Friday, January 29, 2010

"berKHiDmAT uNTuK NegARa"



hari ini jumaat.

berakhirnya penantian aku untuk menunggu panggilan temuduga dan kursus bagi sessi pertama 2010 pengambilan sukarelawan polis. yang akan dijalankan pada 31 Jan 2010.

nampak gayanya terpaksa tunggu pengambilan sessi ke-2 atau mungkin juga ke-3, ke-4 atau mungkin juga ke berapa-berapa ntah.

apa yang boleh lakukan hanya memastikan 'handphone' sentiasa 'on' dan petisurat di rumah tidak bertukar alamat. kerana tu je dua cara pihak jabatan boleh menghubungi aku......

'back to the future' 28 tahun yang lalu......

sedari kecil lagi, aku amat berminat dengan badan beruniform. baik tentera mahupun polis. kalau ditanya apa cita-cita bila besar nanti? pastinya jawapan aku, nak jadi askar atau polis. kenapa dan mengapa jawapan tu yang aku berikan. aku pun tak pasti...... mungkinkah kerana kedua-dua jawatan tu mempunyai uniform yang segak, atau mungkin juga mereka mempamerkan displin yang tinggi, atau mungkinkah kerana semangat yang ada dalam diri aku suka berbakti kepada negara?

perjalanan mengharungi masa akhirnya, cita-cita semasa kecilku tersasar jauh dari matlamatnya. dan perjalanan mengharungi masa itu juga telah melepaskan peluang aku untuk menrealisasikan cita-cita tersebut........

kini setelah bertahun aku menjalankan khidmat kepada masyarakat secara sukarela, setelah banyak berhubung dengan pihak-pihak berkaitan, baru aku ketahui peluang untuk aku menyarungkan uniform PDRM masih terbuka luas. hanya bezanya khidmat yang diperlukan tidaklah sepenuh masa sebagai seorang anggota tetap. sebaliknya khidmat yang disalurkan lebih berbentuk sukarela dan separuh masa.

adakah cita-cita semasa kecilku masih mempunyai harapan untuk dijadikan realiti? jawapannya terpaksa tunggu dan lihat sehingga suatu masa kelak................waallahuaklam...

( aku masih ingat kata-kata seorang rakan Polis semasa membuat rondaan bersama mencegah jenayah. waktu tu jam menunjukkan waktu 2 pagi. "kita berkhidmat untuk negara bang, takde kisah punya, takde 'rest' pun takpe". mendengarkan kata-kata tersebut teringat kembali zaman kanak-kanak ku yang mmg berminat dengan unit beruniform. kalau cita-citaku tak tersasar mungkinkah aku yang akan mengeluarkan kata-kata hikmah tersebut )

Thursday, January 28, 2010

keSETIAAN KepAdA RAJA dAn NEGARA


Esok hari jumaat.
merupakan penghulu segala hari,
merupakan hari bumi dijadikan,
dimana hari akan berlakunya kiamat.......

Jumaat yang lalu merupakan hari Kemangkatan Baginda DYMM Tuanku. Jumaat ini adalah hari akhir bagi perkabungan seluruh rakyat Johor DT, seletah melalui 7 hari bermula dari hari perkebumian Tuanku.

sebagai seorang anak Johor aku turut bersedih dengan pemergian Tuanku. semoga Allah Mencucuri Rahmat Keatas Almarhum Tuanku....... namun kesedihan ku bagaikan ditambah dengan beribu kali ganda lagi bebanan kesedihan apabila menyaksikan masih ramai rakyat negeri ini yang tidak mengambil endah dengan arahan berkabung. aku tidak mahu mempertikaikan bangsa asing yang sememangnya sukar untuk difahami budaya mereka. tapi yang menghairankan, mereka yang sebangsa dan seagama denganku malah seagama juga dengan Tuanku.

malah ada yang sanggup memandang sinis kepada mereka yang berkabung, penjenayahkah mereka yang berkabung itu? sehingga diperlakukan sebegitu...... merasa banggakah mereka yang tidak berkabung dengan tindakan itu?......... jika diperhatikan dari sudut lain....... bagai menjadi kebanggaan bagi mereka yang menyarungkan jersey yang tertulis nama-nama idola bola sepak dunia. sebaliknya adakah sukar untuk berkabung bagi melambangkan kesetiaan dan ketaatan kita kepada Sultan?

apakah telah hilang nilai KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA dari dalam diri mereka? meskipun arahan berkabung ini bukanlah suatu perkara wajib, namun menjadi keberatankah untuk kita melaksanakannya? siapakah lagi yang akan menghormati dan menjunjung tinggi Kesultanan melayu kita? kalau bukan kita sendiri...........

kesetiaan Tuah bukanlah satu kebodohan, manakala penderhakaan Jebat bukanlah satu kesilapan.... kedua-duanya adalah pedoman, untuk dijadikan sandaran kepada pewaris masa hadapan....... Wallahuaklam....