Friday, May 21, 2010

beRaKhirNya sEbuAh MahA kaRya kErjA

pagi jumaat ini.
21 may 2010

merupakan penghulu segala hari.

merupakan hari terakhir aku duduk dikerusi empuk ini

merupakan hari terakhir setelah 15 tahun memberi khidmat disini.

satu tempoh jangkamasa yg lama sudah tentunya banyak kenangan pahit, manis, suka dan duka. namun semua itu tetap akan aku kenang hingga ke akhir hayat, kerana semua itu adalah kenangan, semua itu adalah pengalaman.

alhamdulillah walaupun hanya menghabiskan sisa2 tugas disini aku masih mampu menyelesaikan semua tugasan. bukan kerana nak menunjuk rajin, tp sekadar mencari keberkatan rezeki dan keredhaan Allah Swt. lepas ni do'a dan harapan aku, agar aku xmakan gaji lagi baik mana2 jua sykt, lebih2 lagi sykt ni. semoga perancangan utk melakukan kerja secara freelance akan membuahkan hasil yg lebih berkhasiat dan berkat.


lepas ni kalau org kata "rumahku syurgaku". tp bagi aku pulak "rumah juga adalah pejabatku dan syurga bagi keluarga ku".

Monday, May 17, 2010

mEnaNti sAaT-sAat AkhiR pErJuAnGan

hari ni isnin 17 may 2010.
minggu ke-4 dalam bulan may, merupakan minggu terakhir aku berkhidmat kat syarikat ni. setelah 15 tahun berperang dengan perasaan, bergelumang dengan kerja-kerja binaan, bersusah-payah melukis pelan....
apa yang aku harap dan berdo'a sangat2 dari Allah semoga inilah kali terakhir aku berkerja makan gaji, semoga lepas ni aku boleh berkerja sendiri. walaupun xjd seorang bisnessman ternama, atau jadi jutawan terkemuka, memadailah aku jd seorang freelancer draugtsman. atau sekurang-kurangnya jd penoreh getah dikebun sendiri pun jadilah. apa yang penting aku dapat bebas menggunakan masa sendiri......

Thursday, May 13, 2010

keSiBukkAn daN keSempAtaN

bulan May ni memang banyak sambutan hari peringatan. selain dari hari pekerja, hari guru, hari ibu, hari jururawat dan macam2 lagi.

so dalam kesibukkan yang bersekempatan ni, nak ucapkan selamat hari jururwat pada jururawat seluruh dunia secara amnya. kepada jururawat di M'sia khususnya, khas kepada jururawat-jururawat yang pernah merawat aku. dan yang terpenting adalah kepada sorang jururawat yang sentiasa merawat kami sekeluarga. bukan sekadar merawat kecederaan ataupun kelukaan malah merawat segala kekurangan dan kecacatan dalam hidup aku dan anak2.

hanya ucapan terima kasih yang dapat aku luahkan kerana tak termampu untuk aku membalas setiap khidmat yang telah kau curahkan. semoga ketabahan yang kau pamerkan akan berkekalan bagi memastikan rumahtangga kita sentiasa disinari cahaya keimanan dan beroleh keberkatan sehingga ke syurga.....Amin

keSeMPatAn DaN kEseMPitan

tak nak terlepas dari mengucapkan selamat Hari Ibu kepada seluruh Ibu/mak/umi/bonda dan apa jua gelarannya.
terima kasih ibuku kerana telah melahirkan dan membesarkan aku. bertarung nyawa semata2 untuk memastikan aku menjadi insan berguna. bersengkang mata dan berlinangan airmata kerana kesilapan-kesilapanku......
terima kasih juga kepada isteriku kerana telah melahirkan zuriat2 ku. mendidik dan membesarkan mereka. menangisi kerenah-kerenah mereka demi semata-mata untuk menjadikan mereka insan yang berjaya.......
semoga Allah membalas semua bakti dan jasa kalian dengan kurniaan syurga.



jAngAN mEnGhaRapkan ucApaN teriMA kAsiH

sedangkan Allah, Maha pemurah, Maha pengasih lagi Maha penyayang. Maha yang amat luas limpahan kurniaannya seringkali mendapat kutukkan dari manusia yang tidak tahu bersyukur. Malah ramai manusia yang melupakan asal usul kejadian sehingga menyekutukan Nya dengan sesuatu yang lain.

inikan pula kita yang bersifat manusia, yang lemah serba serbi menuntut ucapan terima kasih dari sesama manusia. bukankah tabiat melupakan jasa baik seseorang adalah penyakit umum yg ada dlm diri setiap insan.

selayaknya anda lupakan saja setiap bantuan yang telah anda berikan kepada seseorang. sebaliknya tanamkan dalam diri sikap mengagong-agongkan setiap bantuan orang terhadap diri kita, disamping jgn lupa mengucapkan syukur kehadrat Allah swt yang telah menghantar orang tersebut untuk membantu kita.

berbuat baiklah hanya kerana Allah, dan mengharapkan balasan nikmat dari Nya, bukan dari mereka yang telah anda bantu. nescaya anda akan merasakan kemanisan ibadah anda itu. jauhkan dari bersikap riak, takbur dan menunjuk2, kerana Allah membenci mereka yg sedemikian.

Thursday, May 6, 2010

keSiBukKaN DIAkhiR pErjUAngAN

Dah masuk bulan May. Ini bermakna tinggal beberapa hari je lagi aku perlu menjalankan sisa-sisa tugas kat pejabat ni. walaupun begitu masih banyak lg tugasan2 yg perlu disiapkan.


Sambil-sambil menyiapkan kerja-kerja seharian, sambil mengemas meja dan drawer. Perrrgghhh berserabut abis semuanya. Bukan sekadar habuk je, sarang tikus pun ada. Hehe. Bukan sarang tikus betul2 tp semaknya menyamai sarang tikus.


Dalam pada mengemas tu terjumpa helaian kata-kata mutiara yg dah tersimpan dekat seabad kot lamanya…… diantaranya


“Hormatilah orang tua, kerana mereka telah mengenal Tuhan terlebih dahulu dari kamu. Kasihanilah orang muda kerana mereka lebih banyk tertipu dengan dunia daripada kamu”.

(Ibnu Mu’tas)


“Orang itu akan sangat dihormati apabila melakukan pekerjaan untuk kesejahteraan masyarakat sekitarnya”.

(Mathama Gandhi)


“Coming together is a beginning, keeping together is progress, working together is success”.

(Henry Ford)


“Never discourage anyone, who continually make progress, no matter how slow”

(Plato)


Semuanya pencetus kata-kata hikmah tu nama-nama besar dalam dunia global. Tp ada satu kata-kata yg aku anggap hikmah gak la dari orang biasa, yg aku dengar dari pemanggil ke Radio Era beberapa tahun lepas…….

“sedangkan kita tak buat orang dah mengata, apalagi kalau kita buat jahat”.

Boleh ke ayat ni dijadikan kata-kata hikmah….. hehehe


Wassalam.

kaTA-kAta nASihAT ibNu QaYyim

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai

kecuali menerima kehendak Allah swt.


Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang

kecuali berjinak dengan dengan Allah swt


Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang

kecuali seronok mengenali Allah swt


Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai

kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya


Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam

kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya


Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung

kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.


Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . .


“Andai dunia dan segala isinya diberikan kepada manusia, nescaya ia masih tidak dapat membendung keinginan hati manusia itu."