Tuesday, January 12, 2021

LuPAkAn kerETa TeRBaNg, kiTA biNa kApAL sELaM

 

Assalammualaikum wbr

Hari ni 12 january 2021 bersamaan 28 jamadilawal 1442 hijrah. 11 hari berlalu dalam tahun 2021 purata kebanyakkan harinya adalah musin hujan. Baju melambak basuh tak kering. Sesetengah kawasan telah dilanda banjir, terutamanya negeri disebelah pantai timur. Tak terkecuali bahagian johor timur.

 

Berita perdana mahupun media social, semuanya sibuk bercerita kisah-kisah banjir. Kesian kepada mangsa yang terjejas. Semoga Allah menggantikan mereka dengan sesuatu yang lebih baik. Amiinn..

 

Esok 13/1/2021, 6 negeri termasuk johor akan menjalani PKP. Berkurung semula la kat rumah gamaknya. Tapi ini memang perlu dilakukan, kerana sejak akhir-akhir ni kes positif covid telah mencecah 3000 lebih setiap hari.. apalagi yang boleh dilakukan? Kalau bukan PKP semula..

 

Apa-apa pun semoga Allah permudahkan segala urusan. Setiap apa yang berlaku adalah atas kehendak Allah jua. Sebagai seorang hamba kita hanyalah perlu redha dan bersabar atas segala ketentuan Nya..

 

Bermulanya tahun 2021 ni aku sesaje mencuba job baru. Ternak ikan tilapia. Ye la dah puas terkurung kat rumah sepanjang tahun 2020 kan.. tunggu-tunggu tak nampak pun kereta terbang, makin kapal terbang kurang kelihatan melintasi atas rumah aku ade la. Sebab penangan covid ni semua industry terjejas, tak terkecuali industri pelancongan dan penerbangan.

 

Sebenarnya aku tak de ilmu pun dalam ternakan ikan tilapia ni jauh sekali mengetahui marketnya .tapi saje je aku ternak, try and error. Ye la kan, aku berangan nak usahakan kolam ikan air tawar suatu masa nanti, so mula dari sekarang kita kena cari ilmu dulu la gamaknya.

 







# siap kerja. Kita lepak bawah pondok, dalam hammock, sambil melayan terapi minda air terjun.. haha



Monday, January 4, 2021

bERLaLu tAhUN kEReTa tERbanG

 

Assalammualaikum !!

 

Hari ni 4 january 2021 bersamaan 20 jamadilawal 1442 hijrah. Dah 3 hari berlalu dalam tahun baru 2021. takde apa yang menarik sangat pun, cuma bermula dari 1 haribulan tempohari, jatuh pada hari jumaat. hujan turun berterusan tanpa henti hingga lah ke malam tadi. beberapa daerah sudah dinaikki air. semoga Allah menjadikan hujan ini sebagai satu rahmat kepada kita semua.. amminnn

 

Tak sempat nak buat ending untuk tahun 2020. Bz sikit sejak akhir-akhir ni… tp tak pe lah tak meyesal pun tak buat ending 2020, bukannya ada kereta terbang pun, bukannya ada kereta kapal selam pun. Yang ada Cuma cerita pasal covid-19… sepanjang tahun hanya berkisah pasal covid je.

 

Jadi tak payah pening-pening. Kita berdoa je mudah-mudahan tahun 2021 ni banyak perkembangan positif dalam hidup kita. Semoga Allah masih kurniakan kesihatan yang baik untuk kita.. Aminn ya Rob…

 

wassalam

 

# banyak juga entry aku untuk tahun 2020. 72 entry. Kalau buat youtube, agak-agak dah boleh dapat silver play button kot. haha


# nanti dah ada masa kita review semula, perkara-perkara yang dah tercapai dan yang masih kiv sepanjang tahun 2020 ek..