Tuesday, February 23, 2010

pRoJek tAhuNAn gONg xi fA cHai




seminggu cuti tahun baru cina mmg menyeronokkan. tp kalau dah cuti tu xde pape aktvt yg berfaedah boleh mendatangkan bosan gak, so cam biasalah org macam aku ni mmg xleh dok diam, ada je keje yg nak dibuat. sbb aku akan rasa mcm menyesal je kalau melalui sehari tanpa keje yg nak dibuat. kalau xtolong org umah basuh pakaian, tolong masak, kl x, tolong mop lantai, xpun susun atur semula barangan dlm rumah. xde keje dlm rumah, kacau2 pokok bunga luar rumah........tp tu kl tgh rajin la kalau mood malas datang, cuma terlentang depan tv je. nk belayar ke alam maya, kat rumah xde internet. ni pun harap subsidi bos kat tempat keje. hehe.




so untuk 'cuti paksa' seminggu raya cina tahun ni. aku dah plan nak modified pintu gate....... tahun sudah (2009) aku buat garage parking. tahun sebelum tu (2008) buat pagola ngan meja batu tempat melepak, tahun sebelum tu lagi (2007) modified pagar dari besi ke patern kayu........ sume keje2 yang aku buat berkonsepkan kayu supaya ia nampak lebih classic. tp xdela kayu cengal atau merbau. kayu2 murah ke. sbb bagi aku kayu tu bertindak sebagai ketahanannya. sebaliknya ketelitian dan setiap penghasilan yang lebih penting bagi menyerlahkan sesuatu konsep yg dikehendaki.




setelah seminggu bertungkus lumus memotong besi, mengecat, mem'varnish' kayu, menebuk lubang, welding, akhirnya siap gak pagar kayu aku. tapi terasa badan macam 'kena pijak gajah', maklumlah biasa dok opis dalam aircond sekali buat keje berat, abis jem satu badan, siap kena buat apoinment dengan tukang urut bila dah sattle sume keje2...... dengan siapnya pagar ni, menyerlahkan lagi rumah aku kepada konsep traditional. tinggal nak 'main' sentuhan warna je bagi menaikkan seri.......
dah terlanjur 'mematuk' ni, nak ucapkan sekali berbanyak2 tima kasih pada Rudi dan Am yg banyak menolong menjayakan projek aku tahun ni. kalau tahun2 sudah aku buat keje sorang2, kira tahun ni ada la 'pemerhati' yg jadi 'check n balance' apa yg aku buat..... anyway tq sekali lagi pada sume yg terlibat menjayakan projek ni, baik dari sekecil2 pertolongan hingga ke sebesar2 sumbangan......
wassalam

Monday, February 22, 2010

keRiANgAN mU keBAhaGiaAn kAmi










flashback 14/02/10

birthday putera bongsu aku ke 4 tahun. 12 hari selepas birthday puteri aku iaitu 04/02. cukup menjimatkan kalau nak calebrate ataupun buat kenduri kesyukuran, boleh buat serentak.

memandangkan org umah tengah exam, so malaslah nak menyusahkan dia masak2 buat jamuan, macam tahun2 sudah. nak kata tempah catering je pun rasanya masih mengganggu, sbb nak buat persediaan kenduri dan sebagainya..... so perkara yang mudah adalah bawak je family keluar makan. aku tanya birthday boy nak makan apa? senang je dia jawab. "nacik ayam". ala takkan nasi ayam je kot..... lastly abang dia ajar dia cakap "nak makan 'ciken cop' kat jusco sama main game".

semalam org umah dah bebas dari 'soklan atas kertas', so baru bawak semua berjalan ke jusco tebrau city. pasaraya yang pernah mendapat title 'pasaraya terbesar di asia'...... so rakyat JB secara amnya boleh berbangga kot. aku pun boleh tumpang berbangga gak kot. kerana bukan semata-mata rakyat Johor, tp ada sebahagian part dalam bangunan ni hasil design aku..... (aahhh, tp xbest la nak bangga2, Allah xsuka)

sempat bawak anak2 main game kat 2nd floor tu pastu lunch chikenchop..... Alhamdulillah dapat gak tunaikan hajat anak2 walaupun xla sebesar mana keje2 perlaksanaannya. sesekali bila direnungkan zaman kecik2 dulu xde ini semua. maklumlah aku dilahirkan dalam keluarga 'cukup makan' je....... alah xpelah tu sume dah berlalu, walaumacamana pun tq pada mak dan abah aku yang telah melahirkan dan membesarkan sehingga aku dapat menjadi seorang hamba yang yang mengenal Tuannya. tq juga pada isteri aku yang telah melahirkan cahaya mata yang akan menjadi penyumbang pahala setelah ketiadaan kami dari atas muka bumi ni nanti........

pERjaLaNan hiDUp dAn paNCaRoBa duNiA

hari ni 22/02/10

bermulanya kembali waktu untuk bertugas setelah seminggu 'berehat' dirumah.
terasa malas je nak memulakan hari ni. jadual biasa berulang kembali. bangun seawal 5.30 pagi kejutkan anak untuk kesekolah. siapkan sarapan, teman kan isteri sampai pintu pagar untuk kekelas, pastu bersiap lak untuk aku ke tempat kerja sambil menyiapkan anak untuk dihantar ke 'nursery'.

pehhhhh terasa malas sungguh diri ini nak mengulangi rutin yang sangat 'menyedihkan', tp apakan daya, perjuangan mesti diteruskan, keperluan hari menuntut bayaran, perut perlu diisi dengan makanan, gagahkan lah jugak diri ini untuk melaksanakan segalanya.

Alhamdulillah, seminggu bercuti dapat gak restkan minda, melayan kerenah anak2 dirumah........

flashback 13/02/10

aku dan family gi ke Kahang. saje ziarah abang dan kakak ipar kepada orang rumah = abang ipar dan biras kepada aku. hehe.....

sekitar jam 5pm, sampai Kluang sempat singgah pasar malam berhampiran Taman seri Amar. oleh kerana dua anakku sedang tido so, hanya org umah dengan anak yg sulong je yg turun aku cuma tunggu dlm van jaga yg tengah tido tu. dengan harapan nak tido sama, sbb malam tadi xdapat tido, terlibat dengan rondaan keselamatan kawasan.

tengah 'melayang2' melayan mata, tetiba aku terasa van bergoyang. "apahal lak ni, mengganggu bijik mata aku nak berehat?". bila bukak mata dan tinjau sekeliling, ada sorang ppuan sedang tersorok2 kat tepi van. "apa kes lak ni, aah biarla dia. malas nak layan". tp makin dibiarkan makin pelik mahluk Allah yg bergelar perempuan ni. kejap bersandar, kejap terhendap2, kejap lagi bergerak dua tiga langkah sambil meninjau2 sesuatu, kejap lagi sandar semula kat van. hisss pelik betul minah ni...... mata aku yang dah layu pun 'merajuk' dari nak berehat. aku perhatikan je gelagat minah sorang ni, tp mungkin dia xperasan aku sdg memerhatikan dia dari dalam sbb van 'tinted'.

sebentar kemudian, ada sorang kanak2 dalam lingkungan 7-10 tahun menghampiri pompuan td. xtau apa yg mereka bualkan, cuma aku nampak ppuan tadi tunjuk tangan kearah pasar malam, kanak2 tadi pun berlalu lesu mcm tanpa arah ke kawasan pasar mlm. bila kanak2 tu hilang dalam kekalutan orang ramai, reaksi pelik ppuan tadi berulang lagi. pehhh.... suspen betul apa yg berlaku depan mata ni. berbagai2 tanggapan bermain dalam kepala otak aku nak menterjemahkan situasi sebegini...... apa hubungan mereka berdua ni? kenapa reaksi ppuan ni mcm mencurigakan? kenapa dia mengarahkan kanak2 keseorangan dalam kekalutan ratusan orang di pasar malam? penjenayah ke mereka ni? sendiket pengemis ke? atau dalam kesusahankah mereka?

sedang aku bermain dalam teka-teki ciptaan aku sendiri ni, tetiba dari seberang jalan ada sebuah kenderaan yang dipandu seorang jejaka berhenti. ppuan tadi sepantas kilat melintasi jalan, dengan cara sorok2 menyusup masuk kedalam jentera beroda tersebut. siap mencangkung depan seat lagi, bukannya duduk atas seat empuk tu. kalau diperhatikan dari tepi macam tiada penumpang kecuali 'driver'. beberapa minit kenderaan tu beredar, kanak2 tadi datang semula dan tercari2 sesuatu disekitar van ku. sah, dan xperlu dinyatakan apa yang dicari....... sekejap kebahu jalan terjengah2, sekejap patah balik ditepi van ku tanpa arah, sekejap berjalan tanpa halatuju kepasar malam, sekerat jalan patah balik semula kebahu jalan....... "aaahhhhhh lantak lah apa2 pun yg berlaku, xde kaitan dengan aku". tp memandangkan sesekali kanak2 tu terjengah2 sampai ketengah jalan, risau gak dibuatnya. kot ditakdirkan Allah, ada kenderaan yang hilang kawalan, dah tentu aku akan rasa bersalah sepanjang hayat kerana xmencegah kemungkinan tu dari berlaku sebelum ianya berlaku.....

aku buat keputusan utk turun dari van dan nasihatkan kanak2 tu agar jangan sampai ketengah jalan. "dik, bahaya tu, dekat jalan, kereta laju2, sini jap". kanak2 tu berjalan lesu je kearah aku.
"cari sapa?".
"mama".
"mama gi mana?"
"entah"
"mama suruh tunggu sini ke?"
"ha ah"
"ayah mana?"
"ayah keje".
"ayah xdatang sekali ke?"
"tak,"
"ayah keje apa?"
"bengkel kereta"
"kenapa ayah tak datang sekali?"
"ayah kata byk kereta nak buat"

peh byknya soklan aku, mengalahkan 'inspector sahab' dalam filem tamil tu. hehe.
"datang tadi dengan sapa?"
"dengan mama".
"abis tu mama g mana?"
"ntah".
"mama ada pesan apa2 tak?".
"mama kata tunggu sini".

banyak lg soklan yg sempat aku keluarkan selain dari nama, darjah berapa, sekolah mana, tinggal kat mana dsb. sedang aku bersembang tu aku nampak puteri aku dah bangun sedang memerhatikan aku sambil tangannya memegang sebungkus asam...... aku tarik tangan kanak2 tu menghampiri van...... "kakak bagi abah asam ni boleh? abah nak bagi abang tu, kesian dia, umi dia xde..... umi dgn abang g pasar malam tu, nanti umi mesti belikan yang lagi besar". tanpa bantahan puteri aku bagi asam tu pada aku, aku pun hulur pada kanak2 tu. beberapa minit kami berbual sambil kejap2 kanak2 terjengah2 ke arah jalan, isteri aku pun sampai............ pesan pada kanak2 tu beberapa langkah2 keselamatan, jaga diri baik2, jgn ikut sapa2 ajak, kalau ada orang paksa ikut g lari ke pasar malam jerit kuat2 mintak tolong.......... kami pun beredar.

mcm terasa zalim kami meninggalkan kanak2 tu keseorangan, tp aku perlu mencari musolla utk melangsaikan 'hutang waktu' ku kepada Yang Esa. lagipun memandangkan faktor dari keadaan kanak2 tu yang tak 'gabra' bila ditinggalkan, boleh aku terjemahkan perkara ni dah biasa berlaku. so aku rasa dan berharap semuanya dalam keadaan selamat..........

wassalam...........

Friday, February 12, 2010

bERkhiDMAt UntUK nEgaRA paRT 2

pagi ni dikejutkan dengan satu panggilan dari 'unknowncaller'.

sapa lak ni?
"hello."
"Assalammualaikum, En Hazman?"
"Waalaikumsalam, ye saye."
"Saya Zul dari Jabatan Pertahanan Awam, nak tanya, en ada tak terima call atau surat dari pejabat ni?"
"eem.... buat masa ni takde lagi."
"SMS pun xde? untuk panggil interview."
"xde"
"Boleh tak en SMS, nama, no k/p dan alamat."
"ok boleh, lepas ni saya SMS pada no ni."
"ok, terima kasih."
"terima kasih, Assalammualaikum."
"waalaikumsalam."

rupanya panggilan dari En. Zulhelmi JPA yang baru aku kenal beberapa minggu lepas. ada petanda aku akan dipanggil untuk interview ke? peh mudah-mudahan dapatla untuk 2nd intake/2010.

suasana pagi jumaat ni pun aku rasa ceria semacam je. agaknya perasaan aku je kot sbb dapat berita yang mmg aku tgu2 dari JPA tadi....... (perasan dapat la tu... padahal belum ada bunga2 pun, xpelah bagi mengindahkan pagi jumaat ni yg penuh berkat ni, apa salahnye kan).

hari ni merupakan hari terakhir berkerja bagi menyambut kedatangan tahun baru cina 2 hari lagi. esok cuti bermula sampai la ke hari ahad 21/02. sume staff dah mengular nampaknya. tinggal aku je yang masih terkial2 menyiapkan keje yang xpernah ada surutnya........ kalau diikutkan tradisi tahun-tahun sebelumnya, hari ni lah sepatutnya dapat bonus...... big boss pun nampak dah menyandar kat kusi empok dalam bilik dia tu............. kot ada rezeki lebih adalah bonus utk aku, kot xde nak buat macamana, dah takdir kot. hehe......

Wednesday, February 10, 2010

mENghiTUNG hARi

hari ni rabu, dah 10/2/2010


kalau menjadi rancangan aku nak 'resign' dari sykt tempat aku berkerja ni maknanya, hanya tinggal beberapa hari je lagi aku akan meletakkan surat perletakkan jawatan. pastu kemungkinan aku akan kena panggil 'mengadap'........ apa pun cite dalam perbincangan tu. aku harap ada satu titik pertemuan yang positif.


setelah 15 tahun duduk didalam bilik ni aku rasakan aku perlu membuat satu perubahan yang drastik. ini semua adalah bagi memastikan segala yang aku rancangkan dapat berjalan dengan teratur dan sempurna. kenyataan ni bukan bermakna setelah 15 tahun berlalu baru kini aku sedar perlu membuat perubahan, sebaliknya aku dah sedar lama cuma peluang dan ruang masih belum sesuai............


aku amat berhadap dan berdo'a kepada Allah mudah-mudahan tindakan yang aku ambil ni betul dan tepat pada masanya. semoga lepas ni aku boleh lebih menumpukan perhatian kepada keluarga dan anak-anak..... sebagai seorang 'pelukis pelan' aku rasakan xperlu pun aku berada di office ni setiap hari. aku boleh melakukannya dari rumah. berbekalkan 'customer-customer' yang dah berurusan dengan aku selama ni pun rasanya insyaallah dah boleh menampung keperluan keluarga. malahan seandainya kerjaya ni dapat aku lakukan dirumah dah tentu anak-anak aku xperlu dihantar ke nursery dan ini akan memberikan kami lebih masa bersama........


semoga apa yang dirancangkan akan menjadi kenyataan....... amin.

Friday, February 5, 2010

kiSAh bEnaR pEmUDa aRAb

Posted by: "abbas" abbas aliah_ainSat Sep 23, 2006 3:16 pm (PST)

Asallammualaikum wbt,Ada seorang pemuda arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya. Selain belajar, ia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di sebuah gereja yang terdapat di kampong tersebut. Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja. pada mulanya ia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.Di saat itu, si pendeta agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang muslim. Aku harap ia keluar dari sini." Pemuda arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya pendeta itu berkata, "Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang pendeta, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim." Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian ia beranjak hendak keluar. Namun, pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.Pendeta berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!" pendeta pun mula bertanya,

"1.Sebutkan satu yang tiada duanya,
Dengan lafas bismilah pemuda itu menjawab, "Allah SWT".

2.dua yang tiada tiganya?
Malam dan Siang. Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

3.tiga yang tiada empatnya?
kesilapan yang dilakukan Nabi Musa. (1) ketika Khidir menenggelamkan sampan, (2) membunuh seorang anak kecil dan (3) ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

4.empat yang tiada limanya?
Taurat, Injil, Zabur & Al-Quran.

5.lima yang tiada enamnya?
Solat lima waktu sehari semalam.

6.enam yang tiada tujuhnya?
jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.

7.tujuh yang tiada lapannya,
Langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

8.lapan yang tiada sembilannya,
Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

9.sembilan yang tiada sepuluhnya?
mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim kamurau, katak, darah, kutu dan belalang. (penulis tidak menyatakan jawapan yg ke-9)

10.sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh?
Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikkan maka untuknya ganjaran sepuluh kali ganda." (Al-An'am: 160).

11.sebelas yang tiada dua belasnya?
jumlah adik-beradik Nabi Yusuf.

12.dua belas yang tiada tiga belasnya?
Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

13.tiga belas yang tiada empat belasnya?
jumlah adik beradik Nabi Yusuf beserta ayah dan ibunya.

14.Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh?
waktu Subuh. Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

15.Apa yang dimaksud dengan kubur yang berjalan membawa isinya?
Ikan yang menelan Nabi Yunus AS

16.Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?
adik beradik Nabi Yusuf, iaitu ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf berhampiran barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

17.Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
suara Keldai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

18.Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu?
Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Salleh dan Kambing Nabi Ibrahim.

19.Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).

20.Siapakah yang diciptakan dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?
Makhluk yang dicipta dari batu adalah Unta Nabi Salleh, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).

21.Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar?
Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

22.Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan 2 di bawah sinaran matahari?
adapun Pohon itu adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, 3 dikerjakan dimalam hari dan 2 disiang hari.

Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda muslim tersebut. Kemudian ia pun mula hendak pergi. Namun ia membatalkan niatnya dan meminta agar pendeta menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh pendeta tersebut.
Pemuda ini bertanya, "Apakah kunci surga itu?"Mendengar pertanyaan itu lidah pendeta menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Ia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun ia cuba mengelak.Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawab, sementara ia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "Pendeta tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapan nya, namun aku takut kalian marah."Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. " Pendeta pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Aasyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

kisah ni aku copy paste dari blog http://www.mansurahjazirahku.blogspot.com/ namun telah membuat sedikit perubahan dalam bahasa Malaysia.

Wednesday, February 3, 2010

mAsa bERLALu mUsIM bErUBah

pagi ni cam biasa, bangun seawal 5.30 pagi kejutkan anak untuk bersiap ke sekolah, sambil tu aku buatkan sarapan utk mengalas perut anak kecil tersebut dalam perjuangan menuntut ilmu. sementara tu isteri aku tengah sibuk bersiap utk ke "kelas".

perjalanan pagi selama sebulan ni telah berubah. kerana isteriku menyambung pengajiannya selama setahun di Kolej Kejururawatan HSA. bermakna terpaksalah dia bertolak awal dengan memandu kereta sendiri. manakala aku seperti biasa sebelum ketempat kerja sekitar jam 7.15 pagi, menghantar anak2 ke tempat penjagaan terlebih dulu.

pagi ni agak mengecewakan aku. bukan kerana sesuatu perkara yang berat sebaliknya hanya perkara remeh...... elok menuruni interchange taman desa cemerlang / taman gaya. aku ternampak sebuah kereta satria tersadai dibahu jalan. kelihatan seorang pemuda dengan sepenuh kudrat cuba menolak jentera beroda 4 tersebut, manakala seorang wanita yang aku jangkakan isteri kepada pemuda tadi berada di dalamnya.

sebagai seorang hamba yang hanya menumpang aku rasa terpanggil untuk membantu apa yang mampu. ye lah memandangkan seorang pemuda yang perlu menolak kereta seorang diri pada jalan yang sedikit mendaki bukit, rasanya boleh putus urat keting dibuatnya....... aku pun bukanlah kuat sangat, hanya berbekalkan badan seberat 56kg dan ketinggian 169cm rasanya juga tak mampu untuk menggerakkan satria tersebut. tapi dengan seketul otak yang Allah pinjamkan rasanya aku mampu berbuat demikian. dengan cara apa?.......... dengan menggunakan cable penunda yang memang sentiasa ada dalam kenderaanku. hehehe. setidaknya mungkin bantuan berupa meminjamkan hp masih berharga kepada mereka. manalah taukan kot2 hp diorang kehabisan credit ke, dengan cara tu boleh la gak diorang meminta bantuan dari adik beradik ke, sedara mara terdekat ke, call foreman ke.......... tapi apakan daya keadaan jalan yang sedikit sesak kerana kerosakkan satria tersebut dan diekori rapat dari belakang aku gagal untuk berhenti di bahu jalan.

sudahnya aku terpaksa meneruskan pemanduan, namun keikhlasan untuk membantu masih berkobar2 dalam diri dan bila aku jeling dari cermin pandang belakang, memang menepati jangkaan pemuda tu gagal menggerakan satria tersebut. dalam pada masa yg sama aku memikirkan kerosakkan itu akan menyumbang kepada kesesakan jalanraya terutamanya pada waktu kemuncak sebegini. lebih membahayakan sekiranya terdapat penunggang motorsikal yang suka mencilok dengan laju dari celahan kenderaan, dan seandainya cilok tersebut ke selah kiri lorong.............. dah tentunya kerosakkan yg sedikit tadi boleh bertukar menjadi kemalangan yang serius...... lagipun 1km dihadapan terdapat sebuah petronas, bukan ke lebih elok dipindah satria tersebut ke tempat yg lebih selamat, selamat bagi mereka suami isteri dari rempuhan kenderaan besar yang laju menggila, dan lebih selamat serta lancar bagi pengguna jalanraya yang lain.

memandangkan waktu masih awal untuk punch card, dan berbekalkan satu tekat untuk membantu aku membuat pusingan u di interchange jusco tebrau. jarak lebih kurang 8km dari kerosakkan tersebut. elok sampai ditempat kejadian aku dapati pemuda tersebut bersama isterinya sedang duduk didalam satrianya. aku berhenti ditepi jalan sambil menyalakan hazard dan menghampiri pemuda tadi, lalu bertanyakan ttg kerosakkan. dia menjawab ringkas, "rosak".
"ada apa2 yang boleh saya bantu?"
"xpe, xpe aku dah tipon adik, panggil dia datang".
"tak la, kalau awak nak kawan tarikkan boleh la, kawan ada cable tarik"
"ingat mmg mcm tu la. tp xpe la xpe, dah panggil adik datang, dia pun pakai van jugak"
"betul ni xnk kawan tolong, bukan apa, jalan sesak ni. kalau nak kawan tarikkan boleh la park kat petronas depan tu, xbahaya sangat. lagipun kawan masih ada masa ni nak masuk keje"
"xpelah dah tipon adik, terima kasih jelah". sambil dia masuk semula kedalam keretanya

aku pun dengan hati yang hampa sbb tak dapat menolong terus berlalu dari situ ke tempat kerja. dalam perjalanan tu aku terpikir kenapa gaknya mamat ni tak nak aku tolong?
(A) muka penyamun ke aku ni?
(B) atau muka penarik kete ke, yg mana setiap km dikenakan bayaran melambung?
(C) atau mungkin juga muka aku ada kat balai, 'WANTED'?
(D) atau mungkinkah dia xnak menghampakan adiknya yang dah diberitahu?

xpelah bagi melatih hati dan diri bersangka baik, aku buat keputusan memilih jawapan 'D'. meskipun jawapan tu la yang paling tak praktikal dengan keadaan jalanraya dan faktor keselamatan pengguna jalanraya yang lain pada waktu tu..... pagi jumaat yang lalu melalui rancangan 'sinar pagi bersama Kreil, KE & SY' aku ada mendengar luahan kecewa seorang pemandu lori yang ingin menolong seorang makcik yang kerosakkan kereta. namun nasib dan sikap perihatin pemandu lori itu telah disalahertikan oleh makcik tersebut, beliau bergegas masuk kedalam keretanya yang rosak lalu menguncikan pintu dari dalam sambil memeluk erat beg tangannya......... kesian aku pada abang lori yang berjiwa mulia tersebut, lahir juga rasa geram pada makcik yang tak pandai menterjemahkan bantuan atau padah. pagi ni aku lak yang merasa bagaimana kecewanya perasaan abang lori tersebut. cuma kes aku tak la seteruk abang lori dengan makcik tu.

dalam kedua-dua kes ini tidak boleh disalahkan makcik dan pemuda satria tersebut. mereka hanya memikirkan faktor keselamatan diri sebelum muncul masalah yang lebih buruk lagi, mungkin bagi mereka biar pengguna jalanraya lain menghadapi kesesakan atas kerosakkan mereka, daripada mereka sendiri diancam bahaya. kenyataan ini agak berbentuk selfish, tapi kebiasaannya itulah reality sebenar manusia.......mungkinkah masa yang berlalu telah mengubah sikap dan penilaian manusia terhadap manusia lainnya.......waallahuaklam