Monday, September 28, 2009

kEmBALi kEpADA fiTRaH

27 september (9 syawal 1430)

setelah berehat selama 10 hari,
setelah melalui pelbagai kenangan suka gembira,
setelah penat berkunjung kerumah saudara mara,
setelah mengharungi perjalanan beribu kilometer,
setelah berabis ribuan ringgit malaysia.
akhirnya hari ni perjalanan kehidupan kembali seperti sediakala.
kejutkan anak seawal pagi untuk kesekolah.
bersiap untuk ke kerja, menghadapi jalan jem ketempat kerja,
mengadap pc yg sama utk melaksanakan tugasan yg terbengkalai selama 10 hari.

*** masih xready lagi menceritakan pengalaman beraya tahun ni, sbb penat masih belum hilang sepenuhnya. insyaallah ada masa dan kelapangan nanti aku akan menconteng di ruangan tak berbayar ini.

wassalam.

Thursday, September 17, 2009

pULaNGlah BeRhARi rAYa



27 Ramadhan

hari ni last day aku kerja, sebelum berangkat balik ke kampung malam nanti. Alhamdulillah segala kerja yang terbengkalai dah dapat sattlekan. maklum la cuti seminggu mesti clearkan semua. kalau tak nanti ada harapan cuti2 pun hp berdering.

kalau difikir-fikirkan, inilah masanya aku dan mungkin juga kamu dapat merehatkan otak dan minda dari tekanan kerja..... balik ke kampung dikelilingi kehijauan sawah padi, gunung gunung, kabus, kocakan air sungai, tak lupa juga gigitan pacat.


walaupun jadual perjalanan kami sekeluarga untuk balik kekampung pada malam ni, tapi jiwa dan minda aku dah lama berada di kampung. maklumlah setahun sekali kami akan buat long distance dengan aku bertindak sebagai driver, selebihnya kalau balik kampung hanya menaiki bas, keretapi atau kepalterbang sahaja. jadi keseronokkan dan kepenatan mengharungi perjalanan 13 jam tu, tak terasa sangat.

aku tau ramai yang akan memulakan perjalanan pada malam ni sebab sekolah last pada hari ni. harap-harap laluan aku nanti kurang mengharungi jem. dikesempatan ni aku nak selitkan serba sedikit tip utk melakukan long distance, terutamanya perjalanan pada waktu malam. sebelum memulakan perjalanan seeloknya perkemaskan diri dengan kesihatan yang sempurna. angkat takbir, dirikan solat sunat musafir 2 rakaat. sertakan do'a memohon Allah permudahkan segala urusan, dekatkan yang jauh, hindarkan dari kejemuan pemandangan, hindarkan dari sebarang kesulitan dan kemalangan. selamatkan harta benda yang ditinggalkan........

kalau boleh bawa bersama jumper cable, cable (tali) penunda, lampu suluh, sedikit ubatan, senaskah yaasin, dan yang paling penting, air bawalah lebih sikit. banyak kegunaannya tu. kalau bergerak dalam waktu2 perayaan sebegini seeloknya bawa bersama keperluan solat, sebab kebiasaannya tempat2 persinggahan mesti sesak. kalau niat nak jamak taqdim tu silap2 sementara menunggu turn dah boleh jadi jamak takhir. itu kira masih bernasib baik lagi. terkadang tu nak susur ke R&R pun takde ruang....... tips2 yang biasa kita dengar, seperti fungsi lampu, enjin, tayar dan sebagainya tu tak perlulah aku nyatakan disini, sbb pada aku itu dah terlalu basic yang sepatutnya diketahui.

dikesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih kepada pengunjung2 blog ni. selamat berhari raya. kepada yang akan beraya di kampung. selamat memandu. berhati mulialah ketika tuan memandu. akui hak pengguna jalanraya yang lain juga. setakat berhati2 ketika memandu tu dah biasa kita dengar. sebab tu ramai yang berhati2 tapi hanya untuk diri sendiri sebaliknya lantak pi dengan kenderaan lain. kepada yang terpaksa bertugas pada musim perayaan, janganlah disedihkan sangat. sebaliknya berbanggalah dengan diri tuan. kerana tenaga dan kepakaran yang ada pada tuan amat2 diperlukan, seandainya ketiadaan tuan semestinya organisasi tuan akan menghadapi kepincangan.

kepada ibu, adik beradik dan sanak saudara aku di JB, ampun dan maaf aku pohonkan. insyaallah seandainya masih ada umur dan Allah mengizinkan, kita akan bertemu seminggu raya nanti. do'akan keselamatan dan kebahagiaan kami. begitu juga bagi keluarga mertua yang berada di utara tanahair iringi perjalanan kami dengan do'a kalian. mudah mudahan kita dapat dipertemukan dalam suasana yang penuh kegembiraan dan keimanan yang sempurna......... Amin..

Tuesday, September 15, 2009

kePeriBADiaN RasULLaH SAW

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.Kalau orang kita : Nak tampal sendiri- jangan harap.Suruh bini jahitkan dan kalau bini pun tak pandai jahit - hantar kedai, silap-silap simpan jer dalam almari untuk dibuang.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.Kalau orang kita: Membebel sambil buka astro atau baca surat khabar menunggu bini masak.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'Kalau orang kita : Balik masjid lepak-lepak dulu di warung kopi sambil bersembang.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan yaKhumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda. Kalau orang kita : Start motor/kereta terus ngeteh kat kedai mamak sambil pekena roti canai.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.''Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? 'Kalau orang kita: Degil eh? Nah amik kau dish dish..

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat. Kalau orang kita : Semakin ada pangkat mula nak cari perempuan lain, bini kat rumah dah mula nak lupa.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?''Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.''Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkanbunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan inisebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'Kalau orang kita : Lagi tinggi pangkat lagi power, cakap jer nak makan apa.

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor. Kalau orang kita : Sure geli dan tak lalu makan.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. Kalau orang kita: mahu berparang jadinya.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.Kalau orang kita : Lagi berkuasa makin lupa Allah. Kalau dulu tak pandai pergi disko kini dah pandai, kalau dulu tak pandai main golf sekarang sarapan pun kat tepi padang golf.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Kalau orang kita: beribadah sikit, dah mula nak menjatuhkan hukum orang lain sume salah. sehinggakan terlupa kekuatan dia beribadah itu atas pilihan Allah SWT jua.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'Kalau orang kita : Lupa diri adalah hamba. Tingginya darjat Rasullullah SAW, kisah ini sebagai renungan sahaja memang tidak boleh dibandingkan kita ni umat Baginda berbanding dengan Rasulullah SAW sendiri tapi cuba sama-sama muhasabah diri kita.

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT

artikel ni aku copy paste dari isuhangat.blogspot. tertarik dengan kenyataannya. dan berniat nak 'menyebarkan' maka aku pun meng'copy pastekan kat blog aku ni. beberapa potong ayat telah aku ubah kerana dikhuatiri menyentuh sensetiviti individu.

xtau kenapa, tapi aku suka baca sirah Rasullah saw. dan setiap kali terbaca bab zuhud Rasullah saw, hati yang Allah pinjamkan pada aku ni macam xtertanggung sebaknya membayangkan sikap baginda yang cukup cukup terpuji. secara tak langsung sebak di hati itu mengarahkan empangan kecil dimata melimpahkan airnya...............

semoga hati yang Allah pinjamkan kepada ku ini, dapat melembutkan nafsu yang sering kali cuba merajai diri...... Amin

KiAn jAuH


hari ini, 25 Ramadhan 1430H.
bermakna hanya tinggal 4 atau 5 hari saja lagi kita berada didalam bulan yang penuh keberkatan ini. sedih, pilu, terharu, bercelaru dan bermacam lagi perasaan yang bermain dalam hati setiap insan.

sudahkah kita penuhi malam2 terakhir ini dengan ibadah2 sunat? atau mungkinkah kita masih terleka dengan persiapan menghadapi raya? atau mungkin juga tiada perasaan berbeza yang lahir dari hati kita terhadap keberkatan pada malam2 akhir ini?

aidilfitri akan menjema.
hari kemenangan umat islam. hari kegembiraan bagi semua, hari keceriaan bagi yang kuasa. namun pernahkah kita limpahkan sedikit kerlingan atau jelingan ke kiri dan kanan, kepada mereka yang kurang berupaya. dalam pada kita bergembira tanpa kita sedari pada hari yang sama menjadi kesedihan kepada mereka.

pernahkah kita terfikir bagaimana keadaanya andaikata kita berada ditempat mereka?....................


Friday, September 4, 2009

tekA tEKi iMAm AL GhazALi

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang
Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Murid 4 : Laut
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Murid 4 : Unta
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri.

Petikan ni aku copy dari satu artikel, yang tak sengaja aku lawati. oleh kerana tertarik dengan semua pesanan secara spontan tersebut. aku pun copykan utk renungan rakan-rakan yang berkunjung ke blog ini.