Friday, June 25, 2010

jAsA mU dikEnAnG

12 jun 2010 yang lalu
satu majlis jamuan makan malam 'jasamu dikenang' untuk salah seorang pegawai JPAM yang dah berkhidmat secara sukarela lebih dari 25 tahun...... fuh lama tu..... bersara pada awal 2010 yg lalu pun sbb faktor usia.
terharu sungguh aku dengan sikap-sikap manusia sebegini. sanggup menabur bakti pada negara dan bangsa tanpa menuntut apa-apa jua bentuk imbuhan.....
majlis malam tu berlangsung dengan agak syahdu, ye la jamuan perpisahan lah katakan. tp yg lebih mengharukan bila mana Tn salim sendiri memberi ucap akhirnya. menceritakan pengalaman pahit manis suka duka beliau, sambil mengalirkan airmata..... sambil membakar semangat anggota2 baru seperti aku untuk terus berbakti pd tanahair.
dalam majlis tu dimainkan lagu selingan dari saleem iklim. tu yg pepagi ni merayap kat youtube teringat balik kisah malam tu.......


Tuesday, June 22, 2010

tAk kEnAL maKA tAK ciNTa

sepetimana perancangan awalnya. aku menceburkan diri dalam JPAM ni hanya sebagai batu loncatan menuju ke SPDRM. tp semakin hari bersama semakin mendalam perasaan jatuh cinta. walaupun baru hanya 2 bulan berkenalan dan disahkan keanggotaan, dah berbagai pengalaman manis suka duka aku rasai.

kalau dalam kursus asas 3 bulan yg lalu aku hanya sebagai anggota biasa. kini tetiba je aku dilantik menjadi ketua skuad. kalau dulu hanya menerima arahan, kini terpaksa memberi arahan. dari bodoh, kepala otak ngkau, sampailah bangang puas aku telan dari pegawai atasan...... tp xpe aku tau mereka2 itu dulunya pun menerima sama seperti aku. kesalahan anak buah, kita yg terima, kesalahan pihak atasan pun kita juga yg menadahnya..... walaupun kasar bahasanya namun aku mesti kebal, bukan bebal. aku mesti tabah bukan patah, dan aku mesti teguh bukan rapuh. sbb pegawai yg menghukum aku seringkali menyampaikan kata harapan untuk aku terus maju....

"saya nampak awak berpotensi, awak memang ada bakat, cuma satu saya minta awak jangan patah semangat, awak anggaplah apa yg saya kata sebagai satu ujian ketahanan untuk diri awak. saya tau punca kesalahan bukan datang dari awak, tp kenapa saya denda awak? sbb awak adalah ketua skuad, dan sebab awak mengaku kesalahan anak buah awak datang dari kelemahan awak. so tak salahkan saya denda awak? saya tau pengakuan awak tak ikhlas depan saya, tp sebagai seorang ketua, saya nampak sikap bertanggungjawab awak ada disitu. awak berani mengaku depan saya itu adalah kesalahan awak. saya bangga dan puji sikap kepimpinan awak. sbb tu saya lantik awak jadi ketua.... saya bukan sekadar nak awak bertanggjungjawab, tapi saya nak mental awak kuat. saya nak satu hari nanti awak akan jadi salah seorang dari pegawai saya"

ayat yg cukup berbisa dan bermakna dari tuan aku....... sebenarnya tak mampu nak aku luahkan satu persatu pengalaman dalam JPAM ni. tp cukuplah sikit untuk aku jadikan sejarah bila dah tua nanti. (tu pun kalau blog ni xkena block)......


pErJaLAnAN mEnGhArUnGi mAsA

salam kembali kpd yang sudi singgah. terima kasih kerana masih menjengguk walaupun dah bersawang kerana sebulan ditinggalkan..... bukan dah xaktif dari dunia blogging tp kerana pengejaran masa yang terlalu pantas.......

hari ni 22 Jun 2010.
bererti genab sebulan aku dah menjalankan operasi mencari nafkah menyara keluarga dari rumah.. selama tempoh itu, hanya ucapan alhamdulillah yang dapat aku ungkapkan. kerana dengan kurniaan Nya yang xdisangka-sangka. dari celik mata hingga ke awal pagi laptop ni xputus2 melakarkan lukisan2 bangunan. tiada peluang dan ruang langsung untuk online ke blog.

jadual harian tentunya telah berubah dari sediakala. kalau dulu bergegas ke pejabat, sekarang hanya perlu beberapa langkah ke meja kerja. namun perbezaan amat ketara dari segi penyusunan masa.

selain dari kerjaya melukis, ditambah sibuk lagi dengan aktiviti luar....... itulah salah satu penymbang kepada kesibukkan yg ketara..... dah tentunya aku menyebukkan diri dengan Pertahanan Awam. yelah sejak angkat sumpah pada 25 april yg lalu. aku dah berazam akan menaburkan bakti setakat terdaya kepada bangsa dan negara. memang secara dasarnya aku hanya menumpang lalu dari JPAM menuju ke PDRM. tp benarlah kata org2 lama "xkenal maka xcinta". banyak ilmu yg boleh dipelajari dari JPAM. lagipun sementara menunggu peluang ke PDRM apa salahnya aku berjinak2 dulu dengan medic. bukankah itu pun satu usaha 'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'.

berkhidmat untuk keluarga pn satu perkara yang perlu dipandang serius. Alhamdulillah sejak beroperasi dari rumah ni aku dapat rasakan kesegaran pada diri dan minda. xperlu sakit hati, xperlu makan hati, xperlu busuk hati. segala yang aku lakukan semuanya untuk keluarga, bukan untuk kepentingan pihak tertentu...... aku dapat rasakan kemanisan dan kebahagiaan melayan kerenah anak2. kalau dulu bila anak2 bermanja tentu mood akan mempengaruhi tindakan aku, tp kini bila diri dan minda adalah milik aku sendiri, aku mampu mempersembahkan diri aku yg sebenar sebagai seorang ayah kepada anak2. kalau dulu makan malam akan ada 5 pinggan, kini kebiasaannya hanya tinggal 2 pinggan diperlukan. bukan sebab kekurangan bahan makanan, tp anak2 lebih manja dan minta disuapkan...... semoga kebahagiaan yang telah aku dambakan selama 15 tahun ini akan Allah kekalkan hingga ke akhir hayat.....

waAllahu aklam.......