fasa ketiga secara rasminya tahun 2020 ini adalah kali pertama umat Islam di Malaysia akan melakukan solat tawarikh secara berjemaah di rumah masing-masing.

Bercerita tentang solat tawarikh, masih segar lagi dalam ingatanku semasa aku masih bergelar kanak-kanak suatu masa dahulu.. kedudukan rumah ku dengan masjid jamek Ulu Tiram lebih kurang sejauh 2km.. setiap hari lepas berbuka dan menunaikan solat maghrib berjemaah, aku dan kedua abangku akan bergegas mandi dan bersiap-siap untuk ke masjid dengan hanya mengayuh basikal. ketika itu jalanraya tidaklah sesesak pada waktu ini. Kami bebas mengayuh di atas jalanraya tanpa perlu rasa keselamatan kami terancam.

Selesai 20 rakaat berjemaah kebiasaannya akan ada juadah ringan yang disediakan oleh pihak masjid dari sumbangan orang ramai. Inilah part paling aku suka, maklumlah rutin harian keluarga ku hanyalah berbuka nasi dan lauk ala kadar. Jarang-jarang sekali kami dapat berbuka dengan kuih muih ataupun makanan ruji lainnya seperti mee atau sebagainya. Namun kami masih sentiasa bersyukur sekiranya mahu dibandingkan dengan mereka yang berada di Syria mahupun Palestin.

Seandainya masih banyak lagi baki dari hidangan tersebut, kami akan bungkus membawa pulang untuk dikongsi bersama adik beradik yang lain. Pasti adik beradikku yang tidak dapat ke masjid akan turut bergembira dengan rezeki yang kami bawa pulang itu. Kebiasaannya kepulangan kami tiga beradik dari masjid sering di tunggu oleh ahli keluargaku yang lain. Pastinya mereka jua mengharapkan ada lebihan makanan dari masjid.

Itulah keindahan dan keseronokkan yang kami lalui suatu masa dulu. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Mu ya Allah kerana mengkurniakan kepadaku adik beradik yang ramai. Dan setiap dari adik beradik ku mempunyai pelbagai warna yang berbeza-beza. Namun perbezaan warna itu lah yang membuatkan kehidupan kami lebih ceria dan berwarna-warni. Dan bersyukur jua kepada Allah kerana telah mengurniakan kami rezeki sekadar yang diperlukan. Seandainya Allah mengurniakan kepada kami rezeki yang berlebihan, pastinya kami tidak pandai untuk menghargai setiap makanan yang ada.

Kini, semuanya telah berlalu begitu lama. Apa yang tinggal hanyalah secebis kenangan yang terkadang membuatkan aku tersenyum sendirian.

# perintah kawalan pergerakan
Pkp ini membuatkan kami tidak dapat berkumpul lagi.
Pkp ini membantutkan proses jualan rumahku di kota masai.
Pkp ini melembapkan proses pecah geran bukit keremoiyang
Pkp ini menghalang aku ke Spg Renggam mengusahakan tanamanku.
Pkp ini melambatkan proses membaikpulih proton waja ku, meskipun tuntutan insuran telah lama lulus.
Pkp ini banyak memberi peluang aku bersama anak-anak ku, Alhamdulillah.


Setiap kejadian yang berlaku pasti Allah sembunyikan sesuatu hikmah bersamanya.

mUKjizAt yANg di tiNggALkAn (Surah Yusof)


Di petik dari ceramah ustaz Abdullah Khairi.

Doa melembutkan hati pasangan ataupun anak-anak



Amalkan mambaca surah Yusof, ayat ke-4
Baca dan ulang sebanyak 3 kali.
Tiupkan ke muka pasangan ataupun anak-anak semasa mereka sedang tidur.
Ulang selama 10 hari sahaja.
Seandainya tidak berkesan. Amalkan lagi membaca surah tersebut dan jadikan zikr.
Lalu ulangi membaca dan meniup pada pasangan atau anak-anak selama 10 hari lagi.. WallAllahu aklam…




Thursday, April 9, 2020

doA seNjAtA mUkMiN


Ya Allah, perbaikilah agamaku,
Kerana ia menjadi perlindung bagi ku
Perbaikilah dunia ku,
Kerana ia menjadi tempat bagi ku menjalani kehidupan ku
Perbaikilah juga akhirat ku,
Yang pada nya nanti menjadi tempak aku kembali,
Dan jadikanlah kehidupan ku sebagai pertambahan kebaikkan ku
Dan jadikanlah mati ku sebagai pelepas dari segala kejahatan… Amiinn ya Robb..


mAsA yAnG bErLaLu mEnghAKis uSiA kU


Hari ini 15 syaaban 1441H bersamaan 9 april 2020. 15 hari lagi menuju Ramadhan 1441H.. ini juga bermakna telah 23 hari Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.

Muktahir ini, dunia sedang berselubung dari serangan wabak covid-19. Virus yang begitu kecil, malahan tidak dapat dilihat dengan mata kasar, boleh menggegarkan dunia. 

Lapangan terbang ditutup dari kemasukkan warga luar. pintu masuk negara dikawal ketat. jalanraya menjadi lengang dan sepi dari hingar bingar bunyi enjin dan asap kenderaan. Polis dan tentera berkawal dimerata tempat. Petugas petugas kesihatan sedang bermandi peluh dan keringat. Membuat saringan dan membantu mereka yang terserang wabak. Ahli keluarga terpisah dek kerana status positif dan negatif.

Sedarlah wahai diri, ini adalah bukti kekuasaan dan teguran dari Allah Azawajallah. keadaan ini lebih dahsyat dari kisah firaun yang dibinasakan hanya oleh seekor nyamuk, dan sekumpulan tentera kafir bergajah abrahah dimusnahkan oleh kawanan burung yang kecil. Dengan hanya menghantar makhluk yang paling halus kemuka bumi ini, seluruh dunia menjadi pincang, ekonomi merundum, perniagaan ditutup, rusuhan di sana sini, kebuluran menjadi teman, manusia menderita dan kematian melanda.

Malah lebih teruk dari itu, bukan sahaja segolongan mereka yang terseksa. Sebaliknya seluruh manusia turut menerima padahnya. Umat islam jua terjejas sama. Masjid dan surau ditutup, pengebumian jenazah terhad hanya kepada seorang dua sahaja, pernikahan terpaksa ditangguhkan. Masjidil Haram tidak lagi menerima tetamunya… Sesungguhnya apabila azab Allah telah diturunkan, tiada satu pun yang akan terlepas.

Wahai tuhan yang menguasai langit dan bumi, angkatlah seksaan ini dari kami. Wahai tuhan yang menerima taubat, berikanlah kami peluang sekali lagi. Wahai tuhan yang memberi mudarat, lindungilah kami dari kesengsaraan ini. Ya Allah tuhan seru sekalian alam, berilah kami taufiq dan hidayah Mu agar kami dapat membetulkan segala kesilapan lalu.

Kami merindui masjid dan surau Mu, dan berjemaah di situ. Merindui bersilaturrahim, seperti yang diajarkan oleh penghulu kami. Merindui erti kebebasan yang telah Kau kurniakan kepada kami salama ini. Merindui Kaabah dan mengunjungi kekasih Mu. Ya Allah berilah kami peluang sekali lagi, sebelum malaikat maut Mu datang mengunjungi..



Wednesday, April 8, 2020

mUKjizAt yANg di tiNggALkAn. (Surah Ibrahim)


Di petik dari ceramah ustaz Abdullah Khairi.
  
Doa agar ahli keluarga mematuhi perintah solat


Amalkan mambaca surah Ibrahim, ayat ke-40

Baca dan jadikan sebagai doa.
Mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan kita taufiq dan hidayah Nya.
Semoga Allah meletakkan kita di kalangan hamba Nya yang sentiasa taat dan mendapat mati yang Husnul Khotimah… Amiinn ya Rob..




Friday, April 3, 2020

biLaKAh aKu aKan KeSaNa LaGi


hari ini 31 Mac 2020 bersamaan 6 Syaaban 1441H


Mengimbau kembali 15 Oktober 2019, aku, isteriku dan beberapa orang Jemaah El-Izzah berlepas dari tanah air menuju ke Jeddah, Saudi Arabia.

Alhamdulillah, Allah memudahkan perjalanan kami, meskipun terasa sedikit keletihan untuk perjalanan sejauh itu, namun keletihan itu berbaloi apabila kami dapat menjejakkan kaki di bumi yang penuh barokah, Madinah..

Bersemadinya jasad suci Kekasih Allah, Muhammad saw. Kerana Mu ya Rasul, kami mendapat hidayah dari Allah. Kerana Mu ya Rasul, hidup kami mendapat kasih sayang dari Allah. Kerana Mu ya Rasul, kami adalah umat yang mewarisi mukjizat, berbanding umat terdahulu. kerana Mu ya Rasul, kami menjadi umat yang pertama di hisab di akhirat nanti. Sungguh besar pengorbanan dan kasih sayang Mu kepada kami.

Pasti airmata akan mengalir, dada terasa sebak, fikiran jadi celaru, mengenangkan kepayahan yang Kau tempuhi, demi memastikan kami terselamat dari seksa neraka Allah..

Allahumma salli ala saidina Muhammad wa alla alihi wasah bihi wassalam..

Ya Allah tuhan yang maha pengasih lagi maha penyanyang, temukan aku dan ahli keluargaku bersama kekasih Mu disana nanti. aku amat merindui Nya.. tidak terluah dengan kata-kata. Tidak terungkap dengan coretan..


Masalah serangan virus covid-19 ini telah memaksa kerajaan Arab Saudi menutup semua pintu masuk kepada jemaah umrah. perkhabaran yang menyedihkan. Namun aku tetap bersyukur kerana telah sempat dipilih Allah menjadi tetamu Nya 4 bulan lebih awal dari serangan virus ini... Mudah-mudahan Allah akan memilih kami dan alhi keluarga kami lagi nanti... Amiinn Ya Rob..

mUkjiZaT yang DitiNGgaLkAn. memagar rumah


dipetik dari vlog youtube ustaz Abdullah Khairi

ayat memagar rumah


1. mengucap kalimah syahadah -1x
2. berselawat ke atas nabi saw – 3x
3. membaca ayat Qursi – 1x
4. membaca surah Yassin, ayat ke 9 – 1x
5. Bismilahi tawakkal tu al Allah – 1x

Niatkan segala bacaan untuk memagar rumah dari kejahatan manusia mahupun jin. membaca sambil memegang dinding rumah.

pETuA bUkAnNya FaTwA. amalan selepas makan

dipetik dari ceramah Ustaz Muhadir Hj. Joll

petua menguatkan sendi lutut dan pinggang


amalkan selepas makan, menghisap jari (sunnah nabi saw) sambil membaca :

wa : Jari kelingking
iza : jari tengah
batashtum : ibu jari
batashtum : jari manis
jabbari : jari telunjuk

selepas mencuci tangan, ataupun semasa lapang, membuatkan syarat mengurut pinggang ataupun lutut.

Lahawla walakuwataillah..

iLmU, aMaL dAN ziKiR. ketika tersadar di waktu malam


dipetik dari vlog youtube ustaz Abdullah Khairi

ketika tersadar diwaktu malam sekurang-kurangnya amalkan.


1. Laaillah hak ilAllah Wahdahulasyarikah, Lahulmulk… inqodir..
2. SubhawAllah, walhamdulillah, walailla hak Illawlah, Wallah huakbar
3. LaaHawlawala kuwatak Illah… azim
4. Robbir Firli wali wali daiya..
5. berdo’a lah….

aku yang dah melalui usia melepasi waktu zohor ni, seeloknya bangunlah bersolat tahajjud. Entah esok mahupun lusa selayaknya Allah menjemput ku.. apakah bekalan aku nanti..? Allah tidak sengaja mengejutkanku di kala waktu dini hari ini begini, melainkan Allah hendak memberikan peluang untuk aku mengadu kepada Nya..


iLmU, aMaL dAN ziKiR. mUkjiZaT yang DitiNGgaLkAn


dipetik dari fb ustaz kazim elias

ayat memagar rumah


amalkam membaca ayat ke 18 dari surah Al-Kahfi : (yang bermaksud)


"dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur, dan kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri, sedang anjing mereka menghulurkan dua kakinya dekat pintu gua, jika engkau melihat mereka, tentulah engkau berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kapada mereka.."

sering lah dibaca semasa berada didalam kawasan rumah..



cOvID-19 dAn peRjALaNan mEnUJu qiAmAT


hari ini 30 Mac 2020 bersamaan 5 Syaaban 1441H


telah hampir 2 minggu aku membatu dan membeku dirumah, bekalan makanan semakin berkurangan, tunai makin menipis, kebosanan semakin menebal. Tekanan semakin memuncak.

Pagi ni keluar ke pasar Ulu Tiram, untuk membeli keperluan makanan.. Oh alangkah indahnya bumi ciptaan tuhan ini,. Telah sekian lama aku tidak keluar dari rumah, baik ke surau, mahupun ke pasaraya, ataupun entah kemana-mana.

Sungguh lengang dan tenang di atas jalanraya…

Masih ada berbaki 15 hari lagi perintah kawalan pergerakan ini, seandainya dan mudah-mudahan tidak disambung lagi..


                                        pekan Ulu Tiram, permandangan dari Pasar Awam.