Tuesday, September 29, 2020

kiSAH sERam public pHoNE nENek

 

sambungan kisah seram.

 

Hari ni 29 september 2020, hari selasa bersamaan 12 safar 1442H

 

Kisah ni berlaku pada tahun 1992 iaitu selepas hampir setahun aku menamatkan zaman sekolah. Aku dengan abangku hazla kononnya membuat xpdc motorsikal dari jb ke seremban, menuju rumah kak uda. Untuk pengetahuan korang, kak uda aku dah berumahtanggga dengan seorang askar yang bertugas di kem tentera, sikamat, seremban.

 

Kami memulakan perjalanan kira-kira pada jam 10 pagi. Dari ulu tiram, kami melalui jalan lama felda ulu tebrau menuju ke kulai, memasuki lebuhraya PLUS melalui tol kulai.  Dalam perjalanan tu tiada apa yang seronok nak diceritakan. Cuma keterujaan aku pada masa tu tak payah nak cakap, mengalahkan kera mendapat bunga. Haha.. maklumlah, ini kali pertama aku keluar dari negeri johor. Yang membuatkan pengalaman ini menjadi lebih best lagi adalah kerana, ini pengalaman pertama aku menaiki motor dalam satu jarak yang jauh. Walaupun sekadar motor yahama 100 sports, dan aku hanyalah sebagai pembonceng.

 

Kami sampai dirumah kak uda lebih kurang jam 3 petang. Lambat? Memang lambat, sebab abang aku menunggang motor sambil santai-santai je. Lagipun ini bukan lah sebuah jentera superbike. Kapcai je pun. Selepas makan, aku terlelap, kepenatan first time berjalan jauh. Dipendekkan cerita. Masa solat maghrib baru aku teringat nak telefon mak aku. Sebab sebelum bertolak pagi tadi mak ada pesan, “dah sampai nanti telefon”

 

Aku bagitau abang aku. Kitorang pun bersiap-siap untuk keluar. Abang ipar aku pesan, “jangan balik lewat sangat, gi telefon mak je, lepas tu balik, kita makan sama-sama, kak uda dah masak tu”.. zaman tu masih belum ada telefon bimbit, jauh sekali smart phone. Rumah yang memiliki telefon pun boleh dibilang dengan jari. Dan rumah abang ipar aku memang takde telefon.

 

Kami pun keluar mencari public phone disekitar taman desa rhu. Taman tempat abang ipar aku menyewa. Tapi malangnya banyak public phone yang rosak. Ada lah satu dua telefon yang boleh digunakan, tapi mak datok, panjangnya beratur.. yang paling kurang pun, ada 3 atau 4 orang yang menunggu. Abang aku mencadangkan “jom kita g jauh sikit, keluar dari taman ni, kalau nak tunggu, sampai bila ni, masing-masing bergayut”. Abang aku cadangkan lagi, “kita g taman tasek seremban, kat situ banyak public phone”… Aku ikut je..

 


#kalau masing-masing bergayut begini, bertahun la gamaknya kena  menunggu. Anak-anak zaman sekarang tak mungkin merasa pengalaman ni.


Keluar dari taman desa rhu menuju ke Bandar seremban, kami melalui jalan yang gelap, tiada lampu jalan. Aku memang tak fokus pada jalan la, sebab bukan aku yang menunggang, dok belakang je. Langsung tak cam jalan, lagipun ini first time aku long distance ke negeri orang.

 

Dalam melalui jalan yang gelap dan berselekoh selekoh tu, kami hanya mengharapkan lampu motor, kerana langsung tiada lampu jalan. Tiba-tiba kami terpandang ada satu public phone di tepi pondok menunggu bas. Public phone ni sangat menarik perhatian kerana dalam suasana yang gelap tanpa lampu jalan, ia diterangi cahaya dari atas pondok telefon tersebut. Korang boleh faham? Public phone zaman tu kebiasaannya digantungkan pada sebatang tiang yang mana ia dilindungi oleh sebuah pondok kecil, di bahagian atas pondok telefon tu dilengkapi lampu, untuk menerangi public phone tu sendiri. Tapi sejauh pengamatan aku kebanyakkannya lampu pondok telefon tak menyala, sebaliknya pulak bagi telefon yang satu ni.

 

Sambil menghampiri public phone tersebut abang aku mencuit lutut aku sambil berkata “tu ada public phone, cepat tipon mak, mesti mak risau pikirkan kita dah sampai ke belum”. Elok beberapa meter kami menghampiri public phone tersebut, tiba-tiba ia berdering…. Kringg, kringg.. kringg, kringg.. “alamak sapa pulak tipon ni?” Gerak hati aku. Abang aku bergurau, “cepat man angkat, awek nogori nak berkenalan kot”.. aku terus turun dari motor, sambil berjalan sambil aku membuka helmet. selepas 4 atau 5 langkah aku terus mencapai gagang public phone tersebut.. “hello !” ayat pertama keluar dari mulutku…. “hellloooo siapa ni?” suara balasan dari hujung talian. Suaranya seakan-akan seorang nenek tua, menggelatar dan hanya sayup sayup kedengaran. Aku berasa hairan, kenapa sipemanggil boleh bertanya “siapa aku”, sedangkan ini adalah telefon awam.

 

Terlintas difikiran aku mungkin public phone ni menjadi penghubung dari pemanggil luar ke rumah-rumah berhampiran... Kalau korang boleh ingat cerita ‘pak maon. yang mana tunang nora membuat panggilan menggunakan public phone dari kelab malam tempat dia berkerja ke public phone yang berhampiran dengan rumah nora, anak pak maon’. Sesiapa saja yang berhampiran dengan public phone tu boleh menjawab panggilan dan tolong panggilkan siapa yang ingin dihubungi oleh si pemanggil. Aku cuba tinjau-tinjau disekitar public phone tersebut, tapi hanya gelap gelita, tiada sebarang cahaya. Mustahil lah kalau ada rumah penduduk berhampiran telefon awam ni. Dan sudah tentulah mustahil si pemanggil menghubungi public phone ni untuk bercakap dengan penduduk berhampiran.

 

Aku cuba pastikan sekali lagi “hello !”…

yee.. helloo… siapa yang cakap nii?”

kali ni, aku pasti, memang suara seorang nenek tua, yang menggeletar dan sayup-sayup kedengaran suaranya dari dalam gagang. Yang menghairankan aku, kenapa dia bertanya “siapa aku?”. Kalau aku nak andaikan seperti kisah ‘nora anak pak maon’ tu, mesti nenek ni akan terus mintak aku untuk bercakap dengan seseorang… tapi ini sebaliknya, dia makin mendesak siapa aku ?

 

helloo… siapa yang cakap nii?” suara nenek itu terus mendesak aku… aku cuba mengelak dari memberitahu siapa nama aku. Kerana pada fikiran aku tak perlu pun dia nak mengetahui siapa nama aku, lagipun aku bukannya orang sini. Kalau aku cakap nama aku pun bukan dia kenal aku.

 

helloo… siapa yang cakap nii?” kedengaran suara nenek tu terus menerus bertanyakan siapa aku. Aku menjawab “ini public phone, buat apa awak nak tau nama saya?”

 

“ye saya tau ini public phone, saya cuma nak tau siapa yang cakap ni” dalam pada aku kebingungan melayan situasi yang berlaku, abang aku dah mematikan enjin motor lalu dia menghampiri ku.

“siapa ?” Tanya dia.

Selamba aku jawab “ntah, orang gila agaknye”

“dia nak apa ?”

“ntah, dia Tanya nama aku siapa”

“awek ke ?”

“awek apa, nenek tua”

 

Sambil berbual dengan abang aku, gagang telefon masih melekat di telingaku, dan suara nenek yang sayup-sayup kedengaran itu masih boleh aku dengari bertanyakan siapa nama aku.

 

Abang aku sengaja mengacau “nenek tua?, hantu agaknye”

Dengan selamba aku menjawab “kalau hantu, gentle, keluar la sini, aku tak takut la”

 

Aku tak tau macamana mulut aku boleh celupar sebegitu. Mungkin masa tu aku masih muda belia kot. Lagipun tak pernah aku ada pengalaman berbual dengan hantu, sebab pada fikiran aku masa tu, hantu mana boleh bercakap, dia sekadar menampakkan bentuk tubuh atau wajahnya saje.

 

Sebaik aku mencabar dengan ayat yang cukup celupar tu, tiba-tiba suara nenek di dalam gagang tadi tu terus senyap. Aku tak perasan lagi pada waktu tu, gagang yang melekap ditelinga ku terus kosong. Tiada bunyi suara nenek, tiada bunyi angin, sss, dan juga tiada nada tuttt seakan talian terputus. Korang mesti boleh bayangkan kalau korang menjawab call, walaupun si pemanggil diam tak nak bercakap, tapi korang masih boleh dengan bunyi seakan-akan angin atau pun mungkin bunyi line. Aku pun tak tau macamana nak terangkan bunyi line tu, tapi kalau korang biasa guna telefon pejabat atau rumah, mesti korang boleh bayangkan. Manakala andainya si pemanggil memutuskan talian, korang mesti boleh dengar line terputus, iaitu bunyi tuttttt…

 

Mungkin abang aku pun perasan yang mulut aku cabul sangat kot, dah la kat tempat orang yang kita tau kisah-kisah disebaliknya. Boleh pulak aku cakap besar, mencabar hantu suruh keluar. Sebelum aku merapu lebih berlagak lagi, abang aku terus memotong cakap “dah cepat la tipon mak”. Aku pun meletak gagang dengan tangan kiri pada tempat nya sebagai tindakan memutuskan line. (yang sebenarnya tanpa aku sadari line memang telah terputus) Memberikan helmet yang dari tadi ditangan kanan kepada abang ku, kemudian jari telunjuk kanan aku mengorek poket kecil seluar jeans yang kebiasaannya poket digunakan untuk menyimpan duit syiling. Setelah dapat duit syiling. Tangan kiri ku mengangkat kembali gagang dan meletakkan di telinga kiri memastikan ada bunyi line clear, tuttt, manakala tangan kananku cuba memasukkan duit syiling didalam lubang yang disediakan. Tapi malangnya. Tiada kedenganran bunyi tuttt, dan lampu led merah kecil bersebelahan lubang duit syiling tidak menyala.


 


#inilah jenis public phone yang aku maksud itu. Tiada skrin menunjukkan telefon berfungsi atau sebaliknya. Tiada juga tulisan di skrin tertera ‘masukkan duit’. Yang ada hanyalah sebutir lampu led merah dan terdapat 3 lubang untuk nilai syiling berbeza-beza.


Tangan kanan aku beralih dari lubang duit syiling, menekan 2, 3 kali tempat letak gagang, dengan harapan kalau-kalau public phone ni berfungsi, pasti akan ada nada bunyi tuttt… tapi malangnya… tetap tiada bunyi tutt… aku cuba masukkan je duit syiling kedalam lubang nya, tapi duit tu jatuh semula, menandakan public phone tersebut dalam keadaan rosak. 2 3 kali mengulangi perkara yang sama. Aku dah mula hairan. "Cepat nya telefon ni rosak, baru je tadi ada line masuk, sekarang dah tak boleh pulak", fikir ku.

 

Dalam pada aku mencuba itu dan ini, abang aku bersuara “kenapa ?” “ntah, macam rosak je, cuba kau dengar” jawab ku cemas, sambil meletakkan gagang ditelinga abang aku. “eh tadi elok je kau kata nenek tipon kau”. Aku dah semakin cemas, tiba-tiba terasa badan aku semakin lemah, darah dah mula berkumpul di kepala. Aku pandang tepat kearah muka abang aku… Seakan faham, abang aku membalas pandangan ketakutan aku. Aku perhatikan anak mata abang aku menjeling ke arah bawah public phone tersebut… jelingannya terhenti disitu, aku pun perlahan-lahan mengalihkan pandangan ke bawah public phone tu yang hanya bersebelahan dengan peha aku. Abang aku membongkok dan mencapai beberapa helai wayar yang terputus di bawah public phone tu, aku hanya memerhatikan saje gerak gerinya. Dia angkat wayar tu dah tunjuk depan mata aku sambil bercakap “eh wayar ni semua dah putus, patut la takde line, macamana nenek tadi boleh tipon pulak ?” kami berpandangan sejenak, seolah-olah dah tau apa tindakan yang patut di buat. Gagang telefon yang masih ditangan kiri ku, aku campakkan macam tu je, dan terus berlari serentak dengan abang aku kearah motor.


 Masa tu lubang kunci motor pun dah tak jumpa nak cucuk. Aku capai helmet abang aku yang diletakkan di cermin sisi motor dan merampas helmet aku yang ditangan kiri, bagi memudahkan abang aku menolak motor dengan kedua-dua tangannya. aku terus berlari beberapa meter kedepan. Manakala abang aku yang tak padan kurus boleh menolak motor sama laju dengan larianku. Bila jarak kami dah agak jauh beberapa meter dari public phone tersebut barulah abang aku start enjin motor dan kami terus memecut tanpa memakai helmet, setelah agak jauh baru kami memakai helmet sambil menunggang motor.

 

Aku dah semakin tak sedap badan, terasa macam nak demam pun ada, terasa sejuk tapi berpeluh dan bermacam-macam lagi perasaan yang timbul. Beberapa kilometer kemudian kami sampai di taman tasek seremban. Abang aku meletakkan motornya ditempat yang disediakan berhampiran restoran A&W. Di belakang booth A&W tu ada sederet public phone. Tapi public phone ni yang lebih moden sikit la, berwarna silver, berbanding telefon berpuaka tadi. Abang aku suruh aku telefon mak aku, tapi aku dah tak de kuderat masa tu, dah trauma tengok public phone. Akhirnya abang aku yang telefon mak.

 


#ini contoh telefon awam yang agak laters pada zaman tu.


Sekarang satu part lagi kami nak menempuh jalan balik melalui public phone nenek tu semula. Sebelum bergerak abang aku pesan baca-baca apa yang patut. Aku memang dah tak boleh berfikir lagi masa tu. Sampai aku rasa macam tak nak balik rumah kak uda, aku nak duduk je di taman tasek seremban ni. sebab kat situ ramai orang kebetulan malam tu malam minggu, ada konsert percuma di pentas taman tasek seremban tu, bagi korang yang melalui zaman seusia aku mesti korang tau konsert di taman tasek seremban tu.

 

Dipendekkan cerita semasa perjalanan balik aku peluk kuat-kuat abang aku, dan abang aku pulak semakin aku peluk dia kuat-kuat, semakin laju pulak dia memerah throttle. Masa melalui kawasan tu aku tak nak pandang kearah public phone berpuaka tersebut.

 

Alhamdulillah kami selamat sampai semula di rumah kak uda. Masa makan malam, abang ipar aku Tanya “lamanya tipon ?”

abang aku jawab “public phone ramai orang”.

“biasalah, kat sini public phone tak banyak, pastu rajin rosak, kalau ada yang boleh guna tu yang ramai beratur, abis tipon kat mana ?”

“g taman tasek seremban”

“amboi jauhnya”

“itu je yang ada paling dekat”

“tadi ada lalu sebelah kem?, tempat abang kerja?”

“ntah, xperasan, jalan gelap, xde lampu jalan”

“kalau dari sini mesti lalu kem tu, kem sikamat, sebelah tu ada jugak public phone, tapi dah lama rosak”

“dah lama rosak….?” Tanya abang aku. Aku memang dah lepak gila, tak berbual langsung sejak dari balik tadi. nak suap nasik pun dah tak de rasa. Cuma rasa badan lemah, macam nak demam je.

“haah, kenapa ?” Tanya abang ipar aku.

“tadi masa kitorang lalu kat situ tetiba tipon tu berbunyi” jawab abang ku. “Man angkat. Ada suara nenek tua katanya”.

“suara nenek?, dia nak apa? “ soal abang ipar ku lagi dalam keadaan terperanjat dan terhenti suapan nasi ke mulutnya.

“ntah man”. Abang ku menjawab sambil memandang kearah ku sebagai isyarat supaya aku sendiri yang bercerita.

“dia nak apa man?” Tanya abang ipar ku lagi dalam keadaan terkejut.

“dia tanya nama siapa” jawabku lemah dan trauma.

“abis tu kau cakap ke nama kau siapa?”.

“tak”. Jawab ku ringkas.

“nasib baik kau tak bagitau nama kau, kalau tak nanti dia seru nama kau. Abis.. tak tau apa yang jadi, silap-silap kau boleh berjalan macam orang kena rasuk kesana semula tengah-tengah malam buta nanti, ramai dah budak-budak army kena kacau kat situ”.

 


# lokasi public phone nenek. Tapi aku rasa dah maju kawasan tu sekarang


Mendengar kata-kata dari abang ipar aku, membuatkan badan aku semakin lemah. Kalau boleh rasanya macam nak lari balik ke johor malam ni juga. Tak nak aku tinggal di negeri Sembilan ni, dan tak nak aku berada berdekatan dengan public phone nenek tersebut.

 

Selesai makan kami bersembang sambil menonton tv, abang ipar menceritakan berbagai kisah misteri terjadi di public phone tersebut. Betul-betul di belakang public phone tersebut terdapat sepohon pokok tua yang tinggi, manakala batangnya sahaja sebesar 3 pemeluk orang dewasa. Di sebelahnya ada pondok menunggu bas. Beberapa meter kehadapan ada sebuah simpang 3. dan diseberang jalannya adalah kem tentera tempat dia bertugas.

 

Menurutnya lagi ramai askar yang pulang selesai dari tugasan malam akan diganggu oleh mahluk halus disitu. Kadang kala ia muncul sebagai seorang wanita cantik yang menggoda, apabila dilayan ia bertukar menjadi hantu yang menyeramkan. Kadang kala ia menjelma sebagai seorang nenek tua. Sering kali juga ada lembaga yang duduk diatas bumbung public phone tersebut. ada kalanya juga ia tidak muncul, tapi tiba-tiba askar yang sedang menunggu bas terasa sukar untuk bernafas seolah-olah dicekik. Ada juga berlaku peristiwa yang lebih ngeri mengakibatkan kemalangan. Dan tidak kurang juga beberapa orang kerasukkan semasa menunggu bas disitu.

 

Banyak lagi kisah-kisah yang menyeramkan diceritakan oleh abang ipar ku, tapi kepala otak aku dah tak boleh fokus semuanya. Malah badan aku dah semakin lemah, terasa nak demam dan menggigil kesejukan tapi berpeluh.

 

Menyedari keadaan aku, kak uda aku mengarahkan aku segera menunaikan solat isya’ dan tidur. Ketakutan aku semakin memuncak, sehinggakan untuk kebilik air pun aku tak berani, sedangkan bilik air hanya terletak disebelah dapur. selesai menunaikan solat, aku terus cuba untuk tidur didalam bilik bersendirian. Kerana abang aku masih bersembang dengan kak uda dan suaminya. Namun aku tak boleh melelapkan mata, setiap kali aku memejamkan mata, aku terbayang-bayang kejadian yang menakuktkan tadi. Bila aku membuka mata pula, aku rasakan seolah-olah aku sedang diperhatikan oleh satu mata jahat sambil ia tersenyum menyindir akan ketakutan ku.

 

Akhirnya aku buat keputusan untuk tidur diruang tamu sambil mendengarkan mereka bersembang. Dengan harapan aku dapat segera melelapkan mata sebelum mereka bersurai untuk tidur. Ye lah kalau aku dah dapat lena dahulu, tentu aku tidak akan kesunyian nanti. Bila dah tidur, tentu dah hilang rasa takut. Beberapa ketika kemudian aku terlelap. Aku sendiri tidak sedar bila mereka semua bersurai.

 

Mungkin pada pandangan kalian lega. Sebab aku dapat lena awal sebelum mereka bersurai dan sebelum lampu dimatikan… tapi malangnya dalam tidur aku bermimpi sepertimana kejadian yang asalnya tadi berlaku… ye sama.. dan tidak ada satu pun yang tertinggal. Seolah-olah dejavu. Kalau korang pernah alami, dejavu adalah satu keadaan yang mana korang bermimpi, namun bila sedar dari tidur korang telah terlupa akan mimpi tadi. Hanya beberapa waktu kemudian, mungkin sehari, seminggu atau beberapa bulan, korang akan alami satu keadaan nyata yang serupa dengan mimpi tadi. Semasa melalui keadaan itu akan terlintas difikiran korang, “macam pernah aku lalui perkara ni”. Dan masa itu barulah korang ingat perkara yang baru saje korang lakukan sama dengan mimpi yang pernah korang lalui dulu. Ini lah yang dinamakan dejavu. Namun kebiasaannya kita menyedari dejavu ini hanya selepas melakukan semua yang telah dipamerkan didalam mimpi.

 

Tapi kejadian dejavu itu terbalik bagiku, kerana perkara sebenar telah aku lalui, kini ia berulang semula didalam mimpi. Ianya bermula dari kami keluar dari rumah menaiki motor mencari public phone di sekitar taman desa rhu hingga lah kepada perbualan aku bersama nenek tua tersebut. Apa yang lebih mengerikan didalam mimpi tersebut, aku telah mengetahui bahawa aku mengalami dejavu mimpi, yang mana nanti aku akan berbual bersama hantu nenek tua. Dalam dejavu mimpi itu, aku untuk cuba mengelak dari meneruskan jalan cerita sebenar, namun ia tetap berjalan sama seperti kejadian asal. Dan kali ini aku lebih merasa takut kerana, sebelum menjawab panggilan telefon itu, aku telah tahu bahawa suara nenek yang akan bercakap dengan ku nanti adalah hantu yang mendesak ingin mengetahui namaku untuk diseru.

 

Seperti kejadian asalnya, kami sampai di public phone nenek itu, telefon berdering, abang ku suruh menjawab panggilan tersebut. Sehinggalah nenek itu mendesak ingin mengetahui nama aku, tapi kali ini, abang ku tidak datang dekat kearah ku, sebaliknya dia hanya menanti di motor saje. Dalam perbualan itu aku cuba mengelak dari menyatakan siapa nama ku, namun nenek itu terus mendesak dan mendesak, sehingglah akhirnya aku terjaga dari mimpi. Keadaan ruang tamu sudah gelap dan sunyi, hanya tempias cahaya dari kaki lima menerobosi celah-celah lubang angin diatas tingkap. Dalam samar-samar cahaya itu aku menoleh kesebelah kiri. Rupanya abang ku menemani aku di tidur di ruang tamu. Mujur dia tidak tinggalkan aku bersendirian. Dalam keadaan yang sangat lemah, berpeluh dan mengigil ketakutan, aku kejutkan abang ku. Dia bingkas bangun. Dan bertanya kenapa. Aku ceritakan apa yang terjadi dalam mimpi ku.

 

Abang ku menyuruh aku bangun dan mengambil wuduk. Dia menemankan aku ke bilik air. Sambil tu dia menghidupkan lampu dapur, agar cahayanya dapat menerangi sebahagian ruang tamu tempat kami tidur. Mudah-mudahan dengan cara ini dapat mengurangkan rasa takut ku. Jam didinding menunjukkan pukul 2.35 pagi. Dan kami cuba untuk sambung tidur semula. Malangnya aku telah totally demam dan tak boleh tidur, melainkan hanya baring dan sesekali berpaling ke kiri mahupun ke kanan untuk mencari sedikit keselesaan. Aku merasakan itu adalah satu malam yang panjang untuk menanti azan subuh. Walaupun dalam keadaan lemah, penat, demam, tidak stabil dan cuba melelapkan mata, sebenarnya aku takut untuk tertidur semula, kerana aku amat khuatiri dejavu mimpi tadi akan berulang lagi.

 

Setelah melalui satu malam panjang yang sangat menakutkan, akhirnya aku terdengar tahrim dari surau berdekatan. Hati aku merasa lega kerana tidak lama lagi azan subuh akan berkumandang menandakan hari akan bertukar menjadi siang.

 

Aku kejutkan abang aku yang tidur-tidur ayam, kami sama-sama bangun mandi dan menunaikan solat subuh. Selesai solat barulah aku masuk kedalam bilik dan tidur untuk merehatkan badan dan menghilangkan demam.

 

Aku tersadar kira-kira jam 10 pagi. Alhamdulillah tiada lagi rasa demam. Aku bersarapan, mandi dan keluar bersama abang ku untuk meronda-ronda sekitar seremban. Ketika melintasi public phone berpuaka itu, aku tidak berani memandang kearahnya walaupun hari siang. Pada hari yang sama sebelah petangnya kami bergerak pulang ke jb.

 

Alhamdulillah, kami selamat sampai ke rumah pada lewat malam. Tak sanggup lagi aku nak bermalam di seremban, kerana peristiwa yang pada aku cukup menakutkan. Inilah pengalaman pertama aku bermotorsikal dalam jarak yang jauh dan inilah pengalaman pertama aku berbual dengan hantu. Mungkin korang pernah terdengar suara hantu, seperti suara mengilai, suara menangis. Tapi aku pula dapat mendengar suara hantu dan berbual dengannya. Kalau ditanya nak berbual lagi ke?.. oh tidak, cukuplah sekali..

 

Beriman dan percayalah, Allah menciptakan alam ini bukan hanya untuk dihuni oleh golongan manusia, banyak lagi mahluk-mahluk lain yang berkongsikan nya. hanya sahaja Allah tidak membuka hijab kita untuk melihat mereka. Namun itu tidak bermakna mereka tidak ujud.

 

Pernah juga aku mendengar ceramah dari seorang ustaz yang mengatakan andainya kita bercerita tentang mahluk halus seperti jin, maka mahluk itu ada bersama-sama dan mendengarkan cerita kita. Sebab itu jangan suka sangat bercerita kisah-kisah hantu dan jangan terlalu takut, kerana takut itu hanya menjadikan mereka lebih berasa bangga dan ingin menunjukkan kengerian dirinya. sebaliknya jangan pula terlalu berani mendabik dada, kerana sikap sebegitu seolah-olah mencabar mereka untuk menjelma dan menakutkan kita untuk melihat sejauhmana keberanian kita. Ada benarnya kata-kata ustaz, semasa aku menulis cerita ini, mata aku tidak hanya tertumpu pada skrin laptop, sesekali dengan tanpa rela aku akan menoleh kebelakang, kerana aku terasa seperti ada sesuatu yang bergerak melintasi ku, dan sesekali aku terasa tidak keseorangan. Sepertinya ada sesuatu yang menjengah dari belakang, mencuri-curi membaca apa yang sedang aku taipkan…

 

Teringat pula aku kepada youtuber ‘kupi-kupi go seram’ disebalik kisah-kisah seram yang beliau kongsikan. Beliau juga sering diganggu…. Oleh siapa? Aku rasa korang pun tau jawapannya….

 

wAllahuaklam….


#lama betul restoran A&W ni bertahan, melalui google map masih ada lagi ia disitu. Yang aku drop pin tu kalau tak silap itu lah kedudukan deretan public phone yang abang aku gunakan untuk tipon mak.




Monday, September 28, 2020

joM mAsAk iKaN bAwAL sTiM

 

hari ni  isnin 28 sepetember 2020. bersamaan 11 safar 1442H.

 

sejak anak-anak dah balik asrama ni aku pun dah kurang memasak. Maklumla takde kawan nak makan. Makan sorang-sorang malas nak masak betul-betul. Masak salah-salah je. Haha. Masak alakadar je.

 

Hari ni aku cuma masak nasi dengan lauk ikan stim je. Jom kita kongsikan resepinya. Mula-mula, kena tangkap ikan dulu. start enjin bot, turun ke laut.. haha..  Ikan masin tak mau, ikan sardine dalam tin pun tak mau. Ikan bilis pun tak mau. Jauh sekali ikan buntal. Kena pastikan ikan yang segar, yang ditangkap dari laut atau ikan yang dibeli dari pasar mengunakan duit yang halal… hahaha… merapu dah aku… kalau ikan kerapu ok la jugak.

 

Ok la untuk kali ni aku Cuma gunakan separuh je ikan bawal hitam. Sebab aku makan sorang je, silap-silap separuh ni pun tak abis. Tak payah siang ikan, bilas-bilas je, sebab aku dah siang ikan ni masa balik dari pasar tuari. Hihi.. tapi kalau korang beli ikan yang belum siang kena la siang sendiri ye.

 

Oleh kerana aku menggunkan ikan bawah hitam, jadi kita bagi tajuk masakkan ni ikan bawal separuh je masak stim.

 

Bahan-bahan A.

yang pertama mestilah ada ikan bawal

Serai sebatang di ketuk atau tumbuk bagi pecah umbinya

Halia dalam seinci, potong mayang, kalau malas, potong nipis-nipis je pun boleh. Ikut suka dan kreativiti korang sendiri. Kan aku dah cakap dalan content masakan yang lalu, masak ni tak payah nak ikut SOP sangat. Kita santai-santai je, yang penting ikhlas kan hati semasa memasak. insyaAllah sedap, halalan toiyiba. Hihi

Bawang putih 2 ulas, diketuk jugak

Cili padi 3 biji,sama jugak, dikutuk.

Daun limau purut 2 helai, koyakkan, tapi disebabkan aku dah pegang pisau, maka aku pun hiris-hiriskan sekali.

Sos ikan 2 sudu makan

 

Bahan B

Limau kasturi 2 biji, kalau budget lebih, style orang ada-ada, nak guna lemon pun boleh, tapi paham-paham la harga sebiji lemon dah berapa ringgit.

Garam dan gula, secubit je.

Daun ketumbar serumpun masukkann dengan tungulnya sekali, tapi pastikan korang dah cuci bersih la

 

Caranya, sediakan semua bahan A letak dalam piring. Okey kukus dulu, agak-agak la, kalau ikannya tebal dan besar kukus la lama sikit, kalau setekat separuh je ikan bawal macam aku masak ni, 4 minit cukup dah. Sambil tu korang sediakan bahan B. perahkan limau kasturi dalam cawan. Buang bijiknya, masukkan secubit garam dan gula, ikut selera tekak korang. Kacau bagi garam dan gula larut. Potong daun ketumbar pun ikut selera mata korang memandang. Kemudian tuangkan atas ikan yang sedang dikukus tadi. Tutup semula pengukus. tunggu dalam seminit lagi. Cek ikan dah masak ke belum. Cucuk ikan tu dengan garfu, kalau lembut je maknanya dah masak la tu.

 

Selepas masukkan bahan B tadi jangan kukus lama sangat, ini bagi mengelakkan daun ketumbar lunyai pulak. Atau boleh juga korang masukkan bahan B tanpa daun ketumbar. Agak-agak, ikan dah hampir masak matikan api. Baru masukkan daun ketumbar, tunggu dalam seminit gitu bagi daun ketumbar layu sikit baru angkat. Pun boleh juga. Ikut suka korang la. Kan aku dah cakap masak ni tak payah nk ikot SOP sangat.

 

#korang kena jadi pakar forensic untuk cari sendiri bahan-bahan yang aku dah campurkan ni. Disebabkan belakang rumah aku ada tanam pokok limau purut sebesar pokok balak, maka aku sengaje letak daun limau purut 1 dahan. haha



Tapi tips yang aku nak bagi, daun ketumbar ni sedap kalau kita makan, semasa mengunyah tu masih terasa sedikit rangup. Baru juicy rasa daun ketumbar tu pecah dalam mulut. Kalau dia dah luncai sebab kita over cook. Dah hilang rasa daun ketumbar tu. Dah tak sedap. Tapi tak boleh juga kalau dia tak layu langsung, segar tak dimasak. pelik pulak nanti rasanya kat lidah. So pandai-pandai korang la nak mengagak.

 

Dan kalau ikan korang lebih besar dari ukuran yang aku masak ni, pandai-pandai korang la berapa kuantiti nak tambahkan bahan-bahannya. Yang pasti, hasilnya nanti, ikan stim ni dia rasa masam-masam. Dan texture nya sedikit berair. Kira macam kuah la gitu. Tapi takdela melambak macam kuah masak lemak pulak. Sekadar air dari perahan limau dan sos ikan tadi. Juga air yang keluar dari badan ikan. tapi kalau korang nampak ikan korang macam kurang air, boleh je tambahkan air sikit anggaran 1 atau 2 sudu makan gitu.

 

Ohya, lagi 1 tertinggal. Ada juga orang yang menambahkan bahan B tu dengan sedikit kuib ayam. Tapi aku tak tambah la, sebab memang keluarga aku masak tak guna bahan perasa. Keluarga misi la katakan. hihi... Tapi kalau korang nak tambah, boleh je. Cuma tolong pastikan kuib ayam adabi, baru beli… haha.. iklan lagi. Kita support produk muslim. Bukan sekadar halal, malah keberkatan yang kita cari… wAllahuaklam..



# ta daa… dah siap, makan la masa panas dengan nasi pun panas-panas, baru sedap. Alhamdulillah… selain ikan bawal, lebih pemesikan siakap. Ikan kerapu pun boleh. Pokoknya, tepuk wallet Tgok berapa ada.. hahaha




Friday, September 18, 2020

joM mAsAk mARuKU kAcANG kUDa

 

hari ni jumaat 18 sept 2020 bersamaan 1 safar 1442H. dah masuk bulan baru. semakin bertambahlah usia aku, dan semakin dekatlah dengan hari kematianku.

 

dah beberapa hari aku menghadap laptop bagi menyiapkan sedikit kerja rutin aku. Biasalah bila duduk depan laptop ni tak terasa masa yang berlalu begitu pantas. Lebih-lebih lagi kalau idea tengah datang mencurah-curah. Tiba-tiba je terasa haus, terasa lapar, rupanya dah 3 atau 4 jam aku membeku di depat laptop. Patut la…

 

melangkah ke dapur bukak peti sejuk, bukak cabinet, mencari bahan-bahan makanan ringan yang boleh dikunyah-kunyah. Tapi malangnya dah tak de apa yang boleh dikunyah.. haha… dah lama tak shopping. Maklum la sejak duduk berdua ni, dah jarang masak, makan apa yang ada je. Jadi stok makanan pun lambat habis. Maka lambat la nak bershopping.

 

Masa bukak pintu cabinet ternampak tepung kacang kuda. Oh ya… dah lama aku tak buat muruku kacang kuda. Sehingga aku menaip content masakan ni, sebenarnya aku masih tak tau, maruku itu di buat dari kacang dhal atau kacang kuda? Aku ada membelek tepung maruku di pasaraya, tapi apa yang aku peratikan kandungannya ditulis, tepung kacang kuda, manakala tajuk didepan bungkusan pula di tulis ‘tepung maruku’ dan di bawahnya tertulis kecil ‘tepung dhal’.

 

Mana satu yang betul ni, tepung kacang dhal atau tepung kacang kuda..? kompius aku. Tapi sebenarnya aku tak nak beli pun, kerana rata-rata pengeluar tepung maruku ni adalah dari syarikat bukan islam. puas aku mencari keluaran produk dari syarikat muslim. Tapi setakat ni memang tak pernah jumpa. Jadi aku nak mengajukan satu soalan, bila adabi atau faeza nak keluarkan produk tepung maruku ni? Please la… aku nak makan maruku niiiii…. Lapaq baq hang.. Haha

 

Akhirnya aku beli kacang kuda, rendam semalaman, esoknya blender. Tapi masalahnya doh akan jadi lembik, sebab guna blender basah. Hasilnya nanti, maruku jadi tak garing. Setelah 3 atau 4 kali percubaan, aku terjumpa tepung kacang kuda, ini sudah bagus, Cuma harga nya agak mahal sedikit. Tak pe lah, mahal pun mahal la, asalkan jangan produk keluaran non muslim.

 

Jadi, jom layan maruku kacang kuda olahan idea sesuka hati aku sendiri. Haha.. panjang tak tajuk resipi aku kali ni..?

 

Mula-mula, ambil besen yang dah basuh dan dah kering. Elakkan dari besen rendam baju kotor, ataupun besen lama yang dah bocor dan dibuat tanam pokok bunga. Hahaha… saje gurau hilangkan strees…jom mula..

 

Bahan A

Tepung pulut                        300 gram

Tepung kacang kuda           200 gram

Serbuk cili                           1 sudu besar

Serbuk kari                          2 sudu (pastikan faeza, baru beli, haha)

Marjerin                               1 sudu besar cairkan

 

Bahan B. blender kering.

Udang geragau                    2 genggam agak-agak je

Jintan manis                         1 sudu besar

Jintan putih                           1 sudu besar

Daun kari                              agak-agak 4 @ 5 tangkai

 

Bahan C. blender basah

Garam                                    1 sudu makan

Gula                                       setengah sudu je (sebagai pengimbang rasa)

Telur                                       2 biji (jangan telur puyuh plak, kecik sangat)

Santan                                   1 kotak @ 250ml

 

Caranya.

Campurkan semua sekali A & B. dah sebati baru masukkan bahan C, sikit demi sikit sampai menjadi doh. Kalau dah abis bahan C, tapi tak jadi doh atau peroi, tuangkan air sikit demi sikit. Doh mesti boleh di kepal, bukan lembik masam nak buat cekodok yang takde kodoknya tu… paham?

 


Dah sattle. Panaskan minyak, masukkan doh dalam tiub pembuat maruku tu (aku tak tau apa nama dia sebenarnya) dan putaqkan atas minyak yang panas. Goreng agak-agak separuh garing, terbalikkan. Biarkan seketika, lps tu…!!.. mestilah angkat dan tos kan, ye tak? Takkan dah masak biar hangus dalam kuali plak.

#biasanya aku buat maruku menggunakan cetak yang petak tu, tapi saje je kali ni aku nak try cetak bulat kurus ni pula, disebabkan bukan untuk niaga, just untuk selera tekak sendiri je, so aku tak putaqkan dulu atas plastic atau kertas minyak, lepas tu baru masukkan dalam minyak panas. Sebalik aku terus putaq atas minyak panas, hasilnya tak la jadi bulatan, secantik orang niaga.

 

#ada orang tak blender daun kari, sebaliknya dia akan masukkan daun kari kedalam minyak semasa menggoreng, boleh juga. Tapi pada aku cara ni agak membazirkan daun kari, sebab nanti daun karinya bukan di makan, just sebagai bau-bau je. Kalau kita blender sekali so dia dah larut dengan tepung. Tapi jangan letak daun kari banyak sangat, takut nanti pahit.

Ok dah siap, dah boleh makan. Lepas abis goreng semua sekali, jangan lupa kemas dapur, basuh semua peralatan. Dah sattle semua baru boleh makan. Selagi tak sattle jangan makan… haha…


#part yang paling aku malas, nak kemas dapur. tp kena sattle kan jugak la, sebab sebelum ni anak-anak ada diorang tolng kemaskan. Terutamanya anak dara aku, rajin betul kalau suruh basuh pinggan, asalkan jangan suruh masak. Takut tak sedap katanya.




Thursday, September 17, 2020

siAPakAH yaNG berSAMa dENgAn mU

 Hari ini hari khamis, 17 september 2020 bersamaan 29 muharam 1442H. esok dah masuk bulan safar.

 

Berbuat baik kepada orang tidak semestinya akan dipandang baik,

namun yakinlah Allah maha melihat dan pasti akan membalas kebaikkan itu.

 

Menghormati orang tidak semestinya kita akan dihormati,

Tetapi pasti Allah memuliakan perbuatan itu

 

Buat kebaikkan tidak semestinya dibalas baik, maka buatlah baiklah bukan kerana orangnya tapi buatlah kerana Nya

 

Buat baik bukan kerana kita merasakan diri kita baik, tetapi kerana kita berusaha menjadi orang baik.

 

Melalui kata-kata hikmah ni, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada abang aku hazla. Sebab dari kecik sampai la dah tua bangka ni, dia la yang banyak membantu aku dalam pelbagai urusan. Dari membuat ‘basikal kongkot’ masa zaman sekolah rendah dulu, sampai la ke urusan punggah bengkel Zaman Senireka Perabot dari Dato’ Bentara ke simpang renggam. Sebenarnya banyak lagi hal-hal dan urusan aku yang dibantu, terutamanya dalam bab tenaga….

Jazakallahu Khoiron khatsiro

Semoga Allah membalas jasa baikmu

Sunday, September 13, 2020

mUKjizAt yANg di tiNggALkAn

 

Rukyah, menghindar gangguan makhluk halus.

 

1. Istighfar                 10x

2. Al Fatehah            1x

3. Al Baqarah            5 ayat pertama

4. Ayatul Qursi          1x

5. Al Baqarah            3 ayat terakhir

6. Al Ikhlas                1x

7. Al Falaq                 1x

8. An Nas                  1x

9. Selawat                 10x

 

Amalkan mambaca kesemua surah diatas setiap kali selepas menunaikan solat fardhu. Terutamanya solat subuh dan maghrib.

 

Macam yang aku sering katakana sebelum ni, Al-Quran itu perlu diamalkan, agar ia sebati dengan diri kita. Semakin sering mambaca dan mengamalkannya, semakin dekat dan berkat dia dengan kita.

 

Bacakan pada segelas air dan diminumkan kepada pesakit. Kalau untuk diri sendiri. Memadai dengan membaca dan meniatkan untuk kesembuhan.

 

 

Semasa beristighfar berniatlah dengan taubat yang sebenar-benarnya kepada Allah, kerana diantara do’a yang tidak makbul adalah kerana dosa-dosa kita.

 

Semasa membaca surah Fatehah, ayat ke-5. 5 (Engkau sahaja (ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami meminta pertolongan) Bolehlah diulang sebanyak 7 kali sambil meminta Allah menyembuhkan penyakit atau menghalau gangguan makhlus tersebut.

 

WallAllahu aklam…

Ikhlaskan niat, hanya berserah kepada Allah. Bukan kerana kehebatan kita, tapi kerana izin dari Allah. Bukan kerana bersihnya kita dari dosa, tapi kerana keberakatan kallamullah.

Sunday, September 6, 2020

cHE buKAn cHaiR

 

hari ni ahad 6 sept 2020 bersamaan 18 muharam 1442H

 

hari ni genab seminggu aku menjalani hidup seperti kebiasaannya bersama isteri. Setelah kebiasaan itu berubah akibat virus covid-19.

 

Apa maksud menjalani hidup seperti kebiasaannya?

 

Maksudnya hanya aku berdua saja dirumah. Anak-anak telah kembali ke asrama. Setelah berehat dirumah selama 5 bulan. Inilah cuti pengajian mereka paling lama dalam sejarah kehidupan kami. Selama 5 bulan itu aku sentiasa berteman. Meracun rumput bersama anak-anak. Berkebun bersama anak-anak. Mengecat rumah bersama anak-anak. Shopping bersama anak-anak. Bermain dan bergaduh juga bersama anak-anak.

 

Perkara yang biasa dalam sebuah keluarga, bila berdepan mata, ada je yang tak kena. Ada je benda yang tak sedap dirasa. Bila semua dah tiada, terasa sunyi pula.

 

Maklumlah anak aku yang bongsu seawal usianya 10 tahun, dia telah memilih untuk tinggal di asrama. Dan kini usianya telah mencecah 14 tahun. Bermakna telah 4 tahun kami berjauhan. Manakala anak aku yang perempuan dan yang sulong pula lewat sikit. mereka berjauhan dari kami pada usia mereka 12 tahun. Tiada ibu bapa yang tidak bersedih apabila berjauhan dari anak-anak. Tapi semua ini kami lakukan demi kebaikkan masa depan dan perjalanan di alam akhirat mereka nanti.

 

Jiran aku seorang cikgu menegur, “dah tinggal berdua semula la bang?”.. haah jawabku ringkas. Dah jadi tuk dengan che semula. Korang mungkin biasa dengar panggilan tuk, tapi mungkin korang jarang dengar, atau mungkin terus tak pernah tau dengan panggilan che… betul tak?

 

Ini panggilan bagi segelintir masyarakat tua di baling. Kalau nenek di johor, sebaliknya tuk adalah nenek perempuan bagi mereka. Manakala atok di johor mengambarkan atok lelaki, tapi bagi mereka pula adalah che. Ini panggilan bagi masyarakat-masyarakat lama di sana. Kebanyakkan sekarang telah berubah dengan panggilan tok wan. Mungkin lebih sedap didengar kot. Tapi pada aku panggilan che itu lebih unik dan mempunyai nilai sentimental value tersendiri.. cheewah.. hihi

 

Pada mula aku mengahwini isteri kira-kira 20 tahun yang lalu, aku merasa hairan dengan panggilan che. Kerana pada masa itu aku menyangkakan che itu adalah ‘chair’… kenapa isteri aku memanggil atok lelakinya kerusi?


 

#berusahalah wahai anak untuk menghafal segala kalam Allah. Mudah-mudahan  usahamu itu akan menjadi pendinding dan pembela kita diakhirat nanti. Semoga Allah merahmati dan memelihara kalian di dunia hingga ke akhirat. Abah dan umi hanya menumpang dari setiap usaha yang kalian juangkan.

 

#anggaplah perpisahan ini hanyalah untuk sementara waktu sahaja. berdoalah semoga Allah akan satukan kita di dalam syurga nanti dalam keadaan yang kekal abadi.



Wednesday, September 2, 2020

peNcaRiaN haRta kARun ke bAnDaR di RaJa

 

pada 28hb ogos 2020 hari jumaat bersamaan 9 muharan 1442H, kami sekeluarga bercuti ke muar. atau lebih disebut sebagai muo bagi orang johor. Kalau pekan adalah bandar diraja bagi negeri pahang. Manakala kuala kangsar merupakan bandar diraja bagi negeri perak. Muar pula adalah bandar diraja bagi negeri johor.

 



Pada mulanya kami merancang untuk bercuti ke tg sedili, satu mukim di pinggir laut china selatan dalam daerah kota tinggi. Namun perancangan tersebut berubah setelah kami ‘terrr’tonton satu rancangan jelajah tebrau yang disiarkan di rtm1. Banyak info-info yang dikongsikan berkenaan setiap daerah di negeri johor. Kebetulan semasa kami menonton rancangan tu, mereka sedang menjelajah daerah muo.. “Wow banyak juga tempat-tempat menarik di muo”, gerak hati ku.

 

Sebenarnya muo bukanlah asing bagi kami. Kerana beberapa tahun lepas anak sulong aku belajar di SMA muo. Jadi memang setiap 2 minggu sekali kami akan berulang ke muo. Namun mungkin ulang alik kami pada waktu itu hanyalah bertujuan menghantar atau mengambil anak dari asrama sahaja. bukan bertujuan percutian. Tambahan pula kami di selatan johor bersebelahan dengan singapura manakala muar terletak diutara berjiran dengan jasin Melaka, maka memang agak jauh la untuk saje-saje berjalan kesana.

 

28/8/2020

Selepas solat subuh memulakan perjalanan. Melalui lebuhraya PLUS, aku sengaja keluar di plaza tol yong peng utara, melalui pt yaani, pekan pt sulong dan terus ke bakri. Singgah sarapan di warung ‘lempeng pekak kambing semalam’ lebih kurang jam 9.30 pagi. Nama warung ni agak rare. Menu yang kami pesan adalah sama dengan nama warung ni. Boleh tahan la rasa kari kambing nya. Tapi harga agak mahal berbanding di jb. Untuk sekeping lempeng yang agak nipis berharga seringgit. Kalau di jb RM2 boleh dapat 3 keping lempeng.

 



10:15 pagi

Meneruskan perjalanan ke Bandar muo. Berhenti sekejap di bulatan jalan arab untuk bergambar dengan lukisan mural terbesar di Malaysia. ‘the loving sisters’ hasil lukisan Julia volchkova. Lukisan mural yang menelan belanja sebanyak RM100k. mahal tu. So jangan bazirkan RM100k tu begitu saje di mamah masa. Jom kita bergambar untuk menghargai nilai RM100k tu.


 

11:00 pagi

Bersiar-siar di tg emas. Melihat keindahan sungai muo berlatarbelakangkan masjid sultan ismail di tg agas. Bertentangan dengan masjid sultan Ibrahim di tg emas. Inilah salah satu keunikkan yang ada di muo.

 


12:00 tengahari perut dah lapar. Kami menyeberangi jambatan muar menuju ke kesang. Makan tengahari mee bandung muo di restoran ‘mee bandung muar’. Pelik tak ayat aku? Haha.. special menu restoran ni adalah original mee bandung muar. So untuk memudahkan para pelanggan kot, sebab tu dia menamakan restoran nya ‘mee bandung muar’. Selain dari restoran ni sebenarnya banyak je restoran lain yang menghidangkan menu mee bandung muar. Salah satunya. ‘Mee bandung udang galah muo ori’. Sebaris je dengan restoran yang aku pilih tadi. Di medan selera berhampiran pun ada juga ‘mee bandung hjh milah muar’. Tapi untuk trip kali ni aku memilih untuk menikmani rasa mee bandung muo yang ori. insyaAllah mungkin trip akan datang boleh kot try yang lain pulak. Bagi korang yang tak pernah merasai mee bandung muo, seeloknya korang kena cuba. Sebab mee bandung mua di jauh berbeza dengan mee bandung di tempat lain. Rasa mee bandung muo ni istimewa kerana ia menggunakan udang geragau untuk memekatkan kuah, berbanding dengan mee bandung selainnya yang menggunakan tepung jagung. Dan yang paling malang sekali aku pernah makan mee bandung yang didakwa sebagai mee bandung muar oleh pemilik sebuah warung di baling. Kenapa aku kata malang?... sebab mee bandung yang didakwa muar itu seakan-akan mee goreng banjir… boleh bayangkan? Ok, kalau roti canai, kena makan cicah kuah kari, tapi ada penggemar yang mintak roti canai banjir, iaitu roti canai di siram dengan kuah dal dan kuah kari. Betul tak? So bila aku kata mee goreng banjir korang pikir la sendiri camana !!...

 


12:45. aku parking kereta di sekitar jalan meriam. Dan berjalan kaki di sepanjang lorong belakang deretan kedai untuk bergambar dan menikmati lukisan mural, ‘muar culture walk’. Kalau lukisan mural ‘the loving sister’ tadi menelan belanja sehingga RM100k, di sini aku tak tau berapa pula kos nya… menghabiskan masa sekitar 45 minit disini untuk bergambar dan berehat. Mungkin korang tertanya-tanya. “tak gi solat jumaat ke aku ni, dah nak zohor ni?” jawapannya… jeng..jeng..jeng.. memang tidak. Sebab masih dalam PKPP, dan SOP di johor ni, hanya penduduk tempatan sahaja yang dibenarkan bersolat jumaat. Tambahan pula kami sedang bermusafir.

 


13:30 petang. Terik matahari menyengat kepala. Terdengar anak lelaki aku berkata “panasnya, macam nak minum air sejuk la bah”. Aku pun google cari mana-mana warung yang ada menjual abc atau cendol… terjumpa warung ‘Cendol de’raje muar royal town’ jalan meriam. Selorong dengan tempat aku parking kereta, Cuma kedudukan yang lebih tepat bersebelahan sekolah tinggi muar. Berbagai perisa cendol ditawarkan. Bagi penggemar durian, cendol durian musang king pun ada. Sediakan sajelah lah pengerasnya ye… hihi. Kami tapau cendol besye2 aje. cendol pulut. Berbaloi rasa dengan harga.

 


14:00 petang. Meninggalkan bandar muar lebih kurang 15 minit perjalanan, akhirnya kami sampai ke chalet yang telah aku booking awal. ‘desa keroma eco resort’. Harga sangat murah bagi sebuah chalet dengan katil queen saiz dan keluasan lantai boleh menghamparkan sebuah lagi toto untuk anak-anak. hanya RM100 bilik dilengkapkan dengan aircond, pemanas air, juga iron board dan seterika. Kemudahan persekitaran pula terdapat kolam renang, basikal secara percuma, restoran dan pelbagai lagi kemudahan. Sungguh berbaloi.

 


Mandi, solat jamak zohor dan asar, rehatkan badan seketika. Pukul 16:20 petang kami minum merangkap makan petang di ‘burger d’raja western and grill’ yang terletak di pt tengah. Hanya 10 minit perjalanan dari chalet kami. Memandangkan kami kesana pada waktu petang maka tak perlulah menempah tempat duduk, menurut pekerja kedai tersebut kalau nak datang waktu malam, seeloknya booking dulu, sebab waktu malam memang ramai pengunjung. Errmm, mungkin sedap sangat kot. Kami memesan burger ayam, chiken chop dan lambchop grill. Boleh tahan harganya. Mengalahkan di jb, tapi saiz chiken nya agak kecik. Terpampang di pintu masuk kedainya discount sehingga hari merdeka. Berapa % diskaun aku tak perasan, wife aku yang cakap. Tapi bila bayar, sama je macam harga biasa. Aku tak perasan ada tertera perkataan discount. Dah sattle dah balik chalet. Malam sebelum tidur saje kira-kira berapa kerugian untuk hari ni. Baru wife Tanya, “tak dapat discount ke kat d’raja burger tadi?” saje aku melawak. “umi ingat tu warung bapak abah ke?”.. anak aku pulak menyampuk. “apalah abah ni, kan dia ada tulis discount sehingga hari merdeka, kat menu atas meja kita duduk tu pun ada tulis?”.. owh yeke !! takpelah bukan kami rezeki kot.

 


17:30 petang. Aktiviti mandi di kolam, berendam dengan anak lelaki aku sampai pukul 18:45. Air kolam nya takde la sejuk, suam-suam je, sebab kolam nya terdedah kepada matahari, tu yang kami boleh berendam sejam lebih.

 


Selepas solat jamak maghrib dan isya’, kami keluar kebandar muo semula dengan tujuan nak isi minyak kereta, nak isi perut di ‘esah best shellout’ dan berjalan menghabiskan masa di uptown muo. Tapi malangnya, Cuma dapat isi minyak je. Macam biasa, gunakan waze menuju ke ‘esah best shellout’, tapi… makcik esah nye takde.. best pun bertukar jadi tak best… haha… warungnya macam dah bertahun tak dibuka. Yang tinggal hanya papan tanda warung nya aje. Rumput dah sama tinggi separas lutut. Mungkin tak dibuka bermula dari PKP kot. Cuba cari-cari shellout yang lain. Tapi malangnya waze ataupun google tak menunjukkan ada harapan di kawasan berdekatan. Anak-anak aku cakap “g jalan-jalan dulu la abah, warungnya dah tutup ni, lagipun belum lapar sangat”… ok la aku buat keputusan terus ke uptown dulu, sebelum balik nanti baru makan malam. Tapi tak elok sebenarnya makan terlalu lewat malam…. Takpe la sesekali… hihi… malang sekali lagi. Kawasan uptown lengang. Tiada peniaga. Mungkin norma baru selepas PKP kot. Patut la cari parking senang je, banyak kosong.

 

Aku cadangkan pada anak-anak “jomla kita g tg emas semula, tengok lampu-lampu, santai-santai di dataran, boleh main kereta atau basikal lampu-lampu”.. wife aku mencelah, “entah-entah tak bukak jugak, ni kan tengah PKP”… boleh jadi juga. So anak-anak aku ajak balik ke chalet je. Dalam perjalanan balik ke chalet tu kami tinjau-tinjau juga kot-kot ada restoran yang best untuk disinggah. Tapi nampaknya takde yang menarik. Akhirnya kami makan malan lebih kurang jam 21:45 di cafĂ© desa keroma. Harga berbaloi, ikan bakarnya memang terbaik. Sambil makan tu terperasan di meja sebelah pelakon sharifah amani bersama krew-krew pengambaran pun sedang menikmati juadah mereka. Dengar khabarnya baru selesai membuat pengambaran di resort yang kami menginap. Ramai yang yang berselfie, tapi aku segan lak nak gi. Takpe la kita usya dari jauh je.. hehe

 




29/8/2020

Selepas solat subuh, ronda-ronda sekitar kawasan chalet, sambil temankan anak-anak mandi kolam. Berkayuh basikal meninjau kawasan sekitar kampung. Sarapan pagi nasi lemak, dibelanja oleh pihak chalet. Alhamdulillah, terima kasih… sebenarnya kami bercadang nak sarapan sate. Ini satu lagi keunikkan sekiranya anda datang ke muo. Kalau ditempat lain, sate adalah hidangan makan malam, tapi di muo ni sebaliknya, sate adalah menu sarapan pagi… takpe lah dulu semasa berulang hantar anak balik asrama, menu sarapan pagi kami adalah sate. Dah puas makan sate. Tapi awas, bukan semua sate di muo ni sedap. Kami pernah makan di satu restoran yang terletak ditengah Bandar muo, dengan nama kedai yang Nampak gah, tapi bila makan, hampeh. Wife aku gelar sate asap. Bau arang kuat dan rasa tawar, macam kedekut rempah. Sama macam kes mee bandung tadi. Tapi tak payah lah aku nyatakan kat sini. Tutup periuk kuah sate org lak nanti.. haha… kalau korang pm aku pun aku tak kan cakap restoran mana tu. Tak baik kacau rezeki orang kan. Sebab prinsip aku, ‘kalau sedap aku rekmen kat orang, kalau tak sedap aku telan sorang-sorang’… haha…

 





10:15 pagi bersiap untuk checkout. Aku terus meninggalkan muo memandu melalui jalan pagoh untuk ke ‘taman herba nasuha’. Sedang elok kami sampai pada jam 11:50. Masa untuk makan tengahari. Kami pesan nasi biryani herba, asam pedas ayam organik dan mee sup herba. Alhamdulillah, dah kenyang perut, meneruskan perjalanan ke selatan. Aku tidak memilih untuk masuk ke tol pagoh, sebaliknya aku memilih melalui jalan lama pagoh – pt sulong, kerana aku nak singgah ke kilang ‘pau mira’ di kg tanah merah. Untuk pengetahuan korang, pau mira ni kira famous la di area muo, batu pahat. Kalau di jb ni, pau roslan yang famous. Aku abiskan Rm100++ untuk memborong pelbagai perisa pau mira. Amek kau… wife aku cakap “kolestrol aku dah tinggi, tak boleh makan berminyak-minyak. So kena makan pau je..” haha

 

13:05 petang kami sampai di kilang kerepek pt lapis laman. Tumpang solat zohor jamak dengan asar. Beli sikit je kerepek. Terus ke selatan lagi. Singgah di ‘taman botani johor’ seri medan. Ingat nak berjalan-jalan menikmati pepohonan dan tumbuhan menghijau, sebab di taman herba nasuha tadi menurut pekerja disana, lawatan ke ladang masih tidak dibenarkan kerana PKP. Tapi lebih malang di sini. Taman botani terus tak dibuka.. so terpaksalah kami membatalkan hasrat dan terus balik ke jb.

 

Alhamdulillah, setelah menempuh jalan yang sedikit sesak terutamanya dari sedenak hingga ke tol senai utara, akhirnya kami selamat sampai di rumah pada jam 17:30 petang. Maklum lah ramai yang cuti hujung minggu esok bersambung dengan cuti merdeka pada hari isnin.

 

Berakhirlah satu episod jelajah muo versi PKP. Haha.. banyak tempat masih belum buka. Aku sengaja merancang trip pendek kali ni bagi menutup aktiviti kebosanan anak-anak yang dah selama 5 bulan betapa di rumah kerana PKP. Lagipun 2 hari lagi diorang dah nak kena balik ke asrama. So boleh la dijadikan trip ni sebagai penutup kenangan percutian PKP mereka. Niat hati pada awalnya nak bawak mereka balik kampung di kedah, tapi takut sangkut di kedah pulak nanti, sebab cluster sivagangga. Lagipun nak booking tiket kapal terbang awal, takut madrasah dah buka semula, sebab dah dua kali penguguman untuk kembali semula ke asrama dipanggil dan dibatalkan semula. Nak order tiket on the spot, mahal pulak. Nak balik dengan memandu exora, exora masih dalam kuarantin dan dibawah pengawasan pulak. Bagi korang yang mengikuti kisah “otak masuk air, jantung berdegup kencang” pasti tau apa masalah exora aku.

 

wAllahuaklam…

#amek kau, bila boleh habis ni. Betul-betul tak makan menu berminyak ni. Ini nak makan sendiri ke nak niaga???

 

# saje aku pilih tajuk ‘pencarian harta karun’ sebab travel kali ni lebih banyak mencari makan dan makan dan makan.. tak pernah travel kami sebelum ni focus pasal makan, tapi kali ni lain macam la dia punya bab makan..