Thursday, December 31, 2009

hArGAiLah keBEBASan ini.

salam semua.
hari ini 31 dec. hari terakhir dalam tahun 2009.
esok 2010 akan memulakan perjalanannya dengan tarikh 1 january.

perjalanan aku masih tetap sama, meniti hari2 berlalu dengan satu pengharapan yang amat besar, iaitu mengimpikan satu bentuk perniagaan milik aku sendiri. supaya dapat meninggalkan terus tanggungjawab dari atas meja usang ini yang telah aku duduki sepanjang 15 tahun lamanya.

apa masalahnya masih tak aku ketahui......... mungkin hanya kerana perjalanan ini telah terlalu lama sehingga mengakibatkan keletihan dan kelesuan ini teramat nyata pedihnya. akal dan minda ku telah terlalu penat untuk memikirkan kehendak2 dan tuntutan2 dalam mendirikan sesebuah bangunan. aku perlu mencari suatu perubahan untuk memberi peluang dan ruang kepada seketul otak didalam kepala ini merehatkan dirinya......

dengan kehadiran 2010 dan 1431H yg baru saje beberapa hari lalu. aku masih menagih pengharapan agar semua impian dan do'aku akan menjadi sebuah kenyataan. kenyataan yang akan menguburkan sebuah angan2. kenyataan yang akan memberikan sinar baru dalam hidup aku. kenyataan yang dapat membebaskan tekanan yang berulang selama 15 tahun lamanya. dan kenyataan yang akan mengubah perjalanan ku untuk hari-hari mendatang.........
selama 3 tahun perjalanan menyiapkan tempat kurungan ini. selama itu jua, minda dan jiwaku telah terkurung dan bersarang di dalamnya. meskipun jasad ini masih bebas diluar.
(project : penjara Sg. Udang Melaka, Bandaraya Bersejarah)

Thursday, December 24, 2009

mAsA bErLALu, mUsiM bERuBAh

hari ini 24 dec 2009.

bermakna telah genablah usia jasadku selama 35 tahun berada di atas muka bumi yang fana ini. secara rasminya telah 35 tahun jantung yang tersemat dalan tubuh ini menjalankan tanggungjawabnya mengepam darah keseluruh pelusuk liang-liang saraf. ini adalah bertepatan bagi mamatuhi perintah tuhannya, Allah Ya Robbulalamin.

selama 35 tahun ini, tanpa ingkar walau sesaat pun jantung ini telah menjalankan tanggungjawabnya bagi memastikan setiap liang saraf mendapatkan bekalan darah yang diperlukan. cuba perhatikan betapa taat dan patuhnya jantung yang Allah pinjamkan kepada ku itu melaksanakan amanahnya. sebaliknya bertanya aku pada diri sendiri, apakah dalam tempoh yang selama ini aku juga taat dan sentiasa patuh kepada arahan dan perintah tuhan pencipta ku, iaitu Allah Ya zhal Jalaliwalikrom?...................persoalan itu tidak mampu aku huraikan.

jika hendak dibandingkan dari sudut ketaatan melaksanakan perintah, keperkasaan diri ini hanyalah kelemahan yang amat mengaibkan berbanding dengan segenggam jantung itu..... Ya Allah betapa kerdilnya diri ku ini........ namun aku harus berdo'a dan berharap semoga Allah sentiasa memberi ruang dan peluang untuk aku memperbaiki setiap kelalaian dan ketelanjuran diri............

Ya Allah, ya tuhan ku, ampunkanlah dosa kedua ibubapa ku. kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihiku sedari kecil lagi, muliakan mereka sebagaimana mulianya Kau jadikan Adam dan Hawa.
Ya Allah, ya tuhan kami, panjangkanlah umur ku dan keturunanku dalam kebajikan, peroleh rezeki yang halal dan matikanlah kami dalam iman yang sempurna. berikanlah keredhaan Mu kepada kami. janganlah disesatkan kami setelah Kau berikan petunjuk kepada kami. Amin Ya Robbalalamin.......

Thursday, December 17, 2009

anDainYA Aku mAMpu GAmBarkan pADaMU


cuti sekolah telah sebulan berlalu. alangkah indahnya kepada anak-anak sekolah. inilah saat untuk merehatkan minda dari asakan tekanan setelah berbulan menghadap buku pelajaran.

kini, tentunya berbeza dari keadaan aku masa bergelar pelajar beberapa puluh tahun yg lalu. anak-anak kini kebanyakkannya menghabiskan masa cuti mereka dengan menonton rancangan tv, memenuhi kedai-kedai kafe cyber berkamunikasi dalam bahasa tanpa bicara. menjadi wira dalam pertempuran naruto, mengasah bakat sebagai pelumba drift terhandal tak kurang juga yang berusaha menjadi penjaring terbanyak dalam sukan bola sepak....... tp sayangnya bukanlah di alam nyata sebaliknya dalam dunia maya video game. ini semua adalah hasil dari kemajuan dan kemodenan pembagunan.
berbeza dengan cuti persekolahan aku dulu. bila tiba musim cuti sekolah pastinya aku dan abang-abang ku akan mencari kerja partime, baik menolong nyonyah mengopek cawan getah, berkerja sebagai pembantu kedai perabot, menjadi pekerja illegal di kilang basikal dan bermacam ikhtiar lagi yg aku lakukan, semata-mata bagi menampung kos perbelanjaan meneruskan sessi persekolahan tahun berikutnya. bukanlah aku menjadi seorang anak kepada sebuah keluarga yang tak bertanggungjawab tetapi keadaan pada waktu itu menuntut kepada aku perlu lebih bertanggungjawab bagi meringankan bebanan keluarga...........

pernah terfikir kenapa aku batalkan niat suci aku dulu utk menjadi seorang pendidik? seandainya aku kentalkan semangat dan kuatkan tekat mengharungi setiap cabaran yang mendatang pada waktu itu, mungkinkah sekarang ni aku sedang berehat sama dengan putra sulong ku di rumah atau mungkin juga di lokasi-lokasi perlancongan...... namun semua itu hanyalah sesalan yang tak mungkin memberikan peluang kedua buatku.

apa jua keadaannya, aku tetap bersyukur dengan kurniaan Yang Maha Esa keatas diri dan keluarga ku kini. kalau sedari dulu aku menjadi seorang guru, siapa agaknya yang akan mendirikan blok-blok sekolah, bangunan berpuluhan tingkat, pasaraya-pasaraya terkemuka dan malahan terbesar di Asia?..... jawapannya pasti ada, namun Qadar itu telah berubah dari Qada nya..........

apa yang pasti, setiap kejadian di atas muka bumi ini, adalah telah ditentukan dari Allah untuk memberi khidmat kepada Khalifahnya sedangkan Khalifah itu hanya perlu menghambakan diri kepada tuhannya. tapi sayang, nafsu sering menghambakan Khalifah tersebut mengikut telunjuknya....

Waallahuaklam.....










Thursday, December 3, 2009

diAntaRA dO'a yANG mAkBuL

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ “

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Menziarahi orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”