Wednesday, March 31, 2010

stEAmbOaT = sAmPaN wAp

pagi ni sengaja masuk office lambat. sbb malam tadi ada rondaan keselamatan 'spesel order' kat tempat aku. dari kul 2am sampai 4am. dekat kul 10.00 pagi ni baru masuk office. masuk2 je terus online sbb nak cari sesuatu. sebenonya boleh berlengah mcm ni sbb keje2 urgent byk yg dah siapkan, tinggal keje2 yg sempoi2 je. tu pun date line masih lambat lagi.....

ptg semalam masa sembang2 dengan org umah, dia kata "nak makan steamboat mcm kat Taiping tu yang kuah dia pekat ada kacang tumbuk". nak cari kat luar, aku tak tau kat mana ada, takkan nak ke Taiping lak kot. maklumla aku ni bukan jenis suka merayau2, bila cuti hujung minggu. kalau kuar pun semata-mata nak beli barang dapur atau ada order dari anak2 dengan org umah je. tu yang tak berapa tau nak cari kat mana....... dulu masa zaman bujang penah makan steamboat kat 'tapak senaman Pantai Lido'. mmg ramai yg niaga zaman tu kat situ. dah macam pasar malam. la ni tempat tu dah jadi danga bay. so tak tau kemana sume peniaga tu semua berhijrah.

cari punya cari resepi dalam internet, dapatlah beberapa resepi yang nampak macam best tuk 'di try'. so nampak gayanya menu cuti hujung minggu ni 'sampan wap' la, hehehe...... hari ahad lepas menu mee rebus. org umah suka je. maklumlah hujung minggu hari off dia memasak. anak2 lak lagi lah terlebih suka, dapat tukar2 menu, maklumlah sepanjang minggu menu nasi campur je...

dalam pada merayau2 kat alam maya tu termasuk blog saudara 'MAS' (Mazidul Akmal Sidek) terbaca lak entry dia yg terbaru berkenaan Din Beramboi. terperanjat, sedih, pilu, kesian, simpati semua perasaan bermain dalam diri. maklumla suatu masa dulu aku minat gila kat din beramboi ni. seorang pelawak yg mempunyai jutaan idea spontan. so dikesempatan ni aku mendo'akan agar beliau dan waris2nya tabah menhadapi ujian dari Allah swt. sesungguhnya setiap ujian itu terkandung hikmah disebaliknya.....

korang boleh cek link MAS kat sini

wassalam.

Tuesday, March 23, 2010

LaYAn bLuES

malam sabtu yang lepas cam biasa aktiviti masyarakat kat taman aku, Rondaan Keselamatan. rutin kebiasaannya.....
berkumpul kul 11.300 mlm. sessi taklimat, bacaan do'a, ( biasanya aku jelah yang kena jebak dalam bab do'a ni)
12.00. incharge akan hantar senarai nama ke Balai Polis Pelangi Indah. yang lainnya akan berpecah kpd 3 kumpulan bagi mewakili 3 zone berasingan.

mlm ni kehadiran tak ramai mcm mlm2 sebelumnya, 1 zone cover 3 org je. bila tak cukup 'korum' ceghini mulalah datangnya boring. nak bual mengarut, kang tetiba muncul kat sebelah lak. maklumlah dah dinihari begini mcm2 perkara pelik boleh berlaku. nak bual mencarut jauh la sekali, sume dah jadi bapak org...... partner lak sume kaki pendiam. so masing2 layan blues je la....

sorang mamat ni lak mmg kaki hiburan. kalau xbukak tv dari hp, dia layan lagu2 mp3, xpun dia dengar radio. biasanya dia bukak channel warna s'pore. memalam camni ada rancangan kisah seram. pernah dulu dia bukak channel tu so sume layan dengar. tetiba nak di takdirkan Allah, malam tu seorang ahli rondaan meracau macam kena histeria. pehhhhh kelam kabut dibuatnya..... aku sendiri pun pernah 'bawak balik' makhluk tak dikenali. masa tu rondaan Biro Cegah Jenayah dengan pihak PDRM. operasi kotai pendatang asing. abis tugas. balik rumah, terus masuk, mandi, terus tido. tetiba orang rumah kena kacau.... lembaga hitam besar siap dok kat tepi katil lagi...... eeee malas la nak cite pasal tu sume. kang, tak turun ronda lagi gamaknya.

entry kali ni nk cite ttg layan blues...... tgh layan lagu mp3 dari hp member sorang ni, (biasalah sume lagu zaman rock kapak dengan 60'an) tetiba kuar lagu cina. aik apa ke jadah mamat ni paham ke dia? member sorang lagi tegur "ala.. potong stim betul tgh layan rock kapak tetiba kuar lagu cina". dia jawab "dengar je dulu" sambil ketawa.......... aku pun malas nak sambung kisah seterusnya..... so layan


Monday, March 22, 2010

hAri iNi dALAm seJArAh

pagi ni cam biasa ke tempat keje tapi dengan satu perasaan lain......

lain, sbb hari ni aku akan hantar surat letak jawatan. keputusan ni dah kira muktamat setelah melalui beberapa siri perbincangan dengan org rumah.

hari ahad semalam kira final punya siri perbincangan..... satu ayat yang cukup menyedarkan aku bila org rumah bersuara. "rezeki ada dimana-mana, yang penting usaha dengan keyakinan semuanya datang dari Allah, bukan dari syarikat yang dah berpuluh tahun kita keje. lagipun nak buat apa mengharap pada org yang tak tau menghargai usaha kita. bab masalah sume tolak kat kita tapi bab gaji, bonus semua mengutamakan bangsa dia". betullah tu...... "umi tak kisah abah keje apa pun, umi bukannye sorang nurse yang gila pada gaji doktor pakar. umi lebih selesa kalau abah keje dari rumah, dapat jaga anak2. lagipun customer yang nak design pelan dengan abah pun dah makin ramai, apa nak takut? kalau berterusan keje makan gaji masa abis kat office, tak cukup dengan tu bawak balik lagi pelan buat kat rumah, bila masanya abah nak try berniaga sendiri? tak kisah la kalau siapkan keje opis kat rumah, kalau diorang masih menghargai, ini tidak pelan sume nak cepat, bila lambat maki hamun je dapat".

peh, org rumah aku yang nampak pendiam sesekali diberi peluang berhujah, boleh tahan gak bunyinya. so untuk mematikan hujah2 yang mencurah bagaikan air hujan yg sedang turun kat luar rumah. aku pun cut, "so result is resign?". "berenti jelah bah. bukan nak meracun, tapi kesian kdg kala umi tgk abah, balik keje nak tolong umi bt keje rumah lagi, tgk buku sekolah anak2, bila anak2 dah tido ngadap laptop pulak, buat keje office. belum lagi cite pasal aktiviti ronda dengan balai polis, ronda JKP lagi". "umi tak kisah kena tinggal dengan anak2 kat rumah, subuh baru abah balik, sbb dari dulu umi dah kenal abah, mmg suka buat keje masyarakat ni, buat ronda keselamatan la, ronda dengan balai polis la. sbb umi nampak kepuasan bila abah buat keje tu sume, umi pun rasa happy je. walaupun abah balik dah penat, ngantuk. yang umi tak puas hati bila abah ada kat rumah ngadap laptop buat keje opis, bukan buat keje sendiri, rasa mcm nak bakar je laptop tu. bukan sbb apa, sbb abah buat utk org yang tak tau nak menghargai usaha abah, nak buat apa?".

terpaksa sekali lagi mematikan huraian dia. so kompomla mlm ni abah buat surat resign, esok boleh hantar. "buat la bah, kalau nak suruh umi taipkan pun boleh, mudah-mudahan ini jalan terbaik buat kita sekeluarga"............. amin.

so tempoh aku hanya 2 bulan dari hari ini. seandainya semua berjalan seperti dirancangkan aku akan meninggalkan meja, kerusi empuk dan bilik ni yang dah aku diami selama 15 tahun pada 22 May 2010 akan datang...


Wednesday, March 17, 2010

bERkHIDmAt uNtUK nEgaRA pARt 3



15 March 2010
9.00pm

Terima call dari JPA minta datang interview esok. Peh kelam kabut aku bagitau Zul suruh dia prepare untuk esok. Siapkan sume sijil2 dan dokument2 sokongan, gosok baju seluar, kiwi kasut. Panasnya gosok baju dalam cuaca panas ni. Maklumla dah lama aku tak gosok baju, semenjak tempat keje dah sediakan uniform…. Papehal pun esok kena bersiap awal sbb interview start seawal 8pagi.

16 March
5.30am tunggu org rumah bersiap ke kelas. Sambil temankan ke depan pintu pagar.
5.45am mandi. Solat subuh. Xsempat mangaji pagi ni. Kelam kabut (sikap manusia lemah iman, urusan dunia diutamakan, akhirat kalau sempat)
6.30am angkat anak2 yang masih lena dibuai mimpi, hantar ke nursery. Ambil Zul. Terus ke pejabat Pertahanan Awam Daerah JB.

8.30am interview bermula. Lepas ujian fizikal terus kena interview dengan LTM Nasrul bin Ishak @ mohd Yamin. Soalan demi soalan diajukan, semua berkisar ttg keselamatan, pertolongan cemas. Tak la payah sangat nak jawab sbb aku pernah terlibat denagn unit sukarelawan PBSM caw. Kota Tinggi, berpangkat Sarjan. Tp tu beberapa belas tahun yg lalu. Hehe. Lain2 kebolehan sistem kebombaan je la yg aku ada. Mencegah dan memadamkan api. Yg tu senang je sbb dah mmg bidang aku, design dan lukis pelan bidang kebombaan.

Lastly soalan cepumas. Berminat tak untuk sertai sukarelawan polis? Dengan ‘kompidon’ aku jawab “seandainya saya memang berkelayakkan dan ditawarkan, saya dengan penuh minat dan sedia berkhidmat, tuan”.

Akhir interview beliau minta satu salinan dari setiap sijil dan sokongan document yg aku ada. Maklumat terkini, pihak Jabatan akan hubungi aku. Sebelum masuk ke pejabat, sempat singgah HSI, derma darah. Dah masuk 3 bulan ni tak menderma…. Kesian pada yg memerlukan…..

Wassalam

DuLu kiNi dAN …………. NtAh sAmPAi biLa













Beberapa hari lepas dpt satu sms dari seorang kawan lama. Dah terrrr’lost contact’ beberapa tahun. Lumrah manusia biasa, bila dah lama x tak berhubung tentunya akan bertanya berbagai soalan, termasuk keje? anak dah ke berapa? isteri dah tambah ke?hehe. tak kurang juga yang akan mengajukan soalan makin macho ke @ semakin hancor? …… gambar terbaru? Jawapan aku sng je ‘singgah blog’

Bila member tgk beberapa gambar dlm blog ni, dia kata aku berubah sangat dari dulu…. Betul ke aku berubah? Atau mungkin ke ‘rabun kambing’ (istilah aku sendiri) member aku ni? Atau mungkin ke aku sendiri yang dan bertukar jadi kambing?............. persoalan yg sukar dijawab. kena panggil CSI….. siapa, apa, dimana dan bagaimana ianya berubah itu x penting, apa yang penting bagi aku sekarang adalah hati dan tanggungjawab pada keluarga xberubah.

Waallahuaklam.

LAma dAN bARu


IT Fair 12, 13, 14 March 2010

Dapat sambar sebuah HP baru bagi menggantikan Dell yg dah banyak berkhidmat kpd aku. Harap jentera baru memenuhi kehendak semasa aku……Amin…..

Tuesday, March 16, 2010

maULidURRaSUL SAW 1431H





































13 March 2010
7.00pm

Balik ketempat lama aku. Jalan Delima Taman Kota Masai.

Kat sini lah aku pernah mengukir pelbagai kenangan suka duka pahit manis bersama masyarakat setempat. Beberapa tahun dulu akulah Setiausaha JKKP kat sini. Pernah menang tanpa bertanding untuk beberapa penggal (bukan nak berbangga sekadar mengulit kenangan… kata kumpulan Data. hehe).

Sebelum Azan Maghrib sempat ‘sembang mambang’ dengan rakan2 lama. Maklumlah dah lama xjumpa. Ramai yg tegur aku semakin kurus… ‘eh ye ke? Aku rasa biasa je, lagi bertambah boroi adala rasanya’ hehe. Ada beberapa org rakan yg nampak dah mcm dimakan usia. Nak cakap ‘tua’ tak leh beb nanti kena marah lak. Tp secara xlangsung menyedarkan aku. yang aku pun dah semakin tua.

Lepas jamuan, solat Isya. Dan majlis dirasmikan oleh Datuk Maulizan bin Bujang selaku Adun zon Tiram. Aku sempat shot sekeping je gambor dia masa berucap. Tp dah xberani nak ulangi ‘keberanian’ ptg tadi bersama Ketua Polis Negara dan Negeri…

Habis ceramah. Kul 11 lebih balik rumah. Sempat on laptop lg. mematuk seharian punya aktiviti. Peh macam nak pitam rasa, perut berkoroncong, kepala 'fenin2', mata berat nak bukak. Sepanjang hari yang cukup berkejar dengan masa.

Imbas kembali.

Mlm semalam tak makan malam (harap makan lepas solat jumaat je). Pastu turun ronda keselamatan dari kul 12-00am sampai 4.00am. dah ngantuk balik rumah terus tido.

7.30am g keje, balik 12.30 terus g Danga City Mall servey IT FAIR. Solat Zohor kat surau apa ntah, ke Menara landmark pulak, tangkap laptop balik, sampai rumah 3.45 xsempat nak jamah nasi.

Bersiap terus ke Majlis Pelancaran Pos Polis komuniti Bistari Indah. sblum abis program kul 5.30pm. balik rumah mandi solat Asar. xjamah lagi nasi. sbb nak berkejar ke PG lak.

6.15 terus ke Pasir Gudang untuk Majlis Sambutan Maulidurrasul. baru sempat jamah nasik jagung, tp ala kadar je sbb org ramai. lgpun tempat terhad. Balik rumah dah 12.30 mlm.
mandi. on laptop buat keje sikit sampai 3.30am ngantuk tido.....zzzzzzzzzzz

pagi bangun subuh kepala ‘fenin’ mcm nak pitam. apahal lak ni???? bila difikirkan semula baru perasan..... Tak cukup ‘rest’ tido jauh sekali, pastu ditambah dengan xmakan selama lebihkurang 36 jam. Peh nasib malaikat maut xdatang menjemput kalau xtido panjang la nampak gayanya..... waallahuaklam

Wassalam….

anTAra dUA dARjaT











13 March 2010
4.00pm

Walaupun aku tak memainkan peranan penting sebagai urusetia dan jauh sekali tetamu kehormat, tapi dapat gak jemputan dari Ocs Tuan Roslan (Ketua Polis Balai Pelangi Indah) ke majlis Pelancaran Pos Polis komuniti Bistari Indah.

Bukan aku je yg dapat jemputan. Ramai lagi, melalui tiket Biro Cegah Jenayah Puteri Wangsa. Senang kira tak glamour mana pun aku. Hehe. Majlis bermula jam 4pm. Time tu lah gak aku sampai dengan beberapa orang Ahli BCJ. Maklumlah balik keje tadi ada urusan 3.50 baru sampai rumah members dah tunggu nak g saing2. Ramainya umat manusia xpayah nak cite. Barbagai bilang kaum dan fahaman agama.

Elok sedang meninjau2 scoreboard tetiba….. “diumumkan ketibaan Tan Sri Haji Musa bin Tan Sri Haji Hassan selaku Ketua Polis Negara”… peh semakin berasak2 orang menghampiri red carpet. Dalam pada sesak2 tu sempat la shot sekeping dua buat kenangan…..

Majlis terus menunggu ketibaan Menteri Besar Johor. Dalam pada menunggu tu aku cam biasa la low profile malas nak dok kat kerusi bwh khemah yang disediakan. Aku lebih suka meninjau2 cari kenalan sambil melihat scoreboard.

Tetiba aku ternampak Tan sri Musa pun meninjau2 scoreboard diiringi Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Bin Shariff, tapi jauhla dari tempat aku. Hati dah mula memberontak nak pegi dekat tapi, perasaan takut terlalu tinggi. Hehe biasalah aku ni Cuma ‘hamba suruhan’ depa tu org2 kenamaan. Tapi dari raut wajah kedua2 pemimpin tertinggi tu mmg sebijik mcm dalam TV. Dari segi senyumannya, ketegasannya, ketinggiannya….

Tetiba hati aku memberontak lagi “nilah peluang tuk aku lebih dekat dgn mereka ni, kalau lepas peluang ni xtau bila lagi? tak dapat berbual mesra dapat salam pun jadilah.”….. aaah kuatkan semangat redah buta je, abis kuat pun kena marah je. Ye tak? Serahkan camera pada member. Dengan perasaan gementar aku menghampiri kedua pemimpin ni sambil memberi salam (padahal langkah dah longlai tu…. Aaah peduli bukan aku buat jenayah pun

"Assalammualaikum tuan? "
"Waalaikuksalam". (sambil menjabat tangan aku)

"Eeem tuan boleh saya ambil gambar dengan tuan" (suara aku mcm tersekat2 takut nak keluar, sehinggakan Tan sri Musa terpaksa tunduk merapatkan telinganya).
"Eh boleh, boleh tak de masalah". Sambil memaut bahuku Tan sri Musa merapatkan dirinya dengan aku manakala Datuk Mokhtar mengapit aku dari sebelah kiri… ‘klik’…. Peh lega…. Dapat gak kenangan. Tukar ambik gambar member aku lak. Sambil ucapkan terima kasih aku beredar dari situ maklumlah wartawan pun dipisahkan dengan red carpet anggota polis yg lain pun berada jauh dari Pemimpim ulung ni, aku hanya kutu berani menghampiri beliau. Wlupun hanya beberapa saat dpt menghampiri beliau aku dapat rasakan kedua2 pemimpin ni mmg sama mcm dalam TV. Ada ketegasan bila berkata, berpendirian bila membuat keputusan, ramah kepada sesama makhlus, sopan santun tanpa memandang siapa dihadapannya.. mmg layaklah beliau menjadi pelindung kepada seluruh rakyat Malaysia. Beberapa minit kemudian Datuk Ghani Othman pun tiba dan majlis Pelancaran Pos Polis Komuniti Bistari Indah dirasmikan. Habis majlis aku pulang dengan perasaan 'gumbira', walaupun penat tp terpahat kenangan indah. Walaupun xmemainkan peranan utama tp masih dapat mengukir kenangan bersama Pemimpim Utama.

Alhamdulillah…. Wassalam